Hari ini Seremban hujan dari tengahhari hingga ke petang non stop....bila sejuk-sejuk perut asyik nak minta diisi sajer...nak makan macam-macam...terbaca blog Cahaya Cintaku...ada buat shepherd pie daging...nampak macam menarik sangat....so terus dapat idea nak mencubanya.....tetapi resepi dari blog Cahaya Cintaku telah ku ubah sedikit mengikut citarasaku..hehehehe....
Bahan-bahan;
1kg kentang (aku sebenarnya tak timbang..agak2 jer)
1 cawan susu segar (ini pun agak2)
2 sudu butter lembut
lada sulah secukup rasa
Shereded Mozarella secukupnya
mangkok kecil - aku guna aluminium foil yang kecil jer..dah makan senang buang...
Intinya plak;
300 gram daging kisar
1 biji bawang holland (bawang biasapun ok)
3-4 ulas bawang putih
2 biji tomato
3 kuntum shitake mushroom
1 botol kecil sos spagethi
sedikit minyak zaiton untuk menumis (tak da minyak zaiton, minyak biasa pun ok)
Cara membuatnya;
Kupas kulit kentang, potong dadu.
Rebus kentang sampai empuk. Kalau potong kecil cepat masak sikit, kemudian toskan. Lenyekkan kentang ketika panas-panas sampai teskturnya jadi halus. Masukkan susu segar perlahan-lahan hingga menjadi seperti kentang putar. Kemudian masukkan lada sulah, gaul sebati dan baru lah masukkan butter. Gaul sebati semula. Aku tak letak garam sebab lada sulah dah ada perisa. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong dadu hingga layu.Masukkan tomato dan shitake mushroom. Masak hingga tomato dah jadi hancur.
Masukkan daging kisar, kacau mesra hingga daging kisar bertukar warna.
Kemudian baru la masukkan sos spagethi.
Masak hingga sos menjadi pekat, angkat dan ketepikan. Inti daging ni aku tak letak garam kerana sos spagethi dah cukup rasa.
ini la dia kentang putar dan inti daging yang dah siap..
Panaskan oven terlebih dahulu 180'C. Isikan kentang putar dalam mangkok kecil untuk bahagian bawahnya dulu..ratakan...guna belakang sudu teh lagi senang..
Masukkan inti daging....letak bebanyak sikit...baru best...nak makan sendiri jangan kedekut....hehehe..
Tutup semula dengan kentang putar tadi...
tutup rapat-rapat..takut nanti isi dia melelh keluar plak...tak cantik...
taburkan shreded mozarella di atasnya...
lagi banyak letak lagi sedap...bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga atas pie dah menjadi golden brown....
dah siap.....makan ketika panas-panas....wallaaaaaaaaaaaaa....memang sedap....!!!
sedapnya akak..makan lak time ujan2 kan syoknya..
ReplyDeleteMmg sesuai mkn time hujan kot...panas2 gitu...:-)
ReplyDelete