Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 30 July 2012

TEPUNG TALAM GULA MERAH

Salam semua....apa khabar? Berbuka puasa apa semalam? Dah 2 kali weekend aku tak berbuka di rumah sendiri....dah dua kali Sabtu berbuka di rumah ayah di kampung dan Ahad di rumah mertua..Encik Hubby request nak makan kuih tepung talam gula merah ni...dah lama tak makan katanya....semalam ada kesempatan tunaikan permintaannya...almaklum la..bulan Ramadhan ni kuih-muih begini menjadi pilihan....lepas masak terus bawak ke rumah mertua untuk berbuka...

Bahan-bahan;

Bahan A

1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (optional - bagi yang suka manis)
3 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan B

1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu garam

Cara menyediakannya;

Bahan A
Masakkan gula merah (jika tambah gula pasir masak sekali tapi aku tak letak kerana dah cukup manis dengan gula merah sahaja) bersama dengan 3 cawan air, simpulkan daun pandan ke dalamnya. Bila gula hancur, tapiskan dan sejukkan.  Panaskan periuk kukus. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi ke dalam mangkuk adunan. Bancuhkan dengan air gula yang telah disejukkan tadi. Masak sebentar dalam frying pan (pasti api sederhana) kacau selalu supaya tak melekat,  bila dah nampak pekat sedikit padamkan api .Sapu sedikit minyak dalam loyang. Kemudian masukkan adunan tadi dan kukus lebih kurang 20 minit. Bila dah masak cakarkan permukaan atas dengan garpu.

Bahan B;

Bancuhkan tepung beras dengan 3 cawan santan pekat bersama garam. Masak sebentar sahaja, bila dah nampak agak berasap tutup api. Curahkan adunan di atas Bahan A. Kukus lagi lebih kurang 20 minit. Angkat dan potong bila kuih dah betul-betul sejuk.

Selamat Mencuba!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...