Salam semua....bila tiba cuti sekolah jer ramai la pasangan yang akan naik jinjang pelamin...dalam banyak-banyak jemputan kahwin yang aku dan suami hadiri, aku rasa terpanggil untuk berkongsi kenduri kahwin yang kami hadiri di Bandar Baru Tangkak, Johor pada 31hb Mei 2014 baru ini. Pasangan Rahayu dan Faidzal. Puan Rahayu ini satu tempat kerja dengan en.hubby...
Lebih kurang pukul 12.30 tengahhari kami dah sampai. Di sambut amat mesra oleh ahli keluarga pengantin.Khemah yang disediakan agak panjang bermakna ramai jemputan yang akan hadir. Sebab kami sampai awal so tetamu masih belum ramai yang hadir.
Menu di majlis perkahwinan ni memang ohsem...ada nasi briani dan juga nasi bukhara kalau tak silap aku.....dua-dua aku belasah...
Ada pelbagai lauk....kalau tak silap ada 2 jenis menu ayam...tapi aku hanya ambik kari kambing dgn nenas masak air kot....sajer nak menikmati dengan dua jenis nasi tuu...
yang tambah specialnya ada kambing golek..marbeles sungguh..
satay and lamb...marvellous!!!
Mee, bee hoon dan kua tiaw goreng panas-panas turut disediakan..ada pelbagai kuih muih juga disediakan...sorry tak ada gambar....tapi memang meriah dengan makanan..setiap tetamu yang datang pasti akan kekenyangan..tak lupa aiskrim untuk kanak-kanak pun ada...
sempat selfie sekejap dengan en.hubby...dalam mulut en.hubby ada makanan tu...hihihi
Pengantin lelaki dah tiba.
Pengantin perempuan keluar menyambut.....
Acara tol...siap demand lagi makcik-makcik ni....part ni aku memang suka sangat tengok..ini la yang paling specialnya di Johor...kat Negeri Sembilan tak hado...
Dah bayar tol baru boleh jalan sama..hihihihi
Tarian Zapin (agaknyer) dari kumpulan kanak-kanak di hadapan pengantin...cute sangat.... :))
Pengantin bersanding...seperti pinang dibelah dua..sama cantik sama padan..... :)
Semasa pengantin bersanding kami tepaksa meninggalkan majlis kerana nak bergerak ke Desaru plak.........terima kasih tidak terhingga atas layanan mesra dari pengantin mahupun keluarga pengantin..kami memang kenyang bangat...escape minum petang....belah malam sajer baru kami ambik dinner....kami mendoakan kedua mempelai kekal aman bahagia hingga ke jannah....aminnnn.....
lelaki tu sepupu kita..hihi
ReplyDeleteooo yer keee...hihihihi....kami enjoy betul pergi kenduri kat sini....
Delete