Salam semua....first time buat kuih tradisional ni....wajik durian....kalau dulu-dulu masa aruah emak buat aku tengok jer...bila umur dah 42 tahun ni baru terasa nak mencuba buat sendiri....rupanya tak la sesusah mana cuma tenaga kena lebih sikit...kebetulan ada staff kat office bagi lempuk durian..makin menjadi la keinginan nak buat wajik...:))
Bahan-bahan;
I kilo beras pulut (direndam lebih kurang 5 jam)
1 mangkok lempuk durian (durian fresh tak ada)
3 biji kelapa - ambik santan pekatnya
3 keping gula enau/melaka
1 cawan gula merah (aku tak letak)
3 sudu besar gula pasir
3 helai daun pandan
2 cawan air
Cara menyediakannya;
Panaskan terlebih dahulu periuk kukus. Cuci beras pulut yang telah direndam dan toskan. Kukus pulut hingga masak or bila kelihatan warna pulut dah bertukar jernih. Lebih kurang 20 minit. Paling mudah rasa sedikit, kalau dah lembut kira ok la tu...ketepikan.
Untuk jimatkan masa sambil kukus pulut, masak gula enau + gula pasir + gula merah (aku tak letak coz ingat gula enau dah cukup merah) sama dengan 2 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula hancur kemudian tapiskan.
Untuk masak wajik lagi mudah kalau masak dengan gunakan kuali. Masukkan air gula + santan pekat ke dalam kuali. Kacau kuah santan selalu agar tak tak pecah minyak. Bila dah agak pekat masukkan lempuk durian. Kacau hingga lempuk hancur dan kuah menjadi pekat baru la masuk pulut yang telah dikukus tadi. Kacau hingga kesemua pulut sebati dengan santan. Masa ni perlukan tenaga yang lebih yer coz pulut dan mula kembang dan berat. Kacau tanpa henti hingga semua pulut dah betul-betul sebati. Angkat dan sendukkan dalam mangkuk. Sejukkan dulu dan baru la dipotong.
Dengan sekilo beras pulut aku dapat 2 mangkok casserole wajik durian.
Warna kurang cantik sikit coz aku ingat gula enau dah cukup merah...so kalau nak warna yang menyala lagi jangan lupa letak gula merah yer....
Note: Kalau guna durian atau buat wajik biasa sila tambah jumlah gula yer. Kalau ikut resepi ni tanpa lempuk alamatnya tawar la plak wajik anda tu nanti sebab lempuk dah memang manis.
Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment