Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Friday 29 August 2014

SARDIN GORENG CILIAPI

Assalamualaikum semua.....cuaca mendung jer di Kuala Lumpur...sejuk-sejuk ni mari kita makan benda yang panas-panas berapi....bukan berapi betul-betul yer....kang tak pasal-pasal kena call bomba...hihihi....kali ni nak kongsi  resepi pasal sardin....kalau dedulu masak sardin lauk orang susah...tapi sekarang sardin dah mahal yer.....kalau yang makan sardin ni belum tentu lagi orang tu susah yer....masak sardin paling simple....15 minit dah siapkan...ada pelbagai cara masakan....nak tau meh tengok resepi..

 
Bahan-bahan;
 
2 tin sardin kecil (aku suka guna cap ayam)
25 biji ciliapi - kalau x suka pedas kurangkan
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - belah 8
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak zaiton - klu tk ada  minyak biasa pun ok
 
Cara memasaknya;
 
Keluarkan isi sardin.  Asingkan kuah dengan isinya. Panaskan minyak. Goreng isi sardin garing-garing, angkat dan toskan. Kisar ciliapi bersama bawang putih dengan pengisar kering. Tumis dalam lebihan minyak goreng sardin tadi. Masak cili hingga naik minyak,kemudian masukkan tomato dan bawang besar. Bila tomato dan bawang dah layu, curahkan lebihan sos kuah sardin dan asam jawa. Bila dah mendidih masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. Masak hingga kuah agak pekat, rasa garam, angkat dan boleh hidang.
 
Note: Semasa goreng ikan sardin kena berhati-hati yer sebab memang meletup-letup. Silap-silap boleh kena minyak panas kat  muka. Semasa menggoreng guna api paling perlahan. Untuk kurang letup-letup tu, sebelum sardin digoreng belah dua dahulu supaya air dalam badan sardin tu keluar.
 
 

Tuesday 19 August 2014

SARAPAN PAGI BERSAMA DI HUJUNG-HUJUNG RAYA.... :)

Assalamualaikum....cerita pagi Ahad baru ni bersamaan dengan 17hb Ogos 2014...semacam plak bunyi ayat ni kan...hihihi ...tahun 2014 adalah hari raya yang paling busy sekali...penuh dengan jemputan...yang paling seronoknya kami beraya konvoi ramai-ramai di rumah sahabat-sahabat lama zaman persekolahan......terasa macam adik beradik pergi beraya rumah saudara mara reramai....bermula dari Gemencheh, Seremban, Shah Alam dan yang terakhir Sabtu  baru ni di Banting...9 buah rumah kami telah beraya...dari Banting sampai Seremban dah pukul 11 malam....ada 2 orang kawan yang bermalam di rumah aku..nak balik ke Gemencheh tengah-tengah malam bahaya...tu aku suruh mereka tidur kat rumah...awal pagi Ahad aku jemput sahabat-sahabat yang berdekatan dengan taman perumahan tu datang sarapan bersama...kiranya raya jugak laaa..open house kecil-kecilan..nak buat open house besar-besaran tak ada date yang sesuai...semua sahabat rapat dah booking..hingga tersasar lepas raya masih ada jemputan....hihihihi

 
 
Sambal untuk nasi lemak....aku masak tengah malam ....mula masak nak dekat pukul 12 tangah malam , pukul 1 pagi baru siap masak dan kemas-kemas dapur semula....sambal sotong kering dan sambal tumis bilis petai....telur pun rebus sama...
 
Pagi tu aku masak kuah lodeh ....nasi impit dah siap rebus sebelum pergi beraya..sambal sotong basah pun ada....lauk tengahari semalam....telah kupanaskan semula....sama dengan ikan masin terubuk sarawak....memang power.....
Sebelum pergi beraya ke Shah Alam aku ada dah sediakan menu makan tengahari untuk kawan-kawan yang datang....terlupa betul nak ambik gambar sebab dah tergesa-gesa nak pergi beraya...masak nasik agak banyak...pada membazir pagi tu aku buat nasi goreng kampung....terus licin.....hihihihi
Kawan-kawan nasi lemak yang nak kena masuk perut bersama...kacang/bilis goreng, telur rebus & timun... 
 3 jenis air aku sediakan....tea o panas...milo...and nescaffe....setiap jenis 3 kali kena buat...memang laju semuanya..... :)
 Ipin....sahabat sekolah lama dulu yang paling dekat dengan rumah aku....makan dulu sama suami....:)
 
 
Zariza @ Kura sibuk layan anaknya....terima kasih bantu masak dan sud bermalam di rumah....
 Anak-anak ipin dah besar panjang belaka...
 Zubaidah @ Bedah sibuk layan anak-anak daranya....terima kasih bedah tolong cuci pinggan mangkok...menyapu bagai....hihihihi.....terima kasih jugak sudi bermalam di rumah...lain kali tidur lagi yer.... :)

 Ramitah dan suami pun hadir jugak.... :)
 
Memang seronok sangat berkumpul dengan sahabat-sahabat lama ni...semoga persabahatan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat....tunggu 30hb Ogos pula....kita akan beramai-ramai ke Melaka pulak.....yesssss....tak sabar ni.....:)) 
 

KETAM GORENG BEREMPAH

Dari udang terus ke ketam plak...sambungan cerita menu Ahad dua minggu lepas...ada yang boleh makan udang ada yang tak boleh..tu yang sediakan ketam...paling mudah....goreng berempah sajer...tak ada santan yer.....main lebur-lebur jer orang kata...paling cepat dan ringkas...


Bahan;

5 ekor ketam
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih  )
1 inci halia                ) dimayang halus
1 bungkus kecil rempah kari ketam/udang
1/2 cawan air asam jawa
1 tangkai daun kari
4 - 5 biji cilipadi dititik...jika suka
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara memasak;

Cuci ketam bersih dan toskan.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, bahan dimayang dan daun kari hingga naik bau. Bancuh serbuk kari dengan sidikit air. jadikan pes kemudian masukkan dalam bahan tumis bersama cilipadi yang dititik.Masak hingga naik minyak kemudian masukkan ketam, gaul sebati, kemudian masukkan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat dan agak kering. Rasa garam secukupnya dan boleh dihidangkan.

SAMBAL UDANG PETAI

Assalamualaikum....menu apa hari ini? Baru ada masa sikit untuk update entry yang tertunggak...menu hari Ahad 2 minggu lepas...sikit la punya lama kan.....seperti biasa aku suka masak yang simple...yang penting sedap di tekak kami....masak agak banyak hari tu sebab mak saudara dari Kuala Lumpur datang makan tengahari di rumah...selain sambal udang aku masak lemak sawi putih, ketam goreng berempah dan ayam goreng ....

Bahan-bahan

1 kilo udang
5 papan petai
10 biji bawang merah)
2 ulas bawang putih  ) kisar kering halus
1 inci belacan            )
2 biji bawang besar
3 senduk cili kisar
1 cawan air asam jawa
1 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara memasak;

Bersihkan udang, buang kepala dan kulit separuh...ikut suka la yer...nak buang kulit semua pun boleh...tapi aku suka tinggalkan kulit kat bahagian ekor...cuci dan toskan. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar. Masak hingga minyak dah naik atau terasing dengan cili tadi. Masukkan air asam jawa, kacau lagi.Bila sambal dah agak pekat baru masukkan udang, petai dan bawang besar yang telah dihiris. Rasa garam secukupnya.



Monday 18 August 2014

FRUITS TART....

Masih belum terlambat nak buat ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca dan pengikut blog Roda Berpusing ni.....dah nak habis raya baru boleh ada kesempatan untuk update blog....teramat sibuk.....musim raya pepaham jer la kan....kalau kita tak keluar beraya tetamu plak datang beraya ke rumah kita....hihihihi.....dalam sibuk-sibuk beraya sempat juga aku sediakan fruit tart untuk sambutan ulang tahun anak bekas jiran ....bekas jiran???hihihi...macam pelik jer bunyikan....dulu berjiran...pastu beliau dah pindah....bukan setakat fruits tart....cheese tart...pavlova...cupcake pun aku tolong buatkan sekali....untuk entry ni aku hanya share resepi fruit tart sajer yer sebab yang lelain semua dah ada dalam blog ni....
 
Bahan-bahan pastri;
 
500 gram tepung gandum
120gram gula aising
250gram butter dari peti sejuk
2 sudu air sejuk
2 biji kuning telur
1 tsb esen vanilla
Filling;
 
200gram instant custard powder
1cawan air sejuk dari peti ais
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula aising(optional)
buah-buahan ikut suka
 
Cara menyediakannya;
 
Kulit Tart
 
Satukan tepung dengan gula aising. Potong butter kecil-kecil (masih sejuk), gaul dalam tepung hingga jadi seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul rata, dan baru la masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli hingga adunan dah tak melekat di jari dan juga mangkok adunan. Kalau adunan lembik tambah sedikit tepung. Bungkus adunan dengan cling plastic dan simpan dalam peti sejuk paling cepat 30 minit.
 
Panaskan oven 175'C. Ambil sedikit adunan masukkan dalam acuan tart. Kemaskan. Bakar dengan api atas bawah lebih kurang 20 minit. Biarkan kulit tart sejuk betul-betul baru keluarkan dari acuan. Tak perlu cungkil dengan sudu, hanya terbalikkan acuan, kulit tart akan keluar sendiri
 
Filling;

Bancuh custard dengan air sejuk, kacau rata. Pukul whipping cream bersama gulai aising hingga kental kemudian satukan dengan bancuhan kastard tadi.Pukul rata. Masukkan adunan dalam piping bag.  Picit adunan filling penuh ke dalam kulit tart tadi. Hiaskan dengan buah-buahan pilihan. Memang sedapppppp sangat....wallaaaa......
 
 50 biji blueberry cheese tart
 
 
 25 biji blueberry kapkep & 25 biji oren kapkek....belum topping lagi....terlupa nak ambik gambar dah siap aising...huhuhuhu
 
2 biji pavlova...ambik gambar satu jer...sama jer rupanyer....

Sorry...kualiti gambar kurang memuaskan....guna kamera phone jer....pastu terlupa nak lap lense dia....ni la hasil nyer.....:(
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...