Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Tuesday, 19 November 2013

PAI LEMON MERINGUE.

Salam semua....Pie  Lemon Meringue ni aku buat untuk minum petang Ahad lepas....yer la kann...aktiviti baking hanya boleh di buat masa weekend....hari kerja nak goreng cokodokpun malas....idea datang nak buat pai ni selepas tergoda tengok kawan di FB post gambar.....memang meleleh tengok.....terus rujuk pada guruku yang setia....saper lagi kannnn....kalau bukan internet....hihihi....ntah berapa banyak video kat youtube aku tonton pasal pai lemon meringue ni....buka blog ntah saper punya sebab banyak sangat.....akhir sekali lepas baca...fahamkan betul-betul terus aku buat cara aku sendiri.....hehehehe....simple jer sebenarnya...
 
 
Bahan-bahan;
 
Bahan Pastry (Kulit Pai)
 
250grm tepung gandum
170grm butter dari peti ais
2 sudu besar gula aising
secubit garam
2 sudu besar air sejuk dari peti ais
 
Inti Pai
 
2 biji lemon
3 biji kuning telur
2 sudu besar gula
4 sudu besar tepung jagung
400ml susu segar
secubit garam
sedikit pewarna kuning (optional)
 
Meringue
 
3 biji putih telur (suhu bilik)
1/2 cawan gula castor
1/2sudu kecil cuka epal (guna cuka biasa pun ok)
1 sudu kecil tepung jagung
 
Cara membuatnya;
 
Kulit Pai
 
Mula-mula sediakan bahan untuk kulit pai. Potong butter dari peti ais kecik-kecik kemudian masukkan dalam adunan tepung bersama garam dan gula castor. Ramas adunan hingga jadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit-sedikit air sejuk. Uli adunan hingga jadi doh dan tak lekat kat tangan dan mangkok adunan. Jika adunan lembik tambah sedikit tepung lagi. Bungkus adunan dengan cling plastic, simpan dalam peti ais paling cepat 30minit. Kemudian canaikan adunan lebih kurang 5mm saiz ketebalan,masukkan dalam acuan pai, kemaskan bahagian tepi dan bakar lebih kurang 20 minit dengan suhu 180'C. (oven mesti dipanaskan terlebih dahulu yer)
 
Inti Pai
 
Sagat halus kulit lemon dan perah jusnyar. (aku suka rasa lemon kuat). Campurkan kesemua bahan-bahan inti pai termasuk jus dan kulit lemon yang telah disagat. Masak atas api perlahan sambil mengacau adunan tanpa henti dengan gunakan whisk. Masak hingga adunan jadi pekat.  Sejukkan inti pai.
 
Meringue
 
Cara nak membuat meringue ni sama seperti buat pavlova. Pastikan bekas nak memukul telur kering tanpa ada setitik air. Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula sedikit-sedikit. Pukul hingga adunan jadi berkilat dan jika terbalikkan mangkuk adunan tak jatuh. Masukkan cuka epal dan tepung jagung, gaul rata. Masukkan adunan meringue dalam piping bag.
 
Sediakan Pai
 
Masukkan inti yang telah sejuk dalam kulit pai. Isi penuh setinggi pastry, ratakan. Kemudian paipkan meringue atas inti pai tadi. (semasa letak meringue di atas inti pastikan inti pai tak panas yer.....kalau inti panas meringue boleh tenggelam ). Bakar api atas bawah dengan suhu 150'C selama 40minit atau sehingga meringue bertukar warna keperangan.
 
 

baru masak...sejukkan dulu.....

Sedap sangat kalau makan sejuk-sejuk....
 
Resepi ni nampak macam banyak stepkan....tapi sebenarnya mudah jer....just follow step by step pasti jadi......dengan jumlah adunan di atas aku dapat 2 biji pai saiz 10cm...:))
 
Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...