Salam semua...hari ni balik ke Seremban...esok dan Jumaat aku dan suami cuti...sebelum sampai rumah sempat singgah di Pasaraya Mydin, Seremban 2 untuk beli groceries..niat dihati nak masak bila sampai rumah tapi Encik Hubby ajak pergi ke Senawang la plak untuk singgah di kedai barangan dapur RAKAN yang baru sahaja dibuka di Seremban ni...selepas beli apa yang dihajati rasa macam malas plak nak memasak...terus ajak Encik Hubby makan di Restoran Nasi Arab Damsyik di Taman Bourgenviella....Ingat Bourgenviella ni teringat ada satu lagu tajuk nama taman ni...hehehehe..kat Seremban ni nama taman-taman perumahan memang glamour....Taman Rashidah Utama nyanyian Awie Wings pun berdekatan di sini....dah banyak kali kami makan di Nasi Arab Damsyik ni cuma baru kali ni terasa nak masuk kat dalam blog....so far pada pendapat kami Nasi Arab Damsyik ni yang terbaik di Seremban...:))
Menu yang simple tapi menarik...
Suasana dalam restoran...sentiasa ramai pelanggan...boleh menjamu selera dengan duduk bersila..
untuk duduk di meja pun ada....
Air kosong percuma turut disediakan...aispun ada...nak sejuk letak jer ais dalam cawan yang disediakan...
Dah sampai....ini yang Nasi Arab Damsyik Ayam for Encik Hubby...RM13.00. Ayamnya besar sungguh....1/4 ekor ayam....memang besar....
Yang ni pula untuk aku...nasi arab damsyik kambing....RM15.00.. kena cari kambing di bawah nasi tu...nampak kambing sedikit tapi bila kelaurkan dari nasi tu banyaknyer.....(sorry..terlupa plak nak ambik gambar daging kambing tu tadi...dah lapar sangat..)
kalau dah makan nasi arab ni sesuai sangat la minum tea pudina ...panas-panas lagi sedap...RM1.50 sahaja satu cawan ni....
selain dari menu di atas terdapat beberapa menu seperti di bawah ni;
Waktu perniagaan....ingat!!!...jangan datang hari Selasa...confirm tak dapat makan!! hehehehe...
Keseluruhannya nasi arab di sini memang sedap...lembut dan gebu...hargapun amat berpatutan dengan saiz hidangan yang amat besar untuk seorang. Servis pun cepat. Cuma pada kami yang kurang bagusnya setiap minuman panas dihidangkan dalam cawan plastik. Jika minuman sejuk memang sesuai tapi bila kena dengan minuman panas kami terpaksa tunggu air sejuk seketika kerana tak tahan panas nak pegang cawan plastik tu. Mangga lassinya juga amat sedap tapi sayang hari ni tak ada rezeki kami. Alamat Restoran Nasi Arab Damsyik di sini;
Nasi Arab Damsyik
No.1 Taman Bourgenviellea
Jalan Senawang Paroi
70400 Seremban
Landmark paling senang berdekatan dengan Taman Guru.
Very good information.will try soon.
ReplyDelete