Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday, 16 June 2014

RENDANG AYAM BEEHOON ....masakan popular orang Gemencheh, N.Sembilan

Rendang Ayam Beehoon??? Bunyi macam pelikkan??? hihihi...selain dari rendang sayur maman yang semua orang memang dah tau sangat , rendang beehoon ni salah satu menu special orang Gemencheh, Negeri Sembilan....tak sangka kan beehoon pun boleh jadi lauk yang sedap untuk dimakan bersama dengan nasi...selalunya kalau musim raya rendang beehoon ni wajib ada kat Gemencheh....kadang-kadang ada jugak yang masak masa kenduri kendara....biasanya mereka akan gunakan itik salai...itu la yang original....kalau tak pun ayam pencen atau ayam kampong...tapi kalau dah tak ada ayam bandar pun ok..mari tinjau resepi...



Bahan-bahan; (untuk 2 - 3 orang)

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
100 gram beehoon
1 biji kelapa - ambik santannya
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
1/2 inci lengkuas      )
3 biji bawang merah ) kisar
2 ulas bawang putih  )
2 batang serai dititik
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Rendamkan beehon terlebih dahulu hingga lembut dan toskan. Bersihkan ayam dan toskan. Tumbuk lumat ketumbar. Satukan rempah kari dengan cili kisar serta ketumbar. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai yang dititik. Bila dah naik bau masukkan campuran cili kisar, rempah kari dan ketumbar. Kacau hingga rempah terbit minyak kemudian masukkan ayam dan santan. Bila kuah dah pekat dan hampir kering masukkan kerisik, gaul mesra, rasa garam secukupnya dan akhir sekali masukkan beehoon. Kacau hingga beehoon lembut seperti goreng behoon.


 
Kalau musim raya  sedap dimakan bersama denga nasi impit ....yang penting kerisik, ketumbar dan lengkuas wajib ada yaa...itu yang menjadikan rendang ayam beehoon ni istimewa..berbeza dengan makan beehon goreng....selamat mencuba!!!

1 comment:

  1. Tq akak kasi resepi ni..pernah mkn kenduri kt gemencheh. .mmg ada rendang bihun ni tp masak ngn itik..mmg sedap .smpai skg masih teringat rasanyer..plus ngn rendang maman..sedap sgt..tu p sbb pergi rumah kawan adik dia kawin..sy org perak mmg takde sedara belah sna tp kenduri blah sna masakan mmg tiptop..sedap smpai skg teringt..tq 4 the resepi ni...sbb mmg lepas ni dh tak merasa mkn kenduri org blah sna sbb kawan tu pun adik2nyer semua dh kawin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...