Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday, 23 June 2014

NUTELLA MUFFIN.....simple but very delicious.....

Salam semua....cerita petang semalam....minum petang dengan kawan-kawan yang duduk berdekatan dengan rumah....hajat sebenar nak berbincang pasal aktiviti reunion...tapi jadi macam jejak kasih plak ....hihihihi....kecik jer dunia ni...kawan lelaki yang duduk sebelah taman bawak isterinya...manakala kawan perempuan pulak bawak suaminya....bila sampai jer tak sangka plak suami kawan ni berjumpa dengan kawan lama sekerjanya dulu iaitu isteri kepada kawan yang duduk berdekatan....bila suami kawan ni borak dengan en.hubby plak....borak punya borak  rupanya ada plak bau-bau bacang.....meeting untuk reunion dah jadi meeting jejak kasih la plakkkk....hihihihi....as usual aku sediakan juadah minum petang....laksa johor dan nutella muffin yang teramat ringkas tapi ohsem.... :)
 

Bahan-bahan;

1 cawan nutella
2 biji telur
10 sudu besar tepung naik sendiri

Cara memasaknya;

Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170'C. Satukan nutella dengan telur. Putar hingga adunan kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit , gaul rata dengan spatula. Masukkan 3/4 adunan dalam mangkuk kertas.

Untuk lagi senang aku suka masukkan adunan dalam piping beg so adunan tak melekeh kat mangkok kertas.Bakar lebih kurang 17-20 minit.
Sambil makan sambil borak...hihihihi
 
Nutella Muffin ni memang sedap sangat...jika anda penggemar coklat memang sesuai laaa.....teramat mudah untuk membuatnya.....jika ada tetamu datang emergency ke rumah boleh la cuba resepi ini sekira cukup bahan-bahannya....

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...