Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Saturday 27 October 2012

PAVLOVA.....First time buat....:))

Salam semua....dah lama teringin nak buat pavlova...tapi mood tak juga mari-mari...sebenarnya petang tadi nak buat cheese cake oreo...dah borong 3 packs biskut oreo kat Giant Senawang tadi....as usual bila pergi supermarket hajat hati nak beli biskut jer..tapi bila dah sampai macam-macam sumbat dalam troli...dari biskut sampai la semua buah-buahan masuk dalam troli....yang paling sedap buah kiwi...tak tau kenapa buah kiwi kat Giant ni  sedap sangat.....jarang dapat kiwi yang rasa manis..selalunya masam ajer....sederet kiwi ni plak ada stroberi...nampak plak anggur hitam seedless ...angkut sekali laa....dalam kereta on d way balik rumah terus terpikir nak buat pavlova....whipping cream plak memang ada stok kat rumah...dah semua barang cukupkan...
 
 
Bahan-Bahan
4 biji putih telur ayam
1 cawan gula kastor (aku guna 3/4 gula aising)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masak
 
250gram whiping cream - topping
 
Cara membuatnya;
 
Panaskan oven terlebih dahulu 150'C. Pukul putih telur dengan kelajuan maksimun hingga putih berkilat. (Pastikan bekas putih telur betul-betul kering). Masukkan gula kastor/aising. Pukul lagi hingga betul-betul jadi meringue. Kalau terbalikkan adunan meringue tak jatuh. Masukkan esen vanilla dan cuka. Pukul semula lebih kurang 1 minit.
 
Aku menggunakan acuan pai untuk membakar pavlova. Sebelum itu alas loyang pai dengan aluminium foil. Sorry, betul-betul lupa ambik gambar ni tadi. Masukkan meringue dalam loyang yang dialas dengan aluminum foil. Kecilkan suhu oven kepada 110 dan bakar pavlova lebih kurang 1 jam 30 minit dengan menggunakan api atas dan bawah. 
 
Bila Pavlova dah bertukar warna golden brown, jangan keluarkan dari oven...regangkan sedikit pintu oven dan biarkan pavlova sejuk sendiri dalam oven. Perlahan-lahan keluarkan pavlova dari loyang kerana isi di dalamnya lembut.
 
ini la pavlova yang telah dikeluarkan dari loyang....bahagian luar ni agak rangup tapi lembut di dalam...
 
Pukul whipping cream dengan kelajuan yang paling maksimun hingga cream menjadi kental. (pastikan jika anda membeli whipping cream yang bukan untuk cooking or paling senang non dairy cream)
 
Aku masukkan whipping cream yang telah dipukul ni dalam piping bag. Senang sikit nak letak kat atas pavlova ni..pastu boleh la susun dengan buah-buahan....kemudian sejukkan dalam peti ais...pavlona amat sedap bila dimakan ketika sejuk-sejuk....
 
lepas sejam dari peti ais.....huhhhh......sedapnya.....bahagian yang dah kena potong ni aku makan sorang jer.....
 
dah tinggal setengah....Encik hubby tolong makan juga....
 
tak sampai 30 minit yang tinggal suku jer....hahahahha.....sabar jer laaa...kalau ikut nafsu memang boleh habis semua ni.....cepat-cepat aku simpan dalam peti ais semula.,..stok untuk esok.....hehehehe.....
 
Sebenarnya masa mula-mula simpan dalam peti ais tadi hajat dihati nak hantar ke rumah mertua...tapiiiiii macam mana nak hantar...makan berdua jer dah nak habis...hahahaha....next time buat lagi baru boleh hantar.....memang kalau makan meringue dia manis sangat tapi bila dah kena dengan whipping cream dan buah-buahan ni tak terkata sedapnya....baru la ku tahu kenapa ramai yang suka sangat dengan pavlova ni....memang marvellous!!!!!

Saturday 20 October 2012

KEK KARAMEL CHOCOLATE MOIST...


Salam semua…kek karamel lagi…apa nak buat…memang sedap sangat kek ni…dah jadi favourite Encik Hubby now…kali ini berbeza sedikit dengan Kek Karamel terdahulu…jika dahulu dibakar tapi yang ini hanya dikukus sahaja. Cara membuatnya pun lagi mudah dari di bakar. Malah rasanya lagi sedap kerana kek lagi moist…
 
Bahan A

2 sudu gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
3 biji kuning telur
2 biji telur (putih & kuning guna semua)
1 sudu esen vanilla

Bahan B

1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat manis
½ cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko

Bahan C

¾ cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate

 Bahan D

4 biji telur

Cara membuatnya;

Panaskan periuk kukus terlebih dahulu

Bahan A.

Hanguskan gula dalam loyang hingga bertukar menjadi caramel. Pastikan keseluruhan loyang di penuhi dengan caramel. ketepikan. Anda akan mendengar seperti bunyi kaca pecah ketika caramel disejukkan.
Masukkan kesemua bahan A dalam mangkok (kecuali gula yang telah dihanguskan tadi). Pukul sebati (tak perlu pukul sampai kembang). Tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi dengan menggunakan penapis. Kukus lebih kurang 30 minit. (Api kukus biar sederhana sahaja)

Bahan B.

Campurkan kesemua Bahan B dalam periuk. Masak seketika(agak2 dah berasap tutup api) hingga semua adunan sebati dan sejukkan sebentar.

Bahan C.

Satukan kesemua bahan dan ayak bersama.

Bahan D.

 Pukul telur dengan menggunakan whisk or lebih mudah blender sahaja.

Masukan bahan B dan bahan C selang seli ke dalam Bahan D. Gaul sebati dan masukkan adunan ke dalam loyang caramel yang telah masak tadi. Kukus dengan api sederhana lebih kurang  1 ½ jam. Bila kek dah meregang sedikit or setelah cucuk dengan cake tester tidak melekat keluarkan. Sejukkan terlebih dahulu lebih kurang setengah jam dan baru la diterbalikkan. Simpan sejuk dalam peti ais.Amat sedap dimakan ketika sejuk.
 

 

 

 

 

Tuesday 16 October 2012

GRILLED LAMB CHOP with GRILLED VEGE...

Malam ni masih lagi tak makan nasi...masih lagi bab panggang memanggang...kali ni panggang kambing la plak....nasib baik jumpa lamb chop shoulder kat Giant baru ni....semalam buat grill vege sikit jer so hari ini Encik Hubby dah pesan buat lebih sikit....so kalau tengok kat pinggan ni mesti nampak banyak kan....takkan jumpa kat mana-mana restoran....hahahhaha.....masa aku buat kambing aku main hentam sahaja.....apa jer herbs yang ada kat dalam dapur semua aku gunakan.....nasib baik encik hubby kata sedap....kalah gril lamb kat Mandarin Oriental katanya....hahhahahaha.....kembang aku dibuatyer...hehehehe.....mari lihat resepi main hentam sahaja dari aku kat bawah ni...


Bahan-bahan;
3 keping lamb shoulder (beli memang dah siap potong)
1 sudu rosemary
1 sudu tyme
1 sudu parsley
1 sudu white pepper
perisa blackpepper secukup rasa
3 ulas bawang putih
3 sudu minyak zaiton

 
ini la bahan-bahan yang aku gunakan....ingatkan kat rumah KL ni ada oregano...rupanya tak ada..kalau tak oregano sekali aku campurkan....
 
Panaskan frying pan, masukkan minyak zaiton. Goreg bawang putih hingga keemasan. Keluarkan. Tumbuk halus rosemary, thyme dan bawang putih. Masukkan parsley flake, blackpepper, white pepper dan lebihan minyak zaiton yang goreng bawang putih dan tadi. Gaul sebati dan lumur rata di seluruh bahagian lamb tadi. Masukkan dalam plaztik zipper dan simpan dalam fridge untuk diperap beberapa jam (seperti grill ayam aku perap waktu pagi sebelum pergi office dan petang baru keluarkan).

Untuk vegi pula, caranya sama seperti ayam panggang rosemary kat sini..cuma kali ini aku bakar berasingan..

panggang lebih kurang 50 ke 60 minit....lamb di bawah...vegi di atas....untuk hasil yang baik every 20 minit balik-balikkan lamb tu...semasa waktu dipanggang ni satu rumah berbau harum dengan herbs ni....bau dia membuatkan tak sabar nak makan....hihihihi...
 
dah siap....makan bersama dengan sos blackpepper....wallaaaaaaaaaaa.........
 
 


AYAM KURKAR....nama pelik tapi sedap...:))

Salam semua....sambil tengok gambar dalam lappy ni tiba-tiba terjumpa gambar ayam kurkar...menu ni aku masak Jumaat minggu lepas tapi terlupa nak masuk dalam blog...namanya memang pelik tapi rasanya sedapppppp.....aku dapat resepi ni dari blog mat gebu.....bila nampak kelainan sikit mesti nak cuba sebab beria mat gebu kata sedap....dan ternyata memang sedap....encik hubby siap kata boleh buat untuk majlis rumah terbuka nanti....hahahaha....maksudnya memang sedap la tu....buatpun tak susah...tapi resepi di bawah telah ku adjust dari Mat Gebu punya kerana aku masak setengah ekor ayam.

 
Bahan-bahan;
 
1/2 ekor ayam
2 sudu makan cili kisar
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar kari ayam or daging
2 sudu  besar tomato puree
4 biji bawang merah  *
2 ulas bawang putih * dihiris
1 inci halia*
2 batang serai
1 cawan santan
2 biji ubi kentang, kupas kulit dan belah ikut suka
1 cawan air
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untk menumis
 
Cara memasak;
 
Potong ayam ikut suka, cuci dan toskan.Bancuh rempah kari, rempah kurma ,serai yang telah dititik,  tomato puree dan cili kisar bersama. Campurkan sedikit air untuk jadikan pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah dihiris tadi hingga naik bau, masukkan pes rempah. Kacau hingga rempah masak, kalau kering sgt masukkan sedikit air. Setelah rempah masak, masukkan ayam, kacau hingga sebati bersama rempah tadi dan biarkan ayam kecut seketika. Masukkan santan, biar sampai mendidih dan baru la masukkan kentang.Masak hingga kentang empuk, kalau kering masukkan air. Masak hingga menjadi seperti rendang. Kalau suka boleh taburkan cili dan bawang goreng. Jangan lupa letak garam dan sedikit gula yer...Aku hanya letak cili hijau sahaja.
 
 
 


Monday 15 October 2012

GULAI DAGING SALAI CAMPUR BACANG MUDA

Gulai ni aku masak tengah hari semalam tapi baru ada masa untuk update blog. Lagipun internet kat Seremban teramat la slownyer....boleh gunapun tengok fb tapi bila nak reply asyik hang..... Dalam peti ais pun stok banyak tak ada....encik hubby kata...kena habiskan semua yang ada dalam peti ais baru boleh pergi pasar beli barang basah....adussss.....cek-cek yang ada hanya sepotong ayam dan sedikit daging salai ni...tapi tak tahu nak masak apa coz judunya tak ada....dalam masa yang sama terigin nak buat kuih bakar pandan...nanti aku post kuih bakar ni...tapi tak ada bijan plak....so nak tak nak terpaksa aku pergi ke supermarket berdekatan rumah untuk beli bijan..alhamdulillah...jumpa plak bacang muda kat supermarket ni...betul-betul tinggal sebiji....hmmm....terus la aku masak daging salai campur bacang muda ni....marbeless sih.....
 

Bahan-bahan;

150grm daging salai (memang banyak ni yang ada tp cukup la utk kami berdua)
15 biji cilipadi              *
1/2 inci kunyit hidup    * dikisar halus
1/2 inci halia                   *
2 ulas bawang putih      *
3 cawan pati santan
2 batang serai dititik
1 biji bacang muda (kupas kulit dan belah 8)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara menyediakkannya;

Potong daging salai agak nipis. Cuci dan toskan. Masukkan daging salai dan bahan kisar berserta serai yang telah dititik dalam periuk. Rebus daging bersama cili kisar hingga empuk. Jika kering tambah air. Apabila daging telah empuk masukkan pati santan hingga mendidih, masukkan bacang muda yang telah di belah tadi. Masak hingga bacang empuk, rasa garam secukupnya dan boleh la dihidangkan bersama nasi putih dan lauk yang lain. 





CHICKEN ROSEMARY WITH BLACKPEPPER SAUCE....marbeless.....

Dah makan malam?? Kami baru sahaja selesai...malam ni ala-ala western gitu....Encik Hubby dah pesan...tak nak makan nasi waktu malam..so terpaksa la dengan aku sekali tak makan nasi....nak masak mee or spagethi macam dah jemu plak...selalu buat waktu breakfast...actually masak western lagi mudah dari masak nasi bersama lauk pauk..tak cayer jom tengok resepi...:))


Bahan-bahan;

1 ekor ayam
6 ulas bawang putih
1 sudu besar rosemary serbuk (aku guna McCormic brand)
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh jintan kasar
2 -3 teh sudu brown sugar (tak ada so aku guna sugar biasa)
2 sudu teh garam
2 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar olive oil
sedikit butter
5 biji kentang
1/2 biji red capsicum
1 biji bawang holland
10 batang baby carrot (kalau tak ada carrot biasa pun ok, asalkan dipotong)

Cara Menyediakkannya;

Potong ayam kepada 4 bahagian. Jika beli semua bahagian peha ayam lagi cantik. Cuci dan toskan. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga warna keemasan, keluarkan dan ketepikan., Tumbuk daun rosemary hingga halus, kemudian lada hitam, jintan kasar hingga hancur. Tumbuk bawang putih yang telah digoreng tadi, kemudian halia. Masukkan kesemua dalam mangkuk, campurkan dengan gula, garam, jus limau serta lebihan minyak zaiton yang goreng bawang putih tadi. Lumurkan kepada ayam sepenuhnya, masukkan dalam plastik zipper dan simpan dalam peti ais beberapa jam untuk proses perapan.Jangan simpan di tempat beku plak yer....terus ayam tak rasa apa-apa...hehehehe...

 Ni dia....aku perap ayam ni sebelum aku pergi office pagi tadi...
 
Kupas kentang, cuci, rebus 3/4 masak dan toskan. Capsicum dan bawang besar di potong dadu besar or ikut suka anda. Bersihkan baby carrot. Gaulkan kesemua dengan baki bahan lumuran ayam tadi. Masukkan ayam dalam loyang pembakar bersama dengan kentang, carrot, bawang dan capsicum. Sapukan sedikit butter di atas ayam dan sayur-sayuran. (aku just campak-campak butter kecik2 sbb butter masih sejuk)

 
macam ni la jadinya sebelum dipanggang....
 

 
Panggang lebih kurang 50 - 60 minit dengan suhu 200'C. (As usual oven mesti panaskan dahulu la yer)
 
 
 
Sos Blackpepper (preparation : 10 minit)
 
Bahan-bahan;
 
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan fresh milk or susu cair pun ok
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 - 4 sudu sos lada hitam
1 kiub pati ayam
Cendawan butang tin - hiris nipis
sedikit kicap untuk mengelapkan sos
 
Cara;
 
Panaskan frying pan kemudian cairkan butter dan baru la masukkan tepung. Kacau dengan whisk hingga berbuih-buih, Masukkan cendawan, blackpepper sos, serbuk lada hitam dan juga susu. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga sos agak pekat. Masukkan sedikit kicap untuk gelapkan sos. Tak perlu letak garam sebab sos dah cukup rasa.Kalau sos nak cair tambahkan susu lagi. Terpulang pada selera masing-masing.
 
Bila baca resepi ni nampak macam susah nak buat tapi sebenarnya amatlah mudah dan cepat. Lagi lama ayam diperap lagi sedap.  Aku perap sebelum 9 pagi tadi dan sampai rumah pukul 5 petang terus keluarkan dalam fridge. Sambil ayam dipanggang boleh layan cerita Mexico kat Astro. Encik Hubby pun kata sodap...katanya lagi tak payah dah nak pergi makan chicken grill kat mana-mana restoran....ishhhh....rugi plak aku !!!
 

 
 

Monday 8 October 2012

KARI AYAM KERING...

Salam semua...hari ini amat meletihkan..setiap kali kalau ada tugasan di luar pejabat bila sampai rumah mesti rasa letih semacam...almaklum laa...sejak usia meningkat ni walaupun hati sentiasa muda...huhuhu...disebabkan itu menu masakanpun  kena la kurangkan apa-apa yang berlemak-lemak tu...so untuk dinner malam ini salah satu lauk kami Kari Ayam Kering menjadi hidangan...kurang kolestrol sebab tak guna santan...:))

 
Bahan-bahan;

1/4 ekor ayam - potong kecil
2 biji kentang - potong kecil
1 bungkus rempah kari ayam (aku guna adabi)
5 ulas bawang merah  )
1 inci halia                  ) Mayang halus
3 ulas putih                 )
1 batang kulit kayu manis **
2 biji buah pelaga**
1 kuntum bunga lawang** bahan penumis
5 kuntum bunga cengkih**
1 tangkai daun kari - lurutkan
1 cawan air + satu sudu kecil asam jawa
garam secukup rasa

Bahan Kisar
sedikit serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan kasar

Cara menyediakannya;

Bersihkan ayam dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. (aku guna minyak zaiton - tak ada kolestrol).Tumiskan bahan penumis hingga naik bau. Masukkan bahan yang telah dimayang halus dan daun kari, masak hingga kekuningan dan naik bau. Campurkan rempah kari dengan bahan kisar. bancuh dengan sedikit air kemudian masukkan dalam kuali sampai rempah benar-benar masak hingga naik minyak. Masukkan ayam dan ubi kentang. Kacau sebati, masukkan 1 cawan air yang telah dibancuh dengan asam jawa. . Jika air telah kering tapi kentang masih belum empuk tambah lagi sedikit air. Masak hingga kuah kering dan rasa garam secukupnya. (bila hampir kering, perlahankan api dan kacau selalu supaya tidak hangus). Hidangkan bersama nasi panas atau roti.




Wednesday 3 October 2012

DINNER @ MANDARIN ORIENTAL HOTEL, KL...

Salam semua...perut masih lagi kekenyangan..susah nak tidur...gara-gara makan tak ingat masa dinner di Mosaic Cafe, Mandarin Oriental Hotel, KL.  Bukan senang nak dapat makan di sini...sehari sebelum Encik Hubby dah sibuk suruh aku buat reservation...mesti buat reservation awal...awal pagi sebelum pukul 9 pagi aku buat reservation...nasib baik kami hanya berdua sahaja......walaupun hari biasa...sentiasa ramai customer kerana lokasinya di belakang bangunan KLCC...salah satu hotel tersibuk di KL ni...boleh dikatakan 90% pelanggan di sini adalah foreigner...so sudah tentu menunya juga international...tak tau la hotel ni berapa bintang yer...mungkin 7 bintang kot....semua cafe & restoran dalamnya very elegant....let see Mosaic restaurant ni...
Susunan makanan dalam Mosaic restoran ini amat istimewa....dari mula pintu masuk hinggalah hampir ke lorong hujung dinding sentiasa penuh dengan makanan di kiri dan kanan meja customer...menu malaysia, cina, india, arab, jepun, western semua ada....
grill & fry corner...ayam..ikan...satay ada..pizza ada...paling special lamb pun ada...dan banyak lagi...
Chiness style corner....
 
 
Sebenarnya banyak kaunter makanan ada di sini mengikut cuisine...ada kaunter salad & appetizer...kaunter japanese food...pasta....roti & cheese...dan banyak lagi tapi aku tidak dapat mengambil gambar setiap kaunter makanan kerana setiap kali aku cuba angkat phone ke arah meja makanan ramai di antara customer foreigner ni akan memandang semacam kepadaku...mungkin ada di antaranya yang popular kot...takut gambar mereka aku ambil dan aku plak tak tau....sorry....i just want to update my blog....hehehehehe...
 
Oleh kerana rasa tak selesa nak ambik gambar di setiap meja makanan, u all tengok gambar makanan yang kami ambik jer la yer....jangan terkejut dengan makanan yang kami makan malam ni!!! lepas dendam beb.....awal-awal mintak maaf sebab apa yang kami makan ni tak boleh ingat nama makanannya sebab nama semua telah diinternationalkan...memang susah nak ingat...
 
 
starter....ntah apa namanyer tapi ala2 sharkfin sup....memang delicious...my hubby hampir nak makan sampai 2 mangkok..hehehehe
 
Chinese style...nasi goreng....siakap stim...brocolli..udang....crab....semua best!!!
 
roti arab..dan yg lelain tu tak ingat....tetap sedap...
indian style....roti makan dengan lamb gril + sos pudina...marvellous..tambah plak dengan sayur bayam masak halus la kot..dah tak tau namanyer apa...
 
pasta....ada berjenis jenis pasta di sini...tapi tak boleh nak makan semua...
 
my favourite..lamb grill + blackpepper sos....delicious....
 
muka orang lapar..sajer tak makan lunch tadi...
first time jumpa waiters minah salleh di KL....tengok kat belakang Encik Hubby ni...tengah kemaskan pinggan di meja...
 
lamb lagi...Encik Hubby tambah dengan murtabak dengan mutton curry lagi....aiyooo...banyak betul makan mbek malam ni....hahahahaha..
rehat sekejap sambil makan peanuts....ingatkan yg oren ni mangga...rupanya cheese...hmmm....tak boleh makan....tak reti nak makan cheese sajer2 camni...
 
satay & pizza....kena ker?? hentam ajer laaa....
 
Oleh kerana meja kami berhampiran dengan meja dessert so macam-macam dessert yang kami cuba...
 
fruits & drinks...lai chi kang pun ada....
 
dessert corner....tak tahu nak makan yang mana dulu..semua sedap-sedap...

pelbagai jenis kek..coklat fountain pun ada....


strawberry yang telah kucelupkan dengan coklat...
puding karemel yang comel...lagi satu tak tau nama tapi sedap....

tak tahu nama..tertarik sebab ada buah goesberri ni...

pun tak tahu nama....sedap sebab ada banyak berries....

lagi banyak berries kat dalamnya...lagi sedapp....
 
 
suapan terakhir dalam keterpaksaan....dah terbayang katil dah waktu ni...
 
Memang kami enjoy dengan makanan yang ada di Mosaic Restoran ni...terlalu banyak....tak tahu nak makan yang mana satu dulu....terima kasih daun keladi kepada Encik Hubby yang belanja dinner malam ni sempena ulangtahun perkahwinan kami....dan semestinya Mandarin Oriental Hotel ini memang class....semua staff restoran very friendly...cekap....pantang nampak pinggan yang sudah habis makanan terus datang kemaskan....sentiasa pastikan minuman dimeja ada...very good!!!
 
 
Untuk buffet dinner cost per person RM108++ kecuali weekend cost per person RM128++..lokasi mudah di cari...belakang KLCC...kalau jalan kaki dari KLCC 2 minit dah sampai....parking kereta pun amat mudah..ada banyak....selepas 6.30 petang harga parking per entry RM10...akan ku kunjungi mu lagi....:))
 


Monday 1 October 2012

KEK KARAMEL....serius sedappp.....

Salam semua....baru sampai rumah di KL..pukul 12.20 pagi sekarang ini..baru boleh update blog...Celcom berukband tak boleh guna di rumah Seremban..terlalu slow...tak tau la kenapa..nak kata rumah di hulu Seremban tidak juga...5 minit dah sampai city center...begitu juga mobile internet...memang tension dibuatnya....nak pasang streamyx or unifi rasa tak berbaloi plak sebab hanya balik weekend....hmmm....sabar jer laa....
 
Selepas sediakan lunch terus buat kek ini...first time buat kek karamel ni...tengok kat internet macam sedap jer....sebenarnya ini try and error...asyik tertanya-tanya macam mana boleh puding karamel ni bakar sekali dengan kek...tak bercampur ker?? betul ker resepi blog dia orang ni?? selama ini ingat kukus puding karamel tu kemudian letakkan sajer atas kek yang sudah di masak..hehehehe....so petang tadi terbukti benar...semua bakar sekali...magik betul la kek ni....:))



Bahan-bahan

(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

D) Merinque

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar
Pewarna;
Strawberry emulco, Pandan emulco, Orange emulco, Blueberyy emulco (pilihanku sendiri)
Cara-cara :

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bahan (B) perlahan2...jangan bagi berbuih2, nanti pudding tak cantik.
  3. Tapis bahan (B) tadi dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & kacau guna whisk sahaja hingga adunan sebati, ketepikan
  5. Pukul sampai bahan (D) smpai jadi kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan spatula hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
  10. Jika tak pasti puding dah masak ke belum tamah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit. Bila sudah masak, angkat dan sejukan dahulu lebih kurang 25 minit dan barulah terbalikkan kek yang telah dibakar tadi.  Masukkan dalam fridge lebih kurang satu jam, klepas tu boleh dimakan. Konsep sama seperti sediakan puding karamel. lagi sejuk lagi sedap.
Resepi ini aku copy 100% dari salah seorang blogger di internet. Kalau baca resepi memang banyak sangat step dan susah nak buatnya. Kena baca 2 kali dan tenangkan fikiran baru nampak sebenarnya amat mudah...hehehehe... 
FYI, lapisan kek ini aku hanya gunakan setengah dari adunan yang telah dicampur dengan meringue disebabkan loyang yang aku gunakan bersaiz kecil. baki lagi setengah boleh buat satu lagi kek karamel..tapi kena la sediakan pudingnya sekali lagi...Saiz loyang yang sesuai untuk resepi ni 22cm/25cm. Bila bab mewarna ni aku selalu jer fail...kena tingkatkan usaha lagi...serius kek ini memang sedap sangat..boleh disimpan selama 5 hari dalam fridge...tapi sempat ke nak simpan 5 hari yer?? tak sampai sejam dah tinggal banyak ni...
 
    Selamat Mencuba!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...