Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Thursday 15 November 2012

DURIAN CREAM PUFF...

Durian lagi??? hahahaha...last stok....hari ni mesti habiskan jugak....esok dah ke Kedah sampai weekend....kebetulan hari ini ayah aku datang ke rumah sebab esok akan ikut ke Kedah juga sempena pernikahan cucu lelakinya...sebelum bertukar menjadi tempoyak baik aku buat sesuatu....sebelum aku ada blog ni aku pernah buat cream puff berinti kastard...masa tu pernah terfikir kalau letak filling durian mesti sedap...hari ini aku realisasikan apa yang aku idamkan dulu....fuhhhhh...ternyata...marbelossssssss...

Bahan-bahan;
50grm butter
100ml air
60grm tepung (diayak)
2 biji telur
Cara menyediakannya;
Panaskan oven dengan suhu 200'C.Potong kecil butter, campurkan bersama air, masak dengan api sederhana.
Sementara itu ayak tepung dan pukul telur dengan garfu dalam mangkok berasingan.Bila butter dah cair kuatkan api sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan tepung, kacau cepat-cepat.
Masak semula tepung yang dikacau tadi hingga nampak bawahnya ada keping-keping dan masukkan telur yang dah dikacau sebelum ini cepat-cepat.Kemudian masukkan dalam piping bag. Aku gunakan nozel bentuk bintang.

Alaskan dulang pembakar dengan aluminum foil. Gris sedikit dengan butter. Adunan ni boleh dapat 12 biji puff kalau saiz sepereti gambar ini.
Bakar lebih kurang 30minit dengan suhu 200'C sehingga puff bertukar warna keemasan.
Dah masak...sejukkan dahulu...
Setelah sejuk belahkan puff ni tapi jangan sampai putus untuk masukkan filing. Hiaskan dengan taburan gula aising or snow powder.
Bahan-bahan untuk filing;
1cawan isi durian - lenyek halus
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula halus
1 cawan susu segar.
Campur kesemuanya dan masak atas api sederhana, kacau tanpa henti hingga jadi pekat. Angkat dan sejukkan.
Kastard durian ni makan dengan roti pun sedap...:))

CREPE DURIAN 2ND VERSION...

Crepe durian lagi??? wowowowo....tengah ngetop skarangkan.....tu yang asyik nak buat jer....aku ni pun bila buat sesuatu ikut musim....kalau musimnya durian..so durian ajer la yang akan ku terfikir nak buat...hehehhee...aku buat  semalam untuk aku sedekahkan kat beberapa orang yang rapat dan teman sekitar Seremban ni...resepi kat bawah telah ku adjust sedikit....dan aku rasa yang ini crepe dia lagi cantik dan tak mudah koyak....masak diapun sekejap dah siap...dan yang penting kedua belah crepe boleh digunakan...tak hangus...

Bahan-bahan;
 
150gram tepung
4 sudu besar tepung ubi
3 biji telur
2 sudu besar butter
120ml susu segar
460ml air
3 sudu kecil esen vanilla
6 sudu besar gula aising
pewarna
Whipping cream
Durian secukupnya...
 
Cara membuatnya sama seperti di sini.

Kalau dulu selepas setiap satu crepe yang telah masak aku akan letakkan dalam setiap piring tapi kali ini tak lagi....tengok ni....
Tak melekat antara satu sama lain....dah expert la kononnya....hahahahaa...tak payah dah aku nak cuci banyak pinggan....so tak sia-sia kalau rajin buat selalu hasilnya pun makin cantik dan sedap....:))


BREAKFAST SIMPLE....cepat dan mudah...

Salam Maal Hijrah semua....sempena pagi yang dingin ni (tiba-tiba jadi skima plak aku...hehhehe) aku sediakan sarapan yang paling mudah untuk Encik Suami...simple tapi lengkap semua...ada protin...ada karbohidrat...dan ada apa lagi yer??? aku pun tak tau nak sebut tapi yang aku tahu hidangan yang dah cukup lengkap....cuba ko orang tengok sendiri..lengkap ke tak lengkap?? Sebenarnya kurang satu...tak da roti...bila aku dah buat semua nak bakar roti baru teringat roti dah abis...hmmmm.....makan jer la apa yang dah masakkan....hahahahhaa...


Nak buatnya memang mudah..lihat ni cara nak menyediakannya untuk hidangan one plate di atas
 
1 keping burger daging (aku suka Ramly)  - dipanggang
I biji telur - goreng mata
Kentang Putar
Daun salad secukupnya
Cili Sos & Mayonis - makan bersama baru sedap..
 
Resepi Kentang Putar;
 
5 biji kentang - kupas kulit, cuci, rebus dan lenyek halus
1 sudu butter
1/2 cawan susu segar (agak2 dulu)
2 sudu besar mayonis
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam or lada sulah
 
Cara membuatnya;
 
Lenyek kentang sampai lumat ketika panas-panas. Masukkan mayonis..gaul lagi...kemudian masukkan susu sedikit2, kemudian butter dan baru la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa...hidangkan dalam pinggan....
 
Makan bersama dengan mayonis dan cili sos...lupa plak aku nak ambik gambar hidangan ni dengan sosnyer....hmmm..tapi mesti la makan dengan sos kan....baru sedap.....nampak simple...tapi amat mengenyangkan walaupun tak ada roti....tak cayer..cuba la....:))



Tuesday 13 November 2012

SHEPHERD'S PIE DAGING MOZARELLA

Hari ini Seremban hujan dari tengahhari hingga ke petang non stop....bila sejuk-sejuk perut asyik nak minta diisi sajer...nak makan macam-macam...terbaca blog Cahaya Cintaku...ada buat shepherd pie daging...nampak macam menarik sangat....so terus dapat idea nak mencubanya.....tetapi resepi dari blog Cahaya Cintaku telah ku ubah sedikit mengikut citarasaku..hehehehe....

 
Bahan-bahan;
1kg kentang (aku sebenarnya tak timbang..agak2 jer)
1 cawan susu segar (ini pun agak2)
2 sudu butter lembut
lada sulah secukup rasa
Shereded Mozarella secukupnya
mangkok kecil - aku guna aluminium foil yang kecil jer..dah makan senang buang...
 
Intinya plak;
 
300 gram daging kisar
1 biji bawang holland (bawang biasapun ok)
3-4 ulas bawang putih
2 biji tomato
3 kuntum shitake mushroom
1 botol kecil sos spagethi
sedikit minyak zaiton untuk menumis (tak da minyak zaiton, minyak biasa pun ok)
 
Cara membuatnya;
 
Kupas kulit kentang, potong dadu.
Rebus kentang sampai empuk. Kalau potong kecil cepat masak sikit, kemudian toskan. Lenyekkan kentang ketika panas-panas sampai teskturnya jadi halus. Masukkan susu segar perlahan-lahan hingga menjadi seperti kentang putar. Kemudian masukkan lada sulah, gaul sebati dan baru lah masukkan butter. Gaul sebati semula. Aku tak letak garam sebab lada sulah dah ada perisa. Ketepikan.
 
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong dadu hingga layu.Masukkan tomato dan shitake mushroom. Masak hingga tomato dah jadi hancur.
Masukkan daging kisar, kacau mesra hingga daging kisar bertukar warna.
Kemudian baru la masukkan sos spagethi.
Masak hingga sos menjadi pekat, angkat dan ketepikan. Inti daging ni aku tak letak garam kerana sos spagethi dah cukup rasa.
ini la dia kentang putar dan inti daging yang dah siap..
 
Panaskan oven terlebih dahulu 180'C. Isikan kentang putar dalam mangkok kecil untuk bahagian bawahnya dulu..ratakan...guna belakang sudu teh lagi senang..
Masukkan inti daging....letak bebanyak sikit...baru best...nak makan sendiri jangan kedekut....hehehe..
Tutup semula dengan kentang putar tadi...
tutup rapat-rapat..takut nanti isi dia melelh keluar plak...tak cantik...
taburkan shreded mozarella di atasnya...
lagi banyak letak lagi sedap...bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga atas pie dah menjadi golden brown....
dah siap.....makan ketika panas-panas....wallaaaaaaaaaaaaa....memang sedap....!!!
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday 12 November 2012

CREPE DURIAN....

Tak tahan tengok kawan-kawan di Facebook yang post crepe durian..nampak begitu comel dan menyelerakan...sebab dah tak tahan godaan tengah hari tadi terus ajak Encik Hubby  ke Giant Senawang nak beli durian..ntah apa nasib malang yang setiap kali ke Giant mesti ada durian hari ini tak jual la plak...ishhh.....bila dia tahu aku nak dia tak ada plak.... durian tak ada macam mana nak buat...terus berpusing cari durian kat tepi-tepi jalan Senawang ni....alhamdullillah....ada 2 buah lori jual durian...just nak pilih jer yang mana nak...
 
Resepi crepe durian ni ada pelbagai jenis...ada yang gunakan santan kelapa dengan tepung sahaja...dan ada yang gunakan susu segar...kalau ikutkan dengan santan lagi senang tapi sebabkan aku malas nak meramas kelapa so aku guna susu segar jer...kebetulan susu segar ni ngam-ngam untuk crepe ni....seperti biasa aku akan ubahsuai resepi yang sedia ada....hehehehe...
 
Bahan-bahan;
 
150gram tepung gandum
3 sudu besar tepung ubi
2 biji telur Gred A
120ml susu segar
480ml air
1 sudu besar esen vanilla
6 sudu gula halus (aku guna gula aising jer)
2 sudu besar butter - cairkan terlebih dahulu
pewarna ikut suka
 
Cara membuatnya;
Ayak tepung gandum dan tepung ubi bersama. Gaulkan bersama gula castor/aising mesra.
Masukkan susu segar. kacau rata dengan whisker.
 
Pukul telur dengan garfu jer...tak payah kembang kemudian masukkan dalam adunan.
Masukkan esen vanilla. kacau mesra lagi.

Kemudian masukkan air 480ml. Aku punya sukatan kecik..so kena isi 3 kali....kemudian masukkan butter yang telah dicairkan terlebih dahulu dan pewarna ikut suka kemudian tapiskan adunan dalam mangkok yang lain...(macam mana aku boleh lupa ambik gambar adunan yang dah siap bancuh ni tadi....:((...)
Goreng atas non stik pan dengan api yang paling kecil sekali...Guna senduk kecil kemudian bentukkan bulat gunakan bawah senduk...jangan terlalu nipis dan juga terlalu tebal..aku masak kiri kanan...cepat sikit siap...bila dah masak cungkil bahagian tepinya dengan sudu kemudian angkat non stik sekali dan terbalikkan crepe atas pinggan. Biar crepe jath sendiri untuk mengelakkan terkoyak. Lebih baik setiap satu crepe yang telah masak satu pinggan untuk mengelakkan crepe melekat antara satu sama lain semasa panas...memang banyak la pinggan nak kena cuci yer...
 
ni la durian yang aku beli kat Senawang tadi...durian tembaga..sekilo RM12..aku tak tau la murah ke mahal...nak guna buat crepe ni sebiji jer tapi tak faham kenapa beli sampai 4 biji...hahahhaha...
hasil dari satu biji durian....keluarkan bijinya dan lenyekkan sedikit dengan menggunakan garfu...ala-ala mcm buat tempoyak gitu....
untuk sediakan whipping cream plak...1 cawan non dairy whipping cream...pukul hingga kental...non dairi cream ni tak payah campur gula...dah manis....
sudukan sedikt whipping cream di tengah-tengah crepe, letak durian dia atasnya dan tutup semula dengan whipping cream. Lipat kiri dan kanan crepe dulu kemudian tarik sedikit bahagian hujung kiri kanan dan lipat kemas. Masukkan dalam mangkuk kertas kalau nak cantik laa...
first time buat...lipatan tak berapa cantik....tak kisah la kan...untuk makan sendiri....
dari pandangan hadapan....
 
Dari resepi ini boleh dapat lebih kurang 25 biji crepe. Setelah siap semua masukkan dalam frigde...sedap sangat bila makan sejuk-sejuk...Encik Hubby sekali makan 5 biji....memang sedap sangat katanya....buatnya pun mudah yang penting ada durian....
 
Lebihan whipping cream tadi aku buat ni plak....jangan membazir beb.......
dah banyak makan durian kan.......so makan la stroberi untuk buang kolestrol durian.....hahahahhaha.....byeee......
 
 
 
 
 

Thursday 8 November 2012

MY MINI GARDEN....

Orang kata kalau tak berbudi kepada tanah tak dapat hasilnya walaupun dengan keluasan sekangkang kera...kalau tanam sayur dapat masak sayur...tapi kami tanam pokok bunga....so dapat kepuasan pada mata memandang dan hati pun senang bila tengok kehijauan....walaupun tanah yang ada hanya luas sekangkang kera tapi nak mengerjakannya bukan la mudah....kena clearkan dahulu mana pokok-pokok yang dah tak minat...projek memindahkan semua pokok-pokok lama dan tanam yang baru ini bermula pada 18hb Julai 2012....

laman yang lama....
pokok bunga ros jadi mangsa pertama....kesian...terbaring kat lantai...

terbarai semuanya.....

semua angkut keluar.....
Encik Hubby nak semua hijau....mula dengan pokok heliconia...satu pasu RM25...since pokok bunga ros aku dah tak boleh tanam semula sebab akar semua dah putus kena la ganti yang baru...3 pasu sekali beli...3 warna...pink..oren dan merah....satu pasu RM13...
ini lagi jelas....ada 3 jenis pokok ros aku....beli memang dah ada bunga....senang.....tanam jer bunga dah ada....hehehehe....
Rumput mutiara...sekeping RM2...nampak tanah macam kecik jer...bila dah susun rumput ni hampir 50 keping diperlukan....
mula susun rumput mutiara....
<>
<>
<>
<>
HASIL SELEPAS 3 BULAN...


dah tinggi melepasi tembok.....
bunga ros ni dari mula beli sampai sekarang sentiasa berbunga....alhamdulillah...
 
 
semua dah besar dan tinggi..
 
Pokok ros pun nak meninggi jugak....
rumput mutiara menghijau rata...
 
Orchid corner....dalam pasu tu semuanya orkid jenis golden shower....bila la agaknya nak berbunga....lama dah aku tunggu......:((
yang ni baru nak belajar berbunga....rajin-rajin la belajar...nanti boleh keluar bunga banyak lagi.....
 
aku suka pokok ni....daunnya sentiasa berkilat...nampak gaya pasu ni pun
 dah kena tukar...dah terlalu padat....
 
akhir sekali...pokok kunyit...baru tukar pasu...entah berapa kali tukar pasu agaknya.....tapi dia tetap berbakti kepadaku terutama bila aku nak masak rendang.....walaupun bertukar pasu selalu alhamdulillah tetap hidup.....:))
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...