Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Tuesday, 8 October 2013

ASAM LAKSA YANG SEMPOI.....

Menu minum petang hari Sabtu baru ni....tiba-tiba datang kerajinan yang melampau...rasa macam semua nak buat...dan yang aku tak faham akhir-akhir ni aku macam suka sangat nak makan laksa...pergi Lumut last weekend dah makan laksa kat Taman Tasik Taiping...sampai Kuala Selangor singgah makan laksa yang sama kat Cendol Durian Borhan....baru seminggu teringin nak buat laksa sendiri plak....tapi kalau dah buat memang tak tau macam mana nak masak sikit kan....so aku jemput keluarga mertua datang minum petang sekali kat rumah dengan jamuan laksa....masih ada balance lagi....Ahad pagipun kami breakfast laksa....hehehehe......anyway tak kisah la kan coz laksa ni sangat healthy....ada pelbagai cara dan kaedah orang buat laksa....ikut selera masing-masingkan...yang ni resepi aku sendiri dan cara aku yang tersendiri..;))


Bahan-bahan;

600gram ikan selayang
3 ekor ikan kembong
2 biji bawang besar   )
3 ulas bawang putih  ) kisar halus
1 inci belacan            )
1 senduk cili kisar
1 gengam daun kesum
2 batang bunga kantan - belah dua
7 - 8 keping asam gelugor
Air secukupnya

1 bungkus laksa

Ulaman

2 batang salad               )
I biji timun                    ) dihiris
1 biji bawang besar       )
2 biji cili merah             )
limau kasturi
telur rebus

Cara memasak;

Cuci bersih kesemua ikan dan toskan. Rebus kesemua ikan hingga lembut bersama 2 keping asam gelugor. Bila ikan dah masak keluarkan dan toskan hingga sejuk. Asingkan isi ikan dengan tulangnya. Kisar isi dan tulang ikan berasingan. Lepas kisar tulang ikan kena tapis yer, takut ada plak yang tercekik tulang nanti. Masukkan kesemua bahan yang dikisar dalam periuk rebusan tadi (isi ikan, bawang dan cili kisar) dan lebihan asam gelugor. Bila dah mendidih masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masak hingga kuah laksa agak pekat. Rasa garam secukupnya, jika kurang masam tambah lagi dengan asam gelugor dan boleh dihidang bersama dengan bahan-bahan ulaman dan telur rebus. Sedap sangat kalau dimakan bersama dengan petis.
 
Rebus mee laksa hingga kembang dan lembut. Agak lama juga nak rebus mee laksa ni yer...hampir 40 minit...

 
Aku lupa nak beli nenas dengan daun pudina. Kalau ada lagi marvelous...:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...