Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Saturday 28 December 2013

NASI JAGUNG.....mudah dan sedappp.....:))

Mulai hari krismas hari tu aku  terus ambik cuti, ikut en.hubby habiskan cuti tahun sampaitahuj baru....kali ini tak ada plan nak bercuti ke mana-mana kerana hujung minggu  ada jer kenduri...bila dah cuti macam-macam plan nak masak...aku masak nasi jagung ini hari Khamis lepas...baru ada masa nak masukkan entri dalam blog....senang sangat nak buat nasi jagung...makan plak sedap.....


Bahan-bahan

6 cawan beras basmati  (rendam lebih 30minit dan toskan)
6 cawan air (cawan sukatan yang sama dengan beras)
1 cawan susu cair
1 tin jagung krim
sedikit garam

Bahan penumis

1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - dimayang
1/2 inci halia - dimayang halus
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak jagung (aku guna minyak zaiton)
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 helai daun bay

Cara memasak;

Panaskan butter dan minyak dalam periuk. Masukkan bahan penumis. Goreng hingga naik bau dan kekuningan kemudian masukkan air dan jagung krim. Bila dah mendidih masukkan susu dan akhir sekali beras basmathi dan sedikit garam. Masak hingga nasi kering. Kacau nasi selepas 20 minit nasi masak untuk elakkan nasi jadi patah.
 
Semasa buat nasi jagung, aku masak lauk kari kambing, ikan bawal sweet & sour dan salad....keluarga mertua datang dinner kat rumah malam tu...memang laju jer kami semua makan....:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...