Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday, 16 June 2014

CENDAWAN KUKUR LEMAK CILIAPI...

Salam semua....pernah makan cendawan kukur? Ada yang panggil kulat sisir....bila makan cendawan kukur ini mesti teringat nostalgia masa zaman kanak-kanak....dulu-dulu masa kat kampung selalu jugak ikut aruah mak kutip cendawan kukur kat pokok kayu getah mati...memang cendawan kukur ni paling suka tumbuh kat pokok kayu yang nak mereput....aruah mak selalu masak lemak cili api atau goreng cili....tapi sekarang ni mana la nak jumpa kayu getah lagi kat kampung..semua pokok getah dah kena tebang....ganti dengan pokok sawit...pokok sawit yang sedang keluarkan hasil...takkan nak potong pokok sawit plakkan??? hahahahaha...kalau pergi pasar tani kat Seremban tu ada jugak jumpa cendawan kukur  ini tapi mahalnya ya Allah....satu tin sardine kecil tu RM2 tau...tak padat pun....pernah beli 2 tin bila masak dapat semangkuk kecil jer...kalau betul-betul mengidam ok laa kan...mari tengok resepi dulu pastu aku akan bagitau kat mana aku dapat cendawan kukur ini yer..bila terima jer terus masak lemak ciliapi dulu...


Bahan-bahan;

200gram cendawan kukur
25 biji ciliapi - ikut pedas masing-masing la yer )
1/2 inci kunyit hidup                                          ) dikisar sama
1 gengam ikan bilis
1 biji kelapa - ambik santannya
3 biji bawang merah - dihiris
2 batang serai - dititik
1 keeping kecil asam gelugor
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Bersihkan cendawan kukur dan toskan. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana, kacau selalu agar santan tidak pecah minyak. Rasa garam secukupnya. Dah siap...senang jer kannn..... :)

 
Cendawan kukur yang aku beli in bukan la yang tumbuk dikulit kayu tu yer...ini adalah cendawan moden yang ditanam sendiri sama seperti pembuatan cendawan tiram dan sebagainya. Jangan risau mengenai keasliannya kerana memang tidak ada beza malah rasanya lebih manis dari cendawan kukur yang dikutip dari batang kayu reput tu....bila masak lemak begini kuahnya rasa seperti masak gulai cendawan busut...manis....lagi satu cendawan kukur yang ditanam sendiri lagi bersih....jimat masa untuk memasak...tak perlu nak rendam lelama dan nak buang sisa-sisa kulit kayu yang melekat tu..jika berminat untuk mendapatkan cendawan kukur bagi kawasan Kuala Lumpur boleh hubungi sahabat saya yang begitu bersemangat mengusahakan projek cendawan kukur ini..Encik Rosli Halip di talian 0133998787..ada beberapa resepi cendawan kukur lagi akan menyusul yer....tungguuuuu......:))

3 comments:

  1. salam..maaf bertanya.sy mmg tgh mncari sgt cendawan kukur ni.dh lama mengidam nk mkn.harap2 smpat sblm smpai tempoh bersalin.

    ReplyDelete
  2. salam..maaf bertanya.sy mmg tgh mncari sgt cendawan kukur ni.dh lama mengidam nk mkn.harap2 smpat sblm smpai tempoh bersalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh telefon no ni 0133998787 pembekal cendawan kukur

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...