Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 27 August 2012

MENTIMUN ACHEH...Pencuci mulut amat menyegarkan...



Salam semua...lama jugak rasanya tak update blog ni...pencuci mulut ni pun di buat pada hari Ahad baru ni...secara jujurnya pencuci mulut mentimun acheh ni agak unik bagiku...mungkin pada orang lain dah biasa...first time tengok buah ni depan mata dan first time jugak aku membuatnya dan merasanya...difahamkan buah ni banyak terdapat di Tanjong Karang...aku kenali buah ni melalui salah seorang kawan ku di facebook, Puan Asmawati...ribuan terima kasih kepada Puan Asmawati yang berikan mentimun acheh ni dan cara-cara untuk menyediakkannya...kalau nak cari sendiri aku percaya aku takkan jumpa...hehehehe...mari kita berkongsi di sini...


Bahan-bahan;

1 biji mentimun acheh
5 sudu gula pasir
5 cawan santan
beberapa ketulan ais

Cara menyediakkannya;

Kupas kulit mentimun acheh.Basuh seketika dan toskan.  Potong dadu kecil-kecil. Bancuhkan gula dengan santan. Kemudian masukkan mentimun acheh yang telah dipotong dadu tadi bersama ketulan ais. Hidangkan.
 
Pencuci mulut ni amat menyegarkan. Mentimun Acheh ni baunya sangat harum seolah-olah seperti bau honeydew tapi lagi sedap baunya. Memang sedap makan ketika sejuk.

dapat satu mangkok besar....:p
 
Gambar dari google....sorry...terlupa nak ambil gambar sebelum dipotong...huhuhuhu...
 

Wednesday 22 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....

Salam semua....dah masuk raya keempat baru ada kesempatan untuk update blog ni..nak di katakan sibuk berjalan tidak la jugak tapi ada sahaja yang perlu dibuat....sempena bulan yang mulia ni saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada pembaca setia blog "Roda Berpusing Mencari Nikmat Alam" ini...tak lupa kepada yang meninjau-ninjau di blog ini....kami memohon maaf sekiranya sepanjang penulisan kami ada yang terasa hati dan kurang menyenangkan....alhamdullillah...dalam masa hampir 7 bulan blog "Roda Berpusing Mencari Nikmat Alam" telahpun mencapai 7000++ pageview...sekali lagi dari kami "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"...


Monday 13 August 2012

SUJI BRUNEI...

Salam semua...ini adalah salah satu biskut favourite aku...memang sedap...lain dari suji biasa...baru-baru ni Mat Gebu dari blog Dapur Tanpa Sempadan pun ada buat suji ni...aku tak pasti sama ada resepi aku ini 100% sama ke tak dengan yang Mat Gebu buat....lets see d resipi...:))

Bahan-bahan;

100 gram minyak sapi
50 gram shorthening
20gram butter
50gram gula aising
1/2 biji kuning telur
40gram tepung jagung
50 gram suji
190 gram tepung red rose (kalau tak ada tepung gandumpun boleh)
100gram conrnflake kisar
papercup secukupnya

Hiasan
50gram gula aising   **
50 gram susu tepung ** digaul bersama
50 gram nestum kisar **

Cara menyediakannya;

Sebatikan butter, minyak sapi dan gula hingga lembut. masukkan kuning telur. Kemudian masukkan semua bahan dan uli lembut. Jika doh masih lagi lembut tambah tepung secukupnya. Bulatkan kecil-kecil kerana biskut agak mengembang sedikit. Bakar dengan kepanasan 150'C lebih kurang 20-25minit. Sejukan biskut seketika (jangan terlalu sejuk kerana bahan hiasan tak melekat sempurna dibiskut) kemudian golekkan di atas bahan hiasan yang telah digaul bersama. Masukkan dalam papercup. Simpan dalam bekas kedap udara.

TIGER SKIN PISTACHIO..

Salam semua....dari nama biskut ni bunyi macam ganaskan...rasa diapun ganas...bukan ganas tak sedap...tapi ini ganas sedap..hehehehe...sebab ada macam-macam campurannya...ada pistachio..ada badam..ada coklat..ada bijan...macam-macam ada!! Baunya harum kerana adanya campuran oregano...rangup dan memang sedap...

Bahan-bahan;

Bahan A

200grm butter
70 gram shorthening
110 gram gula castor

Bahan B

180 gram tepung superfine (aku guna bluekey)
150 gram tepung red ros (kalau tak ada tepung gandum pun ok)
50 gram serbuk badam
30 gram bijan
40 gram pistachio kisar
50 gram coklat rice
1/2 sudu teh oregano

Hiasan

Coklat masakan
Coklat masakan perisa oren

Cara menyediakkannya;

Gaul sebati bahan A. Masukkan Bahan B dan uli hingga menjadi doh yang sempurna. Canai dan terap. Bakar dengan suhu kepanasan 150'C selama 20-25 minit. Sejukkan.

Cairkan coklat masakan oren dan coklat biasa berlainan dengan kaedah double boiler. Hiaskan di atas biskut selang seli seperti kulit harimau. Keringkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Note : Biskut ini memang tidak menggunakan telur.

ASPARAGUS GORENG CILI...

Salam semua...makan apa sahur tadi? Asparagus ni aku masak untuk hidangan sahur tadi..makan panas-panas memang menyelerakan especially waktu sahur yang selalu makan macam dipaksa-paksa...dengan hidangan segar dan panas-panas at least boleh membuka selera..malas nak taip panjang2 sebab tengah tengok closing olimpik...lol..


Bahan-bahan;

1 ikat asparagus (ikatan yang standard selalu dijual di supermarket)
2 biji cili merah **
5-6 biji cili api  **
4 ulas bawang merah ** dikisar
2 ulas bawang putih **
sedikit belacan **
1 sudu udang kering (kalau letak udang basah lagi sedap) **
garam secukup rasa
sedikit minyak zaiton untuk menumis (kalau tak da pakai minyak biasapun tak apa)

Cara;

Bersihkan asparagus dan potong dalam 2 inci or ikut suka. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan asparagus dan masak hingga asparagus lembut tapi bukan lembik. Rasa garam secukupnya. Hidangkan panas-panas bersama lauk lain dan nasi panas.

ALMOND LONDON...wajib ada setiap raya...:))

Salam semua..masih lagi cerita biskut raya......cerita biskut raya akan habis bila menjelangnya hari raya...sabar jer la....lol... Almond London macam dah jadi kewajipan plak bila setiap raya mesti ada...resepi ni aku ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan iaitu Encik Mat Gebu yang bloger masakan paling popular....Encik Mat Gebu plak ambik resepi ni dari Chef Wan....aku tak tau plak Chef Wan dapat dari mana...hehehehe....itu la kebaikan internet ni...macam-macam ilmu boleh kita dapat...


Bahan-bahan;

125grm butter
75grm gula castor
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225grm tepung gandum **
1 camca teh emplex ** ayak bersama
335grm badam berkulit, dipanggang

Bahan salut;

300 grm coklat masak
1/2 camca shortening
Badam cincang secukupnya
paper cup

Cara menyediakkannya;

Gaul butter, gula,esen vanilla dan kuning telur sebati. Kemudian masukkan tepung dan emplex yang telah diayak tadi. Uli hingga menjadi doh yang sempurna. Salutkan badam yang dipanggang tadi dengan secubit doh. bakar dengan suhu kepanasan 150'C selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan baru la disalut dengan coklat. Masukkan dalam paper cup dan hiaskan dengan badam cincang.

Resepi ini amat simple tapi memang sedap dan rangup. Dari resepi ini aku setuju dengan Mat Gebu boleh menghasilkan 120 biji almond london jika anda menggunakan saiz badam yang kecil.

Sunday 12 August 2012

CHOCOLATE ALMOND SNOW FLAKE..

Salam semua....lagi sekali entry biskut raya...dah musim rayakan...jadi marilah kita berkongsi resepi di sini...resepi ni aku dapat masa ikuti class biskut raya tahun lepas juga...tak rugi belajar dengan  bayaran hanya RM100 dapat 15 jenis resepi biskut raya..semua sedap-sedap belaka..tapi nak buat kesemua 15 resepi tu tak larat la...so aku hanya memilih yang mudah dan tak banyak kerenah...lets see d recipe...

Bahan-bahan;

Bahan A

250grm butter
150 grm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh coffee emulco

Bahan B

400 gram tepung superfine (tepung kek)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar koko
60 gram badam kisar

Bahan Hiasan;

Coklat Masak
Snow Powder (boleh dapat di kedai bakeri)
Badam keping

Cara;

Gaul sebati kesemua bahan A. Ayak tepung superfine bersama dengan baking powder. Masukkan kesemua bahan B ke dalam bahan A. Uli hingga menjadi doh yang mudah untuk diterap. Bakar dengan kepanasan 150'C lebih kurang 20 - 25 minit.Sejukkan.

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Celupkan biskut dalam coklat, hiaskan dengan badam keping kemudian taburkan snow powder dengan menggunakan penapis.



Resepi di atas boleh menghasilkan lebih kurang 100 biji biskut. Mudah dan sedap bangat....:))

Saturday 11 August 2012

NIG-NOG NESCHINUT....

Salam semua...mungkin bila baca nama biskut ni macam pelik...tak tau la kenapa namanya macam tu...mungkin sebab banyak sangat campuran di dalamnya. Resepi ni aku dapat masa aku ikuti class buat kuih raya tahun lepas...memang sedap...nampak macam biskut coklat chip tapi bahan-bahan yang digunakan lagi banyak dari coklat chip...ala-ala famous amos gitu....hehehehe...lets share d resepi...:))

Bahan-bahan;

Bahan A
250grm butter
160grm brown sugar
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B
230 tepung gandum **
20 grm serbuk koko ** ayak bersama
1 s/k emplex **
100 grm coklat chip
100 gram badam nib
100 gram walnut panggang - dicincang
50grm gram nestum

Cara;

Gaulkan butter dan brown sugar hingga sebati. Tak perlu pukul sampai kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata. Masukkan Bahan B dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan kecil2 dalam loyang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 150'C selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.






Friday 10 August 2012

GREEN PEAS ALMOND...

Salam semua....hari ni baru mula buat biskut raya..tengok kat Facebook dan blogs kawan-kawan mereka dah buat beberapa jenis biskut...aku baru nak mula..baru ada masa...tak seperti tahun lepas..seminggu puasa dah mula buat biskut raya...tak tahu kenapa plak tahun ni..seminggu nak raya baru mula...busy sangat la tu....untuk biskut yang pertama aku mula dengan Green Peas Almond..sepatutnya tepung green peas warna hijau...tak tau plak kenapa kali ni dia tak hijau plak...hmmm...kes tipah tertipu la ni....tapi rasa kacang hajau tetap ada....

Bahan-bahan;

Bahan A

150grm butter
60grm gula castor

Bahan B

100 grm tepung kacang hijau (bukan tepung yg buat kole kacang - boleh dpt di kedai bakery)
30 grm cornflake kisar
30grm badam cincang
150 grm tepung gandum

Cara menyediakannya;

Sebatikan bahan A. Tak perlu pukul sampai kembang. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh. Canai dan terap. Bakar lebih kurang 20 -25 minit dengan suhu 150'C.

Hiaskan mengikut suka. Oleh kerana tepung ni tak hijau, so aku cairkan coklat putih + sedikit pewarna hijau...at least ada la hijaunya...hehehehe....:))

Monday 6 August 2012

ONDEH-ONDEH...BUAH MELAKA...KUIH KELEPUNG...:))

Salam semua....hari ni berbuka di rumah mertua lagi....as usual walaupun berbuka di rumah mertua aku akan tetap masak at least satu jenis lauk berserta dengan kuih...so petang tadi aku masak gulai daging salai dan manisannya plak kuih  yang paling senang di buat...ondeh-ondeh..ada yang panggil buah melaka. Kalau kat Negeri Sembilan kami panggil buah kelepung atau dengan loghat negerinya "kolopung"...hehehehe...sebabnya....bila masak dia terapung...:))

Bahan-bahan;

500grm tepung pulut
10 helai daun pandan
1 cawan air
1 mangkuk kelapa parut - ambik putihnya sahaja
1- 2 ketul gula enau / melaka
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara menyediakkannya;

Goreng kelapa parut bersama dengan garam seketika tanpa minyak. Seperti membuat kerisik tapi jangan lama sangat. Agak-agak kelapa dah panas padamkan air. (Untuk mengelakkan kelapa cepat basi).Panaskan air dalam periuk. Simpulkan 2 helai daun pandan dan masukkan ke dalam air rebusan.  Potong gula enau/melaka kecil-kecil. (Aku suka saiz kecil2..senang masuk mulut sekali ngap jer..hehehe) Potong daun pandan kasar-kasar kemudian dikisar bersama dengan secawan air. Tapiskan dan titiskan sedikit pewarna hijau. Masukkan tepung pulut dalam mangkok adunan. masukkan  air daun pandan yang telah ditapis sedikit2 hingga adunan menjadi doh. Ambil dalam secubit adunan, bulatkan dan sumbatkan dengan gula enau tadi, tutup rapat supaya gula tidak keluar. Masukkan dalam periuk yang airnya sedang mendidih. Bila kuih dah terapung, keluarkan dengan penapis dan golekkan di atas kelapa parut yang telah disangai tadi.
Untuk dapatkan ondeh-ondeh yang sedap bergantung kepada gula yang digunakan. Kalau gunakan gula enau or gula melaka yang betul-betul asli memang sedap la ondeh-ondeh ini. Orang kata kalau nak tahu yang asli semasa memotong gula tu senang sahaja...tak keras. Kalau keras yang boleh baling kat dinding tak pecah tu memang sah la gula campuran....kalau di Negeri Sembilan memang kami dah kenal pasti di Jalan Kuala Pilah ada dijual..dibungkus dengan daun kelapa...agak mahal sikit tapi memang sedap dan original....:))

Sunday 5 August 2012

KARI KAMBING....

Salam semua...kari kambing ni aku masak untuk menu berbuka puasa semalam...sedap di makan bersama dengan nasi arab or nasi briani....memang jarang sangat aku masak kari kambing ni...sejak dua menjak ni asyik makan kambing kat restoran arab jadi teringin plak nak masak sendiri..walaupun kat restoran arab hanya makan kambing panggang....nak panggang tak cukup peralatan kat rumah ni...so kari jer la...

Bahan-bahan;

2 kilo kambing (suka yang bahagian rangka)
2 bungkus kecil  rempah kari baba's
2 bungkus kecil rempah kari adabi
20 biji cili api  - dikisar halus (orang N9, ciliapi mesti ada walaupun masak kari ...hehehehe)
2 batang kulit kayu manis          )
5 - 6 kuntum bunga lawang       )
10 -15 kuntum bunga cengkih   ) bahan penumis
6-7 biji buah pelaga                   )
10 biji bawang merah  ***
6 biji bawang putih      *** dimayang halus
3 inci halia                  ***
2 tangkai daun kari
2 tangkai daun limau purut
2 biji kentang - belah 4
2 biji kelapa - ambil santannya
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya;

Bersihkan daging kambing dan toskan. Campurkan rempah baba's dan abadi bersama cili yang telah dikisar. Campurkan dengan sedikit air, bancuh hingga menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bahan penumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan yang telah dimayang halus bersama dengan daun kari (lurutkan dari tangkainya) dan daun limau purut. Kacau hingga naik bau dan kekuningan, baru masukkan pes rempah tadi. Perlahankan api dan kacau selalu supaya rempah tidka hangus. Masak rempah hingga naik minyak, baru lah masukkan daging kambing tadi. Masukkan air, kacau sekali sekala hingga daging kambing empuk. Jika kering tambahkan air lagi hingga daging empuk. Akhir sekali baru la masukkan santan dan kentang. Masak hingga kentang empuk.Rasa garam secukupnya.



FAMILY'S BUKA PUASA @ MY HOME SWEET HOME...:))

Salam semua; selepas 2 weekends tidak berbuka puasa di rumah sendiri, puasa ke 15 baru la ada peluang..kami jemput beberapa orang family terdekat untuk berbuka bersama...kesemuanya dalam 12 orang dewasa...pukul 12.30 tengah hari aku dah mula masuk di ruang dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa petang nanti...alhamdulillah...walaupun aku keseorangan di dapur, semua yang aku rancang untuk juadah hari ni mampu aku laksanakan....

Agar-agar santan..juadah pertama..kena masak dulu sebab nak kena sejukkan dalam fridge...

Kuih Talam Gula Merah....mesti ada....resepi di sini Resepi tepung talam..ada lebihan pati santan dari agar2...pada membazir baik buat kuih talam ni...
Kari Kambing.....resepi
Aku ambik masa hampir 4 jam untuk memasak kari kambing ni...belum ada kesempatan lagi nak membeli pressure cooker...sebab tu terpaksa merebusnya lama..tak kisah la kan...asalkan dagingnya lembut dan sedap....sambil memasak kari ni aku menyediakan bahan-bahan untuk nasi briani ayam...maaf..tak ada gambar...baru perasan nasi briani ayam ni tak ada di sini...resepi  Nasi Briani Ayam .....anyway memang dah selalu post pun kat blog ni....sambil masak kari kambing ni aku menebar roti jala di dapur sebelah.....

Roti Jala...sedap dimakan bersama kari kambing....:))
Selesai menebar roti jala ni, aku sediakan lasagna plak....untuk sos merahnya memang aku telah masak di rumah KL sebelum ni...jadi hari ini aku hanya menyediakan sos putihnya sahaja...
Lasagna.....Resepi lasagna
Oleh kerana ada yang tak makan kambing, aku memilih untuk memasak ikan...sambil menunggu lasagna masak dalam oven, aku menyediakan bahan-bahan untuk di masak, Ikan Kerapu Sweet & Sour ni...

Kerapu Sweet & Sour..

Selesai masak Ikan Kerapu ni, aku mula membuat salad arab or Tabullah...resepi ada di sini...

Tabullah...resepi
Akhir sekali, aku goreng murtabak raja...ini murtabak frozen...kami beli di Pengkalan Cepa, Kelantan..memang sedap...walaupun frozen tapi bila digoreng semula rasanya sama macam murtabak yang baru digoreng malah rasanya lagi sedap.....saiznya besar dan tebal..

Murtabak Raja Ayam & Daging....

Mula berbuka....bismillah.......alhamdullilah...semua masakan sempat siap sebelum waktu berbuka.....konsep buffet....:))




Alhamdullillah...selamat semuanya.....:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...