Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Showing posts with label Pasta dan Mee. Show all posts
Showing posts with label Pasta dan Mee. Show all posts

Friday, 18 July 2014

MEE JAWA aka MEE REBUS...betul ker??

Aku selalu keliru yang mana satu mee jawa dan yang mana plak mee rebus..sebab bila rasa hampir sama...kalau tengok kedua resepi ni  pun lebih kurang sama jer...masa awal 90an dulu lepas tamat SPM aku pernah duduk JB di rumah mak saudara sementara tunggu result SPM keluar. Aruah  Mak Andak ni memang suka bawak kami makan di luar....di situ baru aku mengenali mee rebus...orang Johor panggil,...memang sedap sangat mee rebus di JB tu....itulah permulaan jatuh cinta pada mee rebus...tapi bila sampai kat KL rasa lebih kurang sama tapi panggil mee jawa plak....sampai sekarang keliru....hihhihi....resepi ini aku ambil dari buku Chef Hanieliza...satu hari satu resepi....dah lama beli buku ni...bulan puasa baru bukak balik....

 Bahan-bahan;

1/2 kilo daging
1/2 kilo keledek (aku guna Japanese sweet potato)
2 inci halia**
1 inci lengkuas**
3 batang serai**
3 ulas bawang merah**
2 ulas bawang putih**
1/2 cawan udang kering  - rendam dahulu**
2 sudu cili kisar
3 sudu rempah kari daging
3 sudu minyak untuk menumis
3 sudu kicap pekat
garam dan gula secukup rasa


1 kilo mee kuning - dicelur
taugeh - buang
telur rebus
hirisan daun bawag
bawang goreng
tauh goreng
limau kasturi
cili hijau/merah

Cara menyediakannya;

Hiris daging nipis dan rebus sampai empuk. Kupas kulit keledek, cuci dan rebus sampai empuk, dikisar halus. Kisar semua bahan beanda **. Panaskan minyak, tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau dan harum. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Kacau selalu agar tidak hangus dan cili betul-betul masak kemudian baru masukkan daging bersama dengan air rebusan tadi dan kentang lecek. Masukkan kicap. Masak hingga kuah jadi pekat. Rasa garam dan gula secukupnya


 Dah siap packing nak bawak rumah mertua untuk berbuka puasa
 
 
ini plak aku bagi pada  jiran dekat rumah bersama dengan gulai daging salai..bulan puasa ni kami suka bertukar tukar juadah.... :)
 
 
Ini pertama kali aku buat mee jawa dan en.hubby suka sangat, siap bertambah makan....hiihihi... Kuah agak gelap sedikit sebab aku guna keledek jepun yang warna purple tu. Tapi rasa kuah memang sedap sangat sebab keledek yang digunakan memang manis. Tak perlu nak letak gula lebih...lepas makan hubby dah request suruh buat lagi...hihihihi

Saturday, 28 December 2013

KUEY TIAW GORENG...tanpa taugeh dan khas untuk orang yang tak makan ayam

Entri terakhir untuk hari ini...mungkin juga entri terakhir untuk 2013....menu sarapan pagi tadi...patutnya entri ni yang masuk awal dulukan sebab sarapan....hihihi....bila belek-belek gambar tengok tertinggal plak yang ini...so masuk jer la kan.....sekadar berkongsi.....kuey tiaw ni memang ringkas...sebab en.hubby tak nak ayam..aku plak tak nak kerang...malam tadi pergi Mydin Mall nak beli taugeh....taugeh dah abis la plak..tinggal ekor jer....so hentam aje laaaa....aku kalau bab kuey tiaw tak suka yang basah-basah....lagi kering lagi aku suka...paling aku suka makan kuey tiaw goreng kat SOGO foodcourt....memang my favourite...:))

 
 Bahan-bahan;

400gram kuey tiaw
10 ekor udang saiz sederhana
10 biji fishball
5 biji bawang merah   )
4 ulas bawang putih    ) kisar kering
sehiris halia                 ) 
2 biji telur
1 ikat kecil daun kucai - potong lebih kurang 2 inci
6-7 biji cili api dititik
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya;

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau bersama ciliapi yang telah dititik. Masukkan udang dan fishball. Masak hingga udang mengecut sedikit kemudian masukkan kuey tiaw, seterusnya kicap dan sos tiram. Gaul rata, pecahkan telur. Akhir sekali masukkan daun kucai. Makan panas-panas.

Aku memang tak letak garam yer kerana kicap dan sos tiram dah cukup perasa. Kalau kurang masin just tambahkan kicap lagi.Sempoi jer kan.....janji en.hubby suka bangat.....:))
 
 
 

Sunday, 15 December 2013

MUFFIN MAKARONI MOZARELLA

Dah lama jugak aku tak buat macaroni...tengok bahan semua ada terus ON la...kali ini aku buat dalam bekas muffin aluminium foil..dah lepas makan terus buang bekas...lagi satu senang nak adjust...kalau tak habis senang nak simpan....masuk semula dalam peti ais, tutup dengan cling plastic supaya tak masuk bau yang lain dan bila nak makan hanya panaskan dalam microwave seminit dua dah jadi sedap semula...
 
Bahan-bahan;

200grm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan)
200grm daging kisar
1/2 batang lobak merah - potong dadu
3 kuntum cendawan shitake - potong dadu
1 biji tomato - cincang
1/2 biji bawang besar - cincang dadu
3 ulas bawang putih  - cincang halus
1/2 capsicum merah - potong dadu
1/2 sudu kecil Italian herbs
1 sudu besar tomato sos
minyak zaiton untuk menumis
garam scukup rasa
Mozarella cincang secukupnya.

Cara menyediakannya;

Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang besar + putih hingga naik bau. Masukkan tomato cincang. Masak hingga tomato hancur, masukkan daging kisar. Kacau hingga daging jadi seperti serunding dan baru masukkan capsicum, lobak merah dan shitake. Bila dah agak layu masukkan Italian herbs, tomato sos dan garam secukupnya. Masukkan macaroni yang telah direbus awal dan gaul seperti masak mee goreng.
 
Panaskan oven dengan suhu 200'c. Masukkan macaroni goreng separuh dalam mangkok muffin. Taburkan dengan mozzarella cincang, tutup semula dengan macaroni goreng dan akhir sekali tabur semula mozzarella di atasnya. Bakar lebih kurang 10 - 15 minit.


Dah siap....

 Sedap makan ketika panas-panas.....hmmm....memang laju yer....:))
 

Tuesday, 22 October 2013

LAKSA JOHOR....resepi yang senang-senang jer....

Tiba-tiba rasa macam kepingin giler nak makan Laksa Johor.....dah beberapa minggu sebenarnya beli bahan-bahan tapi tak jugak buat-buat hingga bahan-bahan yang dibeli mengecut sendiri dalam peti ais...akhirnya Ahad lepas walaupun tengah kepenatan sangat digagahkan (ayat power nii..hehehe) juga untuk masak laksa favourite ni sebelum bahan-bahan yang beli buat kali kedua mengecut lagi dalam peti ais....resepi asal dari Mat Gebu seperti di SINI...tapi aku tak ikut 100% sebab aku ikut orang berpantang....aku tak letak ikan kurau masin dan udang basah kerana ada yang tak boleh makan....don't wory about taste....tetap cun yer......ikut selera aku dan en.hubby laa......aku suka yang mudah-mudah jer janji sodapppppp........;))

Bahan-bahan;

1 kilo ikan kembung (pernah buat ikan parang + tenggiri lagi sedap)
3 sudu makan udang kering - direndam dan tumbuk halus
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kerisik
1 biji bawang besar )
3 ulas bawang putih ) kisar halus
1 sudu teh ketumbar       )
1 sudu teh jintan manis  ) tumbuk/kisar halus
1/2 inci lengkuas                   )
1 batang serai - aku tambah  ) dititik jer
1 biji kelapa - ambik santan pekat
2 batang bunga kantan - belah 2
1 gengam daun kesom
1 gengam daun selasih
Asam gelugor secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 bungkus spagethhi

Bahan ulaman;

Daun kesom
Daun selasih
Bunga kantan - aku suka letak
limau kasturi
timun
taugeh buang ekornya
3 batang kacang panjang
Sambal belacan

Cara menyediakannya;

Cuci ikan bersih-bersih kemudian rebus bersama dengan asam gelugor. Bila ikan dah masak tapis dan sejukkan. Jangan buang air rebusan ikan tu yer. Seperti laksa biasa asingkan isi dan tulang ikan. Kisar ikan ikan dengan air rebusan tadi.Kisar juga kesemua tulang ikan juga, tapis untuk dapat manisannya. Masukkan kesemua dalam periuk dan masak atas api terus.

Sambil tu di dapur sebelah panaskan sedikit minyak dalam fying pan. Tumiskan bawang besar + bawang putih, bila dah naik bau masukkan cili kisar , serbuk kari, lengkuas, halia , udang kering, ketumbar dan jintan manis., Masak hingga naik bau dan minyak dah terbit. Aku masak kiri kanan sebab nak cepat yer.


 Masukkan bahan tumis dalam periuk rebusan. Kemudian masukkan pati santan. Bila dah mendidih masukkan kerisik, bunga kantan, daun kesom dan daun selasih. Rasa garam secukupnya. Kalau kurang masam masukkan lagi asam gelugor. Masak hingga kuah jadi pekat.
 
 
Rebus spagethi hingga lembut dengan campurkan sedikit minyak zaiton. Toskan. Bab nak simpul spagethi ni aku memang tak pandai....aku tanya dengan Cik Mat Gebu pun dia pun tak berapa mahir katanya...so kalau guru aku pun kurang mahir aku lagi la hancuskan.....hehehehehe....
 

Hiriskan halus-halus semua bahan ulaman. Untuk timun pula ada cara tersendiri untuk memotongnya. Yang ini aku lulus bila dah ditunjuk ajar oleh Cik Mat Gebu....buang kulit timun pastu hiris isi timun tanpa putus nipis-nipis.Jangan ambik empulur timun yer. Gulungkan dan baru la dipotong nipis.


Untuk sambal belacan rasanya semua orang tau buatkan....aku buat yang simple jer;

4 biji cili merah
6 biji cilipadi
1 inci belacan bakar
2 biji asam limau kasturi

Semua bahan ditumbuk halus kecuali limau yer...sebab limau nak kena perah.

Nampak macam banyak kerja nak buat laksa ni kan.....kalau baca nampak berjela-jela tapi sebenarnya tak la sesusah mana.....kuah laksa ini kalau makin pekat makin sedap....aku suka kalau dah disimpan satu hari....lagi marbeles kuahnya.....kalau guna isi ikan parang dan tenggiri memang lagi cun......ok..selamat mencuba...yang mudah-mudah jer....:))
 

 

Tuesday, 8 October 2013

ASAM LAKSA YANG SEMPOI.....

Menu minum petang hari Sabtu baru ni....tiba-tiba datang kerajinan yang melampau...rasa macam semua nak buat...dan yang aku tak faham akhir-akhir ni aku macam suka sangat nak makan laksa...pergi Lumut last weekend dah makan laksa kat Taman Tasik Taiping...sampai Kuala Selangor singgah makan laksa yang sama kat Cendol Durian Borhan....baru seminggu teringin nak buat laksa sendiri plak....tapi kalau dah buat memang tak tau macam mana nak masak sikit kan....so aku jemput keluarga mertua datang minum petang sekali kat rumah dengan jamuan laksa....masih ada balance lagi....Ahad pagipun kami breakfast laksa....hehehehe......anyway tak kisah la kan coz laksa ni sangat healthy....ada pelbagai cara dan kaedah orang buat laksa....ikut selera masing-masingkan...yang ni resepi aku sendiri dan cara aku yang tersendiri..;))


Bahan-bahan;

600gram ikan selayang
3 ekor ikan kembong
2 biji bawang besar   )
3 ulas bawang putih  ) kisar halus
1 inci belacan            )
1 senduk cili kisar
1 gengam daun kesum
2 batang bunga kantan - belah dua
7 - 8 keping asam gelugor
Air secukupnya

1 bungkus laksa

Ulaman

2 batang salad               )
I biji timun                    ) dihiris
1 biji bawang besar       )
2 biji cili merah             )
limau kasturi
telur rebus

Cara memasak;

Cuci bersih kesemua ikan dan toskan. Rebus kesemua ikan hingga lembut bersama 2 keping asam gelugor. Bila ikan dah masak keluarkan dan toskan hingga sejuk. Asingkan isi ikan dengan tulangnya. Kisar isi dan tulang ikan berasingan. Lepas kisar tulang ikan kena tapis yer, takut ada plak yang tercekik tulang nanti. Masukkan kesemua bahan yang dikisar dalam periuk rebusan tadi (isi ikan, bawang dan cili kisar) dan lebihan asam gelugor. Bila dah mendidih masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masak hingga kuah laksa agak pekat. Rasa garam secukupnya, jika kurang masam tambah lagi dengan asam gelugor dan boleh dihidang bersama dengan bahan-bahan ulaman dan telur rebus. Sedap sangat kalau dimakan bersama dengan petis.
 
Rebus mee laksa hingga kembang dan lembut. Agak lama juga nak rebus mee laksa ni yer...hampir 40 minit...

 
Aku lupa nak beli nenas dengan daun pudina. Kalau ada lagi marvelous...:))

Sunday, 10 March 2013

SPAGETHI BOLOGNESE...

Salam semua....dah lunch? Pagi tadi masak spagethi bolognese sajer....bangun tidur jer encik hubby request nak makan spagethi bolognese...katanya dah lama tak makan....nasib baik bahan-bahan semua ada kecuali mushroom...nampak gaya off masak untuk lunch hari ni sebab sos ada banyak lagi....hanya rebus spagethi jer la....sebut pasal bolognese sos ni ada pelbagai cara dan pelbagai resepikan....ikut selera masing-masing...aku tak suka yang complicated sangat....aku kan suka masak yang senang-senang jer....


Bahan-bahan untuk sos bolognese
400 gram daging kisar (aku suka guna brand Ramly)
3 biji tomato - potong dadu
2 biji bawang holland - potong dadu
5 ulas bawang putih- cincang halus
kurang 1/2 inci halia - cincang halus (tak letak pun tak apa)
3 helai daun bay
1 botol sos spagethi (aku guna brand kimball jer ...halal)
1 botol air (botol dari sos spagethi tadi)
1 cawan tomato puree
5 -6 kuntum cendawan butang/shitake - dihiris (tak letak sebab tak ada stok)
2 paket instant mushroom soup campbell
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 tsp oregano flake )
1tsp parsley flake  )
1 tsp mixed herbs   ) aku suka guna brand McCormic
1tsp basil flake      )
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaiton
sedikit hirisan daun ketumbar

1/2 bungkus spagthi
air secukupnya
2 sudu minyak masak/butter

Cara menyediakkan;

Panaskan minyak zaiton. Tumis, bawang besar, halia, bawang putih dan daun bay hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan tomato cincang, masak hingga tomato hancur dan masukkan daging kisar (pastikan daging kisar tak berketul ketul yer). Bila daging dah berubah warna masukkan sos spagethi dan tomato puree. Masukkan 1 botol air dari bekas sos spagethi tadi. Kacau sekali sekali supaya sos tak melekat. Bila dah mendidih masukkan instant mushroom soup. Kacau mesra kemudian taburkan serbuk lada hitam, oregano, mixed herbs, basil and parsly. Rasa garam dan gula secukupnya. Masak hingga so agak pekat dan baru la tutup  api.

Merebus spagethi

Masak air secukupnya dalam periuk. Campurkan dengan minyak masak or butter untuk mengelakkan spagethi melekat. Bila air dah mendidih masukkan spagethi, rebus hingga spagethi lembut. Kemudian toskan. Gaul spagethi yang telah direbus dengan sedikit minyak zaiton. Hidangkan bersama dengan sos bolognese , hiaskan dengan hirisan daun ketumbar or parutan cheese kalau suka.

Tuesday, 13 November 2012

SHEPHERD'S PIE DAGING MOZARELLA

Hari ini Seremban hujan dari tengahhari hingga ke petang non stop....bila sejuk-sejuk perut asyik nak minta diisi sajer...nak makan macam-macam...terbaca blog Cahaya Cintaku...ada buat shepherd pie daging...nampak macam menarik sangat....so terus dapat idea nak mencubanya.....tetapi resepi dari blog Cahaya Cintaku telah ku ubah sedikit mengikut citarasaku..hehehehe....

 
Bahan-bahan;
1kg kentang (aku sebenarnya tak timbang..agak2 jer)
1 cawan susu segar (ini pun agak2)
2 sudu butter lembut
lada sulah secukup rasa
Shereded Mozarella secukupnya
mangkok kecil - aku guna aluminium foil yang kecil jer..dah makan senang buang...
 
Intinya plak;
 
300 gram daging kisar
1 biji bawang holland (bawang biasapun ok)
3-4 ulas bawang putih
2 biji tomato
3 kuntum shitake mushroom
1 botol kecil sos spagethi
sedikit minyak zaiton untuk menumis (tak da minyak zaiton, minyak biasa pun ok)
 
Cara membuatnya;
 
Kupas kulit kentang, potong dadu.
Rebus kentang sampai empuk. Kalau potong kecil cepat masak sikit, kemudian toskan. Lenyekkan kentang ketika panas-panas sampai teskturnya jadi halus. Masukkan susu segar perlahan-lahan hingga menjadi seperti kentang putar. Kemudian masukkan lada sulah, gaul sebati dan baru lah masukkan butter. Gaul sebati semula. Aku tak letak garam sebab lada sulah dah ada perisa. Ketepikan.
 
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong dadu hingga layu.Masukkan tomato dan shitake mushroom. Masak hingga tomato dah jadi hancur.
Masukkan daging kisar, kacau mesra hingga daging kisar bertukar warna.
Kemudian baru la masukkan sos spagethi.
Masak hingga sos menjadi pekat, angkat dan ketepikan. Inti daging ni aku tak letak garam kerana sos spagethi dah cukup rasa.
ini la dia kentang putar dan inti daging yang dah siap..
 
Panaskan oven terlebih dahulu 180'C. Isikan kentang putar dalam mangkok kecil untuk bahagian bawahnya dulu..ratakan...guna belakang sudu teh lagi senang..
Masukkan inti daging....letak bebanyak sikit...baru best...nak makan sendiri jangan kedekut....hehehe..
Tutup semula dengan kentang putar tadi...
tutup rapat-rapat..takut nanti isi dia melelh keluar plak...tak cantik...
taburkan shreded mozarella di atasnya...
lagi banyak letak lagi sedap...bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga atas pie dah menjadi golden brown....
dah siap.....makan ketika panas-panas....wallaaaaaaaaaaaaa....memang sedap....!!!
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 11 September 2012

LAKSA JOHOR....

Salam semua....Laksa Johor ini salah satu menu hidangan di Jamuan Hari Rayaku...baru ku tahu rupanya ramai yang tak biasa makan Laksa Johor ni....mungkin sebab rumahku di Seremban dan yang hadirpun bukan orang Johor...semasa majlis hari tu, ramai bertanya ini apa..kenapa spagethi makan dengan kuah...hehehehe...ada yang makan tak letak ulaman....ada yang tak tahu kenapa ada sambal belacan berhampiran laksa?? ada yang tanya daun selasih  untuk apa?? hahahahaha....macam-macam soalan keluar...selepas diberitau macam mana nak campur ulaman tu terus mereka kata sedap.....:)) anyway Laksa Johor ni lain orang buatnya lain plak stylenya...ada yang letak udang basah...ada yang letak ikan kurau...mahal tu ikan kurau...kat Pasar Seremban 1 kilo ikan kurau RM80...tak tahu la kat tempat lain berapa yer...kadang-kadang campuran dalam kuah ni tak sama....itulah namanya masakan, tak ada  Standard Operations Procedure nya...begitu unik, ikut citarasa sendiri dan pelbagai cara memasaknya...yang penting sedap di makan..


Bahan-bahan Kuah Laksa
1 kilo ikan parang
1 kilo ikan tenggiri
1 kilo ikan kembung
1 mangkok udang kering
1 inci lengkuas                    )
6 ulas bawang merah          ) dikisar halus
3 ulas bawang putih            )
2 senduk cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan
1 gengam daun kesom
3 batang bunga kantan - belah dua
sedikit daun selasih
2 batang serai - dititik
3 sudu besar kerisik
1 biji kelapa - ambil santannya
5 keping asam gelugor - kalau tak nak masam boleh kurangkan
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Ulaman
Taugeh - buang ekor, cuci dan toskan
Daun kesom         )
Bunga Kantan      )hiris halus
kacang panjang    )
Daun selasih        )
Bawang besar      )
Timun - ambik bahagian luar sahaja - potong nipis
limau kasturi

Spagethi - rebus till lembut, toskan, gaul dengan minyak zaiton
Sambal belacan

Cara membuatnya;

Bersihkan kesemua ikan dan toskan. Rebus dalam periuk bersama dengan asam gelugor. Kemudian toskan ikan yang telah direbus dan asingkan isi dan tulangnya. Ketepikan air rebusan. Kisar halus isi ikan serta tulang ikan berasingan. Tapis tulang ikan supaya tak termasuk tulang. Rendam udang kering, tos dan kisar halus. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar halus dan serai yang dititik hingga harum, masukkan rempah kari bersama cili kisar. Masak hingga terbit minyak dan baru masukkan udang kering yang telah dikisar, isi ikan dan juga air rebusan ikan tadi. Masukkan beberapa keping asam gelugor, bungan kantan, daun kesum dan sedikit daun selasih. Biarkan ia mendidih dan baru lah masukkan pati santan.Masak hingga kuah agak pekat, masukkan kerisik, rasa garam dan gula secukupnya.
 
Rebus spagethi dengan campurkan sedikit minyak. Bila spagethi telah lembut, angkat dan toskan. Curahkan minyak zaiton agar spagethi tidak melekat. Orang Johor biasanya akan buat spagethi dalam bentuk sanggul, aku memang tak pandai lagi nak buat sanggul tu...so aku sediakan macam ni jer...hehehehe...
 
Untuk sediakan ulamannya pula, semua bahan dihiris halus kecuali timun ada cara tersendiri untuk memotongnya.
Kupas kulit timun dan bersihkan. Potong timun lebih kurang 2 inci, potong nipis timun tanpa putus hingga ke tempulur.Gulungkan isi timun tadi ketat2 dan hiris nipis. Aku belajar inipun dari bloger Mat Gebu semasa aku beraya di rumahnya, Sedenak baru-baru ni.
 
 
Sambal belacan jangan lupa,. Makan Laksa Johor tanpa sambal belacan memang hilang powernya.
 
Selamat Mencuba!!! :))
 



Friday, 27 July 2012

FETTUCCINE GORENG...

Salam semua, fettuccine ni boleh dikatakan adik beradik spagethi dan makaroni...rasa lebih kurang sama tapi bentuk jer yang berbeza....tengok ada sedikit lagi stok yang tinggal...dah lama jugak tak masak fettucine ni...kaedah memasaknya lebih kurang sama seperti disini



Bahan-bahan;

150grm fettuccine
3 ketul isi ayam - potong kecil
4 kuntum cendawan shitake - hiris nipis
1/2 batang lobak merah - potong kecil memanjang
5 - 6 biji cili padi - pecah2kan
4 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - cincang dadu
sedikit serbuk lada hitam berperisa
2 sudu sos tiram
sedikit minyak zaiton untuk menumis
1 pokok daun ketumbar - dihiris

Cara menyediakkannya;

Panaskan air yang telah dicampur dengan sedikit minyak. Rebus fettucine hingga kembang dan toskan. Letakkan sedikit minyak zaiton untuk mengelakkan fettucine melekat di antara satu sama lain. Panaskan minyak zaiton. Tumiskan bawang putih dan bawang besar. Bila dah kekuningan masukkan tomato.Goreng hingga tomato hancur dan baru la masukkan ayam. Bila kelihatan ayam hampir masak masukkan shitake dan lobak merah serta sos tiram. Gaul sebati dan baru masukkan fettucinne. Masukkan serbuk lada hitam dan cilipadi. Gaul mesra kesemuanya. Rasa garam secukupnya (kalau guna serbuk lada hitam biasa jika kurang masin baru la letak sedikit garam...) dan boleh la dihidangkan. Taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.  Sedap dimakan ketika panas-panas...:))

Tuesday, 26 June 2012

BEEHOON AYAM GORENG...

Salam semua...malam ni my hubby kata tak nak makan nasi...hmmm...bagus jugak tu....aku pun masih kenyang lagi dengan lunch tengahhari tadi....my hubby suggest masak spagethi goreng jer...tapi bahan tak cukup plak...macam mana nak cukup.....tiap minggu mesti ada spagethi goreng....my hubby favourite tu....aku suggest paling simple dinner malam ni goreng beehon sahaja....my hubby said..yess...proceed....:)) Memandangkan kami berdua masih lagi berpantang untuk tidak mengambil seafood (tak tau la sampai bila ni...ntah2 esok dah makan balik...hehehehe)  so aku hanya campurkan ayam sahaja....anyway still beleive...yang simple tu la yang sedap...yer ker??...let see...:))


Bahan-bahan;

100 gram beehoon - direndam
3 keping isi ayam - potong kecil
2 biji telur
100 gram sawi choy sum
3 ulas bawang putih            }
4 ulas bawang merah          } tumbuk halus
1/4 inci halia                       }
6 biji cili padi
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak zaiton untuk menumis

Cara menyediakannya;

Toskan beehon yang telah direndam dengan air sejuk. Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaiton. Goreng telur seperti scramble eggs dan keluarkan. (My hubby suka kalau letak telur banyak). Tumis bahan yang ditumbuk halus hingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan isi ayam. Masak sebentar dan campurkan 1/2 cawan air. Apabila dah mendidih masukkan cilipadi yang telah dipecahkan. Kemudian masukkan beehon bersama dengan scramble egg dan sawi choy sum. Rasa garam secukupnya. Kacau mesra semuanya. Jika beehon masih keras boleh la ditambahkan sedikit air. Hidangkan sewaktu panas.

Selamat Malam semua.....:))


Wednesday, 23 May 2012

MAKARONI TUNA BAKAR....simple but very nice...

Salam semua...hari ini  rasa malas nak masak dah masuk tahap maksimum...tapi nak beli makanan kat luar.....memang tak lalu nak makan....hari tu pernah cuba beli nasi campur bersebelahan guard house di bawah apartment ni..masa tu memang dah tahap lapar giler..... hmmmm..akhirnya bakul sampah yang makan....tak ada rasa....sayang...membazir tapi nak buat macam mana...dah tak lalu...harga makanan memang murah..macam mana tak murah..tak payah bayar sewa...just letak meja dan susun lauk pauk atasnya....upah seorang pekerja Indon yang jaga.....ditambah pula dengan extra perisa dari asap kereta, bas rapid....hahahaha.......tapi aku nampak setiap hari sentiasa ramai yang datang membeli especially lepas balik kerja....padahal peniaga ni dah mula buka meja dan susun lauk pauk dari pukul 11 pagi lagi..bayangkan pukul 11 pagi lauk pauk semua dah boleh dijual...pukul berapa yer dia orang ni mula memasak?? Lauk pauknya ada bermacam-macam jenis plak tu...Pukul 5 ke 6 petang paling ramai yang beli especially yang baru lepas keluar dari LRT........hmmmm...maybe some  orang KL ni  tak kisah kot....rasa letak nombor dua...yang penting perut kenyang dan murah.....

Ishhh...apa yang ku malalut ni.....ok la.....ni yang aku masak untuk lunch tadi sebelum keluar pergi appointment....paling simple tapi memang menyelerakan.....budak kecik pun boleh buat.....kalau malas gak nak buat tak tau la apa nak cakap lagi....tak cayer jom tengok resepinya.....hehehehe...



Bahan-bahan;

1 cawan makaroni
185 gram chili tuna (guna ayam brand yang warna hijau tu)
Mozarella cincang (shreded mozarella) secukupnya
Parsley flake

Cara memasak;

Panaskan oven dengan suhu 180'C. Rebus makaroni hingga kembang. jangan lupa letakkan sedikit minyak dan garam ketika merebus. Apabila makaroni dah kembang secukupnya angkat dan toskan. Curahkan di bawah air paip untuk sejukkan dan toskan semula. Kemudian gaul sebati dengan cili tuna dan sedikit parsley flake.  Masukkan makaroni yang telah digaul dengan cili tuna tadi ke dalam mangkuk kaca tahan panas. Taburkan mozarella di atasnya hingga tak nampak langsung makaroni tadi. taburkan parsley flake di atas mozarella. Bakar lebih kurang 30 minit atau mozarella dah berwarna sedikit golden brown .

sebelum dibakar....
baru masak......


ni jer yang tinggal selepas aku settlekan dalam perutku....hehehehe.....kalau ikutkan nafsu boleh habiskan semua ni.....godaan betul la......

tapi jangan le ingat aku makan buruk sangat yer sebab hidangan ini memang saiz yang kecil....nampak dalam gambar jer besar....tuna ni pun sekali bukak dah abis kalau makan dengan roti.....mudahkan resepi ni....memang terlalu mudah....dan amat sesuai bagi orang yang dah terlalu malas nak masak .....jika nak rajin sikit boleh la masukkan tomato yang telah dipotong dadu kecil-kecil or boleh ikut resepi makaroni bakar sebelum ni di mana boleh tukarkan ayam or daging dengan tuna sahaja....wassalam....




Wednesday, 18 April 2012

SPAGETHI GORENG BLACKPEPPER...

After office, fikiran blurr tak tahu nak masak apa untuk dinner...tambahan plak sejak sebulan ni busy melayan cerita mexico @ cannel 133 yang start pukul 7pm...hahahaha....so lepas maghrib terus teringat yg paling simple masak spagethi jer la since malas nak masak lauk pauk....nasib baik semua bahan ada...


Bahan-bahan; (utk 2 orang makan)

150grm spagethi
3 ekor sotong size sederhana
10 ekor udang size sederhana
2 ketul isi ayam
1 batang lobak merah - dimayang
1 biji tomato - potong dadu
1/2 labu bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang halus
5 biji cili padi - pecahkan (kalau tak suka pedas tak perlu letak)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar blackpeper yg telah ditumbuk
2 sudu pure olive oil
garam secukup rasa
daun parsli dan cili merah utk hiasan

Panaskan air dalam periuk untuk merebus spagethi. Campurkan dengan sedikit garam dan minyak. Bila spagethi telah lembut toskan dan gaulkan dengan sedikit olive oil. Bersihkan ayam, udang dan sotong. Panaskan kuali dan masukkan pure olive oil. Tumis bawang putih dengan bawang besar hingga kekuningan. Kemudian masukkan tomato cincang dan kacau hingga hancur. Masukkan lobak merah dan kemudian ayam. Bila ayam dah agak masak masukkan pula udang dan sotong. Kemudian sos tiram.  Bila semua dah masak baru masukkan spagethi dan blackpeper. Gaul mesra. Rasa dahulu baru masukkan garam kerana takut sos tiram sudah cukup rasa. Angkat dan taburkan dengan cili merah yg telah dihiris bersama daun parsli.

Selamat mencuba!!

Monday, 26 March 2012

MAKARONI CHEESE BAKAR.....

Tak tahu macam mana nak tulis resepi makaroni ni..sebab masa buat tadi aku campak-campak jer apa-apa bahan  yang sesuai dalam fridge. Puas aku mengingatkan semula anggaran bahan-bahan yang telah kugunakan tadi.,..Ingatkan nak buat sedikit sahaja....untuk 2 orang makan tapi bila dah dicampur-campur ini la hasilnya....


Bahan-bahan;

200grm makaroni
200 gram daging kisar Ramly
5 biji fresh button mushroom                                                   ]
1 biji tomato                                                                                ] potong dadu kecil2
1/2 batang carrot                                                                        ]
1 biji bawang besar                                                                    ]
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1/4 biji traffic light capsicum (hijau, merah, kuning)             ] potong dadu kecil2
Sedikit daun ketumbar                                                               ] dihiris
Serbuk oregano
2 tsb minyak zaiton
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu  sos tamato
1 sudu rempah kari daging
cheddar cheese secukupnya
garam secukup rasa

Sos Putih;

1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu cair + 1 cawan air
2 biji telur
sedikit garam
1 sudu kecil butter

Cara memasak;

Panaskan air dalam periuk yang telah dicampur dengan minyak or butter untuk merebus makaroni. Rebus sehingga makaroni lembut. Kemudian toskan, gaulkan dengan sedikit minyak zaiton dan sejukkan.

Bawang putih dan halia dicincang halus-halus. Panaskan minyak zaiton dalam kuali., Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar, tomato, cendawan, carrot dan traffic light capsicum hingga layu dan mesra. Kemudian masukkan daging kisar tadi,. Pastikan daging kisar telah dicarik-carikkan untuk mengelakkan dari berketul-ketul. Masukkan sos tomato, rempah kari, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau hingga menjadi seakan-akan serunding. Akhir sekali masukkan sedikit oregano dan daun ketumbar yang telah dihiris. Padam api dan sejukkan.

Untuk sos putih, panaskan butter. Masukkan tepung dan kemudian susu cair berserta air serta sedikit garam. Kacau menggunakan whisk sehingga agak pekat. Seperti sos putih lasagna. Bila dah agak pekat sedikit masukkan telur 2 biji dan kacau cepat sehingga mesra dan tutup api.

Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu dengan 200'C. Sapukan sedikit minyak zaiton dalam mangkok tahan panas atau loyang. Gaulkan makaroni dengan daging kisar yang telah dimasak tadi kemudian masukkan dalam mangkok tahan panas. Ratakan dan tekan sedikit. Selepas itu curahkan sos putih tadi di atasnya dan bakar selama 20 minit. Parut cheddar cheese tadi or lagi senang gunakan cheddar cheese yang telah siap diparut.  Selepas 20 minit keluarkan makaroni dalam oven tadi dan taburkan cheese di atasnya bersama dengan oregano kering. Kemudian bakar semula lebih kurang 10 minit atau sehingga chese telah cair dan berwarna keemasan sedikit. Keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk sedikit.  Makaroni ni sedap dimakan bersama dengan cili sos.




Dari bahan-bahan dan cara memasaknya nampak agak rumit tapi sebenarnya senang sahaja. Resepi di atas boleh makan untuk 5 ke 6 orang.......tadi aku hantar di rumah kakak ku di Lavender Height....tak sampai 15 minit aku terima panggilan dari anak buahku katanya makaroni ku dah habis.....hahahaha.......Selamat Mencuba.......byeee....:))

Monday, 12 March 2012

MAKARONI SUP....

Tiba-tiba aku teringin nak makan makaroni sup for dinner tonite...dah lama sungguh tak makan makaroni sup ni......lepas shopping di Gulatis tadi terus singgah di Sogo sekejap..beli makaroni dan juga lasagna yang sudah kehabisan stok di rumah....nak cerita sedikit pasal Gulatis ni...tadi ada sales...selalunya kain baju kurung washable shiffon silk tu sepasang RM138 tapi hari ni tinggal RM88 jer termasuk lining..untuk kain baju kurung shiffon silk (dry clean) plak selalunya RM275 hari ni jadi RM220 sahaja..siap free lining lagi...biasanya jenis silk ni lining kena beli asing..disebabkan terlalu syok memilih kain tak sedar aku dah suruh dia orang potong sampai 4 pasang.....anyway berbaloi....sebab memang murah....cuti sekolah bulan Jun ni banyak kenduri kahwin...so tak payah pening cari kain baju kurung dah....oopppss....tak pepasal jadi promoter percuma Gulatis la plak....ok...ni dia makaroni sup yang baru aku masak tadi...


Bahan-bahan;

150grm makaroni
3 keping chicken fillet
3 ekor sotong (kalau letak udang lg sedap kot - hanya sotong yg ada stok dlm frigde)
1 bungkus fishball (ikut suka byk mana - aku suka fishball)
1 kiub pati ayam maggie
3 ulas bawang putih          ]
Sedikit halia                        ] ditumbuk
4 biji bawang merah          ]
1/2 biji brocoli
1/2 batang lobak merah
3 tangkai shitake mushroom
1 biji tomato
1/2 biji  capsicum
4 mangkuk air
garam secukup rasa
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Minyak zaitun (olive oil) untuk menumis)
Daun sup
Bawang goreng

Cara memasak;

Panaskan periuk dengan sedikit olive oil untuk menumis. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan air berserta kiub pati ayam. Bila dah mendidih masukkan makaroni. Pastikan air mencukupi kerana bila makaroni kembang air juga akan berkurang dengan banyaknya. Setelah makaroni lembut masukkan ayam + sotong tadi. Biarkan seketika. Kemudian masukkan lobak merah, mushroom, brocoli, capsicum dan fishball. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan tomato, lada sulah dan lada hitam. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.



Resepi ni adalah rekaan sendiri...bila dah dicampur dengan kesemua bahan-bahan boleh makan 4 orang..padahal yang nak makan hanya dua orang......hahahaha.......selamat mencuba...:))

Monday, 30 January 2012

Lasagna..........yummy...yummy..........:))

Lasagna.....oh lasagna.......kenapa ramai yang suka makan lasagna???? hmmmm......aku pun tak tau....tapi yg aku pelik ada jugak yg tak tau apa itu lasagna........mungkin kerana jika beli di luar harganya agak mahal sedikit tetapi saiznyer just cukup utk sorang makan...lasagna Pizza Hutt utk sorang dah harga RM11++...yer laa...dah dijual tu pun utk sorang....takkan beli satu dapat dua kan....boleh share tapi puas ker??? hehehehe......oleh kerana bulan Januari ni ntah berapa kali aku masak lasagna so aku nak share kat sini my own secret receipe.....

Sos Spagethi
250 San Remo Instant Lasagna - boleh beli mana2 supermarket
400grm minced beef/chicken (prefer ramly product)
5 biji tomato (kalau kecil 6 - 7 biji) cincang dadu
5 biji bawang besar - cincang dadu
6 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - cincang halus..tak letak pun tak per
1 botol sos spagethi - prefer Prego brand
I tin tomato puree
1 tin campbell mushroom soup
3 cawan air
6 biji cendawan segar shitake hiris nipis (dulu guna button mushroom tp stok kat umah tak der so guna shitake...rupanya lagi best)
Oregano -prefer guna Mc Cormic Brand
Parsley - prefer guna McCormic Brand
Daun Ketumbar dihiris (jgn beli daun sup plak yer....)
Sedikit lada hitam (ditumbuk)
Sedikit minyak utk menumis
Garam Secukup rasa
sedikit gula


Sos Putih


I kotak susu rendah lemak (prefer guna HL Marigold)
3 sudu tepung + 3 cawan air
300grm shredded mozarella (guna cheese pun ok tp mozarella lg sedap)
1 sudu besar butter

 

Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih + halia hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan tomota cincang. Kacau sehingga layu dan tomatohancur sedikit. Masukkan minced beef/chicken. Gaul hingga mesra dan sehingga daging menjadi serunding. Masukkan tomato puree, sos spagethi + mushroom soup. Tambahkan air dan biarkan mendidih. Kacau selalu supaya tidak melekat. Biarkan sos menjadi agak pekat sedikit. Kemudian masukkan oregano, lada hitam dan daun ketumbar. Gaul sebati dan angkat.

Utk sos putihnya, panas dan cairkan butter dlm periuk. Masukkan tepung yg telah dibancuh dgn air tadi. Kemudian masukkan susu HL dan mozarella. Kacau selalu utk mengelakkan berketul dan menjadi agak pekat seperti susu pekat manis. Tutup api dan angkat.

Susun lapisan lasagna dalam dulang pembakar. Lasagna San remo tidak perlu direbus. Terus masuk dlm dulang. Curahkan sos spagethi, ratakan. kemudian curahkan sos putih di atasnya. Buat selang seli...kulit lasagna, sos spagethi dan last sos putih. Lebih baik buat 4 lapisan.  Kemudian bakar selama 45 minit dengan kepanasan 180'c. Remember.....panaskan oven dahulu sebelum masak apa2.

Selepas keluarkan lasagna dari oven, curahkan lebihan sos putih di atas lasagna yg telah masak dan taburkan daun parsley di atasnya.

Ni lasagna terbaru yang aku buat untuk Besday Party Pot Luck ICT Department , office suamiku.....katanya pot luck...rupanya hanya suami ku jer yg bawak.....hahahaha......never mind...at least officematenyer boleh concentrate dengan lasagna ni jer....

Resepi ni boleh makan utk 20 orang...banyakkan??? kos tak sampai RM50 pun....kiranya kos sorang makan baru RM2.50....mee goreng mamak pun tak dapat dah RM2.50 kak oiiii.....see.....untungnya buat sendiri dari makan kat luar...dah la bayar mahal tp dapat makan sekali jer....rasapun belum tentu OK...yg ni boleh makan berulang kali..tak abis simpan dalam freeze than nak makan panaskan semula dalam microvawe....kalau malas nak bakar....hah....rebus jer spagethi tu...terus jadi spagethi bolognese...... hahahahaha....classsssssssss nyah.......:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...