Salam semua...ayam kuzi ni salah satu hidangan jamuan hari raya di rumah baru-baru ni...memang sedap di makan bersama dengan roti, nasi minyak, nasi arab or nasi briani. Rasanya agak manis kerna tidak menggunakan cili kecuali cili merah or lada merah besar, ditambah pula kismis dan menggunakan bawang yang cukup banyak...kuzi ni memang terkenal di Kelantan....so sewaktu aku masak kuzi hari tu, aku tukarkan sedikit untuk jadikan kuzi N9...tapi rempah kuzi ni tetap dari Kelantan...hahahaha....memang selalu menderhaka dengan resepi sebenar....well....selera masing-masing berbeza-beza....so tepuk dada tanya selera la yer....resepi di bawah juga telah ku adjust untuk saiz hidangan keluarga..
Bahan-bahan;
1 ekor ayam
2 sudu rempah kuzi
1 cawan bawang goreng - kisar halus
2 inci halia - mayang halus
6 ulas bawang putih - mayang halus
2 senduk cili kisar (nak rasa pedas sikit - tak letak tak apa)
1 cawan sos tomato
1 cawan susu cair
2 biji tomato - belah 2
4 biji cili merah - belah 2 or 4
2 biji bawang besar - belah 2 or 4
1/2 cawan kismis
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
serbuk kunyit
Cara menyediakannya;
Potong ayam ikut suka, bersihkan dan tos. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perap lebih kurang 15minit. Goreng ayam 3/4 masak (tak perlu garing). Keluarkan minyak lebihan goreng ayam tadi. Tinggalkan secukupnya untuk menumis. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan dan naik bau. Bancuh rempah kuzi dengan sedikit air. Masukkan rempah kuzi dan cili kisar. Masak hingga naik minyak, masukkan bawang goreng kisar, susu cair dan tomato sos. Bila mendidih masukkan ayam, kismis, belahan cili merah, tomato dan bawang besar. Gaul sebati hingga kuah menjadi pekat, rasa garam secukupnya, angkat dan hidangkan.
Note:
Untuk rasa yang lagi sedap buat bawang goreng sendiri kemudian dikisar. Jika suka boleh campurkan dengan badam goreng ataupun serbuk badam semasa kuah masih dimasak.
No comments:
Post a Comment