Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 30 July 2012

TEPUNG TALAM GULA MERAH

Salam semua....apa khabar? Berbuka puasa apa semalam? Dah 2 kali weekend aku tak berbuka di rumah sendiri....dah dua kali Sabtu berbuka di rumah ayah di kampung dan Ahad di rumah mertua..Encik Hubby request nak makan kuih tepung talam gula merah ni...dah lama tak makan katanya....semalam ada kesempatan tunaikan permintaannya...almaklum la..bulan Ramadhan ni kuih-muih begini menjadi pilihan....lepas masak terus bawak ke rumah mertua untuk berbuka...

Bahan-bahan;

Bahan A

1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (optional - bagi yang suka manis)
3 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan B

1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu garam

Cara menyediakannya;

Bahan A
Masakkan gula merah (jika tambah gula pasir masak sekali tapi aku tak letak kerana dah cukup manis dengan gula merah sahaja) bersama dengan 3 cawan air, simpulkan daun pandan ke dalamnya. Bila gula hancur, tapiskan dan sejukkan.  Panaskan periuk kukus. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi ke dalam mangkuk adunan. Bancuhkan dengan air gula yang telah disejukkan tadi. Masak sebentar dalam frying pan (pasti api sederhana) kacau selalu supaya tak melekat,  bila dah nampak pekat sedikit padamkan api .Sapu sedikit minyak dalam loyang. Kemudian masukkan adunan tadi dan kukus lebih kurang 20 minit. Bila dah masak cakarkan permukaan atas dengan garpu.

Bahan B;

Bancuhkan tepung beras dengan 3 cawan santan pekat bersama garam. Masak sebentar sahaja, bila dah nampak agak berasap tutup api. Curahkan adunan di atas Bahan A. Kukus lagi lebih kurang 20 minit. Angkat dan potong bila kuih dah betul-betul sejuk.

Selamat Mencuba!!!



Friday 27 July 2012

FETTUCCINE GORENG...

Salam semua, fettuccine ni boleh dikatakan adik beradik spagethi dan makaroni...rasa lebih kurang sama tapi bentuk jer yang berbeza....tengok ada sedikit lagi stok yang tinggal...dah lama jugak tak masak fettucine ni...kaedah memasaknya lebih kurang sama seperti disini



Bahan-bahan;

150grm fettuccine
3 ketul isi ayam - potong kecil
4 kuntum cendawan shitake - hiris nipis
1/2 batang lobak merah - potong kecil memanjang
5 - 6 biji cili padi - pecah2kan
4 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - cincang dadu
sedikit serbuk lada hitam berperisa
2 sudu sos tiram
sedikit minyak zaiton untuk menumis
1 pokok daun ketumbar - dihiris

Cara menyediakkannya;

Panaskan air yang telah dicampur dengan sedikit minyak. Rebus fettucine hingga kembang dan toskan. Letakkan sedikit minyak zaiton untuk mengelakkan fettucine melekat di antara satu sama lain. Panaskan minyak zaiton. Tumiskan bawang putih dan bawang besar. Bila dah kekuningan masukkan tomato.Goreng hingga tomato hancur dan baru la masukkan ayam. Bila kelihatan ayam hampir masak masukkan shitake dan lobak merah serta sos tiram. Gaul sebati dan baru masukkan fettucinne. Masukkan serbuk lada hitam dan cilipadi. Gaul mesra kesemuanya. Rasa garam secukupnya (kalau guna serbuk lada hitam biasa jika kurang masin baru la letak sedikit garam...) dan boleh la dihidangkan. Taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.  Sedap dimakan ketika panas-panas...:))

GULAI DAGING SALAI CAMPUR REBUNG

Salam semua...dah bersahur? Baru ada kesempatan untuk update blog....selepas buka semalam agak kepenatan..as usual malam Jumaat busy mengemas rumah dan barang apa yang patut nak di bawa balik ke Seremban..itu la aktiviti setiap malam jumaatku..packing and cleaning apa yang patut....Gulai daging salai campur rebung ni salah satu lauk berbuka semalam..


Bahan-bahan;

200gram daging salai
1 bungkus rebung (yang selalu dijual dah bungkus dalam plastik)
25 biji cili api                 **
1/2 inci kunyit hidup      ** kisar halus
3 ulas bawang putih       **
1/2 inci halia                  **
2 batang serai - dititik
santan dari 1 biji kelapa
garam secukup rasa
1 keping kecil asam gelugor

Cara menyediakannya;

Potong daging lawan urat. Bersihkan dan toskan. Masukkan daging dalam kuali/periuk bersama bahan yang telah dikisar dan serai. Masak sebentar hingga daging empuk. (tambahkan air jika daging amsih keras). Bila daging dah agak empuk masukkan rebung. Kecutkan sebentar kemudian baru la masukkan santan kelapa dan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pecah minyak. Jika rebung kurang masam boleh masukkan asam gelugor. Angkat dan boleh la dihidangkan.

Wednesday 25 July 2012

TABULLAH...

Salam semua....berbuka apa hari ini?? Hari ini agak keletihan....busy di office...macam-macam hal plak yang nak dibincangkan hingga memeningkan kepala...anyway...itu la namanya kerjakan...kalau tak pening tak ada la plak cabarannya....kerana badan letih so berbuka pun buat yang simple jer.....tak payah nak masak berjenis-jenis lauk...terus masak satu pakej...hehehehe....kami ke timur tengah hari ni....nasi arab, sup tomato and saladnya plak...TABULLAH...:))


Bahan-bahan;

1 ikat daun parsley
1 biji tomato - potong dadu
1 bniji cili merah - potong halus
1 ulas kecil bawang putih - potong halus
1/2 biji bawang besar holland - potong dadu
serbuk lada hitam berperisa aji-shio
1/2 biji lemon
2 sudu.minyak zaiton

Cara meneydiakannya;

Bersihkan daun parsley dan toskan kemudian dihiris halus. Campurkan semua bahan tomato, bawang holland, bawang putih, cili merah ke dalam mangkuk pasrley yang telah dihirs tadi. masukkan serbuk lada hitam berperisa secukup rasa , minyak zaiton dan juga perahan jus lemon. Gaul mesra kesemuanya dan boleh la dihidangkan. Jika anda menggunakan serbuk lada hitam biasa, tambahkan garam secukupnya.


Di Restoran Saba, tabullah  dijual RM10 untuk saiz mangkok yang kecil. Sedangkan kita boleh dapatkan seikat daun parsley ni kurang dari RM1 sebab yang menyediakannya kita sendiri...no cost nak bayar pekerja..nak bayar sewa kedai....hehehehe

Ini la dia daun parsley...rupanya lebih kurang macam daun ketumbar...awas...jangan salah beli plak...kadang-kadang di supermarket daun ketumbar pun dilabel sebagai parsley...hehehe...untuk resepi nasi arab plak boleh lihat di link ini Resepi Nasi Arab.


IKAN TERUBUK MASIN...pembuka selera bersahur

Salam semua...dah bersahur? Aku baru jer selesai..sambil menunggu subuh ada peluang untuk update blog ni...waktu sahur makan macam dipaksa sebab selera tak mari lagi....kalau hari biasa sarapan pun dalam pukul 9...tapi sejak hari pertama bersahur lagi goreng ikan terubuk masin Sarawak ni dah menjadi menu tetap...masa pergi Sarawak hari tu, aku pergi redah di Pasar Satok, just nak beli ikan terubuk masin ni..stok untuk bulan puasa....sahur semalam cuba tak goreng...tukar dengan telur dadar di samping lauk pauk yang lain....my hubby makan macam terpaksa jer...hmmm....maknanya mesti ada hari-hari la....baru Encik Hubby boleh makan sahur....:))


Bahan-bahan;
3 inci ikan terubuk masin
1 biji bawang besar
7 biji cili api
1/2 biji lemon
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya;

Potong ikan terubuk masin nipis-nipis. Rendam sebentar supaya tidak terlalu masin. (hari-hari makan boleh darah tinggi...hehehehe). Toskan.Sementara itu hiris bawang besar dan cili api. Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng. Goreng ikan terubuk sehingga garing, angkat. Goreng bawang besar dan cili api hingga kekuningan. Masukkan semula ikan terubuk yang telah digoreng tadi, kacau sebentar dan angkat. Akhir sekali perah lemon di atasnya...kalau tak ada lemon limau kasturi pun boleh..asalkan limau...tapi lemon lagi sedap la...

Goreng ikan terubuk masin ni memang sedap bila dimakan dengan nasi panas. Waktu bersahur memang paling laju...letak la rendang rusa ker...lobster ke...memang semua tolak tepi....itu la powernya ikan terubuk masin Sarawak ni....wallaaaaaaaa......:))

Tuesday 24 July 2012

URAP PEGAGA...

Salam semua...lama jugak rasanya tak update blog ni....almaklum la bila Ramadhan tiba masa agak terkejar-kejar sikit...lepas pejabat terus tergesa-gesa nak balik rumah untuk sediakan hidangan berbuka..bila bulan Ramadhan ni selera pun macam-macam...yang dah lama tak buat semua terkenang balik...ini salah satu menu yang memang dah lama sangat aku tak buat....Urap Pegaga...


Bahan-bahan;

1 ikat pegaga
1 cawan kelapa parut
1/2 sudu udang kering
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 -5 biji ciliapi - boleh kurangkan kalau tak suka pedas
2 biji cili merah
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya;

Bersihkan pegaga, toskan kemudian dihiris. (aku lagi suka hiris kasar2). Buang biji cili merah. Kemudian dikisar kering bersama dengan bawang putih, bawang merah dan udang kering. Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi, kacau supaya tidak hangus kerana tidak ada minyak. Bila dah agak masak masukkan kelapa serta secubit garam. Kacau lagi hingga kelapa agak ringan tapi jangan terlalu kering, hilang plak lemak kelapa itu nanti. Angkat, biarkan sejuk sebentar dan baru la digaul dengan pegaga yang telah dihiris tadi.


Ini juadah berbuka hari ni...asam pedas ikan kurau, ayam goreng halia, roti jala + kari ayam dan urap pegaga...memang sesuai sangat la makan urap ni dengan asam pedas...lately ni aku macam malas sajer nak masak sayur...hubby pun macam dah kurang makan sayur...bila buat ulam-ulaman begini baru la habis dimakan....sayur jugakkan....:))



Thursday 19 July 2012

MACAROON....kali kedua buat baru jadi....:))

Salam semua...hari ni aku dan suami tak kerja...cuti emergency....balik ke Seremban kerana ada kecemasan yang terpaksa diuruskan...hmmmmm...sebelah petang agak free....tiba-tiba teringat nak buat macaroon...gara-gara malam semalam Encik Hubby menyebut macaroon kat Star Hill..terus niat nak mencuba untuk kali kedua....hari tu aku ada terjumpa macaroon instant di Do Re Mi Bakeri berhampiran rumah....katanya hanya tambah air sahaja...harganya RM33 sebungkus...semua dah lengkap...lebih kurang 300grm sahaja...aku rasa tak berbaloi dan tak yakin.....baik aku cuba sekali lagikan...terus semak semula resepi yang ada dalam laptop ni...ada 2 3 resepi macaroon ni tapi aku pilih resepi yang Puan Izarina bagi dari FB messenger...beliau dah buat dan memang jadi...aku dah copy dalam fail MS Word...senang nak buat for future reference...


Bahan-bahan;

2 biji putih telur Gred A -
65grm gula castor

80grm serbuk badam
140grm gula aising
pewarna - sebaiknya guna yang serbuk (tapi aku guna pewarna cecair sbb serbuk tak ada)
secubit cream of tar tar - aku tambah sendiri

Method;

Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula castor + cream of tar tar. Pukul dengan kelajuan tahap maksimum sehingga jadi bertanduk. Untuk memastikan putih telur kembang dengan betul, terbalikkan mangkok adunan dan jika tak jatuh kira dah OK. (memang aku buat tadi...dah confirm tak jatuh baru puas hati ...hehehehe ))

Campurkan serbuk badam dan gula aising yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan. Kacau perlahan kemudian masukkan pewarna. Setelah aduanan sebati masukkan dalam piping beg.

Sebelum itu buat bulatan sebesar duit syiling 50 sen di atas kertas pembakar. Paip kan adunan mengikut bulatan yang telah dibentuk. Jangan letakkan macaroon yang dipaip tadi terlalu dekat kerana ia akan mengembang sedikit. Pastikan ada ruang secukupnya untuk mengelakkan macaroon bercantum antara satu sama lain.

Setelah paip semua adunan, biarkan seketika (kalau boleh letak bawak kipas) lebih kurang 30 - 45 minit untuk proses pengeringan. Jika adunan mengelembung pecahkan gelembung tersebut perlahan-lahan dengan menggunkan pencungkil gigi. Sementara itu boleh la panaskan oven dengan suhu 140C' ke 150'C. Walaubagaimanapun bergantung kepada jenis oven anda. Lebih baik menggunakan oven yang ada fan.Bakar lebih kurang 15 minit, kemudian sejukkan.

Selepas sejuk berhati-hati ketika mengeluarkan macaroon dalam dulang pembakar untuk mengelakkan macaroon pecah.

Tips penting;

Sebaik-baiknya jemur dahulu serbuk badam hingga kering. Walaupun serbuk badam diperlukan hanya 80grm tapi masa aku buat tadi aku guna lebih 140grm serbuk badam. Selepas dijemur dan betul-betul kering barulah di ayak. Selepas diayak baru lah anda timbang ikut pada sukatan yang sebenar 80grm kerana walaupun dia serbuk tapi bila dah ayak banyak kalipun masih banyak badam yang kasar-kasar. So pastikan jika anda beli serbuk badam mesti lebih dari sukatan sebenar.Begitu juga dengan gula aising. Ayak lebih dari sepatutnya tapi masukkan aising yang telah diayak mengikut sukatan.
Pastikan mangkuk adunan betul-betul kering. Ketika pecah telur pastikan tidak ada sedikitpun telur kuning masuk di dalamnya walaupun setitik. Untuk lebih mudah asingkan putih telur dengan kuningnya, gunakan telur yang baru keluar dari peti sejuk di mana putih dan kuning lebih mudah berpisah. Kemudian letakkan putih telur tadi di luar hingga hilang sejuknya. Aku biarkan diluar lebih kurang 2 jam.

Note:

Macaroon aku ni belum letak filling ditengah-tengahnya kerana kami rasa dah cukup manis. Anda boleh letakkan filling mengikut suka.

Cuba tengok semula masa pertama kali aku buat macaroon ni dulu....hahahahaha.....http://zarinasrk.blogspot.com/2012/02/semangat-makin-membara.html
Macaroon yang jadi biskut badam..hehehehe...step dah betul tapi tak ayak badam dan gula aising.

Semasa bakar macaroon ni tadi, memang aku berdebar-debar. Untuk dulang pertama aku siap ambik kerusi dan duduk menghadap oven tu sehingga macaroon naik dan masak sempurna...hehehehe...bila nampak dia naik tinggi, kalau aku tengok cermin mungkin senyumku sampai ke telinga....hahahahha...memang sedap macaroon ni...seperti my hubby kata...bila digigit ianya rangup tapi sampai dalam mulut terus cair jer....cunnnnn.................byeeeeeeeeeeee!!!

Monday 16 July 2012

CASSEROLE OH CASSEROLE....THANK YOU SOGO...:))

Salam semua....hari ni amat meletihkan...just kerana nak dapatkan casserole free kat KL SOGO ni...dah lama aku simpan point ni sepanjang bershopping di SOGO...memang selalu brochure redemption point ni datang tapi kebanyakkannya seperti tupperware...frame gambar di mana yang hanya membuat Encik Hubby membebel kerana kerana tak ada tempat dah nak simpan...hehehehe...
Tapiiiiii.............nak dapatkan casserole ni di Customer Service memang kena banyak sabar...kalau tak sabar boleh gaduh dengan pekerja kaunter ni....dah la aku berpuasa hari ni....:))..tapi nak cerita juga kenapa jadi bengang giler ....as usual kalau nak redeem ni aku akan bawa sekali brochure yang dihantar...sebelum pergi ke SOGO ni aku call dulu customer service just nak pastikan ada stok ke tak ada lagi...katanya hanya tinggal 10 set...adusss......aku bergerak macam Charlie Chaplin hari ni...nak kejarkan sebelum lunch time...bila sampai tengok di ruangan customer service penuh dengan orang ramai...sampai berdiri-diri kat tepi pintu.....aku dok tertanya-tanya sendiri...dapat ke tak nak redeem ni....
                                      
Aku menunggu agak lama juga baru nombor aku naik ...so bila sampai turn aku, staff ni kata aku tak boleh redeem coz my point tak cukup!!! bengang ke tak bengang dibuatnyar??? Dah tentu sebelum datang aku dah cek berapa point yang aku boleh redeem...sabar jer laa....aku suruh dia tengok betul-betul....dia ambik masa gak nak tengok..lastly dengan senyum sumbing dia kata..."Puan nak redeem yang mana??? " sabar jer la aku....ada casserole yang aku redeem pakai fast track...means guna separuh point dan bayar sedikit...so aku ingat nak bayar dengan voucher yang dapat masa member sales hari tu....hmmmm...tak boleh la plak...tak terima...kat customer service kena bayar cash sahaja..masalah lagi.....memang tak bawak cash pun sebab ingatkan nak guna voucher jer...so terpaksa la aku cakap dengan staff ni simpan casserole ni untuk aku sebab aku nak pergi ATM nak keluarkan duit....sebelum tu aku tanya..kalau aku datang lagi nanti kena ambil nombor ke tak...dia kata tak perlu sebab kad SOGO aku dia simpan....

Lepas keluarkan duit aku terus pergi balik jumpa dia...memang waktu tu dia ada customer..dia kata tunggu sekejap..aku faham sebab ada customer....tapi bila customer tu dah habis aku terus datang pada dia and tak sangka rupanya dia dah tekan number lagi...ni dah buat aku bengang...kalau dah janji dengan aku kenapa panggil customer lain lagi....tak pepasal aku malu dengan customer tu ...maybe dia ingat aku tak tau ikut number....sabar lagi ni.....

Bila dah 30 minit baru dia selesai dengan customer tu..tak tau apa yang lamanya....than baru dia panggil aku..terus ambik casserole yang aku redeem...
Size 5 litre


Saiz 3 litre
Size 2 Litre

Selepas berjam-jam akhirnya dapat jugak apa yang aku inginkan....selepas pastikan semua OK, staff yang sama jugak terus packing....yang aku tak faham apsal la dia ni bengong sangat...dia boleh pack dalam satu beg plastik yang nipis tu....dia tak tahu ke benda ni berat??? Lepas tu aku cakap dengan dia aku guna public transport..macam mana nak bawak benda yang berat dalam satu plastik yang nipis??? Kalau plastik tu koyak how??? Jawapannya " Maaf Puan, kami tak ada plastik kecil""..huhhh...memang berdesing telingaku....SOGO yang punya besar tak ada beg plastik????  Nasib baik kawan dia yang sebelah dengar perbualan kami terus bagi kat dia plastik kecil....aduhaiii.....kenapa la SOGO ada staff macam ni yer....???

Setelah selesai aku berehat sekejap di Kamar Emas....hehehehe.....ni specialnya kalau kita pemegang kad Emas SOGO....boleh minum-minum di situ...tapi kena buat sendiri la yer....sambil rehat my hubby call kata dia akan ambik aku sebab haripun nak hujan...dalam masa yang sama aku baru sedar kat brochure ni ada tulis " Free One Granity 1L Luminarc Servingware with redemption of Luminarc Vitroline casserole""...fuhhh...mesti tanya ni....so terpaksa aku pergi semula di Customer Service....tanya semula dengan staff yang deal tadi....terus dia kata aku tak bagi resit yang dia bagi kat aku tadi.....aku terus blur....tadi dia kata aku punya copy...padahal kalau aku tak datang tanya balik dia mesti tak ingatkan....memang blurr la budak ni...malas nak banyak cakap bagi jer la kat dia...

Itu la kisah aku nak dapatkan casserole free dari SOGO ni...macam-macam hal yang aku hadapi hari ni....tapi tak apa la....berbaloi kerana Casserole ni banyak fungsinya....boleh masak guna gas, induction, oven, microvave....lebih kurang macam keluaran Vision...tak pernah aku membebel panjang kat blog aku ni...tapi just nak lepaskan perasaan hari ni...terima kasih la membaca bebelan ku ini.... :))

PUDING KARAMEL...sejukkan tekak...

Salam semua....lama jugak tak makan puding karamel ni....bila bulan puasa memang selalu ada....sedap dimakan selepas buka puasa...tengah-tengah relaxs2 gitu....sejuk jer bila sampai ditekak...hehehehe....lepas breakfast tadi aku terus sediakan puding ni...sebab nak sejukkan untuk makan lepas lunch...kalau tak sejuk tarak kicknyer...hehehehe....
Bahan-bahan;

Bahan A

1 cawan gula pasir
1 cawan air

Bahan B;

5 biji telur
200 ml susu cair
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu esen vanilla

Cara menyediakkannya;

Panaskan gula dalam frying pan. Biarkan sehingga gula bertukar warna menjadi kemerahan kemudian perlahan-lahan masukkan air. Kecilkan api ketika masuk air untuk mengelakkan dari terpercik. Kacau hingga gula betul-betul lebur, angkat dan sejukkan.
Panaskan periuk kukus. Pecahkan telur dalam mangkuk adunan. Kacau tetapi tidak perlu sampai telur kembang. Masukkan esen vanilla, susu pekat manis dan susu cair. Kacau mesra.
Masukkan air gula yang telah disejukkan tadi dalam loyang/ acuan. Sebaiknya tapis dahulu. Kemudian tapiskan adunan kastard dalam mangkuk acuan yang berisi air gula tadi. Kukus lebih kurang 15 - 20 minit. Angkat dan biarkan sejuk diluar seketika. Kemudian baru lah masukkan dalam fridge untuk beberapa jam.

Sunday 15 July 2012

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI.....walaweeei.....:))

Salam semua....sekejap jer rasa Ahad hari ni......lepas breakfast terus ke dapur...tup-tup dah tengahhari......cepatnya masa berlalu....hari ni keluarga mertua makan tengahhari di rumah....so aku sempat la masak beberapa jenis lauk tadi...antaranya jenahak gulai ciliapi, kangkung goreng belacan, goreng ikan terubuk masin Sarawak hari tu dan juga yang ini....Sambal Ikan Bilis Petai....dah lama betul aku tak masak ni...:)) sajer nak berkongsi di sini..memang la ramai yang kata mudah untuk memasaknya...lain orang lain stylenya kan....:))

Bahan-bahan;

1 mangkuk ikan bilis yang telah dikopek
2 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah ***
1 ulas bawang putih *** kisar halus
secubit belacan  ***
4 papan petai - belah 2
2 biji bawang besar - dihiris
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
1 cawan minyak masak

Cara Menyediakannya;

Rendam sebentar ikan bilis dan toskan.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan. Jika minyak terlalu banyak keluarkan. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar. Masak hingga cili betul-betul garing dan pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa serta bawang. kacau hingga bawang besar layu. Kemudian baru la masukkan petasi dan juga ikan bilis yang telah digoreng tadi. rasa garam secukupnya dan angkat.

Jika suka boleh letak sedikit gula. Masing-masing ada style masakan tersendiri. Macam aku gula memang amat jarang sekali digunakan untuk masakan lauk-pauk.


PAK TAM KOPITIAM, SEREMBAN 2

Salam semua....kami berkunjung di Pak Tam Kopitiam ni semalam...Sabtu  memang hari busy untuk kami...lepas breakfast di luar kami terus ke pasar Ampangan...tak banyak barang basah kami beli kali ni...sebab Sabtu depan dah puasa...lepas pasar kami pergi pula ke Pasaraya Econsave,Forest Height....ingatkan nak masak untuk lunch tapi my hubby kata dia perlu cari pokok-pokok untuk taman mininya....hmmm...so off masak today....terus kami ke Seremban 2...dan teringat Pak Tam Kopitiam ni dalam buku iklan My City Explorer yang baru sahaja buka....Untuk pengetahuan Chef Restoran ni adalah bekas tukang masak Tunku Abdul Rahman dahulu iaitu Mr.Sultan Abdullah yang turut dikenali dengan panggilan Master Sifu...menu di sini adalah makanan Cina Muslim....sebelum ni dikenali Master Sifu Restoran terletak di Rasah, Seremban..tapi ianya baru jer berpindah di Lake View Seremban 2 baru seminggu...selepas berpusing-pusing mencari akhirnya ketemu jugak....:))
Ini la dia Pak Tam Kopitiam....corner lot....waktu perniagaan dari 11.00am - 3.00pm...buka semula 6.00pm - 11.00pm. Kami sampai lagi setengah jam nak pukul 3.00pm...nasib baik boleh ambik order lagi...:))
Ni untuk aku....kasturi asam boi...RM3 sahaja..sedap dan menyegarkan....:))

 
for my hubby....barli lemon honey ais...RM3.50....not bad katanya....

Homemade Tauhu (beancurd)...sedap...RM7.00..


Chicken Kung Po....I like it so much.....RM10.00..sedap sangat hingga tak nak makan lauk yang lain...aku pernah cuba di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju dan Red Wok @ Bangi....ternyata Pak Tam Kopitiam lagi power....:))


Talapia Sze Chuan....RM30.00...saiz ikan  amat besar...sesuai untuk 4 orang makan sebenarnya....cara potongan ikan amat unik....ikan pula amat segar...

Sayur ni Kailan Special..RM10.00 ..memang sesuai dengan namanya....memang amat special....sayur ni dihiris halus seperti bunga rampai tapi rangup..ala-ala seaweed goreng macam tu.....first time makan...aku sempat berbual dengan Chef di sini, Master Sifu, Encik Sultan Abdullah...menurut beliau untuk memasak sayur ni memang amat cerewet...minyak tak boleh terlalu panas..kalau tak cepat hangus...kalau minyak kurang panas pulak sayur akan jadi lembik....kadang-kadang dia sendiri masak pun kena buang sebab tak jadi...aku awal-awal surrender la....kalau dah Professional Chef kata susah...ni plak aku nak buatnya....memang hancus la...hehehhehe....:))

Jemput makan semua....semuanya amat menyelerakan.....:))

Alamat Restoran :


Pak Tam Kopitiam





52G Persiaran S2B2, 
Lake View Square, Seremban 2

Tel : 012-6481911


Saturday 14 July 2012

BOULU KUKUS PULUT HITAM....hitam tapi unik...

Salam semua...apa juadah minum petang hari ni?? Ini juadah minum petang kami...Boulu Kukus Pulut Hitam ni aku jumpa di blog Mat Gebu 2 3 hari lepas...sejak tengok kuih ni tak sesabar nak mencuba...untuk dapatkan tepung pulut hitam ini, memang sakan aku mencari...sebenarnya aku sendiripun tak pernah tengok macam mana rupa tepung pulut hitam ni...ikut pada Cik Mat Gebu boleh dapat di kedai bahan bakeri or kek....oleh kerana itu 2 kedai bakeri hari ni aku tanya...dua-dua tak ada jual...lastly aku nekad nak beli pulut hitam jer la kemudian aku kisar dan ayak sendiri...terus pergi kedai runcit biasa....hahhh...kau.....bila aku tanya ada pulut hitam tak  dia terus bagi aku tepung pulut hitam...hahahaha...memang rezeki betul la..... macam tau jer sebenarnya ini yang aku cari....aku beli 4 bungkus terus...hehehehe....

Bahan-bahan;

120 gram tepung/serbuk pulut hitam
70 gram gula halus
1 camca teh ovellete
1/2 camca teh baking powder
2 biji telur saiz besar
50 ml minyak sayur
70ml santan pekat
1/2 camca esen vanilla
secubit garam

Cara menyediakannya;

Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Sapu mentega dalam mangkuk acuan kemudian taburkan sedikit tepung dan terbalikkan untuk buang lebihan tepung ni. (Aku ikut 100% arahan Cik Mat Gebu). Masukkan gula dan ovelette dalam mangkuk aduanan, pukul rata. Masukkan telur, baking powder dan garam dalam mangkuk adunan tadi. Pukul dengan tahap kelajuan paling maksimum sehingga adunan betul-betul kembang seperti buat kuih baulu. Kemudian masukkan tepung pulut hitam yang telah diayak tadi berserta esen vanilla, santan dan minyak. Kaup balikkan hanya dengan menggunakan spatula. Masukkan adunan 3/4 dalam acuan. Kukus lebih kurang 10 minit sahaja.Dari adunan ni dapat lebih kurang 10 biji.


Ini la dia tepung pulut hitam yang aku jumpa tu....sebenarnya memang selalu nampak tapi pernah ambil tau...hehehehe....aku memang setuju dengan Cik Mat Gebu rasanya agak unik...sedap...especially ketika makan panas-panas...nak kata macam apam tepung beras pun iyer tapi yang ini lagi sedap rasanya....kalau tengok gambar boulu Cik Mat nampak lagi menyelerakan...Cik Mat Gebu dah tahap blogger professional..aku ni blogger baru yang masih merangkak lagi....huhuhu...

Wednesday 11 July 2012

KENTANG GORENG CILI

Salam semua...hari ni hujan sepanjang hari....matapun asyik kuyu jer nak tidur...tak boleh layan sangat....baik ke dapur masak untuk dinner...ini salah satu my hubby favourite...masaknya pun senang sangat...:))

Bahan-bahan;

4 biji kentang
1 genggam ikan bilis
3 biji cili merah                   *
7-8 biji cili api                    * dikisar tanpa air (gunakan mangkok pengisar yang kering)
1 ulas bawang putih            *
4 ulas bawang merah          *
1 keping kecil asam gelugor
2 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara menyediakannya;

Kupas kentang dan bersihkan. Potong kentang memanjang or ikut suka. Rendam ikan bilis sebentar. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng kentang hingga empuk. Kemudian angkat dan toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing dan angkat. Keluarkan minyak lebihan dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu sahaja. Tumiskan bahan kisar tadi hingga cili betul-betul masak. Masukkan asam gelugor. Kemudian masukkan kentang serta ikan bilis yang telah digoreng tadi. Rasa garam secukupnya, angkat dan hidangkan.

Monday 9 July 2012

RENDANG AYAM KUNING...

Salam semua....menu ni aku masak Ahad semalam....masih lagi bertemakan ayam....tapi tak apa....ni ayam yang terakhir dalam freezer....dengar kata suami...habiskan semua stok dulu pastu baru boleh pergi pasar....huhuhuhu....so aku menurut perintah jer la...:))


Bahan-bahan;

1/2 ekor ayam - potong 8
3 cawan santan pekat
10 biji bawang merah **
5 biji bawang putih **     dimayang halus
1 inci halia **
1/2 inci lengkuas **
6 batang serai - dihiris kasar                                           *
1 inci kunyit hidup                                                          * kisar halus
25 biji ciliapi - boleh kurangkan kalau tak suka pedas   *
1/2 cawan minyak (aku guna minyak zaiton - kurang minyak)
2 helai daun kunyit - hiris halus
garam secukup rasa
1 keping kecil asam gelugor

Cara menyediakannya;

Bersihkan ayam dan toskan. Kisar ciliapi, kunyit hidup dan serai hingga halus. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang telah dimayang halus tadi hingga naik bau dan layu. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak or till nampak cili masak. Masukkan ayam dan kacau  mesra sehingga semua ayam teah diliputi cili tadi. Kecutkan lebih kurang 10 minit or hingga ayam setengah masak. Masukkan santan pekat. Kacau sekali sekali agar santan tidak pecah minyak. Bila agak kering masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus, ayam gelugor dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan kacau sehingga kuah bertukar menjadi serbuk.

Aku lagi suka rendang ni agak basah-basah sedikit. Hidangkan dengan nasi panas berserta lauk yang lain. Sedap dimakan bersama dengan nasi impit or lemang...raya tak lama lagi kan,....:))

Selamat Mencuba....!!!



AYAM GORENG BLACKPEPPER SARAWAK...

Salam semua....mentang-mentang baru balik dari Sarawak menupun nak letak jugak nama Sarawak....hehehehe...nasib la kan... memang kalau pergi Kuching aku pasti beli blackpepper dan juga lada putih....memang tahan lama....setahunpun tak habis...so yang aku beli ni pun boleh sampai tahun depan....ni menu simple tapi amat menyelerakan yang aku masak hari Sabtu baru ni....sesuai la nak masak waktu badan masih penat lagikan...masak apa yang patut kata orang....lagipun hanya ayam jer yang ada dalam freezer...ajak my hubby pergi pasar..tak nak la plak...hubby kata masak jer apa yang ada dalam fridge tu haa....so ayam jer yang ada....

Bahan-bahan;

1/2 ekor ayam - potong kecil
1 inci halia - dimayang halus
3 biji bawang putih - mayang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
6 biji ciliapi - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 sudu lada hitam yang telah ditumbuki kasar
minyak untuk menggoreng
kunyit serbuk
garam secukup rasa
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu makan sos tiram

Cara menyediakannya;

Bersihkan ayam kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit serbuk. Toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga garing dan toskan. Keluarkan minyak lebihan ayan tadi, tinggalkan sedikit sahaja lebih kurang satu sudu makan. Tumiskan bawang besar, halis dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili api dan cili merah, kemudian sos tiram dan air asam jawa. Bila agak pekat masukkan ayam yang telah digoreng tadi kemudian taburkan lada hitam yang telah ditumbuk kasar. Tapi aku menggunakan lada hitam yang telah dikisar tanpa garam dari Sarawak. Makan bersama dengan nasi panas.

Selamat Mencuba!!




CUTI-CUTI KUCHING...3RD DAYS...

Salam semua...baru ada kesempatan untuk update blog...ini adalah update hari terakhir kami di Kuching. Dengan masa yang agak singkat ni kami hanya menghabiskan masa di kedai-kedai souviner berhadapan sepanjang waterfront. Sebelum pergi breakfast dulu....breakfast terakhir di Grand Margherita......muka mengantok lagi....semalam tidur pukur 2.30pagi...

Muka mengantuk...semalam tidur pukul 2.30 pagi...


Jalan-jalan di waterfront sekejap....siang memang tak ramai orang sebab panas....

Little India....tapi bukanlah kawasan peniaga india di sini yer....kebanyakkannya kaum Cina ...India ada 2 3 kedai jer....di sini banyak jual baju, kain..ala-ala di Jalan Masjid India tapi kecil sahaja...
Hot & Spicy....sempat aku beli lada hitam sarawak dan ketumbar kecil kat sini...


Souviner shop sepanjang jalan waterfront.....memang cantik-cantik...


Memang niat nak pergi Kuching nak beli alas pinggan meja ni.....dapat juga beli...dibuat dari mayang sagu manakala yang biru tu kain cendana..semut dah lipas tak berani dekat....


Pukul 1.30pm kami sampai di Kuching International Airport....


Tengah menunggu flight pukul 3.05pm...tapi flight lewat sampai dalam 15minit....


Dah sampai LCCT.....masa pergi dulu satu beg jer....balik dah bertambah plak beg ni...hehehehe...

Kuching adalah tempat yang menyeronokkan untuk bercuti. percutian 3 hari 2 malam ni memang tak cukup kerana banyak lagi tempat-tempat yang amat menarik perlu dikunjungi. Paling ku terkilan tak dapat pergi ke Pasar Serikin kerana Pasar Serikin hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Anyway InshaAllah tahun hadapan kami akan berkunjung lagi di sini....byeeee.....:))

Friday 6 July 2012

CUTI-CUTI KUCHING....2ND DAYS...full of activities....

Salam semua....baru jer balik dari makan malam di TopSpot, Kuching ni...masih kekenyangan dan dah pasti tak boleh nak tidur...so ambil kesempatan update blog untuk aktiviti yang teramat busy hari ni...lepas solat subuh kami terus bersiap untuk ke Orchid Cafe, di Grand Margherita ini juga....
Antara sarapan yang kami ambil....satu perkara di Hotel Grand Margherita ni, layanan mesra dari staff hotel boleh diberikan  A++...food presentation pun memang menarik...apalagi makanan yang disediakan memang menyelerakan....:))

Sedang breakfast, kereta sewa yang kami telah tempah awal sampai...hari ini memang kami perlukan kereta untuk memudahkan perjalanan di sana sini....

Proton Persona...sehari RM150...kira ok la kan...kami sewa dari Encik Muhammad....sebelum ini pun memang kami sewa dengannya jugak....tempat pertama kami tuju adalah Kampung Budaya Sarawak...hampir satu jam untuk ke sana...termasuklah masa salah jalan....bawak GPS tapi charger dalam Persona ni tak berfungsi plak....nasib baik bawak Galaxy Tab...kami berpandukan maps tabs jer yang kadang-kadang buatku terkeliru.....tu sebab salah jalan....hehehehe....

Akhirnya sampai jugak....:))

Bayaran masuk untuk dewasa RM60 seorang....
Lepas bayar diberikan buku ni yang dipanggil passport berserta striker...malangnya striker tu dah tercabut la plak....dengan adanya passport ni boleh masuk dalam masa satu hari...walaupun dah keluar dari sini tapi ada passport boleh masuk selagi..dalam erti kata lain sah untuk tempoh 24jam...:))

Tempat pertama kami kunjungi ....Panggung Budaya...ada show bermula pada pukul 11am untuk sessi pagi dan pukul 4pm untuk sebelah petang...show satu jam...

Amat menghiburkan....sejam terasa macam 15 minit sahaja....tak puas rasanya tengok show ni....drama dalam tarian.....:))
Walaupun masa ni hari bekerja tapi panggung ni hampir penuh dengan penonton....semua terpegun!!

Lepas show, kami mula meninjau rumah budaya dalam ni..ini jambatan buluh yang panjang untuk pergi ke rumah panjang Bidayuh...terketar-ketar lututku....takut jatuh...licin lagi....ini kes kena senyum dalam paksa sebenarnya....:((

Memang menarik kat dalam Kampung Budaya Sarawak ni...keluasannya lebih kurang 17 ekar...memang tak larat rasanya nak explore keseluruhan....dalam ini terdapat Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Iban, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Melanau, Malay Town House.... kita boleh mengenali cara kehidupan pelbagai kaum di Sarawak dari segi tempat kediaman, makanan, pakaian, adat istiadat mereka....di rumah panjang ini juga boleh bermalam dengan kadar sewa yang berpatutan....kalau anda berani la nak tidur di sini....hahahahaha....
Selepas keluar dari Kampung Budaya ni kami berehat sebentar di Damai Central...just berhadapan dengan Kampung Budaya.....mencari minuman untuk hilangkan dahaga dengan cuaca yang panas terik....lebih kurang pukul 2pm kami bergerak keluar dari sini dan terus singgah di Muzium Kucing.

hahahaha....kelakar plak tengok gambar ni!!!

really enjoy kat dalam muzium ni...macam-macam kucing ada....comel-comel belaka...
Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi jika anda ingin mengambil gambar bayaran seperti di atas....:))

Selepas enjoy dengan kucing-kucing ni kami menuju ke Plaza Astana, Petra Jaya pula....Rabiah Amit Kek Lapis....yes....memang ini yang kami ingin cari...tak sah kiranya kalau tak pergi beli kek lapis Rabiah Amit ni...memang sedap...
bungkus dah......:))

Lagi satu kedai kek lapis yang mesti pergi....Dayang Salha di Kampung Gersik....beli lagi beberapa kek lapis di sini..
pelbagai perasa ada di dayang salha ni..terbaru perasa Awan Nano...hehehehe...
Pilih ajer mana suka.....:))
Akhirnya.....beli terus masuk kotak...bagusnya beli kek di Dayang Salha ni...kotak dah siap sedia..sempat juga aku beli perencah laksa sarawak di sini....keluaran Haji Manan..


Selesai dengan kek lapis kami terus menuju ke Pasar Satok walaupun perut dah berkeroncong dan memang letih sangat....hmmm....apa lagi..cari ikan terubuk masin la.....wajib dibeli kalau dah sampai sini!!!
Muka penat...nak senyum pun dah tak larat......:((
Pakcik ni sedang membungkus ikan terus masuk dalam kotak....

Selesai membeli barang-barang wajip ni kami terus balik ke hotel...perut dah menjerit mintak diisi....dah pukul 5 lebih...macam mana tak lapar....makanan terakhir breakfast pagi tadi sajer..penat sangat...sampai jer bilik kami terus buat pesanan....dah malas nak fikir nak makan kat mana....paling senang....call jer room service....
kue tiaw goreng and nescaffe tarik untuk aku...nasi goreng and fresh orange for Encik Hubby.....lapar giler beb....

Selepas Isyak kami makan malam di Topspot, Taman Kereta...tak jauh dari hotel ni...boleh jalan kaki sahaja..tapi dah 2 hari kat Kuching ni hujan sahaja....memang tempat paling popular kat Kuching ni....sentiasa penuh....ni yang kami pesan...dapat jugak aku midin ni....crab blackpepper for my hubby...terubuk bakar dan udang butter...:))

Antara makanan laut yang segar-segar untuk dipilih....sayur ni pulak adalah midin yang belum dimasak....seperti pucuk paku yang belum kembang......
Syukur...alhamdullillah.....amat mengenyangkan kami.....:))
Inilah aktiviti hari kedua kami....penuh sampai ke malam.....jangan lupa ikuti update hari terakhir kami di Kuching.....:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...