Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Tuesday 4 February 2014

KUIH KERIA ...tapi ku panggil kuih gelang....

Kalau jumpa kuih keria ni kat kat luar memang jarang sangat aku beli..rasanya tak pernah beli kot....nak kata suka sangat tak la berapa suka...orang kata kalau ada pun OK tak ada pun, aiman tak kisah....baru ni pergi kenduri cukur jambul cucu kaklong aku, tengok ada satu besen besar keledek...comel-comel plak tu...yang specialnya keledek warna oren..atau keledek manis...rupanya kaklong dapat percuma semasa dia beli doorgift kenduri cukur jambul kat Air Itam, Johor...terus aku ambik plastik masukkan keledek manis bawak balik...dah sampai rumah aku pun blurr apa nak buat dengan keledek yang banyak ni..kalau rebus berapa banyak jer boleh makan kan....terus teringat kuih keria....rupanya kuih favourite en.hubby.........hmmmmmm...dah lama kahwin baru ku tahu en.hubby suka kuih keria rupanya.....hehehehhe...
 
 

Bahan-bahan;

2 kilo keledek oren or keledek manis
tepung gandum secukupnya
Minyak untuk menggoreng
1 cawan gula pasir
1cawan air

Cara membuatnya;

Kupas kulit keledek, bersihkan dan rebus sampai empuk dan toskan. Hancurkan isi keledek macam nak buat match potato, kemudian masukkan tepung. Uli hingga adunan dah tak melekat. Ambil sedikit adunan bulatkan dalam saiz bola ping pong, dan bentukkan seperti gelang.
 
Panaskan minyak, goreng dalam minyak yang penuh, angkat dan toskan. Dalam kuali berlainan masakkan air + gula. Masak hingga kuah gula jadi pekat dan likat. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi dalam air gula, kacau hingga kesemua kuih keria disaluti gula. Kacau tanpa henti hingga gula bertukar jadi putih, angkat. Hidangkan waktu panas-panas memang laju jer makan...:))

 Inilah cucu kaklong ku yang ke 5 dan cicit ke tujuh untuk ayahku....:))

RENDANG AYAM KAMPUNG CAMPUR MAMAN.....segar dari ladang..... :))

Menu yang paling aku takut sekali untuk masak adalah sayur maman...menu paling popular bagi orang Gemencheh, Negeri Sembilan...kalau tak kena masaknya sayur akan jadi pahit..bukan setakat sayur jer yang pahit tapi kuahpun akan pahit....memang cerewet...dulu aruah emak selalu buat maman jeruk....memang sedap la....kami hanya dapat makan rendang maman kalau ada kenduri di kampung ataupun ada jiran yang baik hati asal dari Gemencheh yang selalu beri kami sedikit...memang sedap sangat...tak tau kenapa mereka masak tak pahit...orang Gemencheh kata asam gelugor kena lebih...ada plak kata tak payah letak asam banyak.....setelah ditolak campur bahagi darab resepi-resepi yang aku dengar aku cuba masak sayur maman ni...kebetulan ayah aku ada bagi ayam kampung yang dah siap salai....memang kena sangat la kan....mari tengok resepi....In Sha Allah....maman tak pahit dan sedap bangatttt.......  ;))
 
 
Bahan-bahan;
 
1 ekor ayam kampung salai (lebih kurang 600gram)
1 kg sayur maman
6 batang serai - dititik
3  biji kelapa - ambik santannya
4 keping asam gelugor
garam secukup rasa
 
Bahan Kisar
1/2 inci halia                                                    
3 biji bawang putih                                          
4 biji bawang merah           
30 biji cili api (ikut tahap pedas masing2 yer)
2 inci kunyit hidup
 
Cara memasaknya;
 
Potong ayam ikut suka, cuci dan toskan. Petik daun maman dan ambik bahagian pucuk yang lembut sahaja, rendam sekejap untuk buang pasir, cuci dan toskan. Kena cuci selalu di bawah air paip mengalir senang nak nyahkan pasir yang melekat.
 
Masukkan ayam bersama bahan kisar dan serai yang telah dititik, kecutkan sebentar dan masukkan santan dalam kuali. (Aku suka masak dalam kuali..senang nak kacau). Kacau sekali sekala agar santan tak pecah minyak. Bila kuah dah pekat masukkan asam gelugor, masak lagi hingga kuah betul-betul jadi pekat...ala-ala rendang basah gitu dan baru la masukkan sayur maman. Kacau perlahan-lahan supaya sayur maman diselaputi dengan kuah rendang tadi. Bila dah masuk maman kuah akan jadi sedikit cair yer. Masak lagi hingga kuah jadi betul-betul pekat (hampir kering) hingga terbit minyak, rasa garam secukupnya dan barulah diangkat.
 
 Siapa yang tak kenal sayur maman boleh tengok gambar ni....
 

 Ini ladang maman sahabat en.hubby kat Kg.Bongek, Rembau Negeri Sembilan.

Yang ini maman untuk dijadikan biji benih semula....buahnya tak payah masak yer...


 Yang tengah tu la tauke ladang maman ni...menurut beliau maman dah boleh dituai dalam masa 22 hari sahaja....memang cepatkan....setiap bulan boleh pungut hasil....kalau kat Pasar Tani Seremban, harga satu kilo maman RM10.....mahal tapi kalau lambat pergi Pasar Tani alamat tak dapat jumpa maman...dah habis....kalau musim raya lagi susah nak dapat kerana awal-awal dah ditempah oleh supplier....dan hargapun makin naik....
 Dapat hadiah sayur maman lepas tengok ladang.....huhuhu....rasanya sekilo lebih kot...
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...