Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Tuesday 30 September 2014

VICTORIA SANDWICH KIWI CAKE

Assalamualaikum semua....kek dua minggu lepas baru ada masa nak masuk dalam blog.....kek ini sama jer dengan victoria sponge cake seperti DISINI cuma bezanya dari stoberi aku tukar kepada buah kiwi. Tengok dalam petiais buah kiwi tak berusik dah nak dekat sebulan....nasib baik masih boleh makan walaupun agak lembut sikit...sebab itu kalau aku beli kiwi aku suka beli yang keras-keras kerana tak tahu bila nak buatnya....tapi yang sebenarnya terlupa ada kiwi...hihihi....kek agak berkeriut sikit bawahnya sebab terlebih baking paper...kalau you all buat jangan ikut macam aku yer...potong cecantik baking paper tu...kalau tak griss jer...hihihi...


Masa buat ni ada kerajinan yang terlampau.....buat 3 layer....terus tinggi menjulang.....setiap layer ada lapisan homemade kiwi jem dan whipping cream...
Untuk resepi kek boleh rujuk DISINI yer..sama jer stepnya cuma aku bahagikan kepada 3 bahagian jer...aku just share utk buat kiwi jem jer yaa....senang sesangat....

Bahan-bahan;
 
4 biji kiwi
1/2cawan gulapasir
1/2 cawan air
3/4 cawan madu
 
Cara memasaknya;
 
Kupas kulit kiwi dan kisar tanpa air.Campur kesemua bahan yang lain,masak hingga adunn jadi pekat dan berkilat.

 


 
 
Ambik satu keping kek...terbalikkan yaa supaya sama rata.

Sapu kiwi jem di atas kek
letak whipping cream di atasnya....ulang langkah seterusnya sampai habis
 
Dah siap.....wallaaaaaaaaaaa.....memang sedapppppppp.....kejapan licin...hiasan atas tu aku belasah jer...dari membazir aku tempek jer kat atas tu.......:))
 


Thursday 25 September 2014

GULAI CILIAPI IKAN PARANG DENGAN PETAI

Ini juadah makan tengahari hari Ahad lepas...baru boleh masukkan entri...sejak berpindah office ni memang sibuk lain macam...ini pun masih banyak kotak-kotak yang tak berbuka lagi....nak buat kerjapun mood lari.....rehatkan sekejap sambil masukkan entri....ramai yang tak suka makan ikan parang sebab banyak tulang terutama kaum lelakikan....tapi ikan yang banyak tulang tu la yang paling sedap...manis isinya....kalau beli ikan parang aku selalu pastikan beli yang saiz besar sebab tulang dia pun besar...senang nampak dan buang...hihihi...

Bahan-bahan;

4 potong ikan parang
4 papan petai
35 biji cili api - kalau tak suka pedas boleh kurangkan
1 inci kunyit hidup
2 biji kelapa - ambil santannya (lagi lemak lagi best)
3 keping asam gelugor
2 biji bawang merah -  dihiris
garam secukup  rasa

Cara memasaknya;

Bersihkan ikan parang dan toskan. Buang urat petai kiri dan kanan kulit, kemudian kikis kulit petai tanpa keluarkan isinya. Rendam petai yang telah dikikis dalam air untuk menanggalakan saki baki kulit petai yang dikikis tadi. Kisar ciliapi dengan kunyit, masukkan dalam periuk bersama asam gelugur dan petai yang telah ditoskan. Biarkan dia mendidih. Perahkan kelapa, asingkan pati santan semangkok dan lebihnya santan yang agak cair.Masukkan santan cair terlebih dahulu, bila dah mendidih masukkan ikan parang. Biarkan ikan masak seketika kemudian masukkan pati santan pekat tadi. Biarkan mendidih,kacau perlahan agar santan tak pecah minyak, rasa garam secukupnya.


 
Makan tengahari yang memang lewat, pukul 4 petang..aku tambah dengan goreng kacang botol belacan dan telur dadar jer. Yang mangkuk depan tu gulai burung puyuh campur pegaga pemberian jiran terdekat di mana aku pun membuat balasan dengan gulai ikan parang petai...syukur alhamdulillah dapat duduk berjiran yang baik hati ..kami selalu bertukar lauk...murah rezeki lagi hendaknya...

NASI MANDY UDANG

Biasanya bila sebut nasi mandy mesti bayangkan sama ada ayam atau kambing... memang jarang dibuat mandy udang...tapi bila ada ahli keluarga yang ayam tak makan...ada plak kambing tak makan dan ada dua-dua sekali tak makan so kena la buat sesuatu agar kedua-dua boleh makan sama. Nak masaknya pun bukan la susah sangat....lagi mudah dan cepat.... 

Bahan-bahan;

10 ekor udang galah
3 cawan beras basmati - direndam 30minit dan toskan
 4 1/2 cawan air rebusan ayam
1/2 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - cincang
kurang setengah inci halia -mayang halus
2 biji tomato cincang
2 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis  )
2 kuntum bunga lawang     ) penumis
5 kuntum bunga cengkih    )
4 -5 biji buah pelaga          )
2 sudu minyak sapi
2 sudu minyak zaiton
1 pokok ketumbar - potong
1 sudu besar rempah nasi mandy
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Panaskan minyak sapi + zaiton. Masukkan bahan penumis, kemudian bawang + putih + halia + daun bay. Setelah layu dan naik bau masukkan tomato cincang, masak hingga tomato hancur. Masukkan udang dan akhir sekali air rebusan ayam dan daun ketumbar.

 
Masukkan setengah beras yang telah ditoskan dalam rice cooker, isi udang diatas kemudian tutup balik dengan lebihan beras. Curahkan kesemua kuah rebuasan dalam nasi. Masak hingga nasi kering. Kacau nasi selepas 20minit nasi masak untuk mengelakkan beras patah.
 
Makan bersama dengan salsa dan sambal tomato. Resepi untuk salda dan sambal DISINI.
 
Selamat Mencuba!!

Wednesday 24 September 2014

KEK COKLAT LAPIS CHEESE KUKUS....ohsemmmmm....

Assalamualaikum semua, kisah petang Ahad lepas baru boleh masuk entri....kek yang paling mudah di buat tapi memang sedapp sangat.....kalau dah mula makan memang tak boleh berhenti...kek plak very moist walaupun dah simpan dalam peti ais. Malas nak cerita panjang pasal kesedapan kek ini, mari tinjau resepi yer.....

 
Bahan-bahan;
 
1 cawan tepung gandum         )
1 sudu teh bicarbonat soda     )
1/2 sudu teh baking powder   ) diayak bersama
3 sudu besar serbuk koko       )
1/2 cawan minyak zaiton (kalau tak da guna minyak sayur pun ok)
2 biji telur saiz besar
1 cawan gula castor
secubit garam halus
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air panas
1 sudu teh esen vanilla
 
Untuk Cheese;
 
250grm cream cheese (phildalphedia menjadi pilihanku)
2 sudu besar gula
1 biji telur saiz besar
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung (aku terlupa letak tp lagi pior rasa cheese)
 
Cara memasaknya;
 
Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Pukul telur dengan gula hingga gebu dan kembang, masukkan minyak, susu, esen vanila dan air panas. Pukul sebati kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak hingga abis. Bahagikan adunan sama banyak pada 2 mangkok. Masukkan satu mangkok pertama dalam acuan (aku guna loyang saiz 8 X8), ratakan dan kukus lebih kurang 15 minit dengan api sederhana. Tutup loyang adunan dengan aluminium foil yer.
 
 
Sementara kek lapisan pertama masak, pukul cream cheese dengan gula hingga gebu, masukkan telur, air dan tepung. Kacau hingga cheese licin dan berkilat, tidak berketul. Angkat keluar adunan kek pertama yang telah masak tadi, curahkan cream cheese di atasnya dan ratakan. Kukus semula lebih kurang 15minit atau cheese dah mengeras. Akhir sekali curahkan adunan kek yang kedua, kukus lebih kurang 30 ke 40 minit, angkat dan sejukkan.
 

dah masak....
 

Sedapppp sangat.....tapi kena kontrol makan kek ni....kalau tak memang susah nak berhenti....

Wednesday 17 September 2014

NASI MANDY KAMBING

Assalamualaikum semua....ini cerita cuti Hari Malaysia baru ni...cuti yang singkat...satu hari pun rasa macam beberapa jam sahaja. Sebenarnya dah banyak kali masak nasi arab kambing ni tapi tak tau kenapa tak masuk-masuk dalam blog ini. Semalam masa memasak awal-awal dah cakap dalam hati kena kongsi resepi dengan kawan-kawan semua...memasak nasi arab ni tak da la susah sangat....tapi  kalau makan kat luar mahal ya rabbiii......sepinggan nasi arab kambing sama harga setengah kilo kambing mentah tu kan....kalau pergi ke tempat betul-betul restoran arab plak sepinggan nasi arab kambing ni sama harga sekilo kambing mentah..malah lebih lagi....tak tau tang mana mahalnya....kalau dari segi penyediaan tak la susah mana....tak cayer?? jom tengok resepi....



Bahan rebus kambing;

1 kilo kambing (lebih baik daging + tulang)
2 helai daun bay
1 inci halia - dihiris besar2
4 -5 biji buah pelaga
air secukupnya

Nasi
6 cawan beras basmati - rendam dulu paling kurang 20minit and toskan
7 1/2 cawan air rebusan kambing
2 biji tomato segar - cincang
1 biji bawang besar -potong dadu
1inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaiton
2 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis  )
6-7 biji bunga cengkih       )
3 kuntum bunga lawang     )
4-5 biji buah pelaga           )
2 helai daun bay
1 1/2 sudu besar rempah nasi mandy
1 pokok daun ketumbar
garam dan sedikit gula secukupnya

Cara memasaknya

 
Cuci kambing bersih-bersih dan toskan.  Rebus dengan air yang secukupnya bersama hirisan halia, pelaga dan daun bay. Rebus sampai daging kambing lembut. Jangan letak garam dalam rebusan yer. Aku rebus dalam 3 jam, ntah berapa kali tambah air...ntah bila nak beli pressure cooker tak tau laa..... 
 
 
Panaskan minyak sapi + minyak zaiton, masukkan bahan penumis kemudian bawang, halia, bawang putih dan daun bay hingga naik bau. Masukkan tomato cincang, masak hingga tomato hancur, kemudian masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Masukkan rempah nasi mandy. Biarkan seketika supaya rempah sekata dengan daging dan akhir sekali masukkan air rebusan kambing dan daun ketumbar, biarkan mendidih seketika dan tutup api. 

Masukkan setengah beras basmati yang telah ditoskan dalam rice cooker. Masukkan isi kambing di atasnya.
Tutup balik dengan baki beras tadi, kemudian curahkan kesemua kuah tumis tadi ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak biarkan lebih kurang 20 minit,barulah di kacau untuk mengelakkan nasi patah.
wallaaaaaaaa...............dah siapppp!! 

 
Untuk makan nasi arab ni kena ada sambalnya...sambal tomato seperti dibawah;
 


Bahan-bahannya;

6 biji tomato (saiz kecik sikit masa aku buat ni)
1 pokok daun ketumbar
2 ulas bawang putih
10 biji ciliapi - ikut suka
1 biji lemon - ambik jusnya
sedikit garam

Masukkan kesemuanya dalam food processor. Jangan campur air yer. Tekan mesin....zupppppppppp...dah siap....boleh hidangkan....senang sangatkannnn.....


Ini plak namanya salsa...yer kerr...sahaja aku tambahkan....lagi senang nak buat....
 

 
Bahan-bahan;
 
2 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji tomato
1/2 biji capsicum
1/2 biji bawang besar
sedikit daun ketumbar
blackpepper ajishio secukupnya
2 sudu minyak zaiton
2 sudu jus lemon
 
Cara membuatnya;
 
Buang tempulur timun takut terlalu berair. Potong dadu, lobak merah, tomato potong dadu. Cincang capsicum, hiris kecil bawang besar dan daun ketumbar, gaul kesemuanya.
 
 
Kos keseluruhan hidangan ini tak sampai pun RM50 tapi boleh di makan untuk 6 - 8 orang....jimat tak??? Dari segi rasa, inshaAllah...memang sedap.....cuma tak berapa nak jadi mandy sangat sebab aku tak ada arang yang dibakar. Untuk dapatkan haruman yang sama macam nasi mandy di luar sana, bakar sedikit arang,biarkan berbara, kemudian bungkus dengan aluminium foil. Buat lubang ditengah nasi, masukkan arang yang dibungkus tadi dan tutup periuk semula. So nasi akan berbau lagi harum.
 
Untuk dapatkan rempah nasi mandy ini, boleh pergi di mana-mana kedai arab...memang ada...harga pun murah jer...yang aku beli ni 100grm baru RM3...dengan 100grm tu boleh masak 3 kali dengan kuantiti seperti di atas....mudahkannnnn?????

Tuesday 9 September 2014

GORENG PERUT CAMPUR

Assalamualaikum semua....walaupun hari raya puasa dah lama berlalu, aku ingin berkongsi juadah wajib ada di pagi raya di rumah ayahku, juadah kegemaran abang iparku yang berasal dari Melaka. Menurut  beliau, kalau raya tak ada daging  tak kisah..asalkan perut lembu ada....kalau tak ada perut tak rasa raya katanyer....hihihihi....sebelum ini keluarga aku bila tang perut jer kami tau masak gulai lemak jer...memang tak pernah terfikir pun perut boleh buat goreng campur sayur gini...masa tu kami memang pelik...tapi sekarang dah menjadi kegemaran satu keluarga....adik beradik..anak-anak buah kalau balik raya rumah ayah mesti akan cari lauk ni....yang aku masak ni pun lebihan perut lembu masa raya hari tu....perut lembu segar lagi sesuai dari yang import tu yer untuk di masak gini....

 
Bahan-bahan;
 
1/2 kilo perut lembu (rebus hingga empuk dan toskan)
1/2 keping tempe - potong dadu, goreng dahulu
6 tangkai kacang panjang - potong serong
6 biji bawang merah  )
2 ulas bawang putih   )dimayang
4 biji cili hijau )
15 biji cili api  ) dihiris 
belacan besar duit 50sen
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis.
 
Cara memasaknya;
 
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang yang telah dimayang besama hirisan cili sampai layu kemudian masukkan kacang panjang, tempe dan perut. Masukkan belacan yang telah dihancurkan bersama air, masak hingga kuah agak kering, rasa garam secukupnya. Tutup api dan boleh hidangkan.
 
Menu ini juga boleh makan bersama dengan nasi impit. Ala-ala sambal lodeh kering gitu. Selalunya abang iparku akan makan bersama dengan kari ayam kampung melaka style. Kalau suka boleh campurkan sekali dengan fucuk tauhu, suhun dan tauhu goreng...sama seperti lodeh kering yang dicampur perut. Tapi kami sekeluarga lagi suka dengan campuran  seperti di atas sahaja.
 
 
 

SATAY ZAINAH ISMAIL, KG DATO KERAMAT, KL

Ini cerita minggu lepas....balik kerja memang tak ada mood langsung nak masak..rasa macam letih sangat....lepas maghrib ajak en.hubby makan di luar..bila perut lapar sangat tempat paling sesuai untuk pergi makan adalah  asam pedas seperti di SINI. Entah apa raksasa yang masuk dalam badan dah selesai makan asam pedas masih rasa nak makan lagi....tiba-tiba macam nak makan satay....mula-mula ajak hubby makan satay Hj. Samuri tapi  beliau tak nak plak...en.hubby kata nak makan satay di belakang petrol station Petron (dulu Esso) Kg Dato Keramat... katanya memang sedap sangat satay kat situ...dan aiiiii just followw....... 



As usual bila dah buat pesanan air sampai dulu.....tengok la nescaffe tu....power betul....
kalah mamak punya...
 Yesssss.....dah sampai......besar saiznya....memang berbeza dengan Hj Samuri.....kami buat pesanan satay ayam 20 cucuk....


 kejapan licin youuuuuu......aku pun pelik macam mana aku boleh makan lagi banyak dari en.hubby....pelik betul laaaaaaaa.....hahahhaha

Untuk pengetahuan you all, makanan di atas yang kami pesan kat Asam Pedas, DSantap sebelum makan satay.....
 habis kami belasah jugak....hihihihi....
 tempat bakar satay....panjangkan...memang ramai yang datang kat sini makan....anyway tempat duduk tak banyak yer dan sentiasa ramai pengunjung...memang sedap sangat satay kat sini....sebab tu walaupun perut dah kenyang lepas makan nasi masih boleh makan  satay bercucuk cucuk....harga RM1 secucuk tapi memang berbaloi...saiz satay besar... tak kering..lembab dan penuh rasa...tak payah makan kuah kacang pun dah cukup sedap....kalau sesiapa yang nak makan satay di area Kuala Lumpur sila sila la datang ke sini yer...kedai buka bermula pukul 6 petang ok...byeeeee

Saturday 6 September 2014

NASI DAGANG GULAI IKAN

Cerita tengahari tadi....menu Pantai Timur hari ini.....dah bertahun tak buat nasi dagang...selalunya aku buat gulai ikan tenggriri atau bawal...tapi malam tadi pergi Pasaraya Zeemart berhampiran rumah tak ada plak ikan yang dicari..so beli jer ikan tongkol ...memang ikan tongkol la lauk paling sinonim dengan nasi dagang selain dari ayam....rasanya orang pantai timur kalau buat nasi dagang hanya dengan ikan tongkol kot...

 
Tercetusnya idea nak buat nasi dagang sebab jumpa beras ini di Pasaraya Zeemart malam tadi...selalu beli beras sama ada pergi Pantai Timur atau pasar Chow Kit....kat pasar Seremban  tak pernah jumpa lagi...tak sangka beras nasi dagang dah boleh dapat di pasaraya....satu bungkus seperti di bawah 2 kilo...boleh masak 2 kali...harga RM13.90...memang mahal sikit dari Pantai Timur tapi amat berbaloi...ada orang suka campurkan dengan sedikit beras pulut...tapi aku lagi suka guna 100% beras nasi dagang sahaja..ikut selera masng-masingkan......

 Bahan-bahan untuk nasi;

1 kilo beras nasi dagang - rendam 2-3 jam dan toskan
2 cawan santan cair
2 sudu besar halba

Kuah santan

1/2 inci halia              )
2 ulas bawang putih   )
4 ulas bawang merah ) dimayang
3 cawan santan pekat)
1 cawan susu cair
garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya;

Gaulkan beras yang telah ditoskan tadi dengan halba. Masukkan santan cair. Kukus sehingga beras separuh masak.
 
Campurkan kesemua bahan untuk kuah santan. Masak hingga mendidih , jangan sampai pecah minyak yer....sama seperti masak lemak. Bila dah mendidih tutup api.


Keluarkan nasi yang separuh masak tadi ke dalam mangkok besar...periuk ker....curahkan kuah santan yang telah masak tadi....gaul rata...sama seperti buat pulut kuning. Biarkan kesemua kuah santan tadi meresap dalam beras.

Masukkan dalam mangkuk dan kukus semula hingga nasi betul-betul masak. Aku gunakan mangkuk penapis yang besar semasa mengukus nasi ni so tak da la beras tu jatuh kat lubang kukus yang besar tu...
 
 Dah masak.....wallaaaaaaaaa .......satu rumah bau halba tau....

Untuk gulai ikan tongkol plak resepi seperti di bawah;

 
Bahan-bahan;
 
1 kilo ikan tongkol
10 biji bawang merah   )
5 ulas bawang putih     ) dikisar halus
1 inci halia                   )
1 inci lengkuas             )
1 batang kulit kayu manis
1 senduk cili kisar
1 inci kunyit hidup - tumbuk lumat
3 sudu besar rempah gulai ikan nasi dagang
2 sudu besar kerisik
1/2 keeping gula Melaka
3 keping asam gelugor
1 gengam cili padi akar
1 biji kecil timun...belah ikut suka
1 1/2 biji kelapa - ambik santannya
garam secukup  rasa
sedikit minyak untuk menumis
 
 
Cara memasaknya;
 
Potong dan cuci ikan bawah paip mengalir, toskan. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar  bersama kulit kayu manis hingga naik bau dan pecah minyak. Satukan cili kisar, kunyit dan rempah gulai ikan nasi dagang, masukkan dalam bahan kisar yang telah ditumis tadi. Kacau hingga cili masak kemudian masukkan santan dan asam gelugor. Bila dah mendidih masukkan ikan, timun, cilipadi (tak perlu potong yer).  Akhir sekali masukkan kerisik dan gula Melaka. Rasa garam secukupnya, masak hingga kuah agak pekat. Angkat dan boleh hidangkan.


Untuk lagi sedap sediakan acar mentah sekali. Yang ini aku memang buat ikut style aku. Resepi kat bawah;
 

 Bahan-bahan;

1 biji timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 - 2 biji limau nipis
1 sudu besar minyak zaiton
1 biji cili merah- buang biji- dimayang
garam sucukup rasa

Kupas kulit timun dan lobak merah. Potong lebih seinci. Untuk timun aku buang isinya untuk mengelakkan terlalu berair. Hiris bawang besar ikut suka. Masukkan minyak zaiton, perah asam limau dan rasa garam secukupnya. Gaul sebti semuanya.
 

Nak lengkap lagi makan dengan telur rebus yaa....hihihihi....done!!!!
 
Note: Jika tak ada rempah nasi dagang boleh buat sendiri  seperti berikut;
 
1 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
 
Semua bahan di atas digoreng tanpa minyak dan kisar halus. Campurkan dengan 1 paket kecil serbuk kari ikan.
 
 
 
 


Thursday 4 September 2014

SAMBAL SENGKUANG BILIS TAMBAN

Assalamualaikum semua.....selama ni kalau sebut pasal sengkuang terus terbayang yang jeruk ataupun makan rojak...rojak buah ker....popia ker....memang tak pernah tau sengkuang ni pun boleh buat lauk....ketika aku dan family berkunjung ke rumah Mat Gebu raya hari tu, baru la tahu sengkuang boleh jadi lauk....hihihihi....memang setiap tahun kami sekeluarga akan ke Sedenak...tahun ni tak pelan langsung nak ke sana sebab terlalu sibuk tapi bila ayahku kata dia nak pergi sendiri ke Sedenak rumah Induk Yah  (ibu Mat Gebu adik bongsu nenek merangkap mak saudara pada aruah mak dan satu-satunya mak saudara mak ku yang tinggal) en.hubby tak benarkan...so dia akan hantar sendiri...hihihi
Seperti biasa kalau sampai rumat Mat Gebu mesti menu dah sedia....sambal sengkuang tu mangkok ketiga...masa ni tak fokus sangat pun kat lauk ni sebab nampak biasa jer...awalnya ku sangka kentang campur bilis....yang depan tu Mat Gebu masak gulai udang campur rebung madu....memang ohsem...sebelahnya tu sotong apa ntah si Mat ni masak...tapi sedap laaa....pastu bila aku ambik yang ku sangka kentang tu terus aku terdiam....puas pikir...apa la benda yang aku makan ni....terus tanya Mat Gebu...."Nan....lauk apa ni???" terkikik kikik Mat Gebu jawab...."sengkuang la tu kakkkk".......seeeee...punya la sedap sampai aku tak kenal yang tu adalah sengkuang....terus sambal sengkuang ni jer aku belasah....udang letak tepi dah....sebab tu masa ambik gambar macam tak minat jer sebab belum rasa....terus mintak resepi.....ni laaa versi aku plak....Sambal Sengkuang Bilis Tamban....hihihi....


 
 
Bahan-bahan; (2 org makan)
 
1 biji kecil sengkuang - kupas kulit, potong dadu 
1 gengam ikan bilis tamban (belah 4 - buang tulang & kulit, rendam)
1 biji bawang besar saiz kecil - potong dadu
2 ulas bawang putih - mayang
3 biji cili hijau  )
10 biji ciliapi    ) hiris
1/2  sudu belacan
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak zaiton untuk menumis (minyak sayur pun ok)
 
Cara memasaknya;
 
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih serta kedua cili.Bila dah agak layu masukkan bilis tamban,kemudian sengkuang. Bancuh belacan dengan air, curahkan dalam kuali. Masak hingga sengkuang lembut sikit..bukan lembik yer...so bila makan ada bunyi krap krup krap krup....hihihi....rasa garam secukupnya dan angkat.

 
Pak Yem tengah borak dengan ayahku...en.hubby as usual jadi pemerhati....masa kami di sini pasangan blogger Adi Budika kalau tak silap dengan isteri Sunah Sutera yang buat kek lapis cun melecun tu pun ada....dulu jumpa belum kahwin...tahun ni jumpa dah kahwin....alhamdullillah......
 
Selamat mencuba resepi sengkuang ni yer...... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...