Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Friday, 27 July 2012

GULAI DAGING SALAI CAMPUR REBUNG

Salam semua...dah bersahur? Baru ada kesempatan untuk update blog....selepas buka semalam agak kepenatan..as usual malam Jumaat busy mengemas rumah dan barang apa yang patut nak di bawa balik ke Seremban..itu la aktiviti setiap malam jumaatku..packing and cleaning apa yang patut....Gulai daging salai campur rebung ni salah satu lauk berbuka semalam..


Bahan-bahan;

200gram daging salai
1 bungkus rebung (yang selalu dijual dah bungkus dalam plastik)
25 biji cili api                 **
1/2 inci kunyit hidup      ** kisar halus
3 ulas bawang putih       **
1/2 inci halia                  **
2 batang serai - dititik
santan dari 1 biji kelapa
garam secukup rasa
1 keping kecil asam gelugor

Cara menyediakannya;

Potong daging lawan urat. Bersihkan dan toskan. Masukkan daging dalam kuali/periuk bersama bahan yang telah dikisar dan serai. Masak sebentar hingga daging empuk. (tambahkan air jika daging amsih keras). Bila daging dah agak empuk masukkan rebung. Kecutkan sebentar kemudian baru la masukkan santan kelapa dan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pecah minyak. Jika rebung kurang masam boleh masukkan asam gelugor. Angkat dan boleh la dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...