Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 23 June 2014

NUTELLA MUFFIN.....simple but very delicious.....

Salam semua....cerita petang semalam....minum petang dengan kawan-kawan yang duduk berdekatan dengan rumah....hajat sebenar nak berbincang pasal aktiviti reunion...tapi jadi macam jejak kasih plak ....hihihihi....kecik jer dunia ni...kawan lelaki yang duduk sebelah taman bawak isterinya...manakala kawan perempuan pulak bawak suaminya....bila sampai jer tak sangka plak suami kawan ni berjumpa dengan kawan lama sekerjanya dulu iaitu isteri kepada kawan yang duduk berdekatan....bila suami kawan ni borak dengan en.hubby plak....borak punya borak  rupanya ada plak bau-bau bacang.....meeting untuk reunion dah jadi meeting jejak kasih la plakkkk....hihihihi....as usual aku sediakan juadah minum petang....laksa johor dan nutella muffin yang teramat ringkas tapi ohsem.... :)
 

Bahan-bahan;

1 cawan nutella
2 biji telur
10 sudu besar tepung naik sendiri

Cara memasaknya;

Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170'C. Satukan nutella dengan telur. Putar hingga adunan kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit , gaul rata dengan spatula. Masukkan 3/4 adunan dalam mangkuk kertas.

Untuk lagi senang aku suka masukkan adunan dalam piping beg so adunan tak melekeh kat mangkok kertas.Bakar lebih kurang 17-20 minit.
Sambil makan sambil borak...hihihihi
 
Nutella Muffin ni memang sedap sangat...jika anda penggemar coklat memang sesuai laaa.....teramat mudah untuk membuatnya.....jika ada tetamu datang emergency ke rumah boleh la cuba resepi ini sekira cukup bahan-bahannya....

Monday 16 June 2014

RENDANG AYAM KAMPUNG DAUN PUDING HITAM...istimewa dari Kuala Pilah

Salam semua....merendang aku Ahad semalam...minggu lepas balik kampong...ayah  ada bagi 2 ekor ayam kampung dah siap salai....memang kalau nak original ayam kampung kami balik la sekejap....ayah aku memang bela agak banyak jugak....bukan untuk dijual tapi untuk anak cucu dia jer....semua suka sangat dengan ayam kampong..saper yang balik kampong paling sikit 2 ekor mesti ada bawak balik...hihihihi....so semalam baru berkesempatan aku masak....en.hubby pun dah sound....pokok pudding dia tanam bertambah rimbun...tak nak ambik ker....hihihi...ada 4 pokok pudding hitam kat rumah tu....so jadi la rendang ayam kampong pudding semalam

Untuk resepi rendang ini sila klik kat SINI.
 Ini la dia daun pudding hitam ..kalau nak masak ambik daun yang lembut sahaja...


Memang sedap sangat rendang ayam campur dengan daun pudding ini...rendang berbau sangat harum....semalam bagi semangkok pada jiran berdekatan..siap tanya..rendang ni letak minyak wangi ker?? hahahaha....masakan ini amat popular di kawasan Kuala Pilah...kalau lalu di kawasan kampong area Kuala Pilah kebanyakan rumah ada tanam pokok pudding ini...biasanya mereka akan guna itik salai ..ayam pun sedap....kalau tak ada ayam kampong, ayam pencen pun boleh jugak....
Selamat Mencuba!!


 

CENDAWAN KUKUR GORENG BERCILI

Cendawan kukur lagi??? hahahhaha.....memang selagi tak habis cendawan jadi piliha utama....syiokkkkk abis tuuu...versi goreng bercili plak....dengan cendawan kukur ni macam-macam menu boleh buat....semalam ingat nak buat pizza cendawan kukur....tak sempat plak...kalau tak ada lagi satu menu pizza cendawan plak...bulan Jun ini boleh dipanggil bulan cendawan kukur....hahahaha....versi goring cili ini aku masak jumaat malam minggu lepas....balik rumah seremban..paling cepat dan ringkas tapi amat menyelerakan.....
 
 
Bahan-bahan;
 
200grm cendawan kukur - rendam sebentar, cuci dan toskan
1 gengam ikan bilis
10 biji cili padi**
2 biji cili besar merah**
4 ulas bawang merah**
1 ulas bawang putih**
1 batang serai - dititik
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1/2 cawan air
 
Cara memasaknya;
 
Kisar kering kesemua bahan bertanda **. Kemudian masukkan ikan bilis dalam bekas bahan yang telah dikisar, tekan dalam 5 saat jer..so ikan bilis tak akan hancur semua. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar dengan memasukkan serai yang telah dititik. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan cendawan kukur. Gaul sebati dan masukkan air. Bila cendawan dah agak lembut, angkat dan hidangkan. Jangan lupa letak garam secukupnya.


 
Sedap sangat makan dengan nasi panas. Nak lagi sedap goreng ikan masin especially ikan sepat masin...wallaaaaa....................tak payah tengok lauk lain daaa....cukup 2 lauk....layannnnnn...:))

GULAI SIPUT SEDUT CENDAWAN KUKUR....ohsem......meleleh....

Masih lauk bertemakan cendawan kukur......yeahhhhh.....selagi stok cendawan ada memang tak jemu nak makannya....kali ini aku gulai bersama dengan siput sedut pulak....memang lenguh aku nak mengerjakan siput ni.....kena cuci banyak kali sampai semua lumpur hilang....pastu nak potong plak satu-satu...memang leceh betul....tapi kalau benda yang leceh ni la yang masak bila makan lupa dirikan.....biasanya orang masak siput dengan sayur keladi..tapi sebab aku tak tahan gatal nak siang keladi so keladi memang tak pernah masuk ke dalam dapurku....kalau terasa nak makan keladi aku makan kat luar....hihihii....ok....sambung balik citer siput dengan cendawan ni...siput ni dah laa manis kan...campur plak dengn cendawan.....bertambah-tambah manis jadinya.....mari tinjau resepi....
 
 

Bahan-bahan;
 
1 kilo siput sedut
250gram cendawan kukur
25 biji cili padi       )
1 inci kunyit hidup  ) dikisar
3 batang serai dititik
4 biji bawang merah - dihiris
2 biji kelapa - ambik santannya
1 keping kecil asam gelugor
garam secukup rasa
 
Cara memasaknya;
 
Bersihkan siput dibawah air paip mengalir. Cuci sampai air dalam bekas siput tu jadi jernih. Kemudian potong ekornya. Cuci bersih lagi dan toskan. Bersihkan cendawan dan toskan. Satukan siput dan cendawan dalam periuk. Masukkan kesemua bahan kisar, santan, bawang yang dihiris, serai dan asam gelugor. Masak atas api sederhana. Kacau selalu supaya tak pecah minyak. rasa garam secukupnya.


Paling leceh nak bersihkan...perlukan banyak kesabaran!!!
 
 
Senang jer kan nak masak siput ni....satukan jer semua...
 
Bila masak gulai siput sedut dengan cendawan , aku tak payah masak lauk banyak..nanti tak dapat nak menikmati sepenuhnya.....aku goreng udang galah kunyit dah cukup....
 
Siap packing untuk jiran terdekat dan keluarga mertua...yer la kan...bukan senang nak dapat cendawan kukur ni.....rezeki yang ada lebih baik untuk dikongsi bersama......memang sedap sangat....orang kata mertua lalu kat belakang pun tak perasan kalau makan gulai siput sedut cendawan ni!!!!!

RENDANG AYAM BEEHOON ....masakan popular orang Gemencheh, N.Sembilan

Rendang Ayam Beehoon??? Bunyi macam pelikkan??? hihihi...selain dari rendang sayur maman yang semua orang memang dah tau sangat , rendang beehoon ni salah satu menu special orang Gemencheh, Negeri Sembilan....tak sangka kan beehoon pun boleh jadi lauk yang sedap untuk dimakan bersama dengan nasi...selalunya kalau musim raya rendang beehoon ni wajib ada kat Gemencheh....kadang-kadang ada jugak yang masak masa kenduri kendara....biasanya mereka akan gunakan itik salai...itu la yang original....kalau tak pun ayam pencen atau ayam kampong...tapi kalau dah tak ada ayam bandar pun ok..mari tinjau resepi...



Bahan-bahan; (untuk 2 - 3 orang)

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
100 gram beehoon
1 biji kelapa - ambik santannya
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
1/2 inci lengkuas      )
3 biji bawang merah ) kisar
2 ulas bawang putih  )
2 batang serai dititik
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Rendamkan beehon terlebih dahulu hingga lembut dan toskan. Bersihkan ayam dan toskan. Tumbuk lumat ketumbar. Satukan rempah kari dengan cili kisar serta ketumbar. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai yang dititik. Bila dah naik bau masukkan campuran cili kisar, rempah kari dan ketumbar. Kacau hingga rempah terbit minyak kemudian masukkan ayam dan santan. Bila kuah dah pekat dan hampir kering masukkan kerisik, gaul mesra, rasa garam secukupnya dan akhir sekali masukkan beehoon. Kacau hingga beehoon lembut seperti goreng behoon.


 
Kalau musim raya  sedap dimakan bersama denga nasi impit ....yang penting kerisik, ketumbar dan lengkuas wajib ada yaa...itu yang menjadikan rendang ayam beehoon ni istimewa..berbeza dengan makan beehon goreng....selamat mencuba!!!

CENDAWAN KUKUR LEMAK CILIAPI...

Salam semua....pernah makan cendawan kukur? Ada yang panggil kulat sisir....bila makan cendawan kukur ini mesti teringat nostalgia masa zaman kanak-kanak....dulu-dulu masa kat kampung selalu jugak ikut aruah mak kutip cendawan kukur kat pokok kayu getah mati...memang cendawan kukur ni paling suka tumbuh kat pokok kayu yang nak mereput....aruah mak selalu masak lemak cili api atau goreng cili....tapi sekarang ni mana la nak jumpa kayu getah lagi kat kampung..semua pokok getah dah kena tebang....ganti dengan pokok sawit...pokok sawit yang sedang keluarkan hasil...takkan nak potong pokok sawit plakkan??? hahahahaha...kalau pergi pasar tani kat Seremban tu ada jugak jumpa cendawan kukur  ini tapi mahalnya ya Allah....satu tin sardine kecil tu RM2 tau...tak padat pun....pernah beli 2 tin bila masak dapat semangkuk kecil jer...kalau betul-betul mengidam ok laa kan...mari tengok resepi dulu pastu aku akan bagitau kat mana aku dapat cendawan kukur ini yer..bila terima jer terus masak lemak ciliapi dulu...


Bahan-bahan;

200gram cendawan kukur
25 biji ciliapi - ikut pedas masing-masing la yer )
1/2 inci kunyit hidup                                          ) dikisar sama
1 gengam ikan bilis
1 biji kelapa - ambik santannya
3 biji bawang merah - dihiris
2 batang serai - dititik
1 keeping kecil asam gelugor
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Bersihkan cendawan kukur dan toskan. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana, kacau selalu agar santan tidak pecah minyak. Rasa garam secukupnya. Dah siap...senang jer kannn..... :)

 
Cendawan kukur yang aku beli in bukan la yang tumbuk dikulit kayu tu yer...ini adalah cendawan moden yang ditanam sendiri sama seperti pembuatan cendawan tiram dan sebagainya. Jangan risau mengenai keasliannya kerana memang tidak ada beza malah rasanya lebih manis dari cendawan kukur yang dikutip dari batang kayu reput tu....bila masak lemak begini kuahnya rasa seperti masak gulai cendawan busut...manis....lagi satu cendawan kukur yang ditanam sendiri lagi bersih....jimat masa untuk memasak...tak perlu nak rendam lelama dan nak buang sisa-sisa kulit kayu yang melekat tu..jika berminat untuk mendapatkan cendawan kukur bagi kawasan Kuala Lumpur boleh hubungi sahabat saya yang begitu bersemangat mengusahakan projek cendawan kukur ini..Encik Rosli Halip di talian 0133998787..ada beberapa resepi cendawan kukur lagi akan menyusul yer....tungguuuuu......:))

Friday 13 June 2014

BUJANG FIREFLY, BANDAR PENAWAR, JOHOR

Masih sambungan cerita di Desaru....seperti selalu bila sampai di Pulai Desaru Beach Resort & Spa aku akan check in di facebook atau foursquare....tup tup anak buah ku kata beliau pun ada di Johor Bahru....tu la bagusnya kalau kita bagi tau rakan-rakan di media sosial ini...mana yang dekat terus boleh jumpakan....so anak buah aku ajak dinner sama.....cantik laa...memang kami pun tak ada idea nak dinner kat mana....paling mudah dinner kat hotel jer kalau kami berdua....beliau cadangkan dinner di tempat berdekatan dengan resort kami menginap....Bujang Firefly....yesss...selepas aku baca beberapa blog mengenai Bujang Firefly aku pun setuju pergi ke sana...

Menurut beberapa blog yang aku baca Bujang ini nama tuan punya restoran....restoran plak sebelah tempat pembiakkan kelip-kelip....tu yang jadi nama Bujang Firefly....atau restoran terapung
Sebab apa sesuai nama restoran terapung...gini...nak ke restoran ada jambatan kayu disediakan...agak seram jugak aku nak melangkah..sebab bergoyang..makin aku takut makin kuat en.hubby gegar...ishhhhh.....anak buah aku..mak buyung....risau aku tengok dia jalan kat jambatan ni.....
 
Depan jambatan dah nampak signboard ni...mana nak pergi...surau? toilet?? hihihi
 
Masuk terus cari meja....


Sambil tunggu makanan sampai..layan dulu bot-bot yang bawa penumpang melawat firefly..dengarnya pada siang hari bot ini digunakan untuk pemancing ikan plak...
Satu menarik kat sini menu dah disediakan dalam bentuk set..set untuk 2 orang..4 orang..6 orang..pilih jer...aku tak dapat nak ambik gambar menu sebab pekerja yang ambik order ni macam askar..suara garang giler dan amat serius....nak tanya lebih-lebih jadi malas..kang silap2 kena tampo..huhuhuhu..kami buat pesanan set yang 4 orang... air tembikai ni dah termasuk dalam set 4 orang makan....pilih jer air apa nak sebenarnya...ikut suka..
Ketam goreng telur bercili..not bad...sedap...
Sayur campur...boleh tahan laaa....tak der la kobis jer banyak..macam-macam sayur ada...
Sup ayam pedas...menu asal tomyam...tapi kami tukar ke sup ayam..takpedas langsung pun...




Ketam blackpepper plak...lagi sedap dari awal tadi...
Butter prawn..paling special...memang aku tabik spring la dengan orang yang buat ni...cantik...halus....memang ohsem sangat!!!

Siakap Halia Kukus..anak buah aku kata sedap...aku tak makan....aku syok layan udang dengan ketam jerr....
ini la semuanya dah sampai....tapi nasi tu kami tambah lagi untuk 2 orang....jadi nasi untuk 6 orang
 
Selesai.....
 
Syukur alhamdulillah...memang kekenyangan kami semua di buatnya..banyak meratah seafood....dan yang paling buat kami lagi terasa kenyang kos kesemuanya hanya RM120 untuk 4 orang makan!!!! Memang teramat berbaloi-baloi...dengan ketam..udang..ikan...huhhh......mana nak dapat harga macam tu dengan 4 orang makan kan??? Rasa pun sedap......memang boleh kunjungi lagi....inshaAllah.... :)




 

Thursday 5 June 2014

PULAI DESARU BEACH RESORT & SPA, JOHOR

Selepas kenduri kahwin di Tangkak kami teruskan perjalanan ke Desaru... hampir 2 jam juga kami nak ke sini...sepanjang perjalanan cuaca tak menentu....sekejap ok sekejap hujan..


Syukur Alhamdulillah...akhirnya kami selamat sampai di Pulai Desaru Beach Resort & Spa...

Resort yang luas dan besar....
 As usual sampai terus check in....konsep open air ...semua kakitangan sentiasa tersenyum dan begitu sopan sekali melayan tetamu hotel....
ruang lobby..pandangan dari atas....sangat santai.....ada beberapa pool table disediakan...tak boleh nak ambik gambar....sentiasa ada orang jer yang menggunakannya....
Hiasan lampu-lampu besar yang menarik...
yes...dah dapat bilik....sangat luas......ada dua sofa turut disediakan untuk berehat...
banyak plug point disediakan..senang la nak caj phone ker...laptop ker...
 bilik kami mengadap swimming pool....
cantik sangat view dari bilik ...dihadapan pool adalah pantai.....
Toilet yang luas...ruang solek yang berasingan dengan bilik mandi
tab mandi diluar..di dalam ni juga ada bilik kecil lagi untuk shower room
set mandian.....tak kedekut pun.... 

waktu petang kami berjalan-jalan di resort ini....memang cantik sangat....paintball juga turut disediakan
 swimming pool yang amat besar....
sempat aku berendam sekejap.....hiihihi
pusat spa.....tapi mahal sangat laaa.....anyway kat Johor ni semua yang mahalkan....

kemudan kami ke pantai.....ada pelbagai aktiviti laut disediakan..pilih dan bayar sajer...huhuhu
Berendam di pantai plak.....pantai yang sangat bersih....air yang sangat jernih macam berada di pulau plak...memang terjaga bersih oleh resort ini.... 

Keesokkan paginya kami sarapan di sini juga...dah pakejkan....tapi kami sampai agak lewat...dalam pukul 9.30....setengah jam lagi sarapan dah nak tutup....menu sarapan memang banyak disediakan tapi sebab weekend resort ini penuh dengan tetamu....so bila kami sampai banyak makanan yang sudah habis....anyway pihak resort tetap membuat tambahan.....



Selesai breakfast kami terus check out...tak jauh dari resort kami menuju ke Tanjong Balau
banyak jual layang-layang pelbagai design kat sini...cantikkkk
cantik juga pantai Tanjong Balau ini..ramai pengunjung yang datang berkeluarga beriadah di sini...ada yang ber bbq...ada yang main bola...macam-macam aktiviti ada....
 
Keseluruhannya kami amat puas hati menetap di Pulai Beach Resort & Spa ini....walaupun kami hanya tinggal semalam tapi rasa macam tak puas...inshaAllah...ada rezeki kami akan ke sini lagi....memang best sangat..... :))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...