Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday, 7 May 2012

COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE...buatku tak tentu arah....

Salam Ahad semua....hari ni keseorangan di rumah..Encik Hubby kena bertugas la plak...so bila keseorangan mesti kena fikir sesuatu untuk memenuhkan masa....semak semula resepi kat dalam laptop ni dan terus teringat sebelum ini pernah buat Cotton Soft Japanese Cheese Cake ni tapi tak menjadi....rasa tak puas hati tetap nak mencuba buat kali kedua...and Alhamdulillah.....marvellous!!!! kalau tak control rasanya sebiji ni aku boleh abis sorang kot....hahahahaha.....


Bahan-bahan;

Bahan A
250grm cream cheese
100 ml susu segar
50grm butter
6 biji kuning telur
60 gram tepung kek /superfine
20grm tepung jagung
1 sudu besar jus lemon
1/3 sudu kecil garam

Bahan B

6 biji putih telur
140 grm gula kastor
1 sudu kecil jus lemon

Cara membuatnya;

Bahan A.
Masukkan cream cheese, butter, 1 sudu besar lemon & susu segar dalam mangkok tahan panas. Kemudia cairkan kesemuanya dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah cheese licin dan tidak berketul-ketul ketepikan dan sejukan. Kemudian masukan kuning telur,  tepung jagung, tepung superfine dan garam. Kacau  sebati dengan senduk kayu sudah memadai.

Panaskan oven 160'C.

Bahan B

Pukul putih telur dengan jus lemon hingga berbuih. Kemudian perlahan-lahan masukkan gula kastor dan pukul dengan kelajuan maksimum sehingga putih telur soft peak or bertanduk. Kalau berani terbalikkan bekas adunan tu..kalau tak jatuh confirm dah ok la tu....hehehehe...

Campurkan bahan A dan bahan B. Kacau sebati. Lagi mudah masukkan dalam spring foam pan. Sapukan butter di bawah dan sekeliling spring foam kemudian masukkan adunan. Bakar dengan menggunakan kaedah water bath. Tuang air panas dalam dulang pembakar sebaik-baiknya setengah dari bekas spring foam. Untuk mengelakkan air masuk dalam adunan bungkus spring foam dengan aluminium foil. Bakar lebih kurang 90 minit. Selepas 30 minit dalam oven kecilkan suhu oven kepada 150'C  dan bakar hingga di atas kek berwarna golden brown.


Cheese cake yang telah dipotong...


Ini kek yang tak jadi masa mula-mula buat dulu....kesian tengok rupanya......

Masa ni buat tak jadi kerana waktu water bath aku guna air sejuk...dan tak sabar sebab dah bakar 2 jam masih tak masak-masak...hehehehe...so pastikan bila water bath gunakan air panas..kalau tak jadi la macam kek di atas ni...3 jam baru masak kot.....kadang-kadang kesilapan kecil ni boleh menghancurkan semuanya.....

Selamat mencuba dan aku pasti mesti anda akan cuba kali kedua dan mungkin ketiga dan mungkin kemepat.....hahahaha......apa yang pasti aku tak perlu makan cheese kek secret recepie dah lepas ni......!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...