Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Sunday, 26 February 2012

Nasi Arab & Moist Chocolate Cake....

26th Feb 2012 - Masa aku on d way dari Seremban nak balik KL as usual busy melayan FB di S2 aku....terus nampak kek coklat moist ni dari FB wall Puan Izarina....dah siap dengan resepi lagi..senang amat.....so apa lagi..sampai jer rumah terus keluarkan butter dlm fridge...untuk lembutkan...ni bahan-bahannya;

125grm butter
2/3 cwn gula castor  } klu tak ada gula castor mesin jer gula kat umah tu sampai jadi castor.
1/3 cawan gula icing }
1 1/4 tepung naik sendiri (tepung kek laa..senang cerita)
1/2 cawan cocoa (tapi masa aku buat tadi aku letak hampir satu cawan dan aku guna brand hershey's)
2 biji telur
1 cawan susu ( aku guna HL fresh milk)
1 teaspoon esen vanilla
1 teaspoon bicarbonat soda

Cara2nya;

sebelum buat apa-apa, panaskan oven 180'c dahulu. Griskan tin pembakar. tapi aku lagi suka guna baking paper. Pukul butter dengan gula hingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla kemudian masukkan susu. Pukul mesra. Ayak tepung, koko + bicarbonat soda. Kalau ikutkan resepi ni kena ayak 3 kali tapi aku ayak sekali jer sebab penapis aku betul2 halus....hehehehe..alasan..sebenarnya malas... kemudian masukkan dalam adunan butter yg telah dipukul tadi.....pukul sekejap sahaja....jangan over2 yer...bakar selama 45 minit...



Sambil tengah bakar kek tiba-tiba my hubby kata family dari Seremban nak datang rumah....adusss......nak masak apa yer??? cek dlm fridge ada ayam...terus datang idea untuk buat nasi arab jer la....dah banyak kali aku masak nasi arab cuma kali ni aku nak share resepi kat sini...resepi di bawah untuk 7 - 8 orang makan..

1 ekor ayam - potong 12
6 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 labu bawang besar - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
1 inci halia - mayang halus
4 kuntum bunga lawang                            }
15 - 20 biji bunga cengkih                         } bahan penumis
2 batang kayu manis                                 }
7 - 8 biji buah pelaga - pecah2kan           }
1 bungkus rempah kurma Adabi
2 kiub pati ayam maggi
1 sudu jintan manis}
1 sudu jintan putih} tumbuk halus
1/2 sudu ketumbar biji}
Sedikit gula
Garam secukup rasa
3 sudu minyak sapi
2 sudu butter
1 ikat daun ketumbar
6 cawan beras basmathi (suka brand Faiza)
7 cawan air
bawang goreng
1 cawan kismis

Cara-cara;

Rendam beras basmathi lebih kurang 10 minit kemudian toskan.Panaskan minyak sapi + butter dlm periuk. masukkan bahan penumis. Setelah naik bau masukkan bawang putih dan halia. Biar sampai betul2 naik bau. kemudian masukkan bawang yang telah didadu. Kacau hingga layu. Kemudian masukkan tomato yg telah dipotong dadu. Kacau selalu supaya tidak melekat. Selepas tomato hampir hancur masukkan ayam yg telah dibersihkan.gaul mesra. Biarkan seketika. Setelah ayam separuh  masak masukkan air. Setelah mendidih masukkan rempah kurma, kiub pati ayam dan jintan manis, jintan + biji ketumbar yang telah ditumbuk tadi. masukkan garam + gula secukup rasa. Sebelum tutup api masukkan hirisan daun ketumbar.

Masukkan beras dalam rice cooker sedikit-sedikit. Kemudian masukkan isi ayam kemudian beras...masukkan selang seli..beras ayam beras....selepas selesai masukkan kuah sup tadi. Masak seperti masak nasi biasa. Setelah nasi masak kacau sedikit kemudian taburkan bawang goreng, kismis dan daun ketumbar. Jika suka boleh taburkan kacang gajus goreng. Biarkan nasi dalam mood keep warm kerana beras basmathi akan masak sepenuhnya dengan wap yg ada dlm periuk nasi. jangan panic bila rice cooker anda kata telah masak..biarkan sahaja dalam keadaan keep warm dan nasi akan masak dengan sepenuhnya.

Nasi arab sesuai dimakan bersama dengan sos tomato. Sos tomato ni ada pelbagai versi...versi aku macam ni;

6 biji tomato - belah 2 dan dipanggang
2 biji kentang - direbus kemudian dilenyek
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 labu bawang besar - potong dadu kecil2
1 kuib pati ayam maggie
5 cawan air - kalau nak pekat kurangkan or sebaliknya ( 1 cawan air utk kisar tomato)
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah - dipotong dadu kecil2
1/2 batang carrot - potong dadu kecil2
daun ketumbar hiris halus
sedikit minyak untuk menumis
garam + gula secukup rasa.

Cara;
Kisarkan tomato yang telah dipanggang tadi. panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih. Setelah naik bau masukkan bawang besar yg telah dipotong dadu. Masak hingga layu. Kemudian masukkan cili + karot. gaul mesra. Masukkan tomato kisar dan air berserta kentang lecek. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah masak taburkan hiriskan daun ketumbar dan angkat.


Selesai makan....kekenyangan semuanya....relaxs tonton tv...


kek dah tinggal separuh....

kek kalau makan panas-panas memang laju.....tak sempat sejuk nak letak icing dah  nak abis...hehehehe...anyway thank you so much to Puan Izarina kerana sudi berkongsi resepi....memang best....!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...