Salam semua....dah lama teringin nak buat pavlova...tapi mood tak juga mari-mari...sebenarnya petang tadi nak buat cheese cake oreo...dah borong 3 packs biskut oreo kat Giant Senawang tadi....as usual bila pergi supermarket hajat hati nak beli biskut jer..tapi bila dah sampai macam-macam sumbat dalam troli...dari biskut sampai la semua buah-buahan masuk dalam troli....yang paling sedap buah kiwi...tak tau kenapa buah kiwi kat Giant ni sedap sangat.....jarang dapat kiwi yang rasa manis..selalunya masam ajer....sederet kiwi ni plak ada stroberi...nampak plak anggur hitam seedless ...angkut sekali laa....dalam kereta on d way balik rumah terus terpikir nak buat pavlova....whipping cream plak memang ada stok kat rumah...dah semua barang cukupkan...
Bahan-Bahan
4 biji putih telur ayam
1 cawan gula kastor (aku guna 3/4 gula aising)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masak
250gram whiping cream - topping
Cara membuatnya;
Panaskan oven terlebih dahulu 150'C. Pukul putih telur dengan kelajuan maksimun hingga putih berkilat. (Pastikan bekas putih telur betul-betul kering). Masukkan gula kastor/aising. Pukul lagi hingga betul-betul jadi meringue. Kalau terbalikkan adunan meringue tak jatuh. Masukkan esen vanilla dan cuka. Pukul semula lebih kurang 1 minit.
Aku menggunakan acuan pai untuk membakar pavlova. Sebelum itu alas loyang pai dengan aluminium foil. Sorry, betul-betul lupa ambik gambar ni tadi. Masukkan meringue dalam loyang yang dialas dengan aluminum foil. Kecilkan suhu oven kepada 110 dan bakar pavlova lebih kurang 1 jam 30 minit dengan menggunakan api atas dan bawah.
Bila Pavlova dah bertukar warna golden brown, jangan keluarkan dari oven...regangkan sedikit pintu oven dan biarkan pavlova sejuk sendiri dalam oven. Perlahan-lahan keluarkan pavlova dari loyang kerana isi di dalamnya lembut.
ini la pavlova yang telah dikeluarkan dari loyang....bahagian luar ni agak rangup tapi lembut di dalam...
Pukul whipping cream dengan kelajuan yang paling maksimun hingga cream menjadi kental. (pastikan jika anda membeli whipping cream yang bukan untuk cooking or paling senang non dairy cream)
Aku masukkan whipping cream yang telah dipukul ni dalam piping bag. Senang sikit nak letak kat atas pavlova ni..pastu boleh la susun dengan buah-buahan....kemudian sejukkan dalam peti ais...pavlona amat sedap bila dimakan ketika sejuk-sejuk....
lepas sejam dari peti ais.....huhhhh......sedapnya.....bahagian yang dah kena potong ni aku makan sorang jer.....
dah tinggal setengah....Encik hubby tolong makan juga....
tak sampai 30 minit yang tinggal suku jer....hahahahha.....sabar jer laaa...kalau ikut nafsu memang boleh habis semua ni.....cepat-cepat aku simpan dalam peti ais semula.,..stok untuk esok.....hehehehe.....
Sebenarnya masa mula-mula simpan dalam peti ais tadi hajat dihati nak hantar ke rumah mertua...tapiiiiii macam mana nak hantar...makan berdua jer dah nak habis...hahahaha....next time buat lagi baru boleh hantar.....memang kalau makan meringue dia manis sangat tapi bila dah kena dengan whipping cream dan buah-buahan ni tak terkata sedapnya....baru la ku tahu kenapa ramai yang suka sangat dengan pavlova ni....memang marvellous!!!!!
No comments:
Post a Comment