Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Saturday 28 December 2013

KUEY TIAW GORENG...tanpa taugeh dan khas untuk orang yang tak makan ayam

Entri terakhir untuk hari ini...mungkin juga entri terakhir untuk 2013....menu sarapan pagi tadi...patutnya entri ni yang masuk awal dulukan sebab sarapan....hihihi....bila belek-belek gambar tengok tertinggal plak yang ini...so masuk jer la kan.....sekadar berkongsi.....kuey tiaw ni memang ringkas...sebab en.hubby tak nak ayam..aku plak tak nak kerang...malam tadi pergi Mydin Mall nak beli taugeh....taugeh dah abis la plak..tinggal ekor jer....so hentam aje laaaa....aku kalau bab kuey tiaw tak suka yang basah-basah....lagi kering lagi aku suka...paling aku suka makan kuey tiaw goreng kat SOGO foodcourt....memang my favourite...:))

 
 Bahan-bahan;

400gram kuey tiaw
10 ekor udang saiz sederhana
10 biji fishball
5 biji bawang merah   )
4 ulas bawang putih    ) kisar kering
sehiris halia                 ) 
2 biji telur
1 ikat kecil daun kucai - potong lebih kurang 2 inci
6-7 biji cili api dititik
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya;

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau bersama ciliapi yang telah dititik. Masukkan udang dan fishball. Masak hingga udang mengecut sedikit kemudian masukkan kuey tiaw, seterusnya kicap dan sos tiram. Gaul rata, pecahkan telur. Akhir sekali masukkan daun kucai. Makan panas-panas.

Aku memang tak letak garam yer kerana kicap dan sos tiram dah cukup perasa. Kalau kurang masin just tambahkan kicap lagi.Sempoi jer kan.....janji en.hubby suka bangat.....:))
 
 
 

GORENG SAYUR PUCUK UBI...

Menu ini untuk lunch tadi....aku masak simple jugak hari ni sebab en.hubby nak balik kampong dia...gulai lemak ikan jenahak ciliapi campur tomato, goreng baby kailan oyster sos untuk en.hubby dan  first time masak goreng pucuk ubi ciliapi....memang tak pernah buat....hari Jumaat aku rebus pucuk ubi...tak abis sebab aku makan sorang-sorang...en.hubby tak makan...nak buang sayang...bapak mertua ku yang tanam ubi ni...tiba-tiba teringat kat blog dapur  Madiha....beliau masak pucuk ubikayu goreng cili api...terus aku dapat idea camner nak abiskan pucuk ubi rebus tu....tapi aku masak ikut style aku la yer....
 
 Bahan-bahan;
 
1 mangkuk pucuk ubi yang telah direbus
15 biji ciliapi
5 biji bawang merah
2 uas bawang putih
1 gengam ikan bilis - direndam sekejap dan toskan
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
 
Cara menyediakannya;
 
Tumbuk kasar ciliapi, bawang merah + putih dan ikan bilis. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan pucuk ubi rebus. Kacau mesra. Rasa garam secukupnya. Angakt dan hidangkan.
 
Memang sedap sangat makan sayur pucuk ubi goreng ciliapi ni....memang aku tak usik lauk lain....makan lauk ni jer dah cukup....siap cakap dalam hati..kalu goreng ikan masin tadi lagi la sedap....en.hubby hanya jeling jer tengok lauk ni....tapi lepas sejam makan aku terus cari benda ni.... 

 
Kena telan 2 biji terus.....sakit kepala......apa taknyer....2 hari berturut-turut makan pucuk ubi....ini lah penangannyaaa......aduiiiiiiii.....dah la sakit kepala....en.hubby bebel lagi sebab makan pucuk ubi.....hihihi...nampaknya pucuk ubi masuk balik kat rumah tahun depan la yer.....tahun depan pun hanya tinggal 4 hari jer....huhuhuhu.....:))

IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT

Menu lunch hari Jumaat simple-simple jer....aku masak ikan bakar cencaru, rebus pucuk ubi dan sambal gesek....memang meletop-letop makan....tersandar lepas tu.....yang simple tu la buat makan tak hengat....betul tak?? tak cayer cuba laaa.....kalau nak buat menu ni nasi kena masak lebih sikit dari biasa....bukannya apa....takut tak cukup nasi...tak pepasal menyesal plak nanti...hihihihi....semasa beli ikan bawal besar dapat jugak ikan cencaru saiz besar ni....musim ikan tengah besar-besar kot....memang sesuai sangat la untuk dibakar...kalau beli ikan cencaru aku memang tak kasi peniaga tu siang....ntah apa-apa jadinya...baik aku sendiri yang buatkan....
 
 
Bahan-bahan;

2 ekor ikan cencaru saiz besar

Bahan Kisar (Kisar kering)
4 biji cili besar merah - buang biji
5-6 biji cili api (kalau tak suka pedas tak payah letak)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 keping hirisan halia
1 sudu udang kering direndam dan toskan
garam secukup rasa

1 1/2 cawan kelapa parut
1 helai daun kunyit
sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya;

Belah bahagian belakang ikan, buang segala isi kandungan dalam perut ikan bersih-bersih, Cuci dan toskan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan cili masak. Masukkan kelapa parut, gaul mesra. Masak ala-ala buat serunding gitu. Rasa garam secukupnya. Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun kunyit. Gaul sekali lagi. Sumbatkan isi kelapa dalam badan ikan penuh-penuh. Bakar dalam magic pan or pemanggang ajaib lebih kurang 20minit or bila dah cucuk dengan garfu isi ikan dah lembut. Jangan bakar terlalu lama sangat, nanti ikan jadi kering yer dan tak sedap.

OLIVE'S CAKE CHEESE LELEH.....

Aktiviti cuti hari Jumaat buat kek leleh lagi...Ini permintaan dari en.hubby....hmmmm......kebetulan ada saudara yang baru lepas buat operation...so boleh bawak sekali sebagai buah tangan...hari tu dah buat yang red velvet....so hari ni nak kelainan plak....belek-belek resepi kat blog kebanyakkan kek guna tepung hong kong...mana la aku ada tepung tu kat rumahkan.....tiba-tiba teringat Masterchef Australia dia orang kena buat kek dari olive oil or minyak zaiton....aiskrim pun dari olive oil....terus dapat idea nak buat kek olive oil jugak la.....dan dengan bangganya aku nak kata ini memang my own resepi yang datang secara spontan jer.....hihihihi.....tarak ciplak mana-mana yer....kalau terjumpa yang sama maybe kebetulan....aku letak sedikit serbuk coklat just untuk dapatkan rasa mild coklat jer..
 
 
Bahan Kek
 
1 cawan minyak zaiton
3/4 cawan gula
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovallete
 
1 1/2 cawan tepung gandum       )
1 1/2 sudu kecil baking powder  )Bahan kering
1 sudu kecil bicarbonate             ) diayak bersama
3 sudu kecil serbuk coklat          )
 
Bahan Cheese
 
250gram cream cheese (dah tentu Philadelphia)
120gram susu pekat manis
50 gram whipping cream
 
Parutan cheddar sebgai hiasan
 

Cara menyediakan kek;

Panaskan oven dengan suhu 180'C. Satukan kesemua bahan kecuali bahan kering. Pukul hingga kembang, Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit dengan hanya gaul balik guna spatula or senduk kayu. Griskan loyang kek or aku hanya guna paper baking kat bawah kek. Masukkan adunan dan bakar lebih kurang 30 minit or hingga kek masak. Sejukkan kek terlebih dahulu.

 Dah siap...kek ni sangat lembut dan gebu....ala-ala sponge cake gitu....
 
Untuk cream cheese, satukan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan cair.
 
Potong kek ikut saiz mangkuk anda. Potong kek pada dua bahagian. Masukkan lapisan pertama sebagai tapak. Curahkan cream cheese di atasnya , masukkan lapisan kedua kek, curah cream cheese  lagi dan akhir sekali hiaskan dengan parutan cheddar.Dah siap simpan dalam peti sejuk.
 
 Sedap sangat makan ketika sejuk-sejuk....:))
 


BAWAL SWEET & SOUR...

Ini sambungan entri dari Nasi Jagung berlaukkan bawal sweet and sour, kari kambing dan salad....kari kambing dan salad tu dah ada dalam blog ni...tak payah la aku tulis resepinyer lagi kan.....memandangkan en.hubby dah tak nak makan ayam so ikan dah menjadi menu wajib hari-hari kat rumah. Nasib baik daging dan kambing en.hubby boleh makan lagi....kalau tak, tak pepasal kami jadi vegetarian....hehehehe...tapi original vegetarian ikan pun tak makan kan.....aku beruntung dapat jumpa bawal yang besar kat pasar KipMart...seekor ni jer ngam-ngam sekilo....aku memang suka kalau goreng ikan sekor-sekor jer tapi disebabkan ikan bawal ni besar sangat sampai terkeluar kuali terpaksa la aku potong-potong....lagipun bila ramai-ramai senang nak makan kan.....dalam gambar nampak macam goreng seekor kan...tapi sebenarnya dah potong 4...aku susun balik jadi sekor....hihihi....

 
 Bahan-bahan;

1 ekor ikan bawal (cuci bersih dan toskan)
1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - mayang halus
7 - 8 bili padi -belah dua
1/2 biji nenas  - potong dadu
1/2 batang lobak merah - potong dadu
1/2 biji timun - buang isi dan potong dadu
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1cawan air + 1 sudu kecil tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng
garam dan serbuk kunyit utk melumur ika

Cara menyediakanya;

Panaskan minyak dalam kuali. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan hingga garing, angkat dan toskan. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis sos. Tapi aku tak guna lebihan minyak ini, aku tumis dengan gunakan minyak zaiton. Tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga layu dan bau harum. Masukkan nenas. Biar nenas sedikit empuk dan keluarkan jusnya, kemudian masukkan kesemua sos dan air bancuhan tepung jagung . Bila dah mendidih dan kuah agak pekat masukkan lobak merah, timun dan cili padi. Masak seketika agar kerangupan lobak dan timun masih ada. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul sekali. Angkat dan hidangkan.

 
 

NASI JAGUNG.....mudah dan sedappp.....:))

Mulai hari krismas hari tu aku  terus ambik cuti, ikut en.hubby habiskan cuti tahun sampaitahuj baru....kali ini tak ada plan nak bercuti ke mana-mana kerana hujung minggu  ada jer kenduri...bila dah cuti macam-macam plan nak masak...aku masak nasi jagung ini hari Khamis lepas...baru ada masa nak masukkan entri dalam blog....senang sangat nak buat nasi jagung...makan plak sedap.....


Bahan-bahan

6 cawan beras basmati  (rendam lebih 30minit dan toskan)
6 cawan air (cawan sukatan yang sama dengan beras)
1 cawan susu cair
1 tin jagung krim
sedikit garam

Bahan penumis

1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - dimayang
1/2 inci halia - dimayang halus
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak jagung (aku guna minyak zaiton)
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 helai daun bay

Cara memasak;

Panaskan butter dan minyak dalam periuk. Masukkan bahan penumis. Goreng hingga naik bau dan kekuningan kemudian masukkan air dan jagung krim. Bila dah mendidih masukkan susu dan akhir sekali beras basmathi dan sedikit garam. Masak hingga nasi kering. Kacau nasi selepas 20 minit nasi masak untuk elakkan nasi jadi patah.
 
Semasa buat nasi jagung, aku masak lauk kari kambing, ikan bawal sweet & sour dan salad....keluarga mertua datang dinner kat rumah malam tu...memang laju jer kami semua makan....:))

Monday 23 December 2013

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE, PV128, SETAPAK

Tergoda tengok salah seorang member di Facebook post gambar foods yang memang meleleh buat ku datang ke restoran Wadihana Islamic Steakhouse...lokasi amat mudah nak cari..bangunan bahagian belakang dari main road Jalan Genting-Klang sebelum KL Festival City , bersebelahan Khadijah Ibrahim Kitchen...yang penyanyi popular dedulu...sekaranpun masih popular....itu la bagusnya kalau share gambar foods kat facebook...kadang-kadang ada segelintir yang kata nak "show off" la tu makan best-best tapi  aku akan  ucap terima kasih kepada orang yang post gambar makan--makan or jalan-jalan kat facebook kerana ia akan bagi banyak idea mana nak pergi makan ni??? mana nak gi holidays ni??? betul tak....jadi jangan la berprasangka yang bukan-bukan yer....especially penulis blog...bukan senang tau nak buat blog..nak karang cerita untuk dikongsi bersama....hehehehe....
 
pandangan hadapan restoran.... di Bangi pun ada...

 Bahagian dalam restoran...cozy sangat...

Menu...
Ada banyak pilihan....dari starter hingga la ke dessert...larat tak larat jer nak makan...

Kalau pergi steakhouse memang Lime Jus ni jadi pilihan kami...RM4.90 satu gelas....kononnya nak potong lemak la....huhuhu...

 Starter....Oxtail Sup dalam roti....RM13.90....supnya very creamy....sedappp.....yang buat aku nak sangat order sebab aku memang pantang jumpa sup dalam roti macam ni....wajib aku order...:))
 
 Rocky Beef Nachos...RM12.90...tak terkata sedapnya....sampai aku lupa nak makan sup ekor dalam roti tu....sedappppp sangat....berebut-rebut makan dengan en.hubby....seakan-akan kulit pizza yang rangup...atasnya pula ada hirisan daging, jalepeno dan ntah apa lagi....tapi memang ohsem!!!!
klosap sikit......:)
 
See.......sekejap dah licin.....memang sedapppppp sangat....

 Main course plak sampai....Combo Avanza....RM39.90....memang sesuai untuk 2 orang....semua ada dalam ni...ada lamb....beef...chicken...salmon...doury fish...prawn....oyster.....zucchini...sosej...bawah telur tu ada nasi.....memang terseksa kami berdua nak habiskan......banyak gilerrrr.....
 

 Combo Avanza ni didatangi dengan 2 jenis sos...blackpepper and lemon...lemon sosnya memang sedap....

 Dalam keterpaksaan hanya ini yang tinggal....huhuhu...

 Sebab terlalu kenyang tak dapat aku nak buat pesanan untuk dessert...pada awal tadi teringin sangat nak makan cream brulee....tapi bila perut dah kenyang sangat  nampak brulee kat dalam cermin tu pun dah tak boleh tengok...aku nak beri pujian dengan Wadihana Islamic Steakhouse ini...pekerja restoran very polite and friendly....servis memang cepat....dan harga pun reasonable...akan kami kunjungi lagi sebab dekat jer dengan rumah.....:))

 

TEPUNG BOKO UBI KAYU..

Kalau sebut tepung boko mungkin ramai yang tak tau kan...tapi kalau orang Kelantan juga tak tau itu dah kira kes serius sebab ini salah satu kuih tradisi Kelantan...aku memang suka sangat makan kuih tepung boko ni....menurut kawan dari Kelantan, boko tu maknanya talam...tapi kuih talam yang lembut.....tak boleh potong..kalau nak makan kena ceduk dengan sudu....memang kuih favourite aku ni...kalau kat KL boleh cari kat Kedai Chunburi, Kg Baru, betul-betul di selekoh jalan, depan flat...memang sedap sangat kat situ...satu bungkus makan memang tak cukup...kebetulan keluarga mertua ada tanam ubikayu....asalnya nak ambik pucuk ubi jer..tapi tiba-tiba teringat nak cuba buat kuih tepung boko ubi ni...terpaksa la bapak mertuaku cabut ubi tu...hihihi....resepi ni aku ikut blog citarasawan yer....kalau tak salah Azlita masam manis pun ada....tapi disebabkan banyak ubi yang dah dicabut aku double kan resepi tu..
 
Bahan A
 
1 kilo ubi kayu
1 cawan gula (kalau kuat manis tambah la lagi yer)
50 gram tepung ubi
800ml air
10 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
 
Bahan B
 
400ml santan pekat
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
 
Cara menyediakannya;
 
Parut ubi kayu halus. Kalau ikut citarasawan, potong ubi kecil-kecil kemudian dikisar sama  sedikit air. Sebab aku ada kerajinan yang melampau aku parut jer semua ubi kayu tu, kemudian perah dengan kain bersih. Air yang diperah tu biarkan seketika, kemudian ambik pati yang mendap tu masukkan dalam adunan. Kisar daun pandan bersama air hingga halus dan tapis. Satukan semua adunan, kacau mesra dan kukus lebih kurang 1 jam atau hingga ubi dah masak berkilat.Tutup mangkuk adunan dengan aluminum foil supaya air kukus tak masuk ke dalam.
 
Satukan kesemua Bahan B. Masak dengan api perlahan sambil mengacau tanpa henti. Masak hingga adunan pekat.

Ini pati santan yang dah dimasak.... 

Pada masa yang sama aku buat kuah durian @ serawa durian...
 
Patut kuah durian makan dengan roti ni...
 
 Tapi bila kuah durian di makan bersama dengan boko ubi kayu rasanya lagi tambah sedap.....tak pepasal aku telah menderhaka pada  kuih tradisi ni....<)

Sunday 15 December 2013

RED VELVET CHEESE KEK LELEH....

Macam dah jadi trend sekarang plak Cheese Leleh ni....kalau tengok kat facebook ramai yang promote jual cheese kek leleh....ada yang kek biasa, kek pandan la...red velvet pun ada....bila tengok kebanyakkan resepi kek tu sama jer seperti kek biasa cuma yang specialnya sebab ada cheese yang meleleh.....en.hubby request suruh aku buat kek leleh ini dari last week....masalahnya aku dok cari cheese phildalphea tak jumpa-jumpa kat Seremban ni..kalau bab kek yang guna cheese aku memang tak nak guna brand lain...kureng sikit pada aku....Giant, Tesco, AEON Big semua aku pergi...tak ada jugak cheese phildalphea....Jumaat baru ni pergi Sogo nasib baik ada....kalau SOGO tak ada phildalphea something wrong la kan.....:))
 
 
Bahan kek
 
130grm butter
2 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan gula castor
3/4 cawan natural yogurt
1 1/2 cawan tepung                    )
1 sudu kecil baking powder        )
1/2 sudu kecil bicarbonate soda  ) satukan dan diayak
2 sudu besar serbuk koko           )
secubit garam
1 1/2 sudu kecil pewarna merah
 
Bahan cheese
 
250gram cream cheese
120grm  susu pekat manis
50gram whipping cream (tenusu)
1 buku cheddar cheese
 
Cara menyediakannya;
 
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180'C. Pukul butter dengan gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla, pukul tanpa henti. Masukkan yogurt dan pewarna, pukul perlahan sebati. Akhir sekali masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil gaul dengan spatula hingga habis. Masukkan dalam acuan kek, bakar lebih kurang 45 minit or sehingga kek sudah masak. Sejukkan kek terlebih dahulu kemudian baru potong pada 2 bahagian.
 
Untuk cheese, satukan kesemua bahan. Pukul hingga cheese jadi putih. Adunan ini agak cair yer.
 
Masukkan satu lapisan kek yang telah dipotong dalam caserol. Curahkan cream chese rata di atasnya. Tutup semula dengan lapisan kek yang kedua. Curah sekali lagi cream cheese kat atas kek, tutup semula. Akhir sekali parut cheddar cheese di atasnya.
 
 
Kek leleh ni sedap dimakan ketika sejuk-sejuk. Memang cair jer masuk dalam mulut. Memang ramai sangat penjual kek tengah promote kek leleh ini. Ada yang jual dengan harga RM9 - RM10 satu bekas plastic saiz standard tu. Ada untung ker yer? Kos buat kek ini agak tinggi...cream cheese phildalphea jer harga dah RM12++.....dan memang cukup-cukup untuk sebiji kek....hmmmmmm......mungkin mereka beli secara borong so dapt harga istimewa kan......:))

MUFFIN MAKARONI MOZARELLA

Dah lama jugak aku tak buat macaroni...tengok bahan semua ada terus ON la...kali ini aku buat dalam bekas muffin aluminium foil..dah lepas makan terus buang bekas...lagi satu senang nak adjust...kalau tak habis senang nak simpan....masuk semula dalam peti ais, tutup dengan cling plastic supaya tak masuk bau yang lain dan bila nak makan hanya panaskan dalam microwave seminit dua dah jadi sedap semula...
 
Bahan-bahan;

200grm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan)
200grm daging kisar
1/2 batang lobak merah - potong dadu
3 kuntum cendawan shitake - potong dadu
1 biji tomato - cincang
1/2 biji bawang besar - cincang dadu
3 ulas bawang putih  - cincang halus
1/2 capsicum merah - potong dadu
1/2 sudu kecil Italian herbs
1 sudu besar tomato sos
minyak zaiton untuk menumis
garam scukup rasa
Mozarella cincang secukupnya.

Cara menyediakannya;

Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang besar + putih hingga naik bau. Masukkan tomato cincang. Masak hingga tomato hancur, masukkan daging kisar. Kacau hingga daging jadi seperti serunding dan baru masukkan capsicum, lobak merah dan shitake. Bila dah agak layu masukkan Italian herbs, tomato sos dan garam secukupnya. Masukkan macaroni yang telah direbus awal dan gaul seperti masak mee goreng.
 
Panaskan oven dengan suhu 200'c. Masukkan macaroni goreng separuh dalam mangkok muffin. Taburkan dengan mozzarella cincang, tutup semula dengan macaroni goreng dan akhir sekali tabur semula mozzarella di atasnya. Bakar lebih kurang 10 - 15 minit.


Dah siap....

 Sedap makan ketika panas-panas.....hmmm....memang laju yer....:))
 

Wednesday 11 December 2013

QUEEN ANNE & CORELLE DAH SAMPAI DARI UK.....:))

Orang kata kalau rumah dah cantik pinggan mangkok pun kena cantik.....bukan aku kata yer...orang yang kata...hahahaha...padahal rumah aku tak la  secantik mana punnnn tapi aku memang minat sangat pada pinggan mangkok. Bila pinggan mangkok yang kita sukai terhidang atas meja walau masak lauk yang simple tetap berselera....ada auranya....bagi aku la yer...:)) dan aku suka sangat kalau di atas meja dihidangkan dengan set yang sama...kalau dahulu aku memang tergiler sangat dengan set Vantage....pantang dengar SOGO buat sales aku la orang yang pertama akan serbu Vantage outlet dalam SOGO tu...awal pagi dah berdiri depan pintu SOGO tunggu dibuka...hingga promoter Vantage SOGO tu dah cukup kenal dengan aku dan dia boleh bagi tau yang set ini akak belum adakan....hehehehe....bagi peminat Vantage, beli la di SOGO ketika sales...memang harga amat murah...kat Langkawi pun tak dapat harga seperti yang ditawarkan di SOGO...diingatkan sekali lagi....beli masa SALES yer...

Sebahagian  koleksi Vantage ku.....:))

Tapi semenjak beli Corelle di Langkawi seperti SINI awal tahun 2013 minat pada jenama ini makin menjadi-jadi. Nak beli Corelle kat SOGO memang tak mampu....mahal giler....kebetulan seorang sahabat lama yang menyambung pengajian di UK menghantar pesanan di Facebook bertanyakan berminat tak dengan barangan silver keluaran Queen Anne. Masa itu dalam kepala hanya terbayang Corelle sahaja.  Beliau akan pulang ke Malaysia kerana tamat pengajian.  Akhirnya aku buat pesanan Corelle dan Queen Anne. Baru sampai di Malaysia hari Ahad lepas...masih panas lagi yer...hihihi....

Aku memang tak familiar langsung dengan Queen Anne tapi bila sahabat ni bagi link website Queen Anne terus jatuh cinta. Kalau di Kuala Lumpur boleh cari di Wisma Cosway, Bukit Bintang. Nak jauh sikit kat Langkawi pun ada dijual. Nak tau harga yang dijual di Malaysia cuba tengok kat SINI .  Confirmed aku tak mampu nak beli....nak lagi mudah beli secara online or pergi sendiri kat UK kalau ada rezeki berlebihan. Kalau di UK, Queen Anne ni amat popular berkurun lamanya dengan silver yang berkualiti..original made in England...:)

 2 set double casserole + 1 oblong casserole...cantik sangat.....I really love its!!!

 Tray ni dapat percuma sebab beli 3 set seperti di atas....terima kasih banyak yer...:)


 klossap sikit yang double caserol warmer ni.....memang sedap sangat mata memandang...:))
 Caserole ini boleh masuk dalam oven yer...microwave lagi la boleh....ruang pemanas ada dibawah...just letak lilin jer...:))

 sweets sangat........tak tau nak cakap memang teramat suka....:))
 single caserole....
 sesuai sangat kalau nak isi kuih muih dalam ni...tak pun spagethi ker....or apa-apa ajer pasti menarik!!

 en.hubby pun suka sangat......isteri dia lagi la terlebih suka...hehehehe....
 
Walaupun dah ada set Corelle untuk 12 orang tetamu , aku sangat teruja dengan set Corelle City Block design yang baru sampai ini. Aku sengaja pilih design yang simple tapi amat menarik bagi aku dan en.hubby...black & white...nampak esklusif tak?? hehehehe....jika tengok Corelle website di US, City Block design ini di antara 5 design yang paling popular di sana sempena Christmas yang hampir tiba....maybe orang di US tak suka yang bunga banyak sangat kot...kalau kat Malaysia memang tak ada design ini melainkan anda beli secara online or pergi ke luar negara.
Ada 76 biji dalam set ini...setiap satu jenis semua ada 12 biji...set lengkap untuk 12 orang tetamu bermula dengan breads, main course till dessert....disertakan juga dengan 2 biji mangkok besar  (mangkok nasi la tu kannnn) dan 2 biji pinggan hidang. Memang berbaloi-baloi sangat......set yang lengkap!!!!




 

 
Jika datang sekali dengan tea set lagi baguskan....in sha Allah...kalau ada rezeki lebih bila-bila boleh pergi ke Langkawi sambil jalan-jalan cari makan untuk "pure white" or "winter frost" design...dan baru boleh matching kannn...sebab yang ini kena beli secara loose item...dalam banyak-banyak penjual Corelle online aku amat tertarik dengan blog Pinggan mangkok meriah. Harga yang ditawarkan berpatutan, lebih kurang di Langkawi....tolak kos penginapan, duit minyak dan sebagainya memang lagi murah beli secara online di www.pingganmangkukmeriah.blogspot.com

Hanya satu design Corelle lagi yang amat aku idam-idamkan...Provence Garden.....:))
Cantikkannnnnnnnnnnnnnnn.....................:))
>
>
>
Tapi en.hubby dah bagi warning......mana nak simpan??????????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...