Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Sunday, 15 April 2012

APAM INDON MARBLE....

Hampir 2 minggu tak update blog maknanya hampir 2 minggu aktiviti di dapur terhenti kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan...walaupun kepala masih lagi pening-pening tapi sebab dah lama sangat tak pegang mixer..tak pegang senduk digagahkan jugak untuk buat minum petang yang SIMPLE...jadi la Apam Indon Marble....jangan ditanya kenapa nama indon...sebab aku pun tak tahu kenapa namanya Indon...hehehehe....maybe original resepi dari Indon kot....anyway..let see...

Bahan-bahan;

5 biji telur saiz besar
300grm tepung gandum
250 grm gula halus
250ml susu segar
1 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1 sudu besar oren emulco
1 sudu besar strawberry emulco
1 sudu besar coklat emulco

Cara-caranya;

Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Pukul telur bersama dengan ovellete hingga betul-betul kembang dengan kelajuan maximun. Kemudian masukkan esen vanilla dan gula. Pukul lagi hingga adunan jadi berkilat. Ayak tepung bersama garam dan baking powder. Perlahankan mixer dan masukan tepung selang seli dengan susu sehingga habis. Bahagikan adunan 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan emulco oren, coklat dan strawberry.

Alas mangkuk acuan dengan baking paper. Aku gunakan acuan saiz 8 X 8. Masukkan adunan coklat sebagai based. Ratakan dan kukus lebih kurang 10 minit or permukaan atas telah kering. Untuk mengelakkan air dari periuk kukus menitis dalam adunan tutup dengan aluminium foil. Kemudian masukkan adunan strawberry dan top up kan dengan adunan oren. Carikkan sedikit dengan gunakan chopstik untuk dapatkan marblenya. Kukus semula lebih kurang 30 - 40 minit. Potong ketika apam telah sejuk.


Kuih ni namanya apam tapi bila makan terasa macam kek kukus. Bukan sahaja warnanya yang ceria tetapi ada pelbagai rasa coklat, strawberry dan oren. Yang penting my hubby kata SSOODAAPPPPP.....selamat mencuba!!! :p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...