Macam dah jadi trend sekarang plak Cheese Leleh ni....kalau tengok kat facebook ramai yang promote jual cheese kek leleh....ada yang kek biasa, kek pandan la...red velvet pun ada....bila tengok kebanyakkan resepi kek tu sama jer seperti kek biasa cuma yang specialnya sebab ada cheese yang meleleh.....en.hubby request suruh aku buat kek leleh ini dari last week....masalahnya aku dok cari cheese phildalphea tak jumpa-jumpa kat Seremban ni..kalau bab kek yang guna cheese aku memang tak nak guna brand lain...kureng sikit pada aku....Giant, Tesco, AEON Big semua aku pergi...tak ada jugak cheese phildalphea....Jumaat baru ni pergi Sogo nasib baik ada....kalau SOGO tak ada phildalphea something wrong la kan.....:))
Bahan kek
130grm butter
2 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan gula castor
3/4 cawan natural yogurt
1 1/2 cawan tepung )
1 sudu kecil baking powder )
1/2 sudu kecil bicarbonate soda ) satukan dan diayak
2 sudu besar serbuk koko )
secubit garam
1 1/2 sudu kecil pewarna merah
Bahan cheese
250gram cream cheese
120grm susu pekat manis
50gram whipping cream (tenusu)
1 buku cheddar cheese
Cara menyediakannya;
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180'C. Pukul butter dengan gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla, pukul tanpa henti. Masukkan yogurt dan pewarna, pukul perlahan sebati. Akhir sekali masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil gaul dengan spatula hingga habis. Masukkan dalam acuan kek, bakar lebih kurang 45 minit or sehingga kek sudah masak. Sejukkan kek terlebih dahulu kemudian baru potong pada 2 bahagian.
Untuk cheese, satukan kesemua bahan. Pukul hingga cheese jadi putih. Adunan ini agak cair yer.
Masukkan satu lapisan kek yang telah dipotong dalam caserol. Curahkan cream chese rata di atasnya. Tutup semula dengan lapisan kek yang kedua. Curah sekali lagi cream cheese kat atas kek, tutup semula. Akhir sekali parut cheddar cheese di atasnya.
Kek leleh ni sedap dimakan ketika sejuk-sejuk. Memang cair jer masuk dalam mulut. Memang ramai sangat penjual kek tengah promote kek leleh ini. Ada yang jual dengan harga RM9 - RM10 satu bekas plastic saiz standard tu. Ada untung ker yer? Kos buat kek ini agak tinggi...cream cheese phildalphea jer harga dah RM12++.....dan memang cukup-cukup untuk sebiji kek....hmmmmmm......mungkin mereka beli secara borong so dapt harga istimewa kan......:))
No comments:
Post a Comment