Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Sunday 23 June 2013

ACAR MENTAH

Acar mentah ni aku buat masa makan dengan nasi kurma dan ayam kurkar....mudah sangat....potong-potong semuanya, gaul dah boleh makan.....boleh panggil salad melayu tak?? hehehhee.....walaupun simple tapi kalau makan nasi tomato tak ada acar mentah ni memang hilang ummpppp nyer......ada pelbagai stail buat acar mentah ni...ikut selera masing-masing la kan.....

Bahan-bahan;

1 biji kecil nenas josephine
2 biji timun jepun (aku suka sebab rangup)
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - buang biji hiris nipis
1 sudu makan cuka epal
garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya;

Kupas nenas, buang mata ke hidung..aku tak pasti, cuci dan potong kecil. Buang kulit timun nipis-nipis, cuci, buang isinya (takut salad banyak air) dan potong kecil. Aku suka potong kasar sikit, so bila kunyah krap krup bunyinya. Campurkan kesemua bahan tadi, nenas, timun, cili merah, bawang besar, cuka epal, garam dan gula secukup rasa. Gaul mesra dan boleh la dihidangkan.
 

NASI KURMA

Assalamualaikum, ketika ini di Seremban keadaan  jerebu agak teruk...keluar rumah sekejap jer dah bau asap...bila la agaknya nak berakhir masalah jerebu ni...mata dah mula gatal-gatal...mungkin semasa memasak tadi buka tingkap dan pintu....kena buka la kan....kalau tak lagi terpengap....hari ni menghabiskan stok dalam peti ais...yang ada hanya ayam dan kambing....pastu semalam ada beli nenas...ada beli timun jepun...ingatkan nak masukkan dalam salad malam tadi.....tapi terlupa....so memang sesuai sangat nak buat acar mentah..resepi Acar Mentah....ayam plak aku masak kurkar...resepi ada DISINI....semalam masak kari kambing tapi tak usik langsung....so hari ni just panaskan semula....untuk sesuaikan dengan lauk pauk yang sedia ada aku masak nasi kurma...

 Bahan-bahan;

6 cawan beras basmati
1 inci halia - dimayang halus
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang kulit kayu manis             )
3 kuntum bunga lawang                )  bahan penumis
8 biji bunga cengkih                     )
4 biji buah pelaga                        )
3 sudu makan serbuk kurma
8 cawan air
2 kuib pati ayam
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaiton

Hiasan;
Kismis, bawang goreng, daun saderi (aku tak letak coz x ada)

Cara memasaknya;

Cuci bersih beras basmati kemudian rendam lebih kurang 30 minit, toskan. Masak air bersama dengan kiub pati ayam. Jika tak nak gunakan pati ayam boleh gantikan dengan air rebusan ayam. Panaskan mentega dan olive oil. Masukkan bahan penumis, kacau hingga naik bau. Masukkan daun pandan yang disimpul, bawang besar, halia dan putih, kacau hingga naik bau dan bertukar warna. Bancuhkan serbuk kurma dengan sedikit air, jadikan pes. Masukkan rempah kurma, kacau hingga naik minyak kemudian curahkan beras, kacau hingga semua beras rata dengan serbuk rempah. Angkat dan masukkan dalam rice cooker. Curahkan air panaas yang dimasak dengan kiub pati ayam tadi. Apabila nasi dah kering taburkan kismis di atasnya. Kacau nasi dengan gunakan chopstik lepas 20 minit nasi masak so beras tak akan patah. Ketika hidang hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup..ikut suka.

 haaaa.....meriahkan.....

ini pinggan aku.....kalau ada kambing memang tak usik ayam laaa....tapi nasi kurma ni memang sangat sesuai makan bersama dengan ayam kurkar.....memang cunnnnn......!!!

Wednesday 19 June 2013

CHICKEN CORDON BLEU...



Tiba-tiba aku rasa begitu bersemangat nak buat  Chicken Cordon Bleu gara-gara terpengaruh tengok Cik Ta dan Celina dalam Masterchef Celebrity baru-baru ni. Nampak macam mudah jer…..terus cari  resepi di internet….sebab banyak sangat resepi aku pun tak ingat yang mana satu aku ikut….terus save dalam kepala dan seperti biasa ada yang aku ubah ikut selera aku….masa aku buat main agak-agak jer sukatan bahannya….aku pun tak ambik gambar step by step masa nak buat tadi sebab 1st timekannn....ingatkan tak jadi tapi tak sangka plak encik hubby kata lagi sedap dari Secret Receipe….kurang la 2 orang customer Secret Receipe lepas ni...hahahaha…..memang kembang kuncup aku dibuatnyer....



Bahan-bahan; (Untuk 2 orang makan)

Bahan A
2 keping daging ayam tanpa tulang (lagi baik bahagian dada)
1 sudu teh  lada hitam tumbuk kasar
1 sudu makan minyak zaiton ( kalau tak da boleh guna mentega cair)
Garam secukup rasa
2 keping chicken ham
4 keping cheese

Bahan B

½ cawan tepung                 )
1 sudu teh Italian herbs    )gaul mesra kesemuanya
1 sudu teh oregano flake )
½ sudu teh lada sulah      )

Bahan C
1 biji telur
Serbuk Roti (Breadcum) secukupnya

 Cara menyediakannya;

Cuci bersih ayam dan toskan.  Alas cling plastic atas papan memotong or apa sajer terpulang nak letak mana ayam tu asalkan beralas, ratakan kemudian tutup lagi dengan cling plastic. Gunakan pengetuk untuk penyetkan ayam. So isi ayam tadi akan menjadi lebar dan nipis. Masa ni hati-hati yer takut kalau terlebih smash isi ayam tu bocor sana sini plak. Gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ratakan semula isi ayam. Letak di atasnya chicken ham kemudian susun cheese atas chicken ham plak.  Gulung ketat ayam dan pastikan chicken ham dan cheese tak terkeluar. Untuk lagi mudah  gunakan “tooth pick” supaya gulungan ayam tadi tak terbuka.

Golekkan gulungan ayam tadi di atas Bahan B. Pastikan kesemua bahagian disaluti Bahan B.

Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan. Kacau macam nak buat telur dadar. Celup gulungan ayam yang telah disalut tepung dalam telur. Akhir sekali golekkan di atas serbuk roti. Bakar lebih kurang 40 minit dengan suhu 200’c dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.



Kalau baca step nak buatnya nampak macam susah tapi sebenarnya tak la sesusah mana. Masa penyediaan pun tak sampai 15 minit. Mudah sebenarnya. Sambil di bakar dalam oven boleh la sediakan salad or goreng kentang.  Mudah, cepat dan yang penting sedap!! Boleh dimakan bersama cili sos ker...cheese sos ker...mayonis ker......ikut suka.....:)

Selamat Mencuba!!

Saturday 8 June 2013

LA GOURMET...teman setia di dapur....:))

Salah satu kegemaranku mengumpul peralatan kelengkapan dapur...bila banyak kelengkapan rasa lagi seronok bila berada di dapur...lepas kerja semalam singgah di SOGO..my favourite shopping mall....department utama yang mesti pergi kat tingkat 5...home centre...sebelum ni ditutup beberapa bulan untuk renovation...awal Jun baru buka semula....memang cantik sungguh tempat baru tu....lupa plak aku nak ambik gambar....tapi memang menarik sangat....semua tempat aku lawat bermula dengan Corelle...Vantage..Baroque....sehinggalah jumpa kat area La Gourmet ni.....memang aku crazy dengan product ni...ada few promotions.....terus rembat satu....
set junior sebenarnya untuk memasak dalam jumlah yang sederhana..sangat sesuai untuk rumah kami di KL...yang tak ramai tetamu berkunjung....macam mana tetamu nak berkunjung kan....duduk Isnin hingga Khamis jer...adapun di rumah hanya malam hari..Jumaat petang dah cabut balik Seremban..huhuhu...mari lihat apa yang ada dalam kotak....

 Periuk ni agak besar sebenarnya....senang untuk memasak sup....ada dijual secara "loose" or satu satu....harganya sebiji RM180++...
 Yang ni plak periuk dengan pemegangnya sekali...kalau di beli satu sahaja harganya lebih kurang RM140++...
 Frying pan.....harga asal sebiji RM150++

 tapi sebabkan promotion kesemuanya hanya RM299.00..berbaloi-baloikan....jimat hampir RM200 tu.....

Setiap barangan steel La Gourmet ada jaminan 10 tahun....lama giler tu kannnnnn.....:)) yang bagusnya hampir semua periuk/kuali or cookware keluaran la gourmet ni boleh digunakan atas induction cooker...so memang sesuai la bagi aku yang hanya ada satu tog gas jer kat apartment....kalau tengah masak gas habis kena tunggu orang hantar gas....kalau suami tak ada tak masak la aku sebab aku takkan benarkan orang hantar gas masuk rumah...so induction cooker amat penting....tapi tak semua periuk boleh guna induction cooker kan...

Sebelum ini jugak aku dah beli beberapa barangan la gourmet yang lain...
 Gambar blurr sikit...gambar lama masa buat open house year 2011...bermula dengan periuk ini la membuatkan aku jatuh cinta dengan barangan la gourmet ni...

 Induction Claypot....ni gambar dari website la gourmet sebenarnya....beli tahun 2011...dah lama juga....pakai sekali sekala...now dah simpan dalam kotak...masakan yang dimasak dalam claypot ni lambat sejuk....memang sesuai sangat kalau nak masak sup...

Paling berbudi....dulu kami berulang alik pergi kerja dari Seremban-KL-Seremban....awal pagi tak sempat nak minum di rumah...so flask ni la yang paling banyak jasanya...minum nescaffe or milo panas dalam kereta...even sampai petangpun air masih lagi panas...:))

Friday 7 June 2013

GORENG PERUT BELACAN

Menu ni aku masak untuk dinner semalam...tiba-tiba teringin sangat nak makan goreng perut belacan ....padahal masa lunch tengahari tu makan nasi berlaukkan gulai perut campur rebung....mungkin jarang dengar goreng perutkan...biasanya perut di masak gulai campur rebung or kerabu...kami sekeluarga pun belajar makan goreng perut ni dari abang ipar aku yang berasal dari Melaka...masa mula-mula tengok macam pelik tapi sekali cuba.....wallaaaaaweiiiiiiiii..............memang sedap sangat especially dengan perut lembu segar....kalau pagi raya menu ni mesti ada....makan bersama nasi impit....kalau tak ada rasa macam tak lengkap.....disebabkan  rasa teringin sangat aku beli sebungkus kecil di SOGO supermarket...yang sejuk beku punya....tak kisah laaa kan...frozen..frozen laaa...janji lepas geram....hahahaha...

Bahan-bahan;
200grm perut lembu
6 batang kacang panjang - dihiris nipis memanjang
4 biji cili besar hijau   )
10 biji ciliapi             ) semua dihiris
5 biji bawang merah  )
3 ulas bawang putih   )
belacan secukupnya (aku guna belacan saiz 50 sen...guna setengah darinya)
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya;

Bersihkan perut dan rebus sampai empuk. Kalau perut frozen tak perlu rebus lama sebab ia cepat empuk. Tapi aku akan merebusnya dua kali...yang pertama bila dah empuk aku keluarkan untuk buang air yang nampak putih tu. Kemudian rebus sekali lagi hingga mendidih baru la diangkat dan toskan. Ikut suka la yer...kalau nak rebus sekali pun tak apa....

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dihiris tadi hingga naik bau. Masukkan perut dan kacang panjang kemudian masukkan belacan yang dihancurkan dengan 1/2 cawan air. Rasa garam secukupnya. Masak hingga kacang empuk dan tutup api. Hidangkan bersama dengan nasi panas.

Note: Selain dari kacang panjang boleh dicampurkan dengan tempe...fucuk tauhu..suhun....terung....ikut suka...:))




Tuesday 4 June 2013

AYAM MADU PANGGANG

Sebenarnya baru malam semalam buat ayam madu panggang tapi malas plak rasanya nak buat entry..petang tadi encik hubby mintak lagi buat ayam madu panggang......hmmmm....suka sangat la tu kan.....tak sampai sehari dah mintak  lagi....hahahaha..... layan jer la.....aku malas nak masuk dalam blog semalam sebab masa buat tu memang main campak-campak jer....ayat eksi ke ni???hahahaha...tapi memang itu la yang sebenarnya....ayam ni nampak kecil sebab masa beli kat pasar memang sentiasa suruh peniaga tu potong kecik-kecik....kalau aku tau nak buat ayam madu awal-awal, aku lagi prefer kalau ayam tu dipotong besar-besar sikit.....tapi yang bagusnya kalau dalam potongan kecil lagi sedap sebab bahan-bahan perapan lagi cepat meresap dalam isi ayam...
 


Bahan-bahan;

1/2 ekor ayam (agak2 jer ni)
4 ulas bawang putih          )
6 ulas bawang merah        ) dikisar halus tanpa air
1 inci halia                        )       
2 batang serai                   )  
2 sudu besar madu (aku guna madu cuka epal)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil serbuk lada hitam   
1 sudu kecil cili serbuk paprika
1 sudu besar minyak zaiton

Cara menyediakannya;

Cuci bersih ayam dan toskan. Gaulkan ayam dengan kesemua bahan termasuk yang telah dikisar dan perap paling cepatpun sejam. Lagi lama perap lagi sedap. Masukkan dalam "magic pan" dan panggang lebih kurang 25 - 30 minit dengan api yang paling minimum. Kalau tak ada "magic pan" bakar jer atas grill pan yang biasa, kalau boleh tutup dengan tudung periuk ker supaya ayam masak sekata. Bakar dengan api yang paling minimum selama 1 jam. Jangan lupa balik-balikkan ayam setiap 20 minit so baru la ayam nampak cantik bila dipanggang.
 
ini la "magic pan" yang aku katakan tu....or biasanya orang panggil kuali ajaib....hehehehe....memang ajaib.....aku dah beli benda ni dah bertahun lamanya...masa awal-awal Vantage keluarkan dan tengah buat promosi...RM99 jer ....tapi tak pakai...beli kononnya nak buat koleksi barangan Vantage....tapi sejak akhir-akhir ini magic pan amat popular...rupanya memang amat mudah sangat untuk memasaknya dan jimat masa....pelbagai menu yang boleh dimasak termasuk la nak bakar kek....untuk keterangan lanjut boleh baca di blog kak Hanieliza www.hanieliza.blogspot.com. Kalau tak salah aku jugak kak Hanieliza tu pun ada buat buku cara memasak menggunakan magic pan ni....kalau betul dah keluar pasti akan ku cari buku tu....:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...