Masih belum terlambat nak buat ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca dan pengikut blog Roda Berpusing ni.....dah nak habis raya baru boleh ada kesempatan untuk update blog....teramat sibuk.....musim raya pepaham jer la kan....kalau kita tak keluar beraya tetamu plak datang beraya ke rumah kita....hihihihi.....dalam sibuk-sibuk beraya sempat juga aku sediakan fruit tart untuk sambutan ulang tahun anak bekas jiran ....bekas jiran???hihihi...macam pelik jer bunyikan....dulu berjiran...pastu beliau dah pindah....bukan setakat fruits tart....cheese tart...pavlova...cupcake pun aku tolong buatkan sekali....untuk entry ni aku hanya share resepi fruit tart sajer yer sebab yang lelain semua dah ada dalam blog ni....
Bahan-bahan pastri;
500 gram tepung gandum
120gram gula aising250gram butter dari peti sejuk
2 sudu air sejuk
2 biji kuning telur
1 tsb esen vanilla
Filling;
200gram instant custard powder
1cawan air sejuk dari peti ais
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula aising(optional)
buah-buahan ikut suka
Cara menyediakannya;
Kulit Tart
Satukan tepung dengan gula aising. Potong butter kecil-kecil (masih sejuk), gaul dalam tepung hingga jadi seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul rata, dan baru la masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli hingga adunan dah tak melekat di jari dan juga mangkok adunan. Kalau adunan lembik tambah sedikit tepung. Bungkus adunan dengan cling plastic dan simpan dalam peti sejuk paling cepat 30 minit.
Panaskan oven 175'C. Ambil sedikit adunan masukkan dalam acuan tart. Kemaskan. Bakar dengan api atas bawah lebih kurang 20 minit. Biarkan kulit tart sejuk betul-betul baru keluarkan dari acuan. Tak perlu cungkil dengan sudu, hanya terbalikkan acuan, kulit tart akan keluar sendiri
Bancuh custard dengan air sejuk, kacau rata. Pukul whipping cream bersama gulai aising hingga kental kemudian satukan dengan bancuhan kastard tadi.Pukul rata. Masukkan adunan dalam piping bag. Picit adunan filling penuh ke dalam kulit tart tadi. Hiaskan dengan buah-buahan pilihan. Memang sedapppppp sangat....wallaaaa......
50 biji blueberry cheese tart
25 biji blueberry kapkep & 25 biji oren kapkek....belum topping lagi....terlupa nak ambik gambar dah siap aising...huhuhuhu
2 biji pavlova...ambik gambar satu jer...sama jer rupanyer....
Sorry...kualiti gambar kurang memuaskan....guna kamera phone jer....pastu terlupa nak lap lense dia....ni la hasil nyer.....:(
No comments:
Post a Comment