Salam semua...hari ni hujan sepanjang hari....matapun asyik kuyu jer nak tidur...tak boleh layan sangat....baik ke dapur masak untuk dinner...ini salah satu my hubby favourite...masaknya pun senang sangat...:))
Bahan-bahan;
4 biji kentang
1 genggam ikan bilis
3 biji cili merah *
7-8 biji cili api * dikisar tanpa air (gunakan mangkok pengisar yang kering)
1 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
1 keping kecil asam gelugor
2 cawan minyak
garam secukup rasa
Cara menyediakannya;
Kupas kentang dan bersihkan. Potong kentang memanjang or ikut suka. Rendam ikan bilis sebentar. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng kentang hingga empuk. Kemudian angkat dan toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing dan angkat. Keluarkan minyak lebihan dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu sahaja. Tumiskan bahan kisar tadi hingga cili betul-betul masak. Masukkan asam gelugor. Kemudian masukkan kentang serta ikan bilis yang telah digoreng tadi. Rasa garam secukupnya, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment