Dah makan malam?? Kami baru sahaja selesai...malam ni ala-ala western gitu....Encik Hubby dah pesan...tak nak makan nasi waktu malam..so terpaksa la dengan aku sekali tak makan nasi....nak masak mee or spagethi macam dah jemu plak...selalu buat waktu breakfast...actually masak western lagi mudah dari masak nasi bersama lauk pauk..tak cayer jom tengok resepi...:))
Bahan-bahan;
1 ekor ayam
6 ulas bawang putih
1 sudu besar rosemary serbuk (aku guna McCormic brand)
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh jintan kasar
2 -3 teh sudu brown sugar (tak ada so aku guna sugar biasa)
2 sudu teh garam
2 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar olive oil
sedikit butter
5 biji kentang
1/2 biji red capsicum
1 biji bawang holland
10 batang baby carrot (kalau tak ada carrot biasa pun ok, asalkan dipotong)
Cara Menyediakkannya;
Potong ayam kepada 4 bahagian. Jika beli semua bahagian peha ayam lagi cantik. Cuci dan toskan. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga warna keemasan, keluarkan dan ketepikan., Tumbuk daun rosemary hingga halus, kemudian lada hitam, jintan kasar hingga hancur. Tumbuk bawang putih yang telah digoreng tadi, kemudian halia. Masukkan kesemua dalam mangkuk, campurkan dengan gula, garam, jus limau serta lebihan minyak zaiton yang goreng bawang putih tadi. Lumurkan kepada ayam sepenuhnya, masukkan dalam plastik zipper dan simpan dalam peti ais beberapa jam untuk proses perapan.Jangan simpan di tempat beku plak yer....terus ayam tak rasa apa-apa...hehehehe...
Ni dia....aku perap ayam ni sebelum aku pergi office pagi tadi...
Kupas kentang, cuci, rebus 3/4 masak dan toskan. Capsicum dan bawang besar di potong dadu besar or ikut suka anda. Bersihkan baby carrot. Gaulkan kesemua dengan baki bahan lumuran ayam tadi. Masukkan ayam dalam loyang pembakar bersama dengan kentang, carrot, bawang dan capsicum. Sapukan sedikit butter di atas ayam dan sayur-sayuran. (aku just campak-campak butter kecik2 sbb butter masih sejuk)
macam ni la jadinya sebelum dipanggang....
Panggang lebih kurang 50 - 60 minit dengan suhu 200'C. (As usual oven mesti panaskan dahulu la yer)
Sos Blackpepper (preparation : 10 minit)
Bahan-bahan;
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan fresh milk or susu cair pun ok
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 - 4 sudu sos lada hitam
1 kiub pati ayam
Cendawan butang tin - hiris nipis
sedikit kicap untuk mengelapkan sos
Cara;
Panaskan frying pan kemudian cairkan butter dan baru la masukkan tepung. Kacau dengan whisk hingga berbuih-buih, Masukkan cendawan, blackpepper sos, serbuk lada hitam dan juga susu. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga sos agak pekat. Masukkan sedikit kicap untuk gelapkan sos. Tak perlu letak garam sebab sos dah cukup rasa.Kalau sos nak cair tambahkan susu lagi. Terpulang pada selera masing-masing.
Bila baca resepi ni nampak macam susah nak buat tapi sebenarnya amatlah mudah dan cepat. Lagi lama ayam diperap lagi sedap. Aku perap sebelum 9 pagi tadi dan sampai rumah pukul 5 petang terus keluarkan dalam fridge. Sambil ayam dipanggang boleh layan cerita Mexico kat Astro. Encik Hubby pun kata sodap...katanya lagi tak payah dah nak pergi makan chicken grill kat mana-mana restoran....ishhhh....rugi plak aku !!!
No comments:
Post a Comment