Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Saturday, 14 March 2015

KUIH NONA MANIS......sesuai untuk minum petang

Assalamualaikum semua.....terjumpa resepi ini di blog Masam Manis yang semua masakan di sana memang buat kita meleleh....tak larat nak ikut semua yang Puan Azlita masak tu....memang dapat menjamu mata jer laaa....mana yang boleh kita cuba kita buatlah kan....salah satunya kuih Nona Manis...memang sedap bangat.....lepas makan satu kena ambik satu lagi....tak cukup satu lagi...tangan secara tiba-tiba ambik lagi satu....hihihihi...memang sedapp weiiii....cuma bila bab santan tu aku memang guna santan original sebabnya kat rumah memang sentiasa ada kelapa yer....ok.....mari tengok resepi...



Bahan A

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan kelapa
1/2 cawan gula halus
1bij telur - dipukul tak perlu kembang


Satukan kesemua bahan, kecuali telur. Kacau hingga rata dan tidak berketul kemudian masukkan telur yang telah dpukul tadi. Kacau rata dan ketepikan.


Bahan B

1/2 cawan santan
5 helai daun pandan dikisar bersama dengan 1/2 cawan air - ditapis
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit emulco pandan
sedikit pewarna hijau epal

Satukan kesemua bahan. Masak di atas api yg perlahan, kacau tanpa henti hingga adunan jadi berkilat.


 
 Apabila adunan dah pekat dan berkilat tutup api. Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B. Kacau sebati hingga adunan jadi pekat dan  likat.

Bahan C

1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Satukan kesemua bahan, masak di atas api perlahan sampai pekat dan likat. Angkat dan sejukkan.


Masukkan adunan Bahan C yang telah sejuk ke dalam piping bag. Untuk kerja lagi mudah adunan bewarna hijau tu pun aku masukkan dalam piping bag , lagi mudah. Panaskan periuk kukus yer.

 
Sapukan sedikit minyak jagung dalam acuan kuih lompang. Picitkan adunan hijau 3/4 dari saiz mangkok, kemudian picitkan adunan putih di tengah-tengah mangkok  hingga penuh. Kukus ebih kurang 7-8 minit,angkat dan sejukkan.
 

 Satu adunan ini boleh dapat lebih kurang 25 mangkuk acuan lompang . Bergantung pada saiz acuan  lompang anda.
 
 .
Nampak terliur tak???
 
Memang sedap sangat.....lebih kurang tepung pelita tapi hijau nyer tak selembut itu....nak kata macam kuih talam pun ada juga tapi santannya tak selemak nona manis ni....memang patut kena cuba....nak kata manis sangatpun tidak....hmmmm susah nak cakap laa...kena buat sendiri baru tau...yang pasti tidak akan mengecewakan.......!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...