Salam semua....kalau dulu tengok orang buat cheese tart rasa kagum sangat.....dalam hati kata...fuhhh..memang pandai la orang ni buat...especially bila tengok hiasan bunga kat atas tart tu....menarik sangat....pada aku buat tart ni memang nampak susah sangat sebab kalau beli pun harga dia mahal....sebiji nak dekat RM1.50..mana mulut yang besar sekali ngap dah abis....tiba-tiba keinginan nak buat tart datang secara mendadak....terus ajak en.hubby pegi kedai bakeri Yummies yang terletak di Bandar Baru Bangi Jumaat lepas...cari bahan-bahan...terutama acuan, cheese dan blueberry jem...kalau sebut pasal cheese dah tentu la philadelphia cheese yang menjadi pilihan tapi malangnya kat Yummie hanya ada jual sekotak yang besar...khas untuk penjual kuih besar-besaran....dia kata ada yang re-pack...dah siap potong-potong 250gram tapi bila bab repack ni aku macam kurang yakin keasliannya....so tak jadi beli....sampai Seremban terus singgah Tesco Seremban Jaya...hmmm....tak ada juga...lastly aku beli cream cheese Tartura dan juga SCS...berpandukan guru di youtube dan pelbagai blogger sebagai rujukan (terutama masam manis BlogSpot & Rahel BlogSpot - anda mesti follow dua blog ni.....menarik sangat) menjadi jugak buat cheese tart petang Sabtu baru ni....
Bahan-bahan (pastry)500 gram tepung gandum
120gram gula aising
250gram butter dari peti sejuk
2 sudu air sejuk
2 biji kuning telur
1 tsbesen vanilla
Filling;
250gram cream cheese
1 biji telur gred C
2 sudu gula castor
1 tsb esen vanilla
Blueberry jem secukupnya
Sedikit pewarna pilihan
Cara menyediakannya;
Satukan tepung dengan gula aising. Potong butter kecil-kecil (masih sejuk), gaul dalam tepung hingga jadi seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul rata, dan baru la masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli hingga adunan dah tak melekat di jari dan juga mangkok adunan. Kalau adunan lembik tambah sedikit tepung. Bungkus adunan dengan cling plastic dan simpan dalam peti sejuk paling cepat 30 minit.
Panaskan oven 175'C. Ambil sedikit adunan masukkan dalam acuan tart. Kemaskan. Bakar dengan api atas bawah lebih kurang 20 minit. Biarkan kulit tart sejuk betul-betul baru keluarkan dari acuan. Tak perlu cungkil dengan sudu, hanya terbalikkan acuan, kulit tart akan keluar sendiri.
Pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang dan berkilat. Pastikan cream cheese masih sejuk. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.Kacau sebati,masukkan dalam piping bag.
Susun kulit tart dalam loyang pembakar. Pastikan kulit tart benar-benar sejuk okey. Untuk lebih mudah aku masukkan blueberry jem dalam piping bag. Picitkan sedikit ke dalam tart.
Paipkan cream cheese atas tart. Isi penuh-penuh.
Ambil sesudu bancuhan cream cheese dan warnakan untuk buat hiasan.
Celupkan lidi pencungkil gigi dalam pewarna, kemudian buat 3 garisan atas filling.
Dengan gunakan lidi , tarik di bahagian tengah garisan pertama hingga kebawah....tarik dengan gaya melengkung.....automatic dah jadi macam bunga....hehehehee....masa1st time buat ni aku rasa bangga sangat sebab tak sangka jadi....hahahahha....
Bakar lebih kurang 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu or bila sentuh dengan jari dah tak melekat, keluarkan. Kalau terlebih bakar nanti cheese akan merekah yer...
Dengan adunan ini aku boleh dapat 80++ biji kulit tart. Untuk 250gram cream cheese pula aku dapat isi kulit tart ni lebih kurang 40biji sahaja. Kalau tart aku lagi dalam dasarnya mungkin boleh dapat dalam 30 biji kot.
Untuk pertama kali buat, aku tak canai doh tu sebab itu ada kulit tart yang tak sama tebal. Lepas ni aku rasa perlu canai so baru boleh dapat ketebalan yang sama kot. Untuk buat tart ni bukan la perkara yang mudah...en.hubby pun dok tanya lamanyer nak ambik masa ...memang lama....no wonder orang jual tart ni agak mahal..selain dari kos bahan-bahan yang tinggi, ianya ambik masa yang lama.Untuk lebih mudah, sehari sebelum nak buat cheese tart, sediakan kulitnya terlebih dahulu kerana kulit tart ini memang tahan lama asalkan disimpan dalam bekas kedap udara. Bila kulit tart dah sedia, bila-bila masa sahaja dah boleh buat cheese tart. Masa untuk sediakan filling lebih kurang 10minit sahaja.
Yang ini pulak versi malas....untuk bancuhan filling cheese yang kedua sebab shell tart dah abis tapi cream cheese banyak lagi...pada membazir aku adunkan doh sedikit...terus masuk dalam acuan pai ni...bakar dulu....lepas sejuk, aku sapukan blueberry jem dan akhir sekali cream cheese...
No comments:
Post a Comment