Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Friday 29 August 2014

SARDIN GORENG CILIAPI

Assalamualaikum semua.....cuaca mendung jer di Kuala Lumpur...sejuk-sejuk ni mari kita makan benda yang panas-panas berapi....bukan berapi betul-betul yer....kang tak pasal-pasal kena call bomba...hihihi....kali ni nak kongsi  resepi pasal sardin....kalau dedulu masak sardin lauk orang susah...tapi sekarang sardin dah mahal yer.....kalau yang makan sardin ni belum tentu lagi orang tu susah yer....masak sardin paling simple....15 minit dah siapkan...ada pelbagai cara masakan....nak tau meh tengok resepi..

 
Bahan-bahan;
 
2 tin sardin kecil (aku suka guna cap ayam)
25 biji ciliapi - kalau x suka pedas kurangkan
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - belah 8
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak zaiton - klu tk ada  minyak biasa pun ok
 
Cara memasaknya;
 
Keluarkan isi sardin.  Asingkan kuah dengan isinya. Panaskan minyak. Goreng isi sardin garing-garing, angkat dan toskan. Kisar ciliapi bersama bawang putih dengan pengisar kering. Tumis dalam lebihan minyak goreng sardin tadi. Masak cili hingga naik minyak,kemudian masukkan tomato dan bawang besar. Bila tomato dan bawang dah layu, curahkan lebihan sos kuah sardin dan asam jawa. Bila dah mendidih masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. Masak hingga kuah agak pekat, rasa garam, angkat dan boleh hidang.
 
Note: Semasa goreng ikan sardin kena berhati-hati yer sebab memang meletup-letup. Silap-silap boleh kena minyak panas kat  muka. Semasa menggoreng guna api paling perlahan. Untuk kurang letup-letup tu, sebelum sardin digoreng belah dua dahulu supaya air dalam badan sardin tu keluar.
 
 

3 comments:

  1. Makan dgn bubur nasi pon sodap nih...

    ReplyDelete
  2. TQ. SEMOGA ILMU INI MENJADI SAHAM ANDA DI AKHIRAT KELAK.. INSYAALLAH...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...