Bahan-bahan;
1 ekor ikan siakap
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - mayang halus
1 biji tomato saiz sederhana )
1/2 biji bawang besar ) potong dadu
1/4 biji capsicum merah dan kuning )
1 batang lobak merah saiz sederhana )
1 batang serai *
1 kuntum bunga kantan * dihiris nipis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu oyster sos - yg ini tak letak kerana ada yg tak boleh makan
1 biji lemon
5 biji cilipadi - dititik jika suka pedas
garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu minyak zaiton
1 pokok daun ketumbar
sedikit tepung jagung
Cara-cara;
Panaskan air periuk kukus. Bersihkan ikan. Kelar-kelar badan ikan depan belakang kemudian lumurkan dengan sedikit garam dan tepun jagung. Campurkan kesemua bahan yang telah dicincang dan dihiris ke dalam mangkuk. Masukkan garam, sedikit serbuk lada hitam,lada sulah, oyster sos dan gula. Gaul mesra. Masukkan ikan dalam bekas tahan panas. Penuhkan bahan-bahan tadi dalam perut ikan dan tabur selebihnya di dalam mangkuk yang berisi ikan. Perah lemon ke atas ikan tadi serta minyak zaiton. Hiris sedikit daun ketumbar kemudian kukus lebih kurang 20 minit atau sehingga ikan telah lembut. Hiaskan dengan taburan daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment