Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Tuesday 26 November 2013

BLUEBERRY CHEESE TART..

Salam semua....kalau dulu tengok orang buat cheese tart rasa kagum sangat.....dalam hati kata...fuhhh..memang pandai la orang ni buat...especially bila tengok hiasan bunga kat atas tart tu....menarik sangat....pada aku buat tart ni memang nampak susah sangat sebab kalau beli pun harga dia mahal....sebiji nak dekat RM1.50..mana mulut yang besar sekali ngap dah abis....tiba-tiba keinginan nak buat tart datang secara mendadak....terus ajak en.hubby pegi kedai bakeri Yummies yang terletak di Bandar Baru Bangi Jumaat lepas...cari bahan-bahan...terutama acuan, cheese dan blueberry jem...kalau sebut pasal cheese dah tentu la philadelphia cheese yang menjadi pilihan tapi malangnya kat Yummie hanya ada jual sekotak yang besar...khas untuk penjual kuih besar-besaran....dia kata ada yang re-pack...dah siap potong-potong 250gram tapi bila bab repack ni aku macam kurang yakin keasliannya....so tak jadi beli....sampai Seremban terus singgah Tesco Seremban Jaya...hmmm....tak ada juga...lastly aku beli cream cheese Tartura dan juga SCS...berpandukan guru di youtube dan pelbagai blogger sebagai rujukan (terutama masam manis BlogSpot & Rahel BlogSpot - anda mesti follow dua blog ni.....menarik sangat) menjadi jugak buat cheese tart petang Sabtu baru ni....
 Bahan-bahan (pastry)

500 gram tepung gandum
120gram gula aising
250gram butter dari peti sejuk
2 sudu air sejuk
2 biji kuning telur
1 tsbesen vanilla

Filling;

250gram cream cheese
1 biji telur gred C
2 sudu gula castor
1 tsb esen vanilla
Blueberry jem secukupnya
Sedikit pewarna pilihan

Cara menyediakannya;

Satukan tepung dengan gula aising. Potong butter kecil-kecil (masih sejuk), gaul dalam tepung hingga jadi seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul rata, dan baru la masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli hingga adunan dah tak melekat di jari dan juga mangkok adunan. Kalau adunan lembik tambah sedikit tepung. Bungkus adunan dengan cling plastic dan simpan dalam peti sejuk paling cepat 30 minit.
 
Panaskan oven 175'C. Ambil sedikit adunan masukkan dalam acuan tart. Kemaskan. Bakar dengan api atas bawah lebih kurang 20 minit. Biarkan kulit tart sejuk betul-betul baru keluarkan dari acuan. Tak perlu cungkil dengan sudu, hanya terbalikkan acuan, kulit tart akan keluar sendiri.
 
Pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang dan berkilat. Pastikan cream cheese masih sejuk. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.Kacau sebati,masukkan dalam piping bag.
 
Susun kulit tart dalam loyang pembakar. Pastikan kulit tart benar-benar sejuk okey. Untuk lebih mudah aku masukkan blueberry jem dalam piping bag. Picitkan sedikit ke dalam tart.


 Paipkan cream cheese atas tart. Isi penuh-penuh.
 
 Ambil sesudu bancuhan cream cheese dan warnakan untuk buat hiasan.

 Celupkan lidi pencungkil gigi dalam pewarna, kemudian buat 3 garisan atas filling.

 Dengan gunakan lidi , tarik di bahagian tengah garisan pertama hingga kebawah....tarik dengan gaya melengkung.....automatic dah jadi macam bunga....hehehehee....masa1st time buat ni aku rasa bangga sangat sebab tak sangka jadi....hahahahha....
 
Bakar lebih kurang 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu or bila sentuh dengan jari dah tak melekat, keluarkan. Kalau terlebih bakar nanti cheese akan merekah yer...
 

Dengan adunan ini aku boleh dapat 80++ biji kulit tart. Untuk 250gram cream cheese pula aku dapat isi kulit tart ni lebih kurang 40biji sahaja. Kalau tart aku lagi dalam dasarnya mungkin boleh dapat dalam 30 biji kot.
 
Untuk pertama kali buat, aku tak canai doh tu sebab itu ada kulit tart yang tak sama tebal. Lepas ni aku rasa perlu canai so baru boleh dapat ketebalan yang sama kot. Untuk buat tart ni bukan la perkara yang mudah...en.hubby pun dok tanya lamanyer nak ambik masa ...memang lama....no wonder orang jual tart ni agak mahal..selain dari kos bahan-bahan yang tinggi, ianya ambik masa yang lama.Untuk lebih mudah, sehari sebelum nak buat cheese tart, sediakan kulitnya terlebih dahulu kerana kulit tart ini memang tahan lama asalkan disimpan dalam bekas kedap udara. Bila kulit tart dah sedia, bila-bila masa sahaja dah boleh buat cheese tart. Masa untuk sediakan filling lebih kurang 10minit sahaja.  

 
Yang ini pulak versi malas....untuk bancuhan filling cheese yang kedua sebab shell tart dah abis tapi cream cheese banyak lagi...pada membazir aku adunkan doh sedikit...terus masuk dalam acuan pai ni...bakar dulu....lepas sejuk, aku sapukan blueberry jem dan akhir sekali cream cheese...
 
 
 


Tuesday 19 November 2013

PAI LEMON MERINGUE.

Salam semua....Pie  Lemon Meringue ni aku buat untuk minum petang Ahad lepas....yer la kann...aktiviti baking hanya boleh di buat masa weekend....hari kerja nak goreng cokodokpun malas....idea datang nak buat pai ni selepas tergoda tengok kawan di FB post gambar.....memang meleleh tengok.....terus rujuk pada guruku yang setia....saper lagi kannnn....kalau bukan internet....hihihi....ntah berapa banyak video kat youtube aku tonton pasal pai lemon meringue ni....buka blog ntah saper punya sebab banyak sangat.....akhir sekali lepas baca...fahamkan betul-betul terus aku buat cara aku sendiri.....hehehehe....simple jer sebenarnya...
 
 
Bahan-bahan;
 
Bahan Pastry (Kulit Pai)
 
250grm tepung gandum
170grm butter dari peti ais
2 sudu besar gula aising
secubit garam
2 sudu besar air sejuk dari peti ais
 
Inti Pai
 
2 biji lemon
3 biji kuning telur
2 sudu besar gula
4 sudu besar tepung jagung
400ml susu segar
secubit garam
sedikit pewarna kuning (optional)
 
Meringue
 
3 biji putih telur (suhu bilik)
1/2 cawan gula castor
1/2sudu kecil cuka epal (guna cuka biasa pun ok)
1 sudu kecil tepung jagung
 
Cara membuatnya;
 
Kulit Pai
 
Mula-mula sediakan bahan untuk kulit pai. Potong butter dari peti ais kecik-kecik kemudian masukkan dalam adunan tepung bersama garam dan gula castor. Ramas adunan hingga jadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit-sedikit air sejuk. Uli adunan hingga jadi doh dan tak lekat kat tangan dan mangkok adunan. Jika adunan lembik tambah sedikit tepung lagi. Bungkus adunan dengan cling plastic, simpan dalam peti ais paling cepat 30minit. Kemudian canaikan adunan lebih kurang 5mm saiz ketebalan,masukkan dalam acuan pai, kemaskan bahagian tepi dan bakar lebih kurang 20 minit dengan suhu 180'C. (oven mesti dipanaskan terlebih dahulu yer)
 
Inti Pai
 
Sagat halus kulit lemon dan perah jusnyar. (aku suka rasa lemon kuat). Campurkan kesemua bahan-bahan inti pai termasuk jus dan kulit lemon yang telah disagat. Masak atas api perlahan sambil mengacau adunan tanpa henti dengan gunakan whisk. Masak hingga adunan jadi pekat.  Sejukkan inti pai.
 
Meringue
 
Cara nak membuat meringue ni sama seperti buat pavlova. Pastikan bekas nak memukul telur kering tanpa ada setitik air. Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula sedikit-sedikit. Pukul hingga adunan jadi berkilat dan jika terbalikkan mangkuk adunan tak jatuh. Masukkan cuka epal dan tepung jagung, gaul rata. Masukkan adunan meringue dalam piping bag.
 
Sediakan Pai
 
Masukkan inti yang telah sejuk dalam kulit pai. Isi penuh setinggi pastry, ratakan. Kemudian paipkan meringue atas inti pai tadi. (semasa letak meringue di atas inti pastikan inti pai tak panas yer.....kalau inti panas meringue boleh tenggelam ). Bakar api atas bawah dengan suhu 150'C selama 40minit atau sehingga meringue bertukar warna keperangan.
 
 

baru masak...sejukkan dulu.....

Sedap sangat kalau makan sejuk-sejuk....
 
Resepi ni nampak macam banyak stepkan....tapi sebenarnya mudah jer....just follow step by step pasti jadi......dengan jumlah adunan di atas aku dapat 2 biji pai saiz 10cm...:))
 
Selamat Mencuba!!!

Friday 8 November 2013

FORT CORNWALLIS, TAMAN KOTA LAMA, PENANG

Lepas pekena mee sotong kami singgah sini...Fort Cornwallis, Taman Kota Lama salah satu tempat menarik untuk dilawati ketika berada di Penang. Kalau tak salah aku dibina oleh Francis Light...lepas 4 hari dia sampai terus buka kota pada tahun 1786...senang sangatkan......mengikut sejarah kota ini selalu dapat ancaman dari kuasa-kuasa besar yang lain. Asalnya kota ini dibina dengan kayu dan batang nibung hinggalah tahun 1808 diganti dengan binaan batu.


 Pintu masuk....kena ambik tiket..RM2 sorang untuk dewasa....

Peta lokasi


 nak tau lagi lanjut baca kat sini....kalau kurang jelas datang sini...hehehehe...
 Ini la Francis Light...patung dia laaaa.....
 Gambar bangsawan Inggeris......ini la kot Gabenor Cornwallis tu....lol...
 bangunan yang berusia ratusan tahun....setiap pintu tu ada bilik tersendiri.....
 Ada satu penjara tahanan kat sini....actually en.hubby suruh aku masuk dalam penjara ni nak ambik gambar...bila aku masuk jer dia rapatkan grill tu aku rasa semacam jer kat belakang.....terus aku jerit dan keluar...tiba-tiba rasa seram.....yer la kan......beratus tahun usia penjara ni....sebab en.hubby nak sangat ambik gambar penjara  aku suruh dia sendiri yang posing....hahahhaha..... 
 Queen without King...coz king kena jadi cameraman sekejap....hihihihi....
 tersenarai dalam jejak warisan Negara...
 tempat simpanan senjata, peluru dan bom....
 Ada banyak meriam kat sini.....sekeliling tembok.....
 
Kesemua meriam menghadap laut....senang  nak bom musuh....

 Rehat la dulu ...semput aku jalan-jalan kat sini...turun naik tangga....
 
Bila berada di sini terasa bersyukur sangat yang aku tak dilahirkan pada zaman ini...tak sanggup nak hidup dalam peperangan....tak sanggup hidup dijajah.....Syukur Alhamdullillah ya ALLAH...semoga tanahairku sentiasa aman dan damai dan mintak dijauhkan sama sekali untuk dijajah semula walaupun ketika ini banyak minda yang telah dijajah tanpa disedari!!!!

CAMERON HIGHLANDS LAGI....jumpa ladang anggur....:))

Kami bertolak balik  dari Penang pukul 12 tengahari....singgah makan sekejap di Juru (dah tentu Pelita Restoran kannnn) kami terus masuk ke Cameron Highlands....Cameron ni dah jadi macam lawatan tahunan plak...hehehe....hajat sebenar hanya nak beli teh di Bharatt dan cari stroberi...jem stroberi dan butterhead salad...naik dari Simpang Pulai...memang tak plan pun nak bermalam....pukul 3 petang dah sampai...terus singgah minum teh di Cameron Teh Valley - Bharatt....tak sah kalau tak singgah sinikan....

Teh Oren sentiasa menjadi pilihan kami...en.hubby punya sardin puff dan yang kecik tu aku punya...mushroom strudel...
 
alang-alang dah sampai kebun teh masuk la sekejapkan......

terus tunaikan hajat....beli teh....untuk stok 6 bulan cukup la....kalau beli banyak sangat lambat habis lambat plak nak datang lagikan.....bagus tak idea aku???....hahahahha.....

Dah ambik bayar la kan...nampak macam satu bakul teh tapi banyak rumah yang akan dapat nanti....yang dalam plastik besar tu hampas teh....bagus buat baja untuk bunga orkid kat rumah...
 
lepas beli teh kami singgah sini...Lavender Garden...tiket bayaran RM5 sorang untuk dewasa..
 
mata jadi purple.....tapi ni bukan lavender yer....

ini baru lavender.....
 
kuningkan mata plak....kalau tengok betul-betul macam spesis bunga tahi ayam.....kikiki....
 
masuk area daisy plak......mashaAllah...cantik sangat......memang terpegun aku tengok daisy ni!!!


tak tau bunga apa.....coraknya menarikkan.......
 
Lepas Lavender Garden, kami terus ke Kasimanis....beli jem stroberi...pada awalnya memang tak berniat nak bermalam di sini pun...tapi bila tengok cuaca macam nak hujan tak berani plak kami nak turun....bahayakan.....kok ada tanah runtuh ker....pokok tumbang ker...hari pun macam dah gelap...terus en.hubby suruh call hotel untuk cek in....biasanya kami akan tinggal di SINI ...tapi disebabkan last minute harga yang dikenakan double dari sepatutnya....tak berbaloi langsung....terus contact Rosa Passedena....kami memang suka menginap di Brinchang....dah penuh la plak...hmmmm....than en.hubby suruh contact Heritage Hotel...tapi kat Tanah Rata la....Alhamdulillah.....harga pun OK...masuk dengan breakfast....terus check in...
 
Heritage Hotel.....atas bukit walaupun di Tanah Rata....amat privacy....di sini pun ada apartment yer...

 

Bilik kami....

terus lepak kat hotel sebab nak tunggu Love You Mr. Arrogant....:))
 

Lepas Isyak  kami naik ke Brinchang....dinner di Pak Nik Ikan Bakar dan jalan-jalan di pasar malam..cari jagung bakar than balik hotel...tidoq.....rasa letih la plak....
 
Awal pagi esoknya kami breakfast di coffee house hotel, RainForest....tak ada yang special...standard breakfast menu di mana-mana hotelkan.....
 
 
 
 
 
Ada sijil halal yer....:))

Selesai breakfast terus check out...senang nak jalan-jalan....tak terkejar-kejarkan.....tempat wajib singgah....KEA FARM...
 

lepas beli sayuran jalan depan sikit kat dalam Kea Farm ada Rose Centre...bukan jalan kaki yer....kena naik kereta dalam 5 minit...
 
 
 
 harummmmm......
 besar-besar roses kat sini.....


 
 Tomato ceri...lebat  betul buahnyaa.......
 
Selesai di Rose Centre terus ke Blue Valley Flower Farm....tujuan utama nak beli salad...
Ini la butterhead salad....sedappp sangat....malangnya tutup....hanya dapat ambik gambar jer...gagal plan aku....salad gini tak jumpa kat mana-mana kedai jual sayur di sini...so memang kena beli kat ladang terus....tutup la plak....tak ada rezeki....:(

 
Keluar dari Blue Valley kat jalan besar ternampak plak signboard tomato & grape farm....grape farm??? banyak kali datang sini baru tahu kat Cameron ada ladang anggur...kalau datang dari Brinchang belok kanan ke jalan nak pergi Gua Musang....ladang di sebelah kiri...nampak macam dekat tapi jauh ke dalam....sebelum tu akan jumpa ladang tomato...masa sampai hanya kami jer yang ada....mungkin tempat ni jauh ke dalam so orang ramai tak perasan ada ladang anggur besar...
 
Nasib kami baik anggur tengah berbuah lebat ....kami dibenarkan masuk dalam ladang tapi awal-awal dah bagi warning jangan sentuh buah...nanti buah akan busuk....sensitive rupanya anggur ni....

besar-besar buah anggur kat sini....kalau nak petik sendiri pun boleh...sekilo RM30....mahal gilerkan.....kalah US royal autumn seedless....hihihi...
 
 
Kalau nak datang sini sebaiknya-baik pada bulan May or November kerana buah anggur akan dituai 2 kali setahun....June & December....
 

 Selesai lawat kawasan anggur kami terus balik ke Seremban...ikut jalan keluar ke Tapah....on d way singgah sebentar di S Corner..
ingat nak beli cendawan....tapi tak ada plak....baru lepas tuai....tak ada rezeki lagi....
cendawan kuning....takut plak nak makannyerrr.....huhuhuhu....

Sebelum balik buah tangan yang teakhir kami beli diselekoh jalan berdekatan Kea Kea Farm.....
Rock Melon...sekilo RM9.....mahal jugakkan.....kalau kat KipMart Senawang baru RM6 sekilo....bezanya yang kat sini bulat-bulat.....beli 2 biji....tapi masa buat entri ni masih belum makan lagi.....tak tau manis ke tak...masa test kat situ memang manis sungguh.....

ini pulak "Heaven Melon"....nama glamour betulkan....sekilo RM6...aku beli 2 biji jugak....lepas bayar peniaga ni kata yang dia bagi aku rasa tu yang paling manis....so dia tak pasti yang aku beli ni manis sama ke tak dengan yang rasa.....pulakkkkk dahhhhh.........till now pun aku tak rasa lagi...sebab semua buah besar-besar ni aku simpan kat rumah Seremban..lepas simpan sayur dan buah terus kami balik KL....hari ni Jumaat balik Seremban..so malam ni la baru nak rasa....hihihi....
 
Ini sajer catatanku dari percutian yang tak dirancang kat Cameron Highlands....tadi nak update sikit jer...jadi berjela-jela la plak....hahahaha.....sekiranya nak ke Cameron Highlands, bulan November memang sesuai sangat coz banyak bunga tengah berkembangan.....buah anggur pun dah nak hampir kena tuai....bunga dan buah ni pun tau dia lagi sesuai untuk ditonton pada cuti sekolah....hihihi....:))







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...