Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Wednesday 18 April 2012

SPAGETHI GORENG BLACKPEPPER...

After office, fikiran blurr tak tahu nak masak apa untuk dinner...tambahan plak sejak sebulan ni busy melayan cerita mexico @ cannel 133 yang start pukul 7pm...hahahaha....so lepas maghrib terus teringat yg paling simple masak spagethi jer la since malas nak masak lauk pauk....nasib baik semua bahan ada...


Bahan-bahan; (utk 2 orang makan)

150grm spagethi
3 ekor sotong size sederhana
10 ekor udang size sederhana
2 ketul isi ayam
1 batang lobak merah - dimayang
1 biji tomato - potong dadu
1/2 labu bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang halus
5 biji cili padi - pecahkan (kalau tak suka pedas tak perlu letak)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar blackpeper yg telah ditumbuk
2 sudu pure olive oil
garam secukup rasa
daun parsli dan cili merah utk hiasan

Panaskan air dalam periuk untuk merebus spagethi. Campurkan dengan sedikit garam dan minyak. Bila spagethi telah lembut toskan dan gaulkan dengan sedikit olive oil. Bersihkan ayam, udang dan sotong. Panaskan kuali dan masukkan pure olive oil. Tumis bawang putih dengan bawang besar hingga kekuningan. Kemudian masukkan tomato cincang dan kacau hingga hancur. Masukkan lobak merah dan kemudian ayam. Bila ayam dah agak masak masukkan pula udang dan sotong. Kemudian sos tiram.  Bila semua dah masak baru masukkan spagethi dan blackpeper. Gaul mesra. Rasa dahulu baru masukkan garam kerana takut sos tiram sudah cukup rasa. Angkat dan taburkan dengan cili merah yg telah dihiris bersama daun parsli.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...