Sebelum bertolak ke Johor Bahru, aku dan suami memang suka survey dahulu di internet untuk tempat makan yang menarik. Bila cek dengan pakcik google kebanyakkan blogger memberi info mengenai Tip Top Ikan Bakar....namapun tip top...so bila dah sampai JB tempat makan ini yang kami cari...mesti try ....lepas solat maghrib kami terus keluar..Tip Top Ikan Bakar ni terletak Jln Sg Chat..agak tersorok sikit tempat ni tambahan plak waktu malam....seperti biasa GPS banyak membantu...akhirnya kami sampai ke destinasi....terpaksa parking agak jauh kerana terlalu banyak kereta dan beberapa buah bas persiaran turut berhenti di sini....
Ramai sungguh orang....kami terpaksa tunggu sekejap kerana semua meja telah penuh....nasib baik tak lama...bila dapat meja as usual aku akan tentukan menu apa yang hendak di makan..kat sini semuanya self services....selepas memilih ikan terus aku buat pesanan di gerai yang sama ni....
Kebanyakkan blogger kata paling special di sini ais jelly dan ABC...aku pun turut order yang sama....nak rasa jugak walaupun sebenarnya kami berdua telah langgar pantang.....batuk dua-dua masih tak hilang....lantak la kan....yang penting mesti cuba.....
For me....Ais Jelly..dalamnya ada jelly kelapa laut dan juga soursop....sedap bila semua ais tu dah cair...memang menyegarkan....abc dan ais jelly ni harganya RM8.50.
Sambil menunggu ikan bakar my hubby order tauhu bakar....ada pelbagai saiz.....kecil, sederhana dan besar...dan tentu kami pesan yang kecilkan.....
Aku nak bagi A++....memang sedap....sekejap jer habis kami makan....harganya RM6
Malam ni kami tidak order nasi...hanya makan lauk shaja...menu main course dah sampai.....let see......:p
No comments:
Post a Comment