Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Showing posts with label Lauk Pauk.... Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk.... Show all posts

Wednesday, 3 December 2014

Rendang Ayam Kampung Maman...

Maman adalah masakan paling popular orang Gemencheh, Negeri Sembilan. Kalau ada kenduri atau majlis perayaan maman wajib ada...kalau pada hari raya rendang maman tak ada..orang Gemencheh akan cakap tak jadi raya....hihihihi....begitu hebatnya maman ni....bukan sembaragan orang yang boleh masak rendang maman yer....aku sendiri pun dah cuba banyak kali dan inshaAllah resepi yang aku beri ini memang mejadi..maman tak pahit....memang syiokkkkkkkkkk.....selalunya dicampur dengan daging, ayam atau itik....kali ini aku masak dengan ayam kampung yang dah siap salai...hmmmm...lagi meleleh wei.......
 
 
Bahan-bahan;

1 ekor ayam kampung
1 kilo maman
4 biji kelapa - ambik patinya sahaja
30 biji cilipadi - pedas2 baru meletup )
1 1/2 inci kunyit hidup                         ) bahan kisar
5 - 6 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Potong ayam ikut suka, cuci dan toskan. Petik daun maman, rendam seketika untuk buang segala pasir yang melekat, kemudian cuci dengan menggunakan air paip terus supaya senang pair-pasir yang melekat tu hilang. Kemudian toskan.
 
Masukkan ayam, santan dan bahan kisar dalam kuali. Masak hingga kuah agak pekat (jgn lupa kacau selalu supaya santan tak naik minyak). Bila kuah dah agak pekat masukkan asam gelugor, biarkan dalam 5 minit, kemudian masukkan sayur maman. Jangan dikacau selalu yer, just balik balik gitu jer...masak hingga santan keluar minyak....jangan lupa rasa garam yer...
 
Kalau tak kenal maman..tengok ni....hihihihi

 
Untuk rendang maman ni santan memang main peranan yang besar....kalau kurang santannya maman akan jadi pahit....untuk sukatan yang biasa digunakan 1 kilo maman mestilah guna 1 kilo santan kelapa atau dalam 4 biji kelapa....1 kilo santan tu bukan santan cair yer....mesti pati santannya...tak kisah la berapa ekor ayam yang diguna atau daging, kiraan santan bergantung pada berapa banyak maman yang digunakan...inshaAllah maman tak pahit....:))

Gulai Perut Campur Rebung.....syiokkkkkkk.....

Gulai Perut campur Rebung memang menjadi kesukaan ramai....kebetulan ada jiran terdekat yang baru balik dari kampung....bagi perut yang dah siap rebus....memang mudah sangat kerja aku untuk uruskannya....bukan setakat bagi perut....siap dengan rebung sekali.....aduhhh...memang murah rezeki betul...rebung plak beliau yang buat sendiri....muda-muda dan lembut jer semua....kalau beli kat kedai ada yang banyak campur keras-keraskan...pilih punya pilih beli sebesen dapat masak semangkok jer...aku pun memang dah lama sangat takmasak gulai perut.....dapat jer terus masak....
 
 
Bahan-bahan;
 
1/2 kilo perut dah direbus
1 mangkuk rebung
1 biji kelapa - ambik santannya
25 biji cilipadi         )
1 inci kunyit hidup  ) kisar
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugor - jika perlu
garam secukup rasa
 
Cara memasaknya;
 
Masukkan kesemua bahan kecuali santan dalam periuk. Masak hingga air cili agak kering kemudian masukkan santan. Kacau perlahan-lahan agar santan tidak pecah minyak. Rasa garam secukupnya. Boleh la dihidangkan.
 
 
Mesti  tanya kenapa tak ada bawang dan lelain kan....kami kalau dari Negeri Sembilan biasanya  memang  tidak letak bawang jika masak lemak especially kalau dari bahan daging, ayam or ikan sungai. Perut ini pun perut segar akan beri rasa lagi manis..hihihi


wallaaaaa....lupa diri kalau makan lauk ni...pastikan anda masak nasi lebih dari biasa yer....hihihi

Friday, 24 October 2014

GULAI PUYUH SALAI CAMPUR PISANG DAN CENDAWAN HITAM

Kalau tengok nama lauk panjang betul...aku nak menaippun panjang....tapi itu la yang sebenarnya....tak tau nak letak nama apa lauk ni...dah memang itu yang dimasakkan....yang sebenarnya dah lama tak masak pisang muda..pisang kapas yang paling sedap....beli kat pasar tani..bila dah beli tak tau nak masak dengan apa...terus teringat dengan puyuh....campur jer sekali..kebetulan stok cendawan hitam kering memang ada di rumah...campurkan jugak....bila dah dicampur kedua bahan ni memang jadi sedap sangat beserta dengan aroma dari puyuh salai.,...kalau makan memang tak pandang orang kiri kanan dah....hihihi
 

 Bahan-bahan;

3 ekor puyuh salai - bersihkan potong ikut suka
1 sisir pisang kapas muda - tarik kulitnya, belah dua
1 gengam cendawan hitan kering - rendam lebih kurang 20minit
25biji ciliapi          )
1inci kunyit hidup  ) kisar halus
1 biji kelapa - ambik santannya, asingkan santan pekat satu mangkok
3 ulas bawang merah - hiris
2 batang serai - dititik
1 keping kecil asam gelugor
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Satukan kesemua bahan kecuali puyuh dan cendawan. Masak hingga pisang agak empuk kemudian masukkan puyuh salai, kemudian cendawan hitam. Ahkir sekali masukkan santan pekat. Kacau supaya santan tak pecah minyak. Rasa garam secukupnya.

SOTONG GULAI CILIAPI

Masa awal dulu bila kawan di group whatsapp bagi tau masak sotong gulai cili api rasa macam pelik sesangat....aku ni pun orang Negeri Sembilan juga...tak pernah cuba atau makan sotong masak gulai ni...selalu bila bab sotong ni aku masak sambal...kicap ker...reneh serai ker....beriyer-iyer sahabat ku kata mesti cuba.....sodapppp katanya....hihihi...tapi beliau masak campur dengan kentang..lagi la aku pelikkan...sotong campur kentang??? .so ini adalah percubaan ku yang pertama kali walaupun tak ada kentang....
Bahan-bahan;

1 kilo sotong
25 biji ciliapi              )
1/2 inci kunyit hidup  ) kisar halus
1 biji kelapa - ambik santannya
3 ulas bawang merah - hiris
2 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa


Cara memasaknya;

Bersihkan sotong, lebih baik jangan dipotong, masak sekor2...satukan kesemua bahan kecuali sotong dalam periuk ke kuali ker..ikut suka...masak kuah agak pekat,kena kacau selalu supaya tak pecah minyak, bila kuah dah agak pekat masukkan sotong dalam10minit, rasa garam dan tutup api.

Semasa makan buat pertama kali, memang sedap...kuah sotong rasa macam masak gulai ayam berserai..patutlah sahabatku ini campur kentang....memang tak sia-sia aku mencuba.....yessss....memang sedappp!!


Thursday, 25 September 2014

GULAI CILIAPI IKAN PARANG DENGAN PETAI

Ini juadah makan tengahari hari Ahad lepas...baru boleh masukkan entri...sejak berpindah office ni memang sibuk lain macam...ini pun masih banyak kotak-kotak yang tak berbuka lagi....nak buat kerjapun mood lari.....rehatkan sekejap sambil masukkan entri....ramai yang tak suka makan ikan parang sebab banyak tulang terutama kaum lelakikan....tapi ikan yang banyak tulang tu la yang paling sedap...manis isinya....kalau beli ikan parang aku selalu pastikan beli yang saiz besar sebab tulang dia pun besar...senang nampak dan buang...hihihi...

Bahan-bahan;

4 potong ikan parang
4 papan petai
35 biji cili api - kalau tak suka pedas boleh kurangkan
1 inci kunyit hidup
2 biji kelapa - ambil santannya (lagi lemak lagi best)
3 keping asam gelugor
2 biji bawang merah -  dihiris
garam secukup  rasa

Cara memasaknya;

Bersihkan ikan parang dan toskan. Buang urat petai kiri dan kanan kulit, kemudian kikis kulit petai tanpa keluarkan isinya. Rendam petai yang telah dikikis dalam air untuk menanggalakan saki baki kulit petai yang dikikis tadi. Kisar ciliapi dengan kunyit, masukkan dalam periuk bersama asam gelugur dan petai yang telah ditoskan. Biarkan dia mendidih. Perahkan kelapa, asingkan pati santan semangkok dan lebihnya santan yang agak cair.Masukkan santan cair terlebih dahulu, bila dah mendidih masukkan ikan parang. Biarkan ikan masak seketika kemudian masukkan pati santan pekat tadi. Biarkan mendidih,kacau perlahan agar santan tak pecah minyak, rasa garam secukupnya.


 
Makan tengahari yang memang lewat, pukul 4 petang..aku tambah dengan goreng kacang botol belacan dan telur dadar jer. Yang mangkuk depan tu gulai burung puyuh campur pegaga pemberian jiran terdekat di mana aku pun membuat balasan dengan gulai ikan parang petai...syukur alhamdulillah dapat duduk berjiran yang baik hati ..kami selalu bertukar lauk...murah rezeki lagi hendaknya...

Tuesday, 9 September 2014

GORENG PERUT CAMPUR

Assalamualaikum semua....walaupun hari raya puasa dah lama berlalu, aku ingin berkongsi juadah wajib ada di pagi raya di rumah ayahku, juadah kegemaran abang iparku yang berasal dari Melaka. Menurut  beliau, kalau raya tak ada daging  tak kisah..asalkan perut lembu ada....kalau tak ada perut tak rasa raya katanyer....hihihihi....sebelum ini keluarga aku bila tang perut jer kami tau masak gulai lemak jer...memang tak pernah terfikir pun perut boleh buat goreng campur sayur gini...masa tu kami memang pelik...tapi sekarang dah menjadi kegemaran satu keluarga....adik beradik..anak-anak buah kalau balik raya rumah ayah mesti akan cari lauk ni....yang aku masak ni pun lebihan perut lembu masa raya hari tu....perut lembu segar lagi sesuai dari yang import tu yer untuk di masak gini....

 
Bahan-bahan;
 
1/2 kilo perut lembu (rebus hingga empuk dan toskan)
1/2 keping tempe - potong dadu, goreng dahulu
6 tangkai kacang panjang - potong serong
6 biji bawang merah  )
2 ulas bawang putih   )dimayang
4 biji cili hijau )
15 biji cili api  ) dihiris 
belacan besar duit 50sen
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis.
 
Cara memasaknya;
 
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang yang telah dimayang besama hirisan cili sampai layu kemudian masukkan kacang panjang, tempe dan perut. Masukkan belacan yang telah dihancurkan bersama air, masak hingga kuah agak kering, rasa garam secukupnya. Tutup api dan boleh hidangkan.
 
Menu ini juga boleh makan bersama dengan nasi impit. Ala-ala sambal lodeh kering gitu. Selalunya abang iparku akan makan bersama dengan kari ayam kampung melaka style. Kalau suka boleh campurkan sekali dengan fucuk tauhu, suhun dan tauhu goreng...sama seperti lodeh kering yang dicampur perut. Tapi kami sekeluarga lagi suka dengan campuran  seperti di atas sahaja.
 
 
 

Saturday, 6 September 2014

NASI DAGANG GULAI IKAN

Cerita tengahari tadi....menu Pantai Timur hari ini.....dah bertahun tak buat nasi dagang...selalunya aku buat gulai ikan tenggriri atau bawal...tapi malam tadi pergi Pasaraya Zeemart berhampiran rumah tak ada plak ikan yang dicari..so beli jer ikan tongkol ...memang ikan tongkol la lauk paling sinonim dengan nasi dagang selain dari ayam....rasanya orang pantai timur kalau buat nasi dagang hanya dengan ikan tongkol kot...

 
Tercetusnya idea nak buat nasi dagang sebab jumpa beras ini di Pasaraya Zeemart malam tadi...selalu beli beras sama ada pergi Pantai Timur atau pasar Chow Kit....kat pasar Seremban  tak pernah jumpa lagi...tak sangka beras nasi dagang dah boleh dapat di pasaraya....satu bungkus seperti di bawah 2 kilo...boleh masak 2 kali...harga RM13.90...memang mahal sikit dari Pantai Timur tapi amat berbaloi...ada orang suka campurkan dengan sedikit beras pulut...tapi aku lagi suka guna 100% beras nasi dagang sahaja..ikut selera masng-masingkan......

 Bahan-bahan untuk nasi;

1 kilo beras nasi dagang - rendam 2-3 jam dan toskan
2 cawan santan cair
2 sudu besar halba

Kuah santan

1/2 inci halia              )
2 ulas bawang putih   )
4 ulas bawang merah ) dimayang
3 cawan santan pekat)
1 cawan susu cair
garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya;

Gaulkan beras yang telah ditoskan tadi dengan halba. Masukkan santan cair. Kukus sehingga beras separuh masak.
 
Campurkan kesemua bahan untuk kuah santan. Masak hingga mendidih , jangan sampai pecah minyak yer....sama seperti masak lemak. Bila dah mendidih tutup api.


Keluarkan nasi yang separuh masak tadi ke dalam mangkok besar...periuk ker....curahkan kuah santan yang telah masak tadi....gaul rata...sama seperti buat pulut kuning. Biarkan kesemua kuah santan tadi meresap dalam beras.

Masukkan dalam mangkuk dan kukus semula hingga nasi betul-betul masak. Aku gunakan mangkuk penapis yang besar semasa mengukus nasi ni so tak da la beras tu jatuh kat lubang kukus yang besar tu...
 
 Dah masak.....wallaaaaaaaaa .......satu rumah bau halba tau....

Untuk gulai ikan tongkol plak resepi seperti di bawah;

 
Bahan-bahan;
 
1 kilo ikan tongkol
10 biji bawang merah   )
5 ulas bawang putih     ) dikisar halus
1 inci halia                   )
1 inci lengkuas             )
1 batang kulit kayu manis
1 senduk cili kisar
1 inci kunyit hidup - tumbuk lumat
3 sudu besar rempah gulai ikan nasi dagang
2 sudu besar kerisik
1/2 keeping gula Melaka
3 keping asam gelugor
1 gengam cili padi akar
1 biji kecil timun...belah ikut suka
1 1/2 biji kelapa - ambik santannya
garam secukup  rasa
sedikit minyak untuk menumis
 
 
Cara memasaknya;
 
Potong dan cuci ikan bawah paip mengalir, toskan. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar  bersama kulit kayu manis hingga naik bau dan pecah minyak. Satukan cili kisar, kunyit dan rempah gulai ikan nasi dagang, masukkan dalam bahan kisar yang telah ditumis tadi. Kacau hingga cili masak kemudian masukkan santan dan asam gelugor. Bila dah mendidih masukkan ikan, timun, cilipadi (tak perlu potong yer).  Akhir sekali masukkan kerisik dan gula Melaka. Rasa garam secukupnya, masak hingga kuah agak pekat. Angkat dan boleh hidangkan.


Untuk lagi sedap sediakan acar mentah sekali. Yang ini aku memang buat ikut style aku. Resepi kat bawah;
 

 Bahan-bahan;

1 biji timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 - 2 biji limau nipis
1 sudu besar minyak zaiton
1 biji cili merah- buang biji- dimayang
garam sucukup rasa

Kupas kulit timun dan lobak merah. Potong lebih seinci. Untuk timun aku buang isinya untuk mengelakkan terlalu berair. Hiris bawang besar ikut suka. Masukkan minyak zaiton, perah asam limau dan rasa garam secukupnya. Gaul sebti semuanya.
 

Nak lengkap lagi makan dengan telur rebus yaa....hihihihi....done!!!!
 
Note: Jika tak ada rempah nasi dagang boleh buat sendiri  seperti berikut;
 
1 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
 
Semua bahan di atas digoreng tanpa minyak dan kisar halus. Campurkan dengan 1 paket kecil serbuk kari ikan.
 
 
 
 


Thursday, 4 September 2014

SAMBAL SENGKUANG BILIS TAMBAN

Assalamualaikum semua.....selama ni kalau sebut pasal sengkuang terus terbayang yang jeruk ataupun makan rojak...rojak buah ker....popia ker....memang tak pernah tau sengkuang ni pun boleh buat lauk....ketika aku dan family berkunjung ke rumah Mat Gebu raya hari tu, baru la tahu sengkuang boleh jadi lauk....hihihihi....memang setiap tahun kami sekeluarga akan ke Sedenak...tahun ni tak pelan langsung nak ke sana sebab terlalu sibuk tapi bila ayahku kata dia nak pergi sendiri ke Sedenak rumah Induk Yah  (ibu Mat Gebu adik bongsu nenek merangkap mak saudara pada aruah mak dan satu-satunya mak saudara mak ku yang tinggal) en.hubby tak benarkan...so dia akan hantar sendiri...hihihi
Seperti biasa kalau sampai rumat Mat Gebu mesti menu dah sedia....sambal sengkuang tu mangkok ketiga...masa ni tak fokus sangat pun kat lauk ni sebab nampak biasa jer...awalnya ku sangka kentang campur bilis....yang depan tu Mat Gebu masak gulai udang campur rebung madu....memang ohsem...sebelahnya tu sotong apa ntah si Mat ni masak...tapi sedap laaa....pastu bila aku ambik yang ku sangka kentang tu terus aku terdiam....puas pikir...apa la benda yang aku makan ni....terus tanya Mat Gebu...."Nan....lauk apa ni???" terkikik kikik Mat Gebu jawab...."sengkuang la tu kakkkk".......seeeee...punya la sedap sampai aku tak kenal yang tu adalah sengkuang....terus sambal sengkuang ni jer aku belasah....udang letak tepi dah....sebab tu masa ambik gambar macam tak minat jer sebab belum rasa....terus mintak resepi.....ni laaa versi aku plak....Sambal Sengkuang Bilis Tamban....hihihi....


 
 
Bahan-bahan; (2 org makan)
 
1 biji kecil sengkuang - kupas kulit, potong dadu 
1 gengam ikan bilis tamban (belah 4 - buang tulang & kulit, rendam)
1 biji bawang besar saiz kecil - potong dadu
2 ulas bawang putih - mayang
3 biji cili hijau  )
10 biji ciliapi    ) hiris
1/2  sudu belacan
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak zaiton untuk menumis (minyak sayur pun ok)
 
Cara memasaknya;
 
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih serta kedua cili.Bila dah agak layu masukkan bilis tamban,kemudian sengkuang. Bancuh belacan dengan air, curahkan dalam kuali. Masak hingga sengkuang lembut sikit..bukan lembik yer...so bila makan ada bunyi krap krup krap krup....hihihi....rasa garam secukupnya dan angkat.

 
Pak Yem tengah borak dengan ayahku...en.hubby as usual jadi pemerhati....masa kami di sini pasangan blogger Adi Budika kalau tak silap dengan isteri Sunah Sutera yang buat kek lapis cun melecun tu pun ada....dulu jumpa belum kahwin...tahun ni jumpa dah kahwin....alhamdullillah......
 
Selamat mencuba resepi sengkuang ni yer...... :)

Friday, 29 August 2014

SARDIN GORENG CILIAPI

Assalamualaikum semua.....cuaca mendung jer di Kuala Lumpur...sejuk-sejuk ni mari kita makan benda yang panas-panas berapi....bukan berapi betul-betul yer....kang tak pasal-pasal kena call bomba...hihihi....kali ni nak kongsi  resepi pasal sardin....kalau dedulu masak sardin lauk orang susah...tapi sekarang sardin dah mahal yer.....kalau yang makan sardin ni belum tentu lagi orang tu susah yer....masak sardin paling simple....15 minit dah siapkan...ada pelbagai cara masakan....nak tau meh tengok resepi..

 
Bahan-bahan;
 
2 tin sardin kecil (aku suka guna cap ayam)
25 biji ciliapi - kalau x suka pedas kurangkan
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - belah 8
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak zaiton - klu tk ada  minyak biasa pun ok
 
Cara memasaknya;
 
Keluarkan isi sardin.  Asingkan kuah dengan isinya. Panaskan minyak. Goreng isi sardin garing-garing, angkat dan toskan. Kisar ciliapi bersama bawang putih dengan pengisar kering. Tumis dalam lebihan minyak goreng sardin tadi. Masak cili hingga naik minyak,kemudian masukkan tomato dan bawang besar. Bila tomato dan bawang dah layu, curahkan lebihan sos kuah sardin dan asam jawa. Bila dah mendidih masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. Masak hingga kuah agak pekat, rasa garam, angkat dan boleh hidang.
 
Note: Semasa goreng ikan sardin kena berhati-hati yer sebab memang meletup-letup. Silap-silap boleh kena minyak panas kat  muka. Semasa menggoreng guna api paling perlahan. Untuk kurang letup-letup tu, sebelum sardin digoreng belah dua dahulu supaya air dalam badan sardin tu keluar.
 
 

Tuesday, 19 August 2014

KETAM GORENG BEREMPAH

Dari udang terus ke ketam plak...sambungan cerita menu Ahad dua minggu lepas...ada yang boleh makan udang ada yang tak boleh..tu yang sediakan ketam...paling mudah....goreng berempah sajer...tak ada santan yer.....main lebur-lebur jer orang kata...paling cepat dan ringkas...


Bahan;

5 ekor ketam
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih  )
1 inci halia                ) dimayang halus
1 bungkus kecil rempah kari ketam/udang
1/2 cawan air asam jawa
1 tangkai daun kari
4 - 5 biji cilipadi dititik...jika suka
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara memasak;

Cuci ketam bersih dan toskan.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, bahan dimayang dan daun kari hingga naik bau. Bancuh serbuk kari dengan sidikit air. jadikan pes kemudian masukkan dalam bahan tumis bersama cilipadi yang dititik.Masak hingga naik minyak kemudian masukkan ketam, gaul sebati, kemudian masukkan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat dan agak kering. Rasa garam secukupnya dan boleh dihidangkan.

SAMBAL UDANG PETAI

Assalamualaikum....menu apa hari ini? Baru ada masa sikit untuk update entry yang tertunggak...menu hari Ahad 2 minggu lepas...sikit la punya lama kan.....seperti biasa aku suka masak yang simple...yang penting sedap di tekak kami....masak agak banyak hari tu sebab mak saudara dari Kuala Lumpur datang makan tengahari di rumah...selain sambal udang aku masak lemak sawi putih, ketam goreng berempah dan ayam goreng ....

Bahan-bahan

1 kilo udang
5 papan petai
10 biji bawang merah)
2 ulas bawang putih  ) kisar kering halus
1 inci belacan            )
2 biji bawang besar
3 senduk cili kisar
1 cawan air asam jawa
1 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara memasak;

Bersihkan udang, buang kepala dan kulit separuh...ikut suka la yer...nak buang kulit semua pun boleh...tapi aku suka tinggalkan kulit kat bahagian ekor...cuci dan toskan. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar. Masak hingga minyak dah naik atau terasing dengan cili tadi. Masukkan air asam jawa, kacau lagi.Bila sambal dah agak pekat baru masukkan udang, petai dan bawang besar yang telah dihiris. Rasa garam secukupnya.



Thursday, 17 July 2014

GULAI TELUR ITIK PUCUK UBI BELIMBING

Hari tu tengok blog kak Fauziah Samad masak lemak cili api telur itik dengan pucuk ubi...pastu ada plak member kat facebook tunjuk gulai telur itik ni jugak....hmmmm...memang tak boleh jadi....memang menahan betul aku dibuatnya..kat KL ni mana nak dapat telur itik kan?? Kena pergi chow kit baru jumpa...nak pergi ke sana tu memang bercinta laa tambahan plak bulan puasa ni...so aku terpaksa tunggu balik Seremban baru masak...nak dapat telur itik pun mudah...ini juga menu hari Sabtu lepas..kebetulan mak saudara dari KL berbuka kat rumah...memang sesuai sangat laaa....tapi aku tambah dengan belimbing sama...lagi mengancam bebbb.....aku masak ni dalam kuantiti yang banyak...ramai tetamu...so pepandai la adjust yer...

 
Bahan-bahan;
 
10 biji telur itik
1 mangkuk belimbing - belah dua
1 ikat pucuk ubi - ambik daun muda shj
30 biji cili api         )
1 inci kunyit hidup ) dikisar
2 helai daun kunyit - hiris nipis
2 biji kelapa - ambik santannya (asingkan satu mangkok santan pekat)
garam secukup rasa
 
Cara memasaknya;
 
Satukan santan cair dan bahan kisar. Aku lagi suka masak dalam kuali. Masak hingga mendidih kemudian masukkan belimbing dan pucuk ubi. Bila dah mendidih pecahkan telur itik dalam mangkuk kecil dahulu kemudian perlahan-lahan masukkan dalam kuah yng mendidih tadi. Masukkan telur sampai habis. Jangan kacau telur yang baru masuk yer...biarkan ia mengeras dahulu..bila telur dah mula mengeras masukkan santan pekat, kena kacau perlahan-lahan agar santan tak pecah minyak. Kemudian masukkan hirisan daun kunyit dan garam secukupnya...siapppp...
 

yeahhhhh.....memang sedap sangat...bertahun tak masak niii!!!
 

KETAM MASAK LEMAK CILIAPI DENGAN CENDAWAN HITAM....manisnyaaaa......

Masak ketam lemak cilipadi memang selalu dibuatkan...bulan puasa ni selera pelik-pelik selalu datang....pastu suka cuba menu baru...ketam masak lemak cendawan hitam ini aku masak Sabtu lepas. Cendawan hitam ini sebelum dimasak kena rendam terlebih dahulu dalam 15 minit. Waktu kering buruk sangat rupa cendawan ni. Ada yang panggil fungus. Masa kering nampak sikit jer...ambik dalam segengam dah cukup sebab bila dah rendam memang jadi banyak giler. Idea datang bila kakak ku cakap dia gulai ketam dengan cendawan kukur...last balance aku bagi dulu....yang aku punya stok dah lama habis...sebab kepingin sangat cendawan hitam pun jadi laaa...dah ternyata sedap sangat.....manis jer rasa kuah ni..


Bahan-bahan;

10 ekor ketam - saiz x besar sangat
1 gengam cendawan hitam kering - rendam dlm 15 minit
25 biji ciliapi             )
1/2 inci kunyit hidup  ) dikisar
2 batang serai - dititik
3 ulas bawang merah - dihiris
1 keping kecil asam gelugor
2 biji kelapa - ambik santannya - asingkan semangkok pati santan
garam scukup rasa

Cara memasaknya;

Cuci ketam dan toskan. Satukan kesemua bahan kecuali cendawan dan satu mangkok santan pekat. Masak hingga mendidih kemudian masukkan cendawan hitam. Masak lagi hingga mendidih kemudian baru masukkan santan pekat.Rasa garam secukupnya.



 Memang sedap sangat gulai ketam dengan cendawan hitam ini...isi ketam bertambah manis. Nak buang kuahpun sayang...memang menyelerakan......selamat mencuba!!!

KURMA KAMBING DENGAN SAMBAL BELACAN MANGGA...jodoh yang sesuai....:)

Assalamualaikum semua....bulan Ramadan ni nampak gayanya banyak entri masak-masak la yer...so far syukur alhamdulillah...masih belum ada berbuka di luar lagi....target tahun ini tak nak berbuka di luar...inshaAllah....hari-hari aku akan memasak...lauk biasa-biasa....mana yang belum ada dalam blog ni baru aku akan update...malas nak buat ulang tayangkan....huhuhuhu....salah satu menu berbuka puasa kami last week (baru ada masa nak update yer...hihihi) kurma kambing dengan sambal belacan mangga...huhhh....memang sedap sangat makan......


Bahan-bahan;
 
1/2 kilo kambing
2 biji kentang - kupas kulit dan potong ikut suka
1 bungkus kecil serbuk kurma - dibancuh dengan sedikit air , jadikan pes
1 inci halia - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - belah 4
1 batang kulit kayu manis )
2 kuntum bunga lawing     )
5-6 biji bunga cengkih        ) bahan penumis
2-3 biji buah pelaga          )
3 cawan santan
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
  
Cara memasaknya;
  
Rebus terlebih dahulu daging kambing dengan hirisan kasar halia hingga empuk. Sukatan air bergantung kepada tahap kelembutan daging tu yer. Bila daging dah empuk sejukkan. Nak lagi mudah masukkan ketulan ais dalam periuk rebusan yang dah hampir sejuk untuk menyingkirkan lemak-lemak kambing tu. Tujuannya tak da la pening kepala makan kambing sebab semua lemak telah dinyahkan. Jangan buang air rebusan tu yer...tak der la banyakkan...
 
Panaskan sedikit minyak. Masukkan kesemua bahan penumis, kemudian halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan pes kurma. Kacau hingga naik minyak kemudian masukkan kambing bersama dengan air rebusan tadi. Bila dah nak hampir kering masukkan santan dan ubi kentang. Setelah kentang empuk masukkan bawang besar yang dibelah empat tadi. Rasa garam secukupnya.Boleh juga masukkan belahan cili hijau. Aku tak masuk sebab tak ada ....

 


 
Sambal Belacan Mangga
 
Bahan-bahan
 
2 biji cili merah
5-6 biji ciliapi
belacan secukupnya - dibakar dulu
1/2 biji mangga masak
 
Cara membuatnya;
 
Kisar semua cili dengan belacan. Bila cili dah halus masukkan hirisan mangga. Kisar sekali jer....dah siapppp....gunakan pengisar kering yer...tapi kalau tumbuk guna lesung batu lagi cun kan.....:)
 

Wednesday, 9 July 2014

DAGING MASAK KICAP ...yang mudah jerr....

Salam semua.....buka apa petang nanti? Aku masak daging kicap ni 2 hari lepas...permintaan en.hubby....dah masuk sepuluh hari puasa ni rasanya belum ada lagi menu dari aku...semua ikut menu en.hubby....senang jugak....tak yah nak fikir nak masak apa kan....ikut jer.....mari tinjau resepi daging kicap aku yang amat sempoi nii....almaklum laa..masak hari bekerja....yang senang-senang jer...

Bahan-bahan;

500gram daging batang  pinang - direbus sampai empuk
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1/2 inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili merah - hiris ikut suka
3 sudu besar kicap manis kipas udang
3 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya;

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan kesemua bahan kecuali daging, kicap dan air asam jawa. Bila bahan tumis dah naik bau dan layu masukkan daging yg telah direbus, gaul rata kemudian masukkan air asam jawa dan kicap. Masak hingga kuah agak kering. Angkat dan hidangkan.


Bila dah masak kicap, en.hubby suruh buat sambal belacan kundang plak....musim kundang sekarang ni kann....buah lebat di rumah ayah aku....
 
Bahan-bahan
 
1/2 keping kecil belacan - dibakar dulu
2 biji cili merah - buang biji
7-8 biji ciliapi
5 biji kundang dihiris  - buang bijinya
 
Tumbuk cili api dan cili merah hancur. Masukkan belacan..tumbuk lagi sampai halus. Akhir sekali masukkan hirisan kundang...tumbuk lagi...keluarkan...hidang sama dgn daging kicap...memang ummmmmpppp... :)

Monday, 16 June 2014

RENDANG AYAM KAMPUNG DAUN PUDING HITAM...istimewa dari Kuala Pilah

Salam semua....merendang aku Ahad semalam...minggu lepas balik kampong...ayah  ada bagi 2 ekor ayam kampung dah siap salai....memang kalau nak original ayam kampung kami balik la sekejap....ayah aku memang bela agak banyak jugak....bukan untuk dijual tapi untuk anak cucu dia jer....semua suka sangat dengan ayam kampong..saper yang balik kampong paling sikit 2 ekor mesti ada bawak balik...hihihihi....so semalam baru berkesempatan aku masak....en.hubby pun dah sound....pokok pudding dia tanam bertambah rimbun...tak nak ambik ker....hihihi...ada 4 pokok pudding hitam kat rumah tu....so jadi la rendang ayam kampong pudding semalam

Untuk resepi rendang ini sila klik kat SINI.
 Ini la dia daun pudding hitam ..kalau nak masak ambik daun yang lembut sahaja...


Memang sedap sangat rendang ayam campur dengan daun pudding ini...rendang berbau sangat harum....semalam bagi semangkok pada jiran berdekatan..siap tanya..rendang ni letak minyak wangi ker?? hahahaha....masakan ini amat popular di kawasan Kuala Pilah...kalau lalu di kawasan kampong area Kuala Pilah kebanyakan rumah ada tanam pokok pudding ini...biasanya mereka akan guna itik salai ..ayam pun sedap....kalau tak ada ayam kampong, ayam pencen pun boleh jugak....
Selamat Mencuba!!


 

CENDAWAN KUKUR GORENG BERCILI

Cendawan kukur lagi??? hahahhaha.....memang selagi tak habis cendawan jadi piliha utama....syiokkkkk abis tuuu...versi goreng bercili plak....dengan cendawan kukur ni macam-macam menu boleh buat....semalam ingat nak buat pizza cendawan kukur....tak sempat plak...kalau tak ada lagi satu menu pizza cendawan plak...bulan Jun ini boleh dipanggil bulan cendawan kukur....hahahaha....versi goring cili ini aku masak jumaat malam minggu lepas....balik rumah seremban..paling cepat dan ringkas tapi amat menyelerakan.....
 
 
Bahan-bahan;
 
200grm cendawan kukur - rendam sebentar, cuci dan toskan
1 gengam ikan bilis
10 biji cili padi**
2 biji cili besar merah**
4 ulas bawang merah**
1 ulas bawang putih**
1 batang serai - dititik
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1/2 cawan air
 
Cara memasaknya;
 
Kisar kering kesemua bahan bertanda **. Kemudian masukkan ikan bilis dalam bekas bahan yang telah dikisar, tekan dalam 5 saat jer..so ikan bilis tak akan hancur semua. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar dengan memasukkan serai yang telah dititik. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan cendawan kukur. Gaul sebati dan masukkan air. Bila cendawan dah agak lembut, angkat dan hidangkan. Jangan lupa letak garam secukupnya.


 
Sedap sangat makan dengan nasi panas. Nak lagi sedap goreng ikan masin especially ikan sepat masin...wallaaaaa....................tak payah tengok lauk lain daaa....cukup 2 lauk....layannnnnn...:))

GULAI SIPUT SEDUT CENDAWAN KUKUR....ohsem......meleleh....

Masih lauk bertemakan cendawan kukur......yeahhhhh.....selagi stok cendawan ada memang tak jemu nak makannya....kali ini aku gulai bersama dengan siput sedut pulak....memang lenguh aku nak mengerjakan siput ni.....kena cuci banyak kali sampai semua lumpur hilang....pastu nak potong plak satu-satu...memang leceh betul....tapi kalau benda yang leceh ni la yang masak bila makan lupa dirikan.....biasanya orang masak siput dengan sayur keladi..tapi sebab aku tak tahan gatal nak siang keladi so keladi memang tak pernah masuk ke dalam dapurku....kalau terasa nak makan keladi aku makan kat luar....hihihii....ok....sambung balik citer siput dengan cendawan ni...siput ni dah laa manis kan...campur plak dengn cendawan.....bertambah-tambah manis jadinya.....mari tinjau resepi....
 
 

Bahan-bahan;
 
1 kilo siput sedut
250gram cendawan kukur
25 biji cili padi       )
1 inci kunyit hidup  ) dikisar
3 batang serai dititik
4 biji bawang merah - dihiris
2 biji kelapa - ambik santannya
1 keping kecil asam gelugor
garam secukup rasa
 
Cara memasaknya;
 
Bersihkan siput dibawah air paip mengalir. Cuci sampai air dalam bekas siput tu jadi jernih. Kemudian potong ekornya. Cuci bersih lagi dan toskan. Bersihkan cendawan dan toskan. Satukan siput dan cendawan dalam periuk. Masukkan kesemua bahan kisar, santan, bawang yang dihiris, serai dan asam gelugor. Masak atas api sederhana. Kacau selalu supaya tak pecah minyak. rasa garam secukupnya.


Paling leceh nak bersihkan...perlukan banyak kesabaran!!!
 
 
Senang jer kan nak masak siput ni....satukan jer semua...
 
Bila masak gulai siput sedut dengan cendawan , aku tak payah masak lauk banyak..nanti tak dapat nak menikmati sepenuhnya.....aku goreng udang galah kunyit dah cukup....
 
Siap packing untuk jiran terdekat dan keluarga mertua...yer la kan...bukan senang nak dapat cendawan kukur ni.....rezeki yang ada lebih baik untuk dikongsi bersama......memang sedap sangat....orang kata mertua lalu kat belakang pun tak perasan kalau makan gulai siput sedut cendawan ni!!!!!

RENDANG AYAM BEEHOON ....masakan popular orang Gemencheh, N.Sembilan

Rendang Ayam Beehoon??? Bunyi macam pelikkan??? hihihi...selain dari rendang sayur maman yang semua orang memang dah tau sangat , rendang beehoon ni salah satu menu special orang Gemencheh, Negeri Sembilan....tak sangka kan beehoon pun boleh jadi lauk yang sedap untuk dimakan bersama dengan nasi...selalunya kalau musim raya rendang beehoon ni wajib ada kat Gemencheh....kadang-kadang ada jugak yang masak masa kenduri kendara....biasanya mereka akan gunakan itik salai...itu la yang original....kalau tak pun ayam pencen atau ayam kampong...tapi kalau dah tak ada ayam bandar pun ok..mari tinjau resepi...



Bahan-bahan; (untuk 2 - 3 orang)

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
100 gram beehoon
1 biji kelapa - ambik santannya
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
1/2 inci lengkuas      )
3 biji bawang merah ) kisar
2 ulas bawang putih  )
2 batang serai dititik
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Rendamkan beehon terlebih dahulu hingga lembut dan toskan. Bersihkan ayam dan toskan. Tumbuk lumat ketumbar. Satukan rempah kari dengan cili kisar serta ketumbar. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai yang dititik. Bila dah naik bau masukkan campuran cili kisar, rempah kari dan ketumbar. Kacau hingga rempah terbit minyak kemudian masukkan ayam dan santan. Bila kuah dah pekat dan hampir kering masukkan kerisik, gaul mesra, rasa garam secukupnya dan akhir sekali masukkan beehoon. Kacau hingga beehoon lembut seperti goreng behoon.


 
Kalau musim raya  sedap dimakan bersama denga nasi impit ....yang penting kerisik, ketumbar dan lengkuas wajib ada yaa...itu yang menjadikan rendang ayam beehoon ni istimewa..berbeza dengan makan beehon goreng....selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...