Salam semua...masih lagi mood raya...ada seminggu lagi nak beraya...open house sana sini termasuklah di rumah ku pada 8hb September baru ni...majlis kami bermula pukul 4 petang hingga 10 malam...memang setiap tahun kami akan buat open house..seronok berjumpa sanak saudara dan sahabat handai dan secara tidak langsung merapatkan silatulrahim...dan alhamdulillah hampir 200 orang tetamu yang sudi mengunjungi teratak kami dari petang hinggalah ke malam...memandangkan zaman sekarang yang sentiasa sibuk agak susah nak berjumpa dengan ramai orang...kami telah menyediakan beberapa menu istimewa untuk tetamu kami..kesemuanya hasil dari air tangan ku sendiri...chewahhh...masa ni la juga nak menguji diri..mampu kah aku sediakan kesemua menu ni ??? berkat bantuan suami dan beberapa ahli keluarga, alhamdulillah semua yang dirancang berjaya dilaksanakan...:))
Semua masakan telah sedia terhidang untuk tetamu..
Nasi Kabsa...dua kali masak..pertama 5kg beras basmathi....2nd time kami msak lagi 4kg beras bastmathi menjelang pukul 7 malam....Resepi Nasi Kabsa
Kari kambing kampung..10kg kambing...Resepi Kari Kambing
Kuzi Ayam....8 ekor ayam telah terkorban....resepi kuzi ni pun telah ku ubah suai dari resepi sebenar....hehehehe....Resepi Ayam Kuzi
Rendang daging + paru...5kg daging + 3kg paru...Resepi Rendang Daging + Paru
Tabullah....600grm english parsley digunakan...Resepi Tabullah
spagethi....4kg untuk laksa johor dan juga sos bolognese...
Tak ingat berapa banyak yang dicampurkan dalam sos ni...banyak sangat bahan-bahannya....Resepi Sos Spagethi
Kuah Laksa Johor....berkilo-kilo ikan ada dalam ni...Resepi Laksa Johor
Ulaman untuk laksa johor...bunga kantan...daun kesum..daun selasih..bawang...timun...sambal belacan..taugeh....
Lemang ni kami beli...10 batang...tak boleh nak bakar sendiri...silap2 kena saman la plak nanti....huhuhu....nasi impit segera....kami gunakan nasi impit Nona sebanyak 4 bungkus (4 X 6)
Kuah Kacang...sumbangan dari Makcik...terima kasih daun keladi...:))
Puding Triffle...prepared on friday nite juga...kami telah sediakan 4 mangkok casserole saiz besar...alhamdulillah mencukupi...Resepi Triffle
Muffin Banana Chocolate Chip Kukus....Resepi Kek Pisang sehari sebelum open house dah kusediakan...manakala kuih lapis pink white tu Resepi Kuih Lapis, aku sediakan awal pagi sabtu....
Piring atas ni carrot cake..Resepi Carrot Cake .Friday nite baking...manakala dibawah kek lapis Rabiah Amit, Sarawak yang kami beli ketika melancong di Sarawak baru-baru ni....kami sediakan sirap 7up...not bad rasanya...sedap....usually sirap soda tapi malangnya cari icecream soda satu Seremban tak jumpa...musim raya ni semua orang dah borong kot...
Sudut laksa dan kuih muih....
Antara tetamu yang hadir...
tempat basuh pinggan....kesian faiq....mencuci non-stop...
dah basuh kena keringkan....anak buahku Mozek yang sanggup tak pegi tuition kerana nak bantu mak saudara dia ni...thank you so much along...!!
Dalam sibuk melayan tetamu sempat jugak aku bergambar sekejap...hehehehe...
Pukul 10.30malam barulah kesemua tetamu pulang....syukur alhamdullilllah ramai jemputan yang hadir dan yang paling penting makanan mencukupi...pukul 1 pagi aku dan suami msih lagi berkemas di dapur...walaupun amat memenatkan tapi kami seronok dapat bertemu dan berbual dengan saudara mara, jiran tetangga dan juga sahabat handai yang tak tahu bila agaknya kami dapat bertemu semula...terima kasih yang tak terhingga kepada tetamu yang sudi meluangkan masa hadir di teratak kami dan segala kekurangan kami memohon maaf zahir & batin...:))
No comments:
Post a Comment