Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Sunday 27 May 2012

KSL RESORT HOTEL....The Largest 5 Star Hotel in JB for my Birthday Gift???????

Salam semua.....semasa ku menaip blog ni baru sehari umur ku mencecah ke angka 41....TAPI aku sendiri tak rasa macam 41....rasa masih lagi awal 30 an....hahahaha...perasannya.....anyway pada awalnya my hubby memang nak buat surprise for my birthday....sebelum ni dia kata bila tiba masa you just pack your things, masuk dalam kereta and lihat jer mana dia nak bawak....tapi disebabkan ini besday aku sudah tentu aku ingin pastikan yang tempat dituju mestilah selesa bagi kami berdua.....akhirnya...,my hubby dengan terpaksa memberitahu di mana tempat untuk ku celebrate my birthday....KSL Resort Hotel......new hotel ....the largest 5 star hotel in JB.....
Jangan la ingat plak my hubby beli hotel ni untuk aku yer.....Dato K pun belum lagi belikan hotel 5 bintang untuk Siti Nurhaliza....hahahahaha.....memandangkan tahun ni hari lahirku jatuh pada hari Sabtu jadi tak perlu la ambil cuti...kami ambil kesempatan untuk bermalam di hotel ni...untuk pengetahuan hotel ni masih teramat baru di buka...kalau tengok gambar di atas ni ada tiga block tapi sebenarnya baru satu block yang sudah siap manakala yang dua lagi masih dalam proses seperti  ni...gambar ni kami ambil dari dalam bilik hotel...

Satu block masih lagi dalam proses pembinaan manakala yang satu lagi ni masih dalam proses furnishing.....kolam mandi pun masih tak ready....banyak lagi yang perlu dilengkapkan.....tapi aku pasti apabila kesemuanya telah siap sudah pasti harga untuk menginap di sini akan melambung minimun 300% dari apa yang kami dapati hari ini.....di bawah hotel ini adalah shopping mall yang amat besar skali....boleh dikatakan macam Mid Valley cuma ianya bertingkat-tingkat atau konsep paling sesuai Berjaya Times Square......tapi aku rasa KSL ni lagi besar dari Times Square tu....boleh dikatakan macam Emirates Mall in Dubai...ada big shopping mall dan juga 5 star hotel attached together.....dalam shopping mall ni pun ada Tesco selain dari pelbagai kedai yang menjual semua barang-barang branded seperti Gucci, Prada dan lelain....tapi boleh dikatakan kesemua pengunjung di sini adalah kaum Cina dan aku pasti mostly all of them from Singapore.....



Walaupun baru satu block yang dibuka tapi masa kami sampai untuk cek in terlalu ramai yang turut serta untuk menginap di hotel ini....dan first time juga aku alami waktu umur baru masuk 41 tahun ni nak check in hotel kena ambik nombor... macam pegi bank..pergi klinik...pergi pejabat pos...hahahaha....

see...kami kena tunggu selepas 46 orang  cek in baru sampai giliran kami...tapi yang bagusnya hotel ini mempunyai pekerja yang amat friendly.....sewaktu menunggu kami ditawarkan untuk berehat di coffee house yang berdekatan tapi kami terpaksa menolak kerana baru sahaja lunch di JPO sebelum sampai di sini....

Muka letih....dan aku plak perlu fokus dengan screen dibelakang tu untuk pastikan nombor kami tak terlepas.....walaubagaimanapun masa menunggu tidak la terlalu lama seperti yang dijangkakan kerana banyak kaunter yang dibuka....dalam masa 10 minit giliran kami pula untuk check in sambil diringi oleh pekerja hotel...

                                      

selalu jer dapat 2 katil ni...one queen and 1 single,.....tapi aku suka....

semua baru.....


Bilik air yang selesa.....bilik mandi diletakan berasingan.....

Kami ambik pakej buffet dinner sekali...harga buffet jika ditempah bersama bilik RM40++ per person...dan kami tak sangka dengan harga demikian hidangan yang disediakan seperti harga RM80++ per person....pelbagai menu main dish ada di sini...dari local till western..ada nasi arab...rendang ayam....kambing, ikan, udang bakar...pizza..pasta....pelbagai kek....memang marvellous......mungkin rezeki orang yang menyambut besday malam ni kot......;p







tahun ni tak ada kek....so my hubby kata potong kek yang ni jer la sebagai syarat....hahahahaha....



Lepas dinner ingat nak pergi windows shopping kat dalam hotel ni tapi perut dah penuh...nak jalan pun dah tak larat....terus balik hotel.....tengok tv sekejap dan apalagi.....zzzzZZZZ.....

Kami juga bersarapan di hotel kerana memang dah termasuk dengan pakej bilik ni...malangnya kami terpaksa menunggu lift yang terlalu lama...3 kali lift sampai tapi semuanya penuh...jadi aku terpaksa ambil lift naik atas dan turun semula...kalau tak buat macam tu tak bersarapan la kami.....ini kerana semua yang menginap di hotel ni akan breakfast di cafe yang sama.....bila dah sampai di Infusion Cafe plak terpaksa beratur....agak panjang jugak.....pekerja hotel akan cek semula berapa orang yang sebenar layak untuk breakfast.....bila dah masuk nak cari meja plak..kesemua meja yang berhampiran meja buffet telah penuh...so tak terpaksa la kami duduk di tempat yang paling jauh sekali....breakfast yang disediakan memang amat banyak....tapi memandangkan terpaksa que agak lama so kami hanya mampu ambil ni sahaja....

Sikit jer kan kami makan???? hahahahaha.....ada banyak lagi yang kami tak ambil sebab malas nak beratur.........alhamdullillah....kenyang perut..boleh bertahan sampai petang ni kot....yer ker???


Aku boleh katakan hotel ini amat menyeronokkan...one stop centre....semua ada.....macam-macam ada....tapi aku pasti bila kesemua kemudahan ni telah sedia aku rasa aku dah tak mampu nak tinggal di sini lagi.....kerana waktu itu aku pasti semua harga akan mengikut harga standard 5 star hotel...boleh dikatakan 90% penginap di hotel ini adalah kaum Cina dan aku amat yakin mungkin lebih separuh darinya from Singapore.

Pukul 12 nak check out....kena keluar awal dari JB ni...nak kena singgah Tangkak plak...nak balik rumah my father di Gemencheh..nak balik Seremban...pastu nak balik KL semula.....see....banyaknya tempat nak kena singgah dulukan.....anyway terima kasih yang tak terhingga kepada my hubby yang sepatutnya membuat surprise tapi dah tak ada surprisenya.....terima kasih kerana sentiasa melayan kerenahku yang pelbagai ni.....hehehehehhe.......bye...bye......

Wednesday 23 May 2012

MAKARONI TUNA BAKAR....simple but very nice...

Salam semua...hari ini  rasa malas nak masak dah masuk tahap maksimum...tapi nak beli makanan kat luar.....memang tak lalu nak makan....hari tu pernah cuba beli nasi campur bersebelahan guard house di bawah apartment ni..masa tu memang dah tahap lapar giler..... hmmmm..akhirnya bakul sampah yang makan....tak ada rasa....sayang...membazir tapi nak buat macam mana...dah tak lalu...harga makanan memang murah..macam mana tak murah..tak payah bayar sewa...just letak meja dan susun lauk pauk atasnya....upah seorang pekerja Indon yang jaga.....ditambah pula dengan extra perisa dari asap kereta, bas rapid....hahahaha.......tapi aku nampak setiap hari sentiasa ramai yang datang membeli especially lepas balik kerja....padahal peniaga ni dah mula buka meja dan susun lauk pauk dari pukul 11 pagi lagi..bayangkan pukul 11 pagi lauk pauk semua dah boleh dijual...pukul berapa yer dia orang ni mula memasak?? Lauk pauknya ada bermacam-macam jenis plak tu...Pukul 5 ke 6 petang paling ramai yang beli especially yang baru lepas keluar dari LRT........hmmmm...maybe some  orang KL ni  tak kisah kot....rasa letak nombor dua...yang penting perut kenyang dan murah.....

Ishhh...apa yang ku malalut ni.....ok la.....ni yang aku masak untuk lunch tadi sebelum keluar pergi appointment....paling simple tapi memang menyelerakan.....budak kecik pun boleh buat.....kalau malas gak nak buat tak tau la apa nak cakap lagi....tak cayer jom tengok resepinya.....hehehehe...



Bahan-bahan;

1 cawan makaroni
185 gram chili tuna (guna ayam brand yang warna hijau tu)
Mozarella cincang (shreded mozarella) secukupnya
Parsley flake

Cara memasak;

Panaskan oven dengan suhu 180'C. Rebus makaroni hingga kembang. jangan lupa letakkan sedikit minyak dan garam ketika merebus. Apabila makaroni dah kembang secukupnya angkat dan toskan. Curahkan di bawah air paip untuk sejukkan dan toskan semula. Kemudian gaul sebati dengan cili tuna dan sedikit parsley flake.  Masukkan makaroni yang telah digaul dengan cili tuna tadi ke dalam mangkuk kaca tahan panas. Taburkan mozarella di atasnya hingga tak nampak langsung makaroni tadi. taburkan parsley flake di atas mozarella. Bakar lebih kurang 30 minit atau mozarella dah berwarna sedikit golden brown .

sebelum dibakar....
baru masak......


ni jer yang tinggal selepas aku settlekan dalam perutku....hehehehe.....kalau ikutkan nafsu boleh habiskan semua ni.....godaan betul la......

tapi jangan le ingat aku makan buruk sangat yer sebab hidangan ini memang saiz yang kecil....nampak dalam gambar jer besar....tuna ni pun sekali bukak dah abis kalau makan dengan roti.....mudahkan resepi ni....memang terlalu mudah....dan amat sesuai bagi orang yang dah terlalu malas nak masak .....jika nak rajin sikit boleh la masukkan tomato yang telah dipotong dadu kecil-kecil or boleh ikut resepi makaroni bakar sebelum ni di mana boleh tukarkan ayam or daging dengan tuna sahaja....wassalam....




Tuesday 22 May 2012

ANA IKAN BAKAR PETAI.....power babe.......

Salam semua...baru ada kesempatan untuk update blog ni....amat sibuk lately ni...jadi dapur kat rumah pun agak kurang berfungsi.....nak express kena makan kat luar jer la.....Restoran Ana Ikan Bakar Petai ni kami singgah di sana Jumaat lepas....selepas membeli barang-barang buat kuih di Yummie Bangi ternampak restoran ni....ianya terletak di bulatan tol Bangi bersebelahan Balai Bomba Bangi...setiap kali kami ke Yummie akan lalu di depan restoran ni dan sentiasa penuh dengan orang ramai...now is our turn to try it...let see....

Ramai pelanggan....boleh  kata kesemuanya Melayu...
Harga & Menu masakan......
Pilih jer ikan mana yang suka...semua segar bugar.....ada ikan tombak la...ikan biru la.....macam-macam ikan ada kat sini...
Udang...ketam...lala..kerang...semua ada....

Tempat bakar ikan....



Jus Durian Belanda & Tea Ais Limau







Ikan Kerapu bakar....tak sangka semua bakar mesti ada petai...

Udang dan Ketam Bakar...pun ada petai......

Ikan Pari Bakar.......ada jugak petai....hehehehhe....

Bismillah.....jemput makan semua...

Pukul 8 malam ke atas pengunjung makin ramai.....


Keseluruhannya walaupun customer ramai service amat cepat....pekerja siap guna walkie talkie sekali untuk memudahkan urusan kemas, masak, cek order.....boleh dikatakan tip top juga sebab tak perlu menunggu lama untuk makanan sampai...dan hargapun amat berpatutan...jumlah kesemua yang kami pesan tadi baru RM75....not bad dengan adanya ketam...udang...2 jenis ikan....nasi plak bagi terus satu mangkok macam makan kat rumah.....yang bagusnya restoran ni juga turut menyediakan surau untuk solat....so tak perlu risau kalau anda datang waktu maghrib kerana tempat solat telah disediakan.....digalakkan datang awal kerana jika lewat mungkin ikan or seafood yang anda ingini mungkin telah kehabisan......:))



Monday 14 May 2012

GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN

Salam semua....hari ini off topic sikit dari jalan-jalan dan makan-makan....sesekali tak per kan ....just kosongkan otak dari fikir pasal makanan dan mana nak menghabiskan duit untuk jalan-jalan lagi.....cuti sekolah bulan Jun ni dah tak lama...bila tiba jer cuti sekolah masa tu lah ramai yang naik jinjang pelamin....termasuklah sepupu suamiku ini....yang akan melangsungkan pernikahannya pada 2hb Jun ni...aku dan suami  telah ditugaskan untuk bahagian hantaran..pening jugak kepala sebenarnya....memang tak pernah buatpun.....aku kahwin dulupun aku sub kat orang lain yang buatkan hantaran ni...hehehehe..memang blur...tak tahu apa yang nak digubah...tapi as usual pakcik google banyak membantu.....so aku ambil yang mudah-mudah sahaja...mana yang aku mampu buat.....let see....

Mas kahwin dan Cincin Nikah....gubahan ini belum siap sepenuhnya kerana wang mas kahwin belum dimasukkan dalam album...begitu juga cincin....sebab tu masih ada lagi tanda harga dan tulisan 10 sheet kat album tu....tak nak buka plastik balut album ni dulu...bila dah masukkan duit mas kahwin ni baru kena gubah semula.....

Al-quran....akan dibawa bersama dengan mas kahwin pada hari pernikahan.....simple jer kan.....untuk budak baru belajar punya gubahan....:p


Kain telekung....idea ni datang lepas pukul 12 malam.....terkial-kial nak buat kelopak bunga ni....mula-mula buat kainnya terbalik la plak...terpaksa bukak balik....and ni la hasilnya....

Tuala mandi....ni yang paling senang untuk aku.....hanya bulat-bulatkan sahaja....dia orang panggil hantaran buah cempedak.....tapi ada ke rupa cempedak ni??? layan jer la kan......


Sejadah.....nampak nak buat kipas ni mudah tapi sebenarnya amatlah payah....ntah berapa kali jari ku tercucuk jarum....dan ntah berapa kali kain ini kena buka lipat dengan aku....

Kasut...kira ok la tu kan.....bakul yang diberi kecik...dah tak tahu nak adjust macam mana dah......

Beg tangan.....rasanya kena adjust balik ni....nampak macam tak kena jer.....

Barangan kosmetik.....simple jer kan....

Ini la hasil kerja orang yang tak professional...baru nak cungkil bakat.....masih banyak lagi yang kena belajar.....banyak lagi yang kena betulkan sana sini.....sengaja aku siapkan awal-awal walaupun ada 2 minggu lagi majlis akan berlangsung...sebenarnya takut panic....bila dah last minute satu idea pun tak ada nanti....lagi parah....bila buat awal ni ada masa kalau nak diperbetulkan....rasanya bila dah letak atas dulang hantaran nanti baru nampak ok kot.....tak boleh nak cuba sebab dulang hantaran tak sampai lagi.....at least aku dah dapat membantu serba sedikit orang yang nak nikah ni kan.... tu yang penting!!!



Wednesday 9 May 2012

SRI AYUTTHAYA AUTHENTICALLY THAI.....

Salam semua...aku pergi ke restoran Sri Ayutthaya ni malam semalam....tak sempat nak update blog....dah kekenyangan.. apa lagi..mengantuk yang tak tertahan....nak plak badan tak beberapa sihat...selsema tak hilang-hilang lagi walaupun dah ambik ubat sejak Ahad hari tu....degil betul nak hilang.....dah lah ubat selsema ni mengantuk....nak tido jer....disebabkan tu dapur pun terpaksa berehat sebab tuannya tak sihat....teringin sangat nak makan tomyam....as usual aku punya prinsip kalau nak betul-betul makan tomyam mesti cari yang original.....nak makan western kena pergi western place betul-betul..nak makan makanan arab pergi la original restoran arab......so Encik Hubby yang  suggest Sri Ayutthaya ni....aku as usual....just follow......:))

Restoran ini terletak di Wangsa Maju bersebelahan dengan Carefour. Ada beberapa cawangan lain di sekitar KL. Kalau dari jauh memang tak perasan ini adalah restoran kerana bangunan restoran ni seakan-akan rumah banglow. Mari kita tinjau hiasan dalaman restoran ni sebentar....

Restaurant main entrance....

Nampak macam kosong tapi sebenarnya bila kami sampai ramai customer baru habis dan pulang..kebanyakkannya customer Melayu...

Menu....

Hiasan tangga yang menarik...restoran ni ada 2 tingkat...

kaunter minuman..

almari hiasan.....simple but good to see....

Ok....mari lihat apa yang kami order...jeng..jeng...jeng.......
Lime juice for me....RM7.90...my homemade lime juice is better....

Orange juice for my hubby....RM8.90..so far my hubby tak complaint apa2...kira ok la tu...

Tomyam Seafood seperti apa yang diidamkan..anyway tak boleh lawan dengan D'Chiengmai punya...RM13.90


Kerabu mangga...not bad....aku sorang sajer terpaksa habiskan....RM17.90

Crispy Chicken Fillet Thai Style...pilihan my hubby....not bad....breadcrumnya sedap & very crispy...RM21.90

Pandan Chicken....pandannya dah ditanggalkan....still tak boleh lawan D'Chiengmai....RM23.90

Festive Vegetable...yang ini tidak ada dalam menu tapi recommend by waiter yg ambik order...special menu katanya dan yang paling special kerna customer selalu order....dalamnya hanya brocoli, shitake mushroom and chicken ham...so aku telah  tergoda dengan kata-kata waiter tu....bila makan...hmmm..nothing special....dan yang paling surprise bila tengok harganya di bil RM38.90....gilosssssssssss....aku boleh beli beras bashmathi hydrabab gred A 2 kilo dah ni....

Pineapple Fried Rice....boleh makan untuk 2 orang...not bad....RM19.90

See....meja kami yang penuh dengan makanan....hahahaha....


menu terakhir...dessert...Pumpkin Custard.....RM9.90....one day aku nak cuba buat sendiri....

Akhirnya......

Ini sahaja yang mampu kami habiskan......

Aku boleh katakan di Sri Ayutthaya ni kami bayar lebih bukan la untuk makanannya tapi untuk hiasan dalaman restoran ni sahaja..kalau kata nak bayar service, 10% service charge telah diletakkan dalam bil and tambah lagi 6% goverment tax......kalau ikutkan pada tomyamnya aku rasa lagi sedap makan tomyam di Madam Lim or stall kat dalam Central Market tu..and sudah tentu D'Chiengmai tomyam yang paling sedap.....tapi seperti orang kata kalau tak cuba tak tau dan selera masing-masing tak sama....ini hanyalah pandangan dan pendapat dari kami.....mungkin anda mempunyai citarasa yang berbeza.....byeee......!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...