Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Thursday 27 September 2012

GULAI PUCUK PEGAGA + UDANG

Salam semua....pucuk pegaga kalau dimakan mentah memang sedap tapi bila dah banyak sangat tak lalu plak nak habiskan...nak buat jus pegaga tak sanggup plak nak minumnya walaupun memang tahu betapa banyak khasiatnya...akhirnya kugulaikan sahaja dengan baki udang yang sedikit ni...kalau dapat udang yang besar lagi sedap...

 
 
Bahan-bahan;
 
1 ikat besar pegaga
15 ekor udang saiz sederhana
20 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 biji kelapa - ambil santannya
3 biji bawang merah - dihiris
1 keping asam gelugor
1 batang bunga kantan - dihiris
1 helai daun kunyit - dihiris rampai
garam secukup rasa
 
Cara memasaknya;
 
Bersihkan pegaga, potong ikut suka dan toskan. Kisar ciliapi dengan kunyit hidup hingga halus. Masukkan bahan kisar, santan dan bawang merah yang telah dihiris, masak hingga mendidih. kacau selalu agar santan tak naik minyak. Masukkan udang, masak sebentar kemudian baru lah masukkan daun pegaga, bunga kantan, daun kunyit dan asam gelugor. Rasa garam secukupnya dan boleh la dihidangkan.
 


Wednesday 26 September 2012

GULAI SEMBILANG SALAI CAMPUR BACANG MUDA..

Salam semua....lauk ni ku masak hari Ahad baru ni...tak sempat nak update blog...busy sepanjang masa....dah lama tak makan bacang muda ni...jumpa di Pasar Tani Paroi....kalau nak makan mentah memang tak lalu tapi bila di masak gulai....wallaaaaa.....marvellous....sebenarnya dah beli pucuk ubi dengan petai tapi bila jumpa bacang muda ni nak masak juga...takut kalau disimpan terus bacang masak plak....so hari ni campur kesemuanya...pucuk ubi di simpul dan petai...


Bahan-bahan;

5 ekor ikan sembilang salai
25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji kelapa - ambil santannya
2 biji bacang muda - kupas kulit dan belah 6
1 ikat pucuk ubi - ambik pucuk muda sahaja kemudian disimpul
4 papan petai - ambil isi sahaja dan belah 2

Cara memasak;

Kisar cili api dengan kunyit hidup hingga halus. Cuci ikan sembilang sebentar (untuk buangkan abuk hitam dibadan ikan). Masakkan bahan kisar dengan ikan sebentar. (jangan kacau selalu) Masukkan santan, bila dah mendidih masukkan bacang muda & pucuk ubi simpul kemudian petai. Masak hingga bacang lembut dan santan agak terbit minyak. Rasa garam secukupnya dan boleh la dihidangkan bersama lauk lain.
 
Note: Gulai ikan sembilang ni memang tidak menggunakan bawang tapi jika anda suka boleh la masukkan. Memang dah kebiasaan bila masak gulai ikan air tawar, bawang memang tidak digunakan.






Thursday 20 September 2012

RESTORAN AYAM PENYET, KL FESTIVAL CITY..

Salam semua...malam ini dinner  kami ayam penyet sahaja...entah berapa puluh kali datang di KL Festival City, Taman Danau Kota, Setapak ni tapi  tak pernah terfikirpun nak makan kat Restoran Ayam Penyet ni... gara-gara tengok drama Adam & Hawa kat Astro yang tengah hangat dipertontonkan...teringat Adam bawa Hawa makan di Restoran Ayam Penyet ni....nampak macam best jer....terpengaruh juga kami nak mencubanya...hahahahaha....

Menu....original resepi dari Masakan Jawa Timur dan Minang Indonesia..

Pintu masuk menyambut tetamu...cantik....

Gambar-gambar menu terpampang besar di kaunter minuman dan juga kaunter bayaran...
air botol yang tersusun atas kaunter originally made from Indonesia...:))

Suka ku tengok gambar hiasan ni....:))

Pelbagai menu disediakan...kalau baca menu banyak nama yang pelik-pelik tapi bila tengok gambar sedap-sedap belaka....ada dua bahagian...masakan Jawa Timur dan Minang...keduanya ada perbezaan...bukan setakat makan dengan nasi tapi rojak, pecal, mee sup..mee soto and for sure bakso ada di sini....yang paling menarik perhatianku ada gulai udang masak lemak ciliapi dengan petai....tapi sayang dalam menu telah tertulis kecil"not available"...huhuhuhu....
Pelbagai jenis minuman juga ada dalam menu....my hubby nak order soursoup milk pudding blended tapi ini jawabnya..."maaf....mesin blender kami rosak...so tiada yang blended hari ni"....hahahahaha...

akhirnya for me...Lemon Grass Bubble Tea....RM4.50....memang sedap dan menyegarkan...kalau minum yang panas rasanya lagi sedap...bagus untuk buang angin dalam badan ni....:))


For Encik Hubby...manggo soda..RM6.80....sedap katanya...so tak kisah la
mesin blended rosak yaa pak....hehehehe....

set telur, tempe & tauhu...ada sedikit kangkung rebus....RM4.90...

ini la dia ayam penyetnya....RM8.50...kami berdua pesan yang sama....
ayamnya garing dan berperisa...sedap bangat sih.....

 Jemput makan semua....nasi putih ni RM1.50 satu pinggan...

Walaupun kita boleh jumpa banyak tempat orang yang menjual ayam penyet ni tapi aku boleh bagi kredit kat restoran ni yang ayam penyetnya memang sedap...yang paling best sambal cilinya....meleleh air hidung beb....pedas tapi nak makan and nak makan lagi....orang kata taubat sambal....servis juga amat pantas.....kalau rasa perut tu dah lapar sangat and nak makan cepat boleh la datang di sini.

Tuesday 18 September 2012

KEK BATIK ARORA...ku jatuh cinta rasa pertama....:))

Salam semua...petang tadi terasa lama sangat ku habiskan masa kat dapur..just nak sediakan kek istimewa ni...memang aku benar-benar jatuh cinta dengan kek ni sejak kali pertama  merasanya ketika beraya di rumah Mat Gebu di Sedenak (www.tiffinbiru.com) ...sepatutnya tak perlu mengambil masa yang lama tapi disebabkan terlalu berhati-hati (almaklum first time nak cuba) tu yang jadi satu jam just nak sediakan bahan-bahan sebelum baking...apa-apapun nak bagi tau jangan compare warna kek ni dengan Mat Gebu punya...memang Mat Gebu punya cun melecun...orang professional yang buat....aku bagi peringkat junior..hehehehehe...inshaAllah..jika diberi peluang sekali lagi mesti ada improvement...yang penting rasa tetap sedap walaupun tanpa pandan paste & blueberry emulco....:)) (yang pasti lepas ni blueberry emulco dan pandan paste mesti ada stok kat rumah!!!!)

Bahan-bahan;

250grm butter
100 grm gula kastor
1 camca teh ovellate
3/4 cawan susu pekat manis
250 gram tepung gandum **
2 camca teh baking powder** ayak bersama
6 biji telur Gred A
5 jenis perisa (aku ikut perisa Mat Gebu)
  Coklat Emulco
  Oren Emulco
  Strawbery emulco
  Pewarna purple - tak ada Blueberry emulco
  Pewarna hijau - tak ada pandan paste

Cara membuatnya;

Panaskan oven 175'C. Untuk kek nampak cantik gunakan tin kek yang lubang tengah, Sapukan sedikit butter dan tepung di tin kek. Pukul butter, gula dan ovellate hingga kembang dan putih. Masukkan susu, gaul sebati,kemudian masukkan telur sebiji sebiji. Bila dah sebati kesemuanya, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Pukul perlahan atau boleh kacau dengan gunakan spatula sahaja. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian. Setiap bahagian campur dengan satu perasa/pewarna di atas.

Masukkan setiap adunan yang telah bercampur perasa tadi ke dalam plastik (lagi senang guna piping bag) kemudian guntingkan hujungnya dan lingkarkan adunan di tapak tin kek. Buat kaedah yang sama untuk lapisan kedua untuk perasa kedua dan seterusnya berselang seli hingga abis. Kemudian bakar lebih kurang 45 minit. Cucuk kek dengan cake tester, jika tak melekat keluarkan dari oven. Biarkan sejuk sebentar kemudian baru la keluarkan dari tin kek. Untuk hiasan taburkan gula aising or snow powder di atas kek dan boleh la dihidangkan.


Tuesday 11 September 2012

RENDANG DAGING + PARU...

Salam semua...ni resepi terakhir untuk jamuan Hari Raya baru ni..memang agak unik dan sangat tradisional..bagi orang Negeri Sembilan kami panggil rendang campur di mana ada campuran daging, paru, limpa dan hati. Memandangkan aku tak beberapa suka limpa dan hati jadi aku hanya campurkan daging dan paru sahaja....kena ikut selera tukang masak la kan....hehehehe....untuk rendang ni juga tidak menggunakan kerisik. Bawang, halia, serai dan lengkuas memainkan peranan utama, malah santan kelapa juga kena mencukupi. Mari kita lihat resepinya...:))


Bahan-bahan;

1 kilo daging (kalau boleh batang pinang)
1 kilo paru
40 biji ciliapi (boleh kurangkan kalau tak nak pedas)
3 biji kelapa - ambil santannya
2 helai daun kunyit - disiat or hiris halus
20 ulas bawang merah     )
10 ulas bawang putih       )
3 inci halia                       ) mayang halus
2 inci lengkuas                 )
3 inci kunyit hidup
12 batang serai - hiris kasar kemudian dikisar
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Bersihkan paru, rebus dahulu, toskan dah baru la dipotong kecil. Potong daging berlawan urat. Bersihkan daging, toskan. Masukkan daging + paru bersama dengan bahan-bahan yang dimayang halus tanpa air kerana daging akan mengeluarkan airnya dalam kuali. Kecutkan sebentar, apabila hampir kering masukkan cili dan kunyit hidup yang dikisar halus bersama dengan serai yang dikisar tadi. Masak lagi hingga agak kering dan baru la masukkan santan kelapa. Kacau sekali sekali untuk mengelakkan hangus di bahagian bawah. Bila kuah agak kering masukkan daun kunyit, asam gelugor, rasa garam secukupnya.
 
Rendang ini sedap di makan bersama dengan nasi impit, lemang or nasi panas.. :))


LAKSA JOHOR....

Salam semua....Laksa Johor ini salah satu menu hidangan di Jamuan Hari Rayaku...baru ku tahu rupanya ramai yang tak biasa makan Laksa Johor ni....mungkin sebab rumahku di Seremban dan yang hadirpun bukan orang Johor...semasa majlis hari tu, ramai bertanya ini apa..kenapa spagethi makan dengan kuah...hehehehe...ada yang makan tak letak ulaman....ada yang tak tahu kenapa ada sambal belacan berhampiran laksa?? ada yang tanya daun selasih  untuk apa?? hahahahaha....macam-macam soalan keluar...selepas diberitau macam mana nak campur ulaman tu terus mereka kata sedap.....:)) anyway Laksa Johor ni lain orang buatnya lain plak stylenya...ada yang letak udang basah...ada yang letak ikan kurau...mahal tu ikan kurau...kat Pasar Seremban 1 kilo ikan kurau RM80...tak tahu la kat tempat lain berapa yer...kadang-kadang campuran dalam kuah ni tak sama....itulah namanya masakan, tak ada  Standard Operations Procedure nya...begitu unik, ikut citarasa sendiri dan pelbagai cara memasaknya...yang penting sedap di makan..


Bahan-bahan Kuah Laksa
1 kilo ikan parang
1 kilo ikan tenggiri
1 kilo ikan kembung
1 mangkok udang kering
1 inci lengkuas                    )
6 ulas bawang merah          ) dikisar halus
3 ulas bawang putih            )
2 senduk cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan
1 gengam daun kesom
3 batang bunga kantan - belah dua
sedikit daun selasih
2 batang serai - dititik
3 sudu besar kerisik
1 biji kelapa - ambil santannya
5 keping asam gelugor - kalau tak nak masam boleh kurangkan
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Ulaman
Taugeh - buang ekor, cuci dan toskan
Daun kesom         )
Bunga Kantan      )hiris halus
kacang panjang    )
Daun selasih        )
Bawang besar      )
Timun - ambik bahagian luar sahaja - potong nipis
limau kasturi

Spagethi - rebus till lembut, toskan, gaul dengan minyak zaiton
Sambal belacan

Cara membuatnya;

Bersihkan kesemua ikan dan toskan. Rebus dalam periuk bersama dengan asam gelugor. Kemudian toskan ikan yang telah direbus dan asingkan isi dan tulangnya. Ketepikan air rebusan. Kisar halus isi ikan serta tulang ikan berasingan. Tapis tulang ikan supaya tak termasuk tulang. Rendam udang kering, tos dan kisar halus. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar halus dan serai yang dititik hingga harum, masukkan rempah kari bersama cili kisar. Masak hingga terbit minyak dan baru masukkan udang kering yang telah dikisar, isi ikan dan juga air rebusan ikan tadi. Masukkan beberapa keping asam gelugor, bungan kantan, daun kesum dan sedikit daun selasih. Biarkan ia mendidih dan baru lah masukkan pati santan.Masak hingga kuah agak pekat, masukkan kerisik, rasa garam dan gula secukupnya.
 
Rebus spagethi dengan campurkan sedikit minyak. Bila spagethi telah lembut, angkat dan toskan. Curahkan minyak zaiton agar spagethi tidak melekat. Orang Johor biasanya akan buat spagethi dalam bentuk sanggul, aku memang tak pandai lagi nak buat sanggul tu...so aku sediakan macam ni jer...hehehehe...
 
Untuk sediakan ulamannya pula, semua bahan dihiris halus kecuali timun ada cara tersendiri untuk memotongnya.
Kupas kulit timun dan bersihkan. Potong timun lebih kurang 2 inci, potong nipis timun tanpa putus hingga ke tempulur.Gulungkan isi timun tadi ketat2 dan hiris nipis. Aku belajar inipun dari bloger Mat Gebu semasa aku beraya di rumahnya, Sedenak baru-baru ni.
 
 
Sambal belacan jangan lupa,. Makan Laksa Johor tanpa sambal belacan memang hilang powernya.
 
Selamat Mencuba!!! :))
 



AYAM KUZI..

Salam semua...ayam kuzi ni salah satu hidangan jamuan hari raya di rumah baru-baru ni...memang sedap di makan bersama dengan roti, nasi minyak, nasi arab or nasi briani. Rasanya agak manis kerna tidak menggunakan cili kecuali cili merah or lada merah besar, ditambah pula kismis dan menggunakan bawang yang cukup banyak...kuzi ni memang terkenal di Kelantan....so sewaktu aku masak kuzi  hari tu, aku tukarkan sedikit untuk jadikan kuzi N9...tapi rempah kuzi ni tetap dari Kelantan...hahahaha....memang selalu menderhaka dengan resepi sebenar....well....selera masing-masing berbeza-beza....so tepuk dada tanya selera la yer....resepi di bawah juga telah ku adjust untuk saiz hidangan keluarga..

 

Bahan-bahan;

1 ekor ayam
2 sudu rempah kuzi
1 cawan bawang goreng - kisar halus
2 inci halia - mayang halus
6 ulas bawang putih - mayang halus
2 senduk cili kisar (nak rasa pedas sikit - tak letak tak apa)
1 cawan sos tomato
1 cawan susu cair
2 biji tomato - belah 2
4 biji cili merah - belah 2 or 4
2 biji bawang besar - belah 2 or 4
1/2 cawan kismis
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
serbuk kunyit

Cara menyediakannya;

Potong ayam ikut suka, bersihkan dan tos. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perap lebih kurang 15minit. Goreng ayam 3/4 masak (tak perlu garing). Keluarkan minyak lebihan goreng ayam tadi. Tinggalkan secukupnya untuk menumis. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan dan naik bau. Bancuh rempah kuzi dengan sedikit air. Masukkan rempah kuzi dan cili kisar. Masak hingga naik minyak, masukkan bawang goreng kisar, susu cair dan tomato sos. Bila mendidih masukkan ayam, kismis, belahan cili merah, tomato dan bawang besar. Gaul sebati hingga kuah menjadi pekat, rasa garam secukupnya, angkat dan hidangkan.

Note:

Untuk rasa yang lagi sedap buat bawang goreng sendiri kemudian dikisar. Jika suka boleh campurkan dengan badam goreng ataupun serbuk badam semasa kuah masih dimasak.

Monday 10 September 2012

NASI KABSA..

Salam semua...nasi kabsa ni aku masak untuk jamuan rumah terbuka hari raya di rumah kami baru-baru ni. Resepi di bawah ni telah aku adjust untuk saiz hidangan yang lebih kecil...masa jamuan hari raya kami telah masak lebih kurang 9kg beras basmathi untuk nasi kabsa ni...


Bahan-bahan;

3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1 batang kulit kayu manis      )
6 biji bunga cengkih              )      
3 biji buah pelaga                  ) bahan penumis
2 helai daun bay                    )
3 kuntum bunga lawang        )
1 biji bawang besar - potong dadu kecil
1 inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 biji tomato - potong dadu kecil
2 sudu minyak sapi
3 sudu minyak zaiton
2 sudu rempah kabsa**
2 sudu kismis
1 biji lemon hitam/kering - boleh dapati di kedai arab
1 batang karot - hiris halus
1/2 ekor ayam or 600 grm kambing (ikut suka)

Rempah Kabsa

2 sudu jintan manis**
3 sudu biji ketumbar**
2 sudu jintan putih**
10 kuntum bunga lawang**
2 sudu bunga cengkih**
2 sudu buah pelaga**
1/2 sudu lada hitam**
1 sudu serbuk cili
1 sudu kunyit serbuk

Goreng tanpa minyak kesemua bahan bertanda ** kemudian kisar halus kesemuanya. Gaulkan bersama dengan serbuk cili dan serbuk kunyit. Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh digunakan bila-bila nak masak nasi kabsa.

Cara memasak nasi;

Rendam terlebih dahulu beras basmati lebih kurang 10 minit dan kemudian toskan. Panaskan minyak sapi dan minyak zaiton dalam periuk. Masukkan bahan penumis hingga naik bau kemudian masukkan halia, bawang besar + putih hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan limau kering,tomato dan rempah kabsa, masak hingga tomato hancur dan naik bau dan baru masukkan ayam or kambing. (masa jamuan aku hanya gunakan serbuk pati ayam untuk menggantikan ayam or kambing kerana masak banyak).Bila ayam dah hampir masak masukkan beras dan air. Taburkan kismis dan karot yang telah dihiris tadi di atasnya. Tutup periuk hingga hingga nasi masak. Kacau nasi selepas 20 - 30 minit nasi masak untuk mengelakkan beras patah.

Dengan resepi ni anda tak perlu lagi nak belanja mahal-mahal makan diluar..hehehehe...Selamat mencuba!!!

JAMUAN HARI RAYA DI TERATAK HAMBA.....

Salam semua...masih lagi mood raya...ada seminggu lagi nak beraya...open house sana sini termasuklah di rumah ku pada 8hb September baru ni...majlis kami bermula pukul 4 petang hingga 10 malam...memang setiap tahun kami akan buat open house..seronok berjumpa sanak saudara dan sahabat handai dan secara tidak langsung merapatkan silatulrahim...dan alhamdulillah hampir 200 orang tetamu yang sudi mengunjungi teratak kami dari petang hinggalah ke malam...memandangkan zaman sekarang yang sentiasa sibuk agak susah nak berjumpa dengan ramai orang...kami telah menyediakan beberapa menu istimewa untuk tetamu kami..kesemuanya hasil dari air tangan ku sendiri...chewahhh...masa ni la juga nak menguji diri..mampu kah aku sediakan kesemua menu ni ??? berkat bantuan suami dan beberapa ahli keluarga, alhamdulillah semua yang dirancang berjaya dilaksanakan...:))

Semua masakan telah sedia terhidang untuk tetamu..
 
Nasi Kabsa...dua kali masak..pertama 5kg beras basmathi....2nd time kami msak lagi 4kg beras bastmathi menjelang pukul 7 malam....Resepi Nasi Kabsa
 
Kari kambing kampung..10kg kambing...Resepi Kari Kambing
 
 
Kuzi Ayam....8 ekor ayam telah terkorban....resepi kuzi ni pun telah ku ubah suai dari resepi sebenar....hehehehe....Resepi Ayam Kuzi
Rendang daging + paru...5kg daging + 3kg paru...Resepi Rendang Daging + Paru
 
Tabullah....600grm english parsley digunakan...Resepi Tabullah
spagethi....4kg untuk laksa johor dan juga sos bolognese...
Tak ingat berapa banyak yang dicampurkan dalam sos ni...banyak sangat bahan-bahannya....Resepi Sos Spagethi
Kuah Laksa Johor....berkilo-kilo ikan ada dalam ni...Resepi Laksa Johor
Ulaman untuk laksa johor...bunga kantan...daun kesum..daun selasih..bawang...timun...sambal belacan..taugeh....
 
Lemang ni kami beli...10 batang...tak boleh nak bakar sendiri...silap2 kena saman la plak nanti....huhuhu....nasi impit segera....kami gunakan nasi impit Nona sebanyak 4 bungkus (4 X 6)
 
Kuah Kacang...sumbangan dari Makcik...terima kasih daun keladi...:))
 
Puding Triffle...prepared on friday nite juga...kami telah sediakan 4 mangkok casserole saiz besar...alhamdulillah mencukupi...Resepi Triffle
Muffin Banana Chocolate Chip Kukus....Resepi Kek Pisang sehari sebelum open house dah kusediakan...manakala kuih lapis pink white tu Resepi Kuih Lapis, aku sediakan awal pagi sabtu....
Piring atas ni carrot cake..Resepi Carrot Cake .Friday nite baking...manakala dibawah kek lapis Rabiah Amit, Sarawak yang kami beli ketika melancong di Sarawak baru-baru ni....kami sediakan sirap 7up...not bad rasanya...sedap....usually sirap soda tapi malangnya cari icecream soda satu Seremban tak jumpa...musim raya ni semua orang dah borong kot...
Sudut laksa dan kuih muih.... 
 
Antara tetamu yang hadir...
 
tempat basuh pinggan....kesian faiq....mencuci non-stop...
dah basuh kena keringkan....anak buahku Mozek yang sanggup tak pegi tuition kerana nak bantu mak saudara dia ni...thank you so much along...!!
Dalam sibuk melayan tetamu sempat jugak aku bergambar sekejap...hehehehe...
 
Pukul 10.30malam barulah kesemua tetamu pulang....syukur alhamdullilllah ramai jemputan yang hadir dan yang paling penting makanan mencukupi...pukul 1 pagi aku dan suami msih lagi berkemas di dapur...walaupun amat memenatkan tapi kami seronok dapat bertemu dan berbual dengan saudara mara, jiran tetangga dan juga sahabat handai yang tak tahu bila agaknya kami dapat bertemu semula...terima kasih yang tak terhingga kepada tetamu yang sudi meluangkan masa hadir di teratak kami dan segala kekurangan kami memohon maaf zahir & batin...:))
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...