Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 2 April 2012

AYAM MASAK MERAH KISMIS...

Baru ada kesempatan untuk untuk menulis blog walaupun hari dah bertukar.....tiba-tiba plak jadi sibuk hari ni....ayam masak merah kismis ni di makan bersama dengan nasi hujan panas tengah hari tadi....lebih kurang sama dengan ayam masak merah cuma mungkin ada kelainan sedikit sahaja..let see...


Bahan-bahan;

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong saiz ikut suka
1 cawan cili kisar - kalau tak suka pedas boleh kurangkan
1 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
2 sudu gula melaka - disagat or hancurkan
1 pokok daun ketumbar
2 sudu bawang goreng
1/2 cawan kismis
1 helai daun pandan
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
gajus goreng / panggang utk hiasan

bahan kisar;
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih'
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih'
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras

Cara memasak;

Bersihkan ayam kemudian perap lebih kurang 15minit dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak perlu garing. Tumiskan bahan kisar bersama daun pandan hingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan cili kisar. Kacau hingga cili betul-betul masak. Seterusnya masukkan gula melaka, sos cili dan tomato. Tambahkan 1 cawan air. Biarkan mendidih sebentar kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Setelah pekat masukkan kismis, bawang goreng dan daun ketumbar yang telah dihiris. Rasa gatam secukupnya. Biarkan seketika kemudian boleh la diangkat. Taburkan gajus goreng di atasnya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...