Bahan-bahan;
5 ekor sotong putih
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1/2 biji bawang besar
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
serbuk kunyit
2 sudu minyak zaiton
Cara memasak;
Bersihkan sotong. Belah dua dan kelar-kelarkan badan sotong tu supaya bila goreng nampak macam keropok rota...yer ker??? hehehe..,..gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Potong bawang besar bulat-bulat. Mayang halia dan bawang putih. Hiriskan cili merah memanjang atau ikut suka. Panaskan minyak dalam frying pan. Goreng sotong sehingga sedikit garing kemudian masukkan bawang besar, halia,asam gelugor, bawang putih dan cili merah. Apabila kesemua telah layu, rasa garam dan angkat.
No comments:
Post a Comment