Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Saturday, 14 July 2012

BOULU KUKUS PULUT HITAM....hitam tapi unik...

Salam semua...apa juadah minum petang hari ni?? Ini juadah minum petang kami...Boulu Kukus Pulut Hitam ni aku jumpa di blog Mat Gebu 2 3 hari lepas...sejak tengok kuih ni tak sesabar nak mencuba...untuk dapatkan tepung pulut hitam ini, memang sakan aku mencari...sebenarnya aku sendiripun tak pernah tengok macam mana rupa tepung pulut hitam ni...ikut pada Cik Mat Gebu boleh dapat di kedai bahan bakeri or kek....oleh kerana itu 2 kedai bakeri hari ni aku tanya...dua-dua tak ada jual...lastly aku nekad nak beli pulut hitam jer la kemudian aku kisar dan ayak sendiri...terus pergi kedai runcit biasa....hahhh...kau.....bila aku tanya ada pulut hitam tak  dia terus bagi aku tepung pulut hitam...hahahaha...memang rezeki betul la..... macam tau jer sebenarnya ini yang aku cari....aku beli 4 bungkus terus...hehehehe....

Bahan-bahan;

120 gram tepung/serbuk pulut hitam
70 gram gula halus
1 camca teh ovellete
1/2 camca teh baking powder
2 biji telur saiz besar
50 ml minyak sayur
70ml santan pekat
1/2 camca esen vanilla
secubit garam

Cara menyediakannya;

Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Sapu mentega dalam mangkuk acuan kemudian taburkan sedikit tepung dan terbalikkan untuk buang lebihan tepung ni. (Aku ikut 100% arahan Cik Mat Gebu). Masukkan gula dan ovelette dalam mangkuk aduanan, pukul rata. Masukkan telur, baking powder dan garam dalam mangkuk adunan tadi. Pukul dengan tahap kelajuan paling maksimum sehingga adunan betul-betul kembang seperti buat kuih baulu. Kemudian masukkan tepung pulut hitam yang telah diayak tadi berserta esen vanilla, santan dan minyak. Kaup balikkan hanya dengan menggunakan spatula. Masukkan adunan 3/4 dalam acuan. Kukus lebih kurang 10 minit sahaja.Dari adunan ni dapat lebih kurang 10 biji.


Ini la dia tepung pulut hitam yang aku jumpa tu....sebenarnya memang selalu nampak tapi pernah ambil tau...hehehehe....aku memang setuju dengan Cik Mat Gebu rasanya agak unik...sedap...especially ketika makan panas-panas...nak kata macam apam tepung beras pun iyer tapi yang ini lagi sedap rasanya....kalau tengok gambar boulu Cik Mat nampak lagi menyelerakan...Cik Mat Gebu dah tahap blogger professional..aku ni blogger baru yang masih merangkak lagi....huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...