Salam semua....Laksa Johor ini salah satu menu hidangan di Jamuan Hari Rayaku...baru ku tahu rupanya ramai yang tak biasa makan Laksa Johor ni....mungkin sebab rumahku di Seremban dan yang hadirpun bukan orang Johor...semasa majlis hari tu, ramai bertanya ini apa..kenapa spagethi makan dengan kuah...hehehehe...ada yang makan tak letak ulaman....ada yang tak tahu kenapa ada sambal belacan berhampiran laksa?? ada yang tanya daun selasih untuk apa?? hahahahaha....macam-macam soalan keluar...selepas diberitau macam mana nak campur ulaman tu terus mereka kata sedap.....:)) anyway Laksa Johor ni lain orang buatnya lain plak stylenya...ada yang letak udang basah...ada yang letak ikan kurau...mahal tu ikan kurau...kat Pasar Seremban 1 kilo ikan kurau RM80...tak tahu la kat tempat lain berapa yer...kadang-kadang campuran dalam kuah ni tak sama....itulah namanya masakan, tak ada Standard Operations Procedure nya...begitu unik, ikut citarasa sendiri dan pelbagai cara memasaknya...yang penting sedap di makan..
Bahan-bahan Kuah Laksa
1 kilo ikan parang
1 kilo ikan tenggiri
1 kilo ikan kembung
1 mangkok udang kering
1 inci lengkuas )
6 ulas bawang merah ) dikisar halus
3 ulas bawang putih )
2 senduk cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan
1 gengam daun kesom
3 batang bunga kantan - belah dua
sedikit daun selasih
2 batang serai - dititik
3 sudu besar kerisik
1 biji kelapa - ambil santannya
5 keping asam gelugor - kalau tak nak masam boleh kurangkan
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
Bahan Ulaman
Taugeh - buang ekor, cuci dan toskan
Daun kesom )
Bunga Kantan )hiris halus
kacang panjang )
Daun selasih )
Bawang besar )
Timun - ambik bahagian luar sahaja - potong nipis
limau kasturi
Spagethi - rebus till lembut, toskan, gaul dengan minyak zaiton
Sambal belacan
Cara membuatnya;
Bersihkan kesemua ikan dan toskan. Rebus dalam periuk bersama dengan asam gelugor. Kemudian toskan ikan yang telah direbus dan asingkan isi dan tulangnya. Ketepikan air rebusan. Kisar halus isi ikan serta tulang ikan berasingan. Tapis tulang ikan supaya tak termasuk tulang. Rendam udang kering, tos dan kisar halus. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar halus dan serai yang dititik hingga harum, masukkan rempah kari bersama cili kisar. Masak hingga terbit minyak dan baru masukkan udang kering yang telah dikisar, isi ikan dan juga air rebusan ikan tadi. Masukkan beberapa keping asam gelugor, bungan kantan, daun kesum dan sedikit daun selasih. Biarkan ia mendidih dan baru lah masukkan pati santan.Masak hingga kuah agak pekat, masukkan kerisik, rasa garam dan gula secukupnya.
Rebus spagethi dengan campurkan sedikit minyak. Bila spagethi telah lembut, angkat dan toskan. Curahkan minyak zaiton agar spagethi tidak melekat. Orang Johor biasanya akan buat spagethi dalam bentuk sanggul, aku memang tak pandai lagi nak buat sanggul tu...so aku sediakan macam ni jer...hehehehe...
Untuk sediakan ulamannya pula, semua bahan dihiris halus kecuali timun ada cara tersendiri untuk memotongnya.
Kupas kulit timun dan bersihkan. Potong timun lebih kurang 2 inci, potong nipis timun tanpa putus hingga ke tempulur.Gulungkan isi timun tadi ketat2 dan hiris nipis. Aku belajar inipun dari bloger Mat Gebu semasa aku beraya di rumahnya, Sedenak baru-baru ni.
Sambal belacan jangan lupa,. Makan Laksa Johor tanpa sambal belacan memang hilang powernya.
Selamat Mencuba!!! :))
No comments:
Post a Comment