Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Tuesday 22 October 2013

LAKSA JOHOR....resepi yang senang-senang jer....

Tiba-tiba rasa macam kepingin giler nak makan Laksa Johor.....dah beberapa minggu sebenarnya beli bahan-bahan tapi tak jugak buat-buat hingga bahan-bahan yang dibeli mengecut sendiri dalam peti ais...akhirnya Ahad lepas walaupun tengah kepenatan sangat digagahkan (ayat power nii..hehehe) juga untuk masak laksa favourite ni sebelum bahan-bahan yang beli buat kali kedua mengecut lagi dalam peti ais....resepi asal dari Mat Gebu seperti di SINI...tapi aku tak ikut 100% sebab aku ikut orang berpantang....aku tak letak ikan kurau masin dan udang basah kerana ada yang tak boleh makan....don't wory about taste....tetap cun yer......ikut selera aku dan en.hubby laa......aku suka yang mudah-mudah jer janji sodapppppp........;))

Bahan-bahan;

1 kilo ikan kembung (pernah buat ikan parang + tenggiri lagi sedap)
3 sudu makan udang kering - direndam dan tumbuk halus
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kerisik
1 biji bawang besar )
3 ulas bawang putih ) kisar halus
1 sudu teh ketumbar       )
1 sudu teh jintan manis  ) tumbuk/kisar halus
1/2 inci lengkuas                   )
1 batang serai - aku tambah  ) dititik jer
1 biji kelapa - ambik santan pekat
2 batang bunga kantan - belah 2
1 gengam daun kesom
1 gengam daun selasih
Asam gelugor secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 bungkus spagethhi

Bahan ulaman;

Daun kesom
Daun selasih
Bunga kantan - aku suka letak
limau kasturi
timun
taugeh buang ekornya
3 batang kacang panjang
Sambal belacan

Cara menyediakannya;

Cuci ikan bersih-bersih kemudian rebus bersama dengan asam gelugor. Bila ikan dah masak tapis dan sejukkan. Jangan buang air rebusan ikan tu yer. Seperti laksa biasa asingkan isi dan tulang ikan. Kisar ikan ikan dengan air rebusan tadi.Kisar juga kesemua tulang ikan juga, tapis untuk dapat manisannya. Masukkan kesemua dalam periuk dan masak atas api terus.

Sambil tu di dapur sebelah panaskan sedikit minyak dalam fying pan. Tumiskan bawang besar + bawang putih, bila dah naik bau masukkan cili kisar , serbuk kari, lengkuas, halia , udang kering, ketumbar dan jintan manis., Masak hingga naik bau dan minyak dah terbit. Aku masak kiri kanan sebab nak cepat yer.


 Masukkan bahan tumis dalam periuk rebusan. Kemudian masukkan pati santan. Bila dah mendidih masukkan kerisik, bunga kantan, daun kesom dan daun selasih. Rasa garam secukupnya. Kalau kurang masam masukkan lagi asam gelugor. Masak hingga kuah jadi pekat.
 
 
Rebus spagethi hingga lembut dengan campurkan sedikit minyak zaiton. Toskan. Bab nak simpul spagethi ni aku memang tak pandai....aku tanya dengan Cik Mat Gebu pun dia pun tak berapa mahir katanya...so kalau guru aku pun kurang mahir aku lagi la hancuskan.....hehehehehe....
 

Hiriskan halus-halus semua bahan ulaman. Untuk timun pula ada cara tersendiri untuk memotongnya. Yang ini aku lulus bila dah ditunjuk ajar oleh Cik Mat Gebu....buang kulit timun pastu hiris isi timun tanpa putus nipis-nipis.Jangan ambik empulur timun yer. Gulungkan dan baru la dipotong nipis.


Untuk sambal belacan rasanya semua orang tau buatkan....aku buat yang simple jer;

4 biji cili merah
6 biji cilipadi
1 inci belacan bakar
2 biji asam limau kasturi

Semua bahan ditumbuk halus kecuali limau yer...sebab limau nak kena perah.

Nampak macam banyak kerja nak buat laksa ni kan.....kalau baca nampak berjela-jela tapi sebenarnya tak la sesusah mana.....kuah laksa ini kalau makin pekat makin sedap....aku suka kalau dah disimpan satu hari....lagi marbeles kuahnya.....kalau guna isi ikan parang dan tenggiri memang lagi cun......ok..selamat mencuba...yang mudah-mudah jer....:))
 

 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...