Salam semua....mentang-mentang baru balik dari Sarawak menupun nak letak jugak nama Sarawak....hehehehe...nasib la kan... memang kalau pergi Kuching aku pasti beli blackpepper dan juga lada putih....memang tahan lama....setahunpun tak habis...so yang aku beli ni pun boleh sampai tahun depan....ni menu simple tapi amat menyelerakan yang aku masak hari Sabtu baru ni....sesuai la nak masak waktu badan masih penat lagikan...masak apa yang patut kata orang....lagipun hanya ayam jer yang ada dalam freezer...ajak my hubby pergi pasar..tak nak la plak...hubby kata masak jer apa yang ada dalam fridge tu haa....so ayam jer yang ada....
Bahan-bahan;
Bahan-bahan;
1/2 ekor ayam - potong kecil
1 inci halia - dimayang halus
3 biji bawang putih - mayang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
6 biji ciliapi - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 sudu lada hitam yang telah ditumbuki kasar
minyak untuk menggoreng
kunyit serbuk
garam secukup rasa
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu makan sos tiram
Cara menyediakannya;
Bersihkan ayam kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit serbuk. Toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga garing dan toskan. Keluarkan minyak lebihan ayan tadi, tinggalkan sedikit sahaja lebih kurang satu sudu makan. Tumiskan bawang besar, halis dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili api dan cili merah, kemudian sos tiram dan air asam jawa. Bila agak pekat masukkan ayam yang telah digoreng tadi kemudian taburkan lada hitam yang telah ditumbuk kasar. Tapi aku menggunakan lada hitam yang telah dikisar tanpa garam dari Sarawak. Makan bersama dengan nasi panas.
Selamat Mencuba!!
No comments:
Post a Comment