Salam semua...hari ni aku dan suami tak kerja...cuti emergency....balik ke Seremban kerana ada kecemasan yang terpaksa diuruskan...hmmmmm...sebelah petang agak free....tiba-tiba teringat nak buat macaroon...gara-gara malam semalam Encik Hubby menyebut macaroon kat Star Hill..terus niat nak mencuba untuk kali kedua....hari tu aku ada terjumpa macaroon instant di Do Re Mi Bakeri berhampiran rumah....katanya hanya tambah air sahaja...harganya RM33 sebungkus...semua dah lengkap...lebih kurang 300grm sahaja...aku rasa tak berbaloi dan tak yakin.....baik aku cuba sekali lagikan...terus semak semula resepi yang ada dalam laptop ni...ada 2 3 resepi macaroon ni tapi aku pilih resepi yang Puan Izarina bagi dari FB messenger...beliau dah buat dan memang jadi...aku dah copy dalam fail MS Word...senang nak buat for future reference...
Bahan-bahan;
2 biji putih telur Gred A -
65grm gula castor
80grm serbuk badam
140grm gula aising
pewarna - sebaiknya guna yang serbuk (tapi aku guna pewarna cecair sbb serbuk tak ada)
secubit cream of tar tar - aku tambah sendiri
Method;
Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula castor + cream of tar tar. Pukul dengan kelajuan tahap maksimum sehingga jadi bertanduk. Untuk memastikan putih telur kembang dengan betul, terbalikkan mangkok adunan dan jika tak jatuh kira dah OK. (memang aku buat tadi...dah confirm tak jatuh baru puas hati ...hehehehe ))
Campurkan serbuk badam dan gula aising yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan. Kacau perlahan kemudian masukkan pewarna. Setelah aduanan sebati masukkan dalam piping beg.
Sebelum itu buat bulatan sebesar duit syiling 50 sen di atas kertas pembakar. Paip kan adunan mengikut bulatan yang telah dibentuk. Jangan letakkan macaroon yang dipaip tadi terlalu dekat kerana ia akan mengembang sedikit. Pastikan ada ruang secukupnya untuk mengelakkan macaroon bercantum antara satu sama lain.
Setelah paip semua adunan, biarkan seketika (kalau boleh letak bawak kipas) lebih kurang 30 - 45 minit untuk proses pengeringan. Jika adunan mengelembung pecahkan gelembung tersebut perlahan-lahan dengan menggunkan pencungkil gigi. Sementara itu boleh la panaskan oven dengan suhu 140C' ke 150'C. Walaubagaimanapun bergantung kepada jenis oven anda. Lebih baik menggunakan oven yang ada fan.Bakar lebih kurang 15 minit, kemudian sejukkan.
Selepas sejuk berhati-hati ketika mengeluarkan macaroon dalam dulang pembakar untuk mengelakkan macaroon pecah.
Tips penting;
Sebaik-baiknya jemur dahulu serbuk badam hingga kering. Walaupun serbuk badam diperlukan hanya 80grm tapi masa aku buat tadi aku guna lebih 140grm serbuk badam. Selepas dijemur dan betul-betul kering barulah di ayak. Selepas diayak baru lah anda timbang ikut pada sukatan yang sebenar 80grm kerana walaupun dia serbuk tapi bila dah ayak banyak kalipun masih banyak badam yang kasar-kasar. So pastikan jika anda beli serbuk badam mesti lebih dari sukatan sebenar.Begitu juga dengan gula aising. Ayak lebih dari sepatutnya tapi masukkan aising yang telah diayak mengikut sukatan.
Pastikan mangkuk adunan betul-betul kering. Ketika pecah telur pastikan tidak ada sedikitpun telur kuning masuk di dalamnya walaupun setitik. Untuk lebih mudah asingkan putih telur dengan kuningnya, gunakan telur yang baru keluar dari peti sejuk di mana putih dan kuning lebih mudah berpisah. Kemudian letakkan putih telur tadi di luar hingga hilang sejuknya. Aku biarkan diluar lebih kurang 2 jam.
Note:
Macaroon aku ni belum letak filling ditengah-tengahnya kerana kami rasa dah cukup manis. Anda boleh letakkan filling mengikut suka.
Cuba tengok semula masa pertama kali aku buat macaroon ni dulu....hahahahaha.....http://zarinasrk.blogspot.com/2012/02/semangat-makin-membara.html
No comments:
Post a Comment